Monday, April 29, 2013

Bahagia dalam Redha

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya



Bertatih berlari dalam keriangan. Mencuba segalanya hingga terasa dunia ini 'aku punya'. Hingga dewasa menanti hadirnya amanah yang lebih besar. Warna-warni kehidupan terasa indah! Datanglah tetibanya 'berita' dari-Nya...kamu sakit..kekal dalam dirimu.

"Allah...ini bahagianku.."

Labuhkan punggung, mendidik hati redha, membisik wahai jiwa tenang. Minda bermain-main seolah melukis semula segala harapannya. Cita-cita untuk sebuah kebahagiaan. Melahirkan mujahid mujahidah di jalan juang yang Allah SWT tunjukkan. Robek..lukisan minda itu koyak. Harapan benarlah harapan. Namun, niat itu jangan dilunturkan kerana segalanya kerana Allah SWT. Redha itu kewajipan buat dirinya yang bergelar hamba. Allah SWT sayang padanya, diberikan 'nikmat' agar sentiasa mengingatiNya...mendidik diri untuk tidak berharap tinggi...mendidik diri menerima segalanya apa adanya...mendidik diri bahawa Allah SWT menyediakan ruang dosa diampunkan...mendidik diri bahawa Allah SWT menyediakan syurga buat hambaNya yang ikhlas & sabar...segalanya Allah SWT telah sediakan.

Kita merancang, namun Allah SWT sebaik-baik perancang. Andai Dia izin, Alhamdulillah. Andai Dia halang, Alhamdulillah. Bersangka baik, segala yang Allah SWT tarik adalah untuk ganjaran syurga yang mendatang. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...


.: Masa itu makhluk Allah SWT. Minta pada penciptanya semoga masa yang berlalu diiringi keberkatan :.

Monday, April 22, 2013

MABIT 2 : Aku Cinta Rasulullah SAW

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuanNya



MABIT yang kedua diteruskan dengan tajuk 'Aku Cinta Rasulullah SAW'. Dek persiapan yang kurang baik daripada pihak penganjur terutamanya unit modul sendiri, akhirnya MABIT tersebut dijalankan dengan sangat santai...Alhamdulillah biarpun santai, ianya sangattttt menarik, superb FUN kerana semua orang bersuara menyumbangkan idea & tiada siapa yang dapat meloloskan diri untuk bersuara. Terima kasih Allah SWT bantu.! ^^,



Antara sunnah Nabi Muhammad SAW yang dapat dikongsikan oleh setiap peserta yang hadir ialah ;


1. Baginda SAW mendahulukan bahagian kanan dalam kebanyakan perkara / perbuatan.

2. Cara duduk Baginda SAW ketika makan.

3. Sebelum makan makanan berat, makan buah dahulu.

4. Cara Baginda SAW berjalan, tegap!

5. Antara warna kegemaran Baginda SAW ialah putih. :)

6. Baginda SAW sering senyum biarpun pada musuh.

7. Baginda SAW sering bergurau dengan insan sekelilingnya.

8. Baginda SAW sukakan wangi-wangian.

9. Baginda SAW sangat menjaga hati sahabat - walaupun sudah pernah mendengar cerita yang disampaikan kepadanya, baginda SAW tetap akan beriya-iya untuk mendengar kisah yang sama ke sekian kalinya kerana ingin menjaga hati sahabat.

10. Sunnah Baginda SAW bernikah 4. ^^,

11. Baginda SAW tidur mengiring ke sebelah kanan - alangkah ruginya jika tidak mampu mengamalkan sunnah yang mudah ini kerana masa tidur kita selama ini yang sudah makan masa bertahun-tahun lamanya berlalu dengan sia-sia tanpa ada bekalan pahala.

12. Keadaan Baginda SAW tidur yang seakan melakarkan kalimah 'Muhammad' dalam tulisan Jawi.

13. Baginda SAW tidak akan masuk ke rumah selagi tidak berjawab salam.

14. Baginda SAW gemar bersugi.

15. Keadaan Baginda SAW buang air ialah mencangkung dan tutup kepala.

16. Cara Baginda SAW makan buah pisang ialah dengan mencucuk bahagian atas pisang dengan jari kelingking kerana pisang itu akan terbelah tiga dan Baginda SAW akan menyuapkannya ke dalam mulut sahabat.

