Tuesday, March 12, 2013

Merindui Mereka. :)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, 
seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya,
Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.



Sedang sibuk menggoreng keropok lekor yang ‘panas’ di gerai jagaannya, tiba-tiba terdengar suara yang ‘macam kenal’ bersuara.

Kak Syud!

Eh..nani! Awat?” sekadar mengikut loghat adik usrahnya itu.

Bila kak syud kerja sini?

Baru lagi..

Kak syud, kami (dia membahasakan dirinya sebagai kami) ada benda nak cerita dengan kak syud ni. Sekarang kami join usrah Kelab Iqra’. Depa duk tanya dulu usrah dengan sapa? Kami semua duk habaq Kak Syud. Ramai la dalam kumpulan kami tu sebut nama Kak Syud. Pastu akak usrah kami tu cakap ‘ramainya adik usrah kak syud. Akak nak jumpa lah kak syud tu nanti.’

“……” senyum~ Hanya senyum yang mampu terukir kerana tidak terkata dengan permintaan kakak usrah Kelab Iqra’ yang ingin bertemu dengannya. Semoga dipertemukan. :)


                Merindui zaman tika dirinya ditemani 30+ adik usrah yang sentiasa hangat mendambakan ilmu dalam usrah. Usrah Marjan Al-Jannah (MAJ) kedengaran di merata. Kini, kumpulan itu semakin berpecah. Ada yang semakin maju, terus ke hadapan dalam medan gerak kerjanya. Ada yang masih bermain tarik tali, bertatih kembali menongkah dunia usrah. Ada yang hilang terus tanpa jumpa, masih dijaga Allah SWT dalam usrah Kelab Iqra’. Ada yang terus menyepi mengelak diri kerana faktor keluarga yang disayangi, masih lagi hidup hatinya dalam majlis ilmu di masjid sekitar kampus. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah. Walau dulu bulatan itu besar hingga separuh surau itu ‘kami yang punya’, kini bulatan itu semakin mengecil & terbina beberapa bulatan dalam bulatan. Namun, syukur segala puji hanya bagi-Nya.

 Ya Allah, hati mereka terus erat tertaut. Biarpun berlainan landasan perjuangan, namun ukhwah yang disemai bermula dengan usrah masih lagi menjadi penguatnya. Biarpun jarang lagi dipantau dekat perkembangan mereka, namun Allah SWT menjaga mereka dengan sebaik-baiknya penjagaan, hati mereka masih hidup dengan ilmu-Nya. Biarpun orang menilai usrahnya tiada fikrah haraki, tiada fikrah pejuang, tiada hala tuju daulah Islam, namun hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui bahawa bukan semata-mata pejuang Islam di tengah kejahilan yang ingin dilahirkannya dengan izin-Nya tetapi dia ingin adik-adik usrahnya itu mengenali-Nya & kembali pada-Nya. Alhamdulillah hati mereka masih terjaga. Terima kasih Allah atas segala bantuan menjagakan mereka untuk dirinya. Ampunkan dosanya atas segala khilaf & alpa. Tempatkan mereka di syurga-Mu yang indah & layak buat mereka. Aminnn Ya Rabb~


.: Semoga 'permata syurga' yang ada di dunia
terus indah terpelihara hingga ke Jannah-Nya :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...