Sunday, March 31, 2013

Pemimpin : KERA ke Neraka

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat,
para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuanNya



Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani:

“Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya:

“Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. 

Tiada seorang pun yang menjawabnya.

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya.

Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: 

“Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya.

Orang ramai berkata: “Habislah dia”.

Kemudian orang ramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. 

Muawiyah berkata kepada orang ramai: 

“Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.

Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.


.: Sekadar dari yang menyayangi :.

Thursday, March 28, 2013

SABAR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas segala ujian & ketentuanNya.


.: Mereka bukan Tuhan :.

Saturday, March 23, 2013

Bahagia :)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuanNya.


Tips untuk bahagia dalam kehidupan sementara ini ialah ;
sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT

Dalam meniti arus kehidupan sebagai hamba Allah SWT, hidup kita pastinya tidak pernah lepas daripada menempuhi segala ujian & cubaan. Sering kita dengar bahawa nikmat itu jua bentuk ujian & cubaan daripada Allah SWT, tetapi fitrahnya...perkara kesedihan itu benarlah ujian nyata yang kita rasa. Beruntunglah kepada mereka yang sering merasakan setiap detik kehidupan ini ialah ujian biarpun suka mahupun duka, dan senang atau susah.

          Teringat di awal penghijrahan, difitnah dicaci maki tidak semena-mena itu biasa. Namun, janji Allah SWT itu benar. Bahawa doa orang teraniaya pasti dimakbulkan-Nya hingga akhirnya terbukti jua apa yang dikata benar berfakta bukan omong kosong membohong.

Pesan ibu untuk si anak sebagai penguat menghadapi kehidupan di awal penghijrahannya.

Andai masa dapat diputar, pasti setiap titik hitam, tulisan catitan dosa, sekelumit kecil mungkar ingin dijauhkan sejauh-jauhnya. Namun, perkara itu tidak akan terjadi kerana hakikatnya dunia ini semakin menghampiri tamat tempohnya. Sudah terlalu lama usia sang bumi yang terus berkhidmat setia mengikut perintah Penciptanya, Ilahi. Jadi, sebagai hamba-Nya teruslah bersangka baik dengan setiap perancangan & keizinan-Nya. Andai kita pernah jatuh ke lembah kejahilan, Allah SWT ingin kita menghargai nikmat tetap teguh di jalan yang lurus dengan petunjuk-Nya. Andai kita pernah jatuh ke lembah takbur & kesombongan, Allah SWT ingin kita menghargai nikmat tawaduk dalam kehidupan. Andai kita pernah jatuh ke lembah alpa & keangkuhan, Allah SWT ingin kita menghargai nikmat zuhud yang berterusan. 

Sentiasalah bersangka baik dengan setiap perancangan Allah SWT.

          Mengorak langkah sebagai hamba Allah SWT yang semakin mengenali rahmat Tuhan, hati tidak akan pernah tenang melihat keluarga yang masih menjauh berbatu-batu dari Ilahi. Cita-cita ke syurga seakan tidak sempurna melihat kemungkaran yang dilakukan keluarga masih menebal menjadi sejati dalam diri setiap mereka. Langkah tawaduk seorang hamba seperti tidak kena apabila bongkak keluarga kepada Allah SWT masih tinggi. Doa hambaNya yang hina terus dipanjat, pelihara mereka...pelihara mereka...pelihara mereka...

          Jarang terucap seruan kebaikan kerana hati tahu benar betapa lemahnya diri menahan segala perli & kata-kata yang menjanjikan kesedihan. Ambil jalan mudah, elokkanlah diri terlebih dahulu. Kekalkan apa yang baik, buanglah apa yang buruk. Mujahadah terus untuk tetap istiqamah. Doa hambaNya yang hina terus dipanjat, pelihara mereka...pelihara mereka...pelihara mereka...

          Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kejayaan dunia, agama itu dibiarkan seolah tidak nampak. Apabila hidayah Allah SWT tiba padanya, agama itu dijadikan yang utama dan urusan dunia menyusul seiring bersama. Risau...hanya itu yang mampu terungkap. Mampukah sebelum nyawanya ditarik, dakwah kepada keluarga itu sampai? Sebelum nafasnya berakhir, perubahan keluarga itu dilihat? Sebagai hamba, ruang berdoa itu terbuka luas. Namun, mulut tidak mampu mengungkap kata-kata doa sepanjang-panjangnya...kerana tidak mampu. Mahu dimulakan dari mana doa itu? Mahu diakhirkan di mana pula doa itu? Akhirnya hati yang kecil itu bergetar. Bisikan hati berdoa, pelihara mereka...pelihara mereka...pelihara mereka...