17. Bacaan surah 3 Qul disapu ke seluruh badan sebelum tidur.

18. Kunyahan Baginda SAW setiap kali makan ialah 44 kali.

19. Baginda SAW memakai celak sebelum tidur.

20. Baginda SAW minum dalam keadaan duduk.










.: Mengatakan 'Aku Cinta' itu mudah, tetapi melaksanakan tuntutan cinta itu payah. Teruskan mujahadah menuju redha Allah SWT :.

Thursday, April 18, 2013

Pasak Tinggi Niat Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuanNya.


Berdebar hati hanya Allah SWT yang lebih tahu tiap ketika diri ini menanti keputusan hasil daripada interview dengan supervisor harapan dengan tajuk yang diinginkan,
'Effects of Therapeutic Ultrasound Treatments on Breast Cancer Cell Lines'

Alhamdulillah, diri ini diterima. Emel ringkas daripada Dr, 'U can register. Good Luck.' cukup membuatkan diri ini gembira. Alhamdulillah! Habis semua orang yang diminta doanya dimesej untuk mengucapkan terima kasih untuk doa. Insan paling awal menerima mesej itu tentulah mak! :) Seusai mesej pesanan ringkas dihantar kepada mak, mesej pesanan ringkas daripada mak diterima.

"Alhamdulillah.
Mak tak tahu nak cakap apa.
Mak tengah sakit kepala yang teramat sangat ni."

Benak fikir, mak kembali sakit dengan penyakit kebiasaannya itu. Harapan dari kejauhan, semoga mak terus dipelihara sebaiknya oleh Allah SWT. Hinggalah tika malamnya, sedang sibuk menyiapkan assignment, tetiba satu panggilan telefon diterima. 'Sayangku' menelefon. Hati rasa tidak sedap, bergerak langkahan kaki menuju ke luar bilik. Tidak pernah diri ini menjauhkan diri daripada orang sekeliling apabila ahli keluarga yang menelefon namun kali ini kaki ini bergerak sendiri melangkah keluar bilik. 

          Seperti biasa, momentum ceria diri ini menyambut panggilan mak. Digambarkan mak ingin tahu berkenaan cerita interview yang berjaya antara diri ini dengan supervisor ataupun ingin mengucapkan tahniah atas keputusan yang dimurahkan oleh Allah SWT. Namun, segala sangkaan itu meleset apabila mak mengatakan ada perkara yang ingin dimaklumkan kepada diri ini. Nadanya serius..amat serius. Tidak hairanlah mak sakit kepala yang teruk pada siang tadinya. Dalam panggilan telefon, lagak diri ini kuat. Setelah dimatikan panggilan, bergetar jiwa meronta hati bergenang air mata mengharapkan ketabahan di peringkat mak dan diri ini sebagai anak sulung.

Emak...
sampai bila
segalanya tersimpan rapi
dalam ruang kecil hati

Emak...
sampai bila
segalanya kau telan
sendirian dalam kesunyian

Emak...
sampai bila
ingin kau bertahan
dalam dunia yang penuh ujian

Emak...
sampai bila
ingin kau tanggung
setiap benda yang kau selindung

Emak...
sampai bila
bibirmu ingin tersenyum bahagia
tika hatimu membengkak membuak seksa

Emak...
sampai bila..
sampai bila..
sampai bila..

Allah...
jadikan dirinya sentiasa dekat denganMu
jadikan dirinya kuat dengan bantuanMu
jadikan dirinya tabah di sisiMu
jadikan dirinya wanita syurgaMu
jadikan dirinya hamba yang dikasihiMu
jadikan dirinya sentiasa dalam redhaMu..


.: Semakin tinggi pasak niat sentiasa ikhlas menjadi hamba, semakin tinggi ujian daripadaNya :.

Wednesday, April 17, 2013

Usrah MAJ 3 : Akhlak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya, ALHAMDULILAH atas segala ujian & ketentuanNya



Akhlak itu cerminan iman. Akhlak jualah amal yang paling berat dihisab di akhirat kelak. Rosak akhlak, buruklah amalnya malah tidak dipercepatkan hisabnya. Akhlak jualah yang menjadi intipati kepada ibadah.

