Thursday, May 16, 2013

Khas Buat Intan Hazila Zulkurnain :)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya.

Diberi nama Tuti & Titu.
Perjalanan itu hambar, malah bosan. Diberi taklifan sebagai Timbalan Penghuluwati Mahasiswi Kolej 9 pastinya tidak dapat lari daripada setiap program yang dipenuhkan dalam program Minggu Transformasi Mahasiswa. Tika itu, Kolej 9 gah dengan trademark Pink-Hitam. Well...dress up baik T-Shirt Pink, Selendang Hitam. Woooo~ itu sorakan yang setia di bibir apabila nama Kolej 9 disebut. Tambah pula kakak-kakak senior memberi kepercayaan kepada diri untuk mengetuai sorakan setiap kali sukan (tetiba rasa terambil semangat ayah di padang kawad..hee). Pada hari pertama MTM, seorang kakak menghampiri Saidatul Akmal namanya (nak kahwin dah mokcik ni.hee) datang menghampiri keluarga. Borak bual mesra tapi diri tahu 'ini semua poyo~' tahu dah kenapa kakak ni baik sangattt dengan mak ayah.
-Semangat freshie :D -

Seminggu selepas MTM, dapat mesej daripada entah siapa-siapa entah nak jumpa katanya. Baiklah, sebagai freshie yang super nerd ikut cakap senior, melangkah kaki ke tempat yang dijanjikan. Erk, ramai juga yang datang perjumpaan. Entah mana-mana datang entah. Point penting yang dilafazkan kakak itu, "awak usrah dengan akak ye." Gulp...usrah?? Medan yang pernah berjaya diloloskan diri kini ditarik kembali. Rindu sungguh pada teman se-matrik. "napo plak la esey sorang yo duk tercampak sini haa". Mengenangkan nasib di perantauan selatan tanah air tanpa teman-teman seperjuangan.

Jumpa, salam, borak ringkas. "Akak ni muka cam garang weh" benak hati. Takpelah..lepak-lepak dulu, layan dulu mesej kakak ni. Akhirnya, 'arghhh...malas lah.' Terlepaslah diri daripada ikatan yang dinamakan 'adik usrah-naqibah'. Namun, tidak semudah itu...tiba-tiba datang utusan maharaja si kak Saidatul Akmal menerjah bilik tanpa izin, "Dik, awak ok?" Erk...tak ok sebenarnya, Tengah serabut dengan kakak-kakak senior JKM Kolej 9 yang asyik paksa suruh sertai JKM Kolej 9, ditambah pula dengan kakak yang datang bilik tanya macam-macam untuk 'lembut'kan hati ke usrah agaknya.

Lepaskan diri itu tidak mudah. Sakitnya hanya Allah SWT yang tahu. Menangis setiap hari inginkan perjuangan bersama sahabat namun diri tidak kuat. Akhirnya, selepas beberapa bulan & menghampiri study week, kakak usrah itu dimesej, "Kak, saya nak join usrah." Terus set up time untuk jumpa. Turun sahaja daripada bas malam pada jam 11.oo kerana ada test malamnya, terus menuju ke arked Kolej 9 kerana kakak usrah yang sudah lama menanti di arked tersebut. OK fine hati berdebar.haha 

"Ikat terus jela awak ni."
'Gulp~ok'
"Nanti baca ni..tu..bla..bla..bla..akak nak bagi soalan, jawab. study lah apa yang patut"
-That's one kind of usrah ^^, -

Dikala teman sebilik sibuk membelek bahan-bahan akademik, nota-nota subjek & soalan-soalan tahun-tahun lepas, diri sibuk membelek sirah-sirah perang, nota-nota Ikhwanul Muslimin & soalan-soalan 'target'.haha TAWAKAL sudahnya..apa nak jadi, jadilah~

Tadaaaa~ PMI now! ^_^ Turun naik tinggi rendah momentum dalam gerak kerja dakwah buatkan diri banyak belajar terutama daripada hasil didikan, bimbingan, tunjuk ajarnya. Dia tidak ajar seperti A B C si budak tadika, dia mengajar dengan 'Nah, buat kerja ni. Tak faham cari dulu, tak tahu sangat baru tanya'. Belajar dari gerak kerja! Kalau semua benda duk suap, kenyang jela.
Bila kenyang, berat perut, lembab juga jalan.hehe

Daripada adik usrah yang main tarik wayar elektrik (tak main dah tarik tali sekarang), kepada ahli lujnah tak nak kalah yang asyik bertekak, kepada pimpinan yang bertegang leher saja, hinggalah kembali menjadi ahli biasa...pasti ada dia di balik setiap langkah. Bukan setiap masa mesej padanya, cuma semangat itu sampai. Bukan berkongsi masalah dengannya, tapi dia arif diri bermasalah.

"Tolong tengok-tengok sikit dia ni, nampak je tabah"
Pesanan akhirnya pada sahabat sebelum melangkah kaki hilang tubuh dari pandangan.

Kata orang, tarbiyah itu berterusan...perubahan diri menjadi lebih baik juga ialah hasil didikannya dengan izin Allah SWT yang Maha Memiliki setiap hati hamba-hambaNya.

Faktor keberhasilan tarbiyah ; NAQIBAH ! :DD

Terima kasih untuk segalanya....

Selamat melangkah dengan tabah! (^_^)")





.: Kata orang, kerek itu sombong. Tapi mungkin sebenarnya kerek itu fokus! Kerana kerja yang ada lebih banyak daripada masa yang ada untuk diberi tumpuan :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...