Thursday, April 4, 2013

Cukup Dia Menjadi Peneman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuanNya

Toti peneman NBK yang setia! ^^,
edited by : Budak-budak comot itu.
:)


Langkah kaki dipaksa ke perjumpaan bersama sahabat pimpinan lain berkenaan isu tergempar yang melanda umat. MAKSIAT. Dengan lafaz Bismillah, kaki kanan didahulukan dalam menuju masuk ke dewan seminar. "Allah...beratnya hatiku...,"katanya. Sepanjang perjumpaan, dirinya hanya diam membisu. Bukan tanda tidak setuju tapi ada sesuatu yang masih terbuku di hatinya. Jenis insan sepertinya yang tidak pandai memendam rasa, walaupun tanpa sepatah kata, gerak bahasa badannya sudah mampu memberikan gambaran bahawa 'she's not in good mood'. 

Akhirnya, di saat 'round table', suatu suara yang kenal benar akan olehnya berbunyi ;
"Segala apa yang kita syurakan ini semoga semua redha. Jangan selepas ini ada cakap-cakap belakang sampai orang yang tidak sepatutnya tahu pun boleh tahu. Perkara yang kita syurakan ini bukan mudah." 

Akhirnya jarinya yang hanya diam menggenggam erat belahan jarinya mula memegang kemas sebatang pen biru. Minda mula meluah-luah berbagai kata, hati diberi tanggungjawab menyusun setiap bait kata itu...

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Watakmu kini berubah
Yang dulunya mengenali setiap gerak tingkahku
Mula kini sering menilai-nilai diriku

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Jika ku bersuara, katamu aku sangat tegas
Jika ku membisu, katamu hatiku ada yang tidak puas
Lalu bagaimana aku harus membawa diriku kini

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Sebagai ahli bawahanmu
Aku tetap dapat melihat kekuranganmu
Tapi tiada peluang untuk aku menegurmu
Kerana engkau sudah jauh tinggi di atas situ
Menegurmu seolah melanggar adab

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Benar, aku mula menjauh hati
Bukan kumpulan kalian lagi tempat aku bersantai
Kini kalangan ahli dan warga berpengalaman tempatku melepaskan tekanan
Kerana itu banyak percambahan idea ku yang tampak menentangmu
Kerana idea yang ku bawa tidak selayak untukmu yang bergelar pimpinan
Kerana idea itu sekadar buah fikir ahli yang tidak berpeluang disampaikan
Jelas jurangmu dan ahli jauh sekali

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Pesanmu, redhalah atas keputusan syura
Sahabat, pedih kata itu hanya Allah yang tahu
Kerana ada tikanya engkau menghalalkan perbuatan mengaibkanku
Dengan menggunakan istilah agung itu iaitu 'syura'
Aku terus dipertikaikan
Aku terus dinilai setiap perkara
Aku tiada ruang membela diri
Namun keputusan atasku telah dibuat
Tanpa pengetahuanku
Aku ahli bermasalah, sentiasa tidak puas hati, sentiasa suka mempertikai
Kemudian lantang engkau berbicara soal 'bersangka baik' terhadap setiap tindakanmu
'Syura' membunuh ku

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Aku tidak membuta tuli hilang hormat padamu
Kalau tidak kerana kesalahanmu yang menggunung banyak depan mataku
Pasti aku boleh terus menghormatimu tanpa pertikaian
Benar, manusia tidak suci daripada kesalahan
Namun, sebagai pimpinan...
Memberi alasan,
Gerak kerja saat akhir,
Meninggalkan kewajipan,
Menghentam terus ahli bawahan,
Mendatangkan masalah,
Melarikan diri dari medan tarbiyah,
Memperlekeh usaha insan lain,
Menilai mengkritik berterusan sedangkan engkau sendiri lalai tanggungjawabmu,
Lalu bagaimana aku harus terus memuliakanmu tambahan engkau jenis yang sudah tidak boleh ditegur oleh orang bawahan & suara kecil sepertiku

Pimpinan yang dahulunya sahabatku,
Engkau menilai tindak tandukku dalam 'syura'mu
Andai benar ingin menghukum,
ajarkan aku terlebih dahulu
apa itu adab syura
kerana kesalahanku bukan sengaja tetapi aku tidak tahu
kerana aku bukan golongan ilmuwan Islam agung sepertimu
aku bukan ditarbiyah cantik dalam medan keluarga Islam sepertimu
aku bukan berkelebihan mendapat pendidikan agama zaman persekolahan sepertimu
aku hanya insan biasa
insan hina yang mengejar redha-Nya
di tengah kepesatan gerak kerja di medan
bersama kalian
jadi, bantu & bimbinglah aku
bukan terus menghina & mempertikaiku
kerana percaya & yakinlah setiap tindak tandukmu itu mampu menjauhkan aku
daripada medan ini kerana aku tidak merasakan tenang di dalamnya

Pimpinan yang dahulunya sahabatku,
Akhir kata dariku kalian beruntung...
Kita punya bahagian masing-masing
Dari aspek keluarga mahupun peribadi diri
Jadi tambahkan syukurmu
Kurangkan pencarian aibmu
Semoga syurga tempat kalian
Sekadar coretan dari hamba-Nya yang hina
Pimpinan yang jahil
Ahli bawahan yang lemah
~


.: Ya Allah, andai ini medan redha-Mu hingga akhir hayatku, tabahkanlah :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...