"Sesiapa yang tidak dapat dihalang oleh solatnya daripada (melakukan) perkara jahat dan mungkar beliau adalah bertambah jauh dari Allah."

Mukadimah :
- Solat untuk mencari keredhaan Allah SWT, perlu dijaga akhlak dalam solat.

Pengertian :
- Bahasa ; tabiat, kelakuan, perangai. (Surah Al-Qalam : ayat 4)
- Istilah ; perbuatan, sifat spontan.

Pembahagian akhlak :
- Islamiyyah ; sifat-sifat asasi un kebaikan.
- Asasi manusia ; sifat sedia ada untuk berjaya di dunia
.:. Dalam kedua-dua bahagian tersebut, ada unsur kecelakaan dan cara hidup (Deen), yang hanya mampu dibezakan oleh akhlak.

Sifat-sifat seorang MUSLIM


Isu semasa :
- teguran.
- caci maki.
- Lahad Datu

Naqibah :
Sofea Ainina

Naqibah  yang superb sempoi!

Bahana sahabat lewat, semua duk khayal~ ^^,

.: Setiap titisan air mata keinsafan itu ialah nikmat kurniaan Allah SWT :.

Bahang PSM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuanNya



Ya, diri ini tahu PSM sangat menyesakkan. Bakal teruji apa yang dikatakan pengurusan, komitmen & pengorbanan. Teringat peristiwa semalam, diri ini ‘flat’ memikirkan PSM. Otak yang penat berfikir lebih hebat kesannya pada jiwa berbanding badan yang penat bergerak tambah pula dengan tahap iman & kebergantungan pada Allah SWT yang ternyata rendah, bertambah hebat lah merungut membebel mengungkit mempertikai & sebagainya perbuatan yang menyalahi akhlak sebagai hamba yang diri ini lakukan. Alhamdulillah minda kembali difokuskan, walau ke mana melangkah diri ini tetap hamba Allah SWT. Dari sekecil perkara sehingga sebesar perihal umat manusia, diri ini tetap hamba Allah SWT dan haruslah lagaknya seperti hamba Allah SWT.

          Berkenaan tajuk PSM, sudah dicuba sehabis baik sebagai hamba Allah SWT yang masih berkudrat baik dengan penuh nikmat dari-Nya. Dikurniakan ibu ayah yang rajin & tidak putus mendoakan, sahabat-sahabat yang turut mendoakan urusan dipermudahkan membuatkan diri ini lebih tinggi mujahadahnya dalam menggapai apa yang dicita.

          Pertama..seawal jam 3.30 petang sudah menanti di hadapan pintu Dr untuk bertemu dengannya. Jam 4.oo petang tepat pintunya diketuk. Masuk..."What can i help you?" bermulalah suatu perbincangan berkenaan tajuk.

Mengapa berminat dengan tajuk,
ceritakan apa yang difahami berkenaan tajuk,
sebagainya yang berkaitan termasuklah beberapa 
soalan-soalan asas yang tidak mampu dijawab dengan baik.

Kata orang, 'jujur itu lebih baik'. Kata sahabat seperjuangan,  'jujur itu siasah yang paling berkesan'. Jadinya apabila ada soalan yang tidak mampu dijawab kerana sememangnya tidak tahu, kelemahan itu diakui & tanpa segan menyatakan 'I'm sorry Dr. I don't know.' Seperti biasalah..Dr tegas... jadinya corak soalan dan cara pertanyaannya pun pastilah sesuai dengan caranya, ibarat diri ini yang mengendalikan slot modul dalam kebanyakan program tarbiyyah yang pernah dikendalikannya cumanya kini ‘portfolio’ itu diambil alih oleh Dr in terms of academic. :)

          Getaran jiwa & hambatan perasaan merasakan bahawa ‘tajuk itu bukan milikku’. Sepertimana hambaNya yang lain, andai tidak juga dapat diperoleh tajuk itu, redha itu kewajipan kita. Sudah bersedia untuk segalanya. Namun, ada satu ayat Dr yang berbunyi begini,

"You are the first student that approach me with full preparation.
Walaupun you tak dapat jawab soalan basic yang I bagi,
tapi I can see your effort study tajuk ni dengan all the things that you told me."

