Friday, May 31, 2013

Andai 'Fed-Up' Itu Pilihan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, Redha ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuan-Nya.






ALLAH SWT yang Maha Melihat & Maha Mengetahui…


AndaiFed-Upitu pilihan,
Pasti sudah lama jalan dakwah hambaMu tinggalkan
Dek sesak jiwa yang dirasakan
Melihat mereka yang hebat bicara luaran
Namun sering lari dari perjuangan

Andai 'Fed-Up' itu pilihan,
Pasti sudah lama jalan dakwah itu terfitnah
Dek jiwa yang semakin lelah
Melihat petahnya berbicara perjuangan berfikrah
Namun dialah pencetus masalah

Andai 'Fed-Up' itu pilihan,
Pasti jalan dakwah itu mampu dihumban
Dek ramai pelakon yang penuh penghayatan
Melihat setiap tajuk perjuangan menjadi bualan
Namun dialah yang penuh beralasan ketika di medan

Andai 'Fed-Up' itu pilihan,
Pasti jalan dakwah itu bukan jalan mendamba redha
Dek ramai yang salah guna kuasa
Mendongak tinggi ke atas sana
Namun amanah terbiar melata

Andai 'Fed-Up' itu pilihan,
Tidak layak hambaMu bergelar Hamba Tuhan
Dek tiada istilah putus asa dalam pegangan
Mereka-mereka yang setia beriman
Kepada-Mu wahai Tuhan

Bersaksilah hambaMu bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT,
Bersaksilah hambaMu bahawa Muhammad SAW itu pesuruh Allah SWT,
Saksikanlah ya Allah SWT hambaMu mendamba redha dalam penuh keampunan.
Tetapkan jiwa hamba & mereka dalam ketaatan~




.: Niat menegur bukan tunjuk pandai malah hebat tapi inilah usaha untuk membantu di akhirat. Semoga urusan hisab di hadapan Tuhan dipermudahkan :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...