Monday, April 29, 2013

Bahagia dalam Redha

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya



Bertatih berlari dalam keriangan. Mencuba segalanya hingga terasa dunia ini 'aku punya'. Hingga dewasa menanti hadirnya amanah yang lebih besar. Warna-warni kehidupan terasa indah! Datanglah tetibanya 'berita' dari-Nya...kamu sakit..kekal dalam dirimu.

"Allah...ini bahagianku.."

Labuhkan punggung, mendidik hati redha, membisik wahai jiwa tenang. Minda bermain-main seolah melukis semula segala harapannya. Cita-cita untuk sebuah kebahagiaan. Melahirkan mujahid mujahidah di jalan juang yang Allah SWT tunjukkan. Robek..lukisan minda itu koyak. Harapan benarlah harapan. Namun, niat itu jangan dilunturkan kerana segalanya kerana Allah SWT. Redha itu kewajipan buat dirinya yang bergelar hamba. Allah SWT sayang padanya, diberikan 'nikmat' agar sentiasa mengingatiNya...mendidik diri untuk tidak berharap tinggi...mendidik diri menerima segalanya apa adanya...mendidik diri bahawa Allah SWT menyediakan ruang dosa diampunkan...mendidik diri bahawa Allah SWT menyediakan syurga buat hambaNya yang ikhlas & sabar...segalanya Allah SWT telah sediakan.

Kita merancang, namun Allah SWT sebaik-baik perancang. Andai Dia izin, Alhamdulillah. Andai Dia halang, Alhamdulillah. Bersangka baik, segala yang Allah SWT tarik adalah untuk ganjaran syurga yang mendatang. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...


.: Masa itu makhluk Allah SWT. Minta pada penciptanya semoga masa yang berlalu diiringi keberkatan :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...