Ya, diri ini mengakui serius dengan tajuk ini. ‘Draft & simple study’ berkenaan tajuk ini disiapkan & dibentangkan pada Dr sepanjang perbincangan kami. Hati Dr milik Allah SWT, usaha diri ini pun dengan izin Allah SWT. Andai itu bahagian diri ini, pastinya komit sebagai janji. Andai diri ini ditolak, pasti tetap akan komit dengan tajuk yang bakal diperoleh nanti. Segalanya datang daripada Allah SWT & kembali jua pada-Nya.




.: Bersungguh dan berkomit tinggilah dalam setiap tingkah laku mahupun gerak kerjamu kerana itulah manifestasi keikhlasan sebagai hamba Allah SWT :.

Saturday, April 13, 2013

Kehilangan


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya.



Tiada lain, hanya dia.

Terimbau kisah silam. Petiklah gitar, alunkan apa sahaja pun lagu retro. Spoon, spring, exists, ekamatra, lela, saleem, slam, apa sahaja..semua dalam minda! Sebaris lirik, pasti dapat diteka keseluruhan lagunya. Tambahan pula jika hati sedang meruntun beremosi, masa itulah terbaik melayan lagu jiwang tersebut.

Kini, masih lagi lagu seperti itu teralun di sekeliling. Tambahan, lebih banyak lagi lagu berunsur seperti itu dengan pembawakan yang lebih terkini buat hati ini tertambat. Andai dahulu, lagu itu hanya mengingatkan diri kepada sang teman yang pernah berada di samping..tetapi kini setiap lagu itu hanya mengingatkan diri ini pada setiap ahli keluarga. Entah..biar liriknya langsung tiada kena dengan ahli keluarga, namun setiap lagu itu lebih menambat hati ini pada mereka.

