Wednesday, April 17, 2013

Bahang PSM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuanNya



Ya, diri ini tahu PSM sangat menyesakkan. Bakal teruji apa yang dikatakan pengurusan, komitmen & pengorbanan. Teringat peristiwa semalam, diri ini ‘flat’ memikirkan PSM. Otak yang penat berfikir lebih hebat kesannya pada jiwa berbanding badan yang penat bergerak tambah pula dengan tahap iman & kebergantungan pada Allah SWT yang ternyata rendah, bertambah hebat lah merungut membebel mengungkit mempertikai & sebagainya perbuatan yang menyalahi akhlak sebagai hamba yang diri ini lakukan. Alhamdulillah minda kembali difokuskan, walau ke mana melangkah diri ini tetap hamba Allah SWT. Dari sekecil perkara sehingga sebesar perihal umat manusia, diri ini tetap hamba Allah SWT dan haruslah lagaknya seperti hamba Allah SWT.

          Berkenaan tajuk PSM, sudah dicuba sehabis baik sebagai hamba Allah SWT yang masih berkudrat baik dengan penuh nikmat dari-Nya. Dikurniakan ibu ayah yang rajin & tidak putus mendoakan, sahabat-sahabat yang turut mendoakan urusan dipermudahkan membuatkan diri ini lebih tinggi mujahadahnya dalam menggapai apa yang dicita.

          Pertama..seawal jam 3.30 petang sudah menanti di hadapan pintu Dr untuk bertemu dengannya. Jam 4.oo petang tepat pintunya diketuk. Masuk..."What can i help you?" bermulalah suatu perbincangan berkenaan tajuk.

Mengapa berminat dengan tajuk,
ceritakan apa yang difahami berkenaan tajuk,
sebagainya yang berkaitan termasuklah beberapa 
soalan-soalan asas yang tidak mampu dijawab dengan baik.

Kata orang, 'jujur itu lebih baik'. Kata sahabat seperjuangan,  'jujur itu siasah yang paling berkesan'. Jadinya apabila ada soalan yang tidak mampu dijawab kerana sememangnya tidak tahu, kelemahan itu diakui & tanpa segan menyatakan 'I'm sorry Dr. I don't know.' Seperti biasalah..Dr tegas... jadinya corak soalan dan cara pertanyaannya pun pastilah sesuai dengan caranya, ibarat diri ini yang mengendalikan slot modul dalam kebanyakan program tarbiyyah yang pernah dikendalikannya cumanya kini ‘portfolio’ itu diambil alih oleh Dr in terms of academic. :)

          Getaran jiwa & hambatan perasaan merasakan bahawa ‘tajuk itu bukan milikku’. Sepertimana hambaNya yang lain, andai tidak juga dapat diperoleh tajuk itu, redha itu kewajipan kita. Sudah bersedia untuk segalanya. Namun, ada satu ayat Dr yang berbunyi begini,

"You are the first student that approach me with full preparation.
Walaupun you tak dapat jawab soalan basic yang I bagi,
tapi I can see your effort study tajuk ni dengan all the things that you told me."

Ya, diri ini mengakui serius dengan tajuk ini. ‘Draft & simple study’ berkenaan tajuk ini disiapkan & dibentangkan pada Dr sepanjang perbincangan kami. Hati Dr milik Allah SWT, usaha diri ini pun dengan izin Allah SWT. Andai itu bahagian diri ini, pastinya komit sebagai janji. Andai diri ini ditolak, pasti tetap akan komit dengan tajuk yang bakal diperoleh nanti. Segalanya datang daripada Allah SWT & kembali jua pada-Nya.




.: Bersungguh dan berkomit tinggilah dalam setiap tingkah laku mahupun gerak kerjamu kerana itulah manifestasi keikhlasan sebagai hamba Allah SWT :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...