Sejujurnya..
Ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu, aku gila
Seandainya kamu bisa mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
~~~
Sejujurnya..
Aku tak bisa hidup tanpa mereka
Hidup tanpa ada mereka, aku gila
Seandainya kita masih mampu mengubah segalanya kembali seperti dahulu
Tika tawa, suka, bahagia yang memenuhi diari hidup kita,
Pasti aku tidak akan menyia-nyiakannya walau sedetik masa.

Allah...
Setiap detik hati ini menyayangi mereka
Mengingati mereka
Merindui mereka
Walau beribu batu jauhnya.

Segala yang berlaku
Kami yakin ini bahagian untuk kami dari-Mu
Tabahkan..redhakan..dekatkan
Agar kami hanya bergantung pada-Mu
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Mu
Redha Alhamdulillah atas segala ujian & ketentuan-Mu.

Andai ada pihak yang perlu ditimpakan musibah antara kami,
Pilihlah diriku ini
Untuk menerima semua itu..
Rayuanku pada-Mu

Menyayangi mereka..
Merindui mereka..
Mengajar aku berlari mengejar redha..
Setiap saat!
Walau ada tika diri ini penat
Hingga akhir hayat
Hanya diri-Mu pergantungan kami seerat-erat.

Thursday, April 4, 2013

Cukup Dia Menjadi Peneman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuanNya

Toti peneman NBK yang setia! ^^,
edited by : Budak-budak comot itu.
:)


Langkah kaki dipaksa ke perjumpaan bersama sahabat pimpinan lain berkenaan isu tergempar yang melanda umat. MAKSIAT. Dengan lafaz Bismillah, kaki kanan didahulukan dalam menuju masuk ke dewan seminar. "Allah...beratnya hatiku...,"katanya. Sepanjang perjumpaan, dirinya hanya diam membisu. Bukan tanda tidak setuju tapi ada sesuatu yang masih terbuku di hatinya. Jenis insan sepertinya yang tidak pandai memendam rasa, walaupun tanpa sepatah kata, gerak bahasa badannya sudah mampu memberikan gambaran bahawa 'she's not in good mood'. 

Akhirnya, di saat 'round table', suatu suara yang kenal benar akan olehnya berbunyi ;
"Segala apa yang kita syurakan ini semoga semua redha. Jangan selepas ini ada cakap-cakap belakang sampai orang yang tidak sepatutnya tahu pun boleh tahu. Perkara yang kita syurakan ini bukan mudah." 

Akhirnya jarinya yang hanya diam menggenggam erat belahan jarinya mula memegang kemas sebatang pen biru. Minda mula meluah-luah berbagai kata, hati diberi tanggungjawab menyusun setiap bait kata itu...

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Watakmu kini berubah
Yang dulunya mengenali setiap gerak tingkahku
Mula kini sering menilai-nilai diriku

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Jika ku bersuara, katamu aku sangat tegas
Jika ku membisu, katamu hatiku ada yang tidak puas
Lalu bagaimana aku harus membawa diriku kini

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Sebagai ahli bawahanmu
Aku tetap dapat melihat kekuranganmu
Tapi tiada peluang untuk aku menegurmu
Kerana engkau sudah jauh tinggi di atas situ
Menegurmu seolah melanggar adab

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Benar, aku mula menjauh hati
Bukan kumpulan kalian lagi tempat aku bersantai
Kini kalangan ahli dan warga berpengalaman tempatku melepaskan tekanan
Kerana itu banyak percambahan idea ku yang tampak menentangmu
Kerana idea yang ku bawa tidak selayak untukmu yang bergelar pimpinan
Kerana idea itu sekadar buah fikir ahli yang tidak berpeluang disampaikan
Jelas jurangmu dan ahli jauh sekali

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Pesanmu, redhalah atas keputusan syura
Sahabat, pedih kata itu hanya Allah yang tahu
Kerana ada tikanya engkau menghalalkan perbuatan mengaibkanku
Dengan menggunakan istilah agung itu iaitu 'syura'
Aku terus dipertikaikan
Aku terus dinilai setiap perkara
Aku tiada ruang membela diri
Namun keputusan atasku telah dibuat
Tanpa pengetahuanku
Aku ahli bermasalah, sentiasa tidak puas hati, sentiasa suka mempertikai
Kemudian lantang engkau berbicara soal 'bersangka baik' terhadap setiap tindakanmu
'Syura' membunuh ku

Pimpinan yang dahulunya sahabatku
Aku tidak membuta tuli hilang hormat padamu
Kalau tidak kerana kesalahanmu yang menggunung banyak depan mataku
Pasti aku boleh terus menghormatimu tanpa pertikaian
Benar, manusia tidak suci daripada kesalahan
Namun, sebagai pimpinan...
Memberi alasan,
Gerak kerja saat akhir,
Meninggalkan kewajipan,
Menghentam terus ahli bawahan,
Mendatangkan masalah,
Melarikan diri dari medan tarbiyah,
Memperlekeh usaha insan lain,
Menilai mengkritik berterusan sedangkan engkau sendiri lalai tanggungjawabmu,
Lalu bagaimana aku harus terus memuliakanmu tambahan engkau jenis yang sudah tidak boleh ditegur oleh orang bawahan & suara kecil sepertiku

Pimpinan yang dahulunya sahabatku,
Engkau menilai tindak tandukku dalam 'syura'mu
Andai benar ingin menghukum,
ajarkan aku terlebih dahulu
apa itu adab syura
kerana kesalahanku bukan sengaja tetapi aku tidak tahu
kerana aku bukan golongan ilmuwan Islam agung sepertimu
aku bukan ditarbiyah cantik dalam medan keluarga Islam sepertimu
aku bukan berkelebihan mendapat pendidikan agama zaman persekolahan sepertimu
aku hanya insan biasa
insan hina yang mengejar redha-Nya
di tengah kepesatan gerak kerja di medan
bersama kalian
jadi, bantu & bimbinglah aku
bukan terus menghina & mempertikaiku
kerana percaya & yakinlah setiap tindak tandukmu itu mampu menjauhkan aku
daripada medan ini kerana aku tidak merasakan tenang di dalamnya

Pimpinan yang dahulunya sahabatku,
Akhir kata dariku kalian beruntung...
Kita punya bahagian masing-masing
Dari aspek keluarga mahupun peribadi diri
Jadi tambahkan syukurmu
Kurangkan pencarian aibmu
Semoga syurga tempat kalian
Sekadar coretan dari hamba-Nya yang hina
Pimpinan yang jahil
Ahli bawahan yang lemah
~


.: Ya Allah, andai ini medan redha-Mu hingga akhir hayatku, tabahkanlah :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...