          Tidak pernah hati merungut diberikan ujian hebat melalui mereka yang disayangi. Benar, titisan air mata itu turun jua ke bumi sebagai tanda lemahnya diri sebagai hamba tanpa kekuatan dari-Nya. Namun, itu bukan tanda putusnya harapan pada yang Maha Berkuasa. Harapan terus dipanjat, pelihara mereka...pelihara mereka...pelihara mereka...

          Alhamdulillah...satu persatu telah Allah SWT ubahkan...tanpa doa bertadahkan tangan, setiap bisikan hati itu Allah SWT makbulkan. Kini, tiada lain yang diinginkan..semoga hidup mereka berakhir dalam redha-Nya dan tinggal tetap di syurga-Nya selepas dibangkitkan kelak di hadapan-Nya. Aminn Ya Rabb~

          Jika kita sudah tahu seseorang itu sememangnya panas baran, pastinya sedikit sahaja ujian yang kita beri sudah cukup untuk buat dirinya melenting hingga mengungkit segala. Sebaliknya jika kita sudah tahu seseorang itu sememangnya sering berlapang dada dalam setiap yang mendatang dalam hidupnya, pastinya kita tidak akan jemu untuk terus menguji hingga kita tahu tahap sabarnya..dan Allah SWT akan terus menguji kita hingga akhirnya kita layak menerima syurga-Nya di akhirat kelak.


.: Sentiasalah mengembalikan semuanya kepada Allah SWT :.

Monday, March 18, 2013

Usrah MAJ 2 : Ibadah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya


Ibadah

. Pengertian
- bahasa ; tunduk, patuh, taat
- istilah ; kemuncak perasaan takut, tunduk, patuh pada Allah SWT

. Syarat
- ikhlas
- bertepatan rukun Islam
- tidak mencuaikan ibadah khusus dengan melaksanakan ibadah umum

. Aspek
- ibadah khusus ; perintah wajib dalam Islam, bersifat taufiqiyyah, garis panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW (contoh solat sunat)
- ibadah umum ; selain daripada ibadah khusus berniatkan kerana Allah SWT (contoh mandi berniatkan kerana Allah SWT)

. Kaitan ibadah dengan aqidah
- aqidah yang kukuh membentuk jiwa yang hanya beribadah kepada Allah SWT
- menyeimbangkan dunia & akhirat dalam mengejar redha-Nya

. Tunggak dalam ibadah
- rukun iman
- rukun Islam

. Kelebihan
- jijik melakukan kejahatan
- motivasi
- membentuk ummah yang kuat
- dilimpahi dengan pelbagai nikmat

. Rukhsah dalam solat
- solat
- tayammum
- musafir
- puasa

. Soalan ;
- Jika seseorang itu menjalankan sesuatu perkara seperti belajar tanpa niat kerana Allah SWT adakah ianya dikira ibadah atau tidak?
- Apakah pandangan mengenai 'tabligh' yang boleh dikatakan tidak seimbang dunia akhirat?

. Naqibah ;
- Aizza Izzatie bt Zainuddin :)

Naqibah ditemani 'defend' yang baik dalam menjawab persoalan daripada anak-anak usrah. :)

Naqibah dibuli anak-anak usrah. :)




Sunday, March 17, 2013

Usrah MAJ 1 : Aqidah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya




Aqidah

. Definisi
- Surah Al-Kahfi : ayat 10
- Surah Az-Zumar : ayat 65

. Jenis
- Suci (Al-Maidah : ayat 3)
- Sesat (Al-Hijr : ayat 9)

. Matlamat
- mengenali Allah SWT
- membentuk pemikiran yang selari dengan kehendak Allah SWT
- menjawab persoalan yang timbul
- penghalang kemaksiatan
- pendorong ketaatan

. Langkah-langkah
- mempelajari ilmu agama
- menghayati solat
- menghayati bacaan Al-Quran
- meneliti kebesaran Allah SWT
- menambahkan keyakinan kepada Allah SWT

. Kesan
- yakin kepada Allah SWT dengan sebenar-benar keyakinan
- membentuk akhlak mulia
- menghilangkan sifat buruk
- menjadi hamba-Nya yang bertakwa
- sentiasa optimis dalam kehidupan

. Sirah
- penurunan wahyu pada peringkat awal berkisarkan tentang aqidah
- Bilal bin Rabah
- Amr bin Yasir

. Isu semasa
- Syiah
- Wahabi

. Info tambahan
- syiah -
' mempercayai bahawa imam mereka maksum
' mempercayai imam mereka lebih hebat daripada nabi
' menghalalkan darah selain syiah (seperti di syria)
' mempercayai bahawa Al-Quran yang digunakan kini sudah mengalami perubahan
' mempercayai bahawa hanya mereka mempunyai Al-Quran yang asli iaitu Mushaf Fatimah yang mempunyai bilangan surah 3 kali ganda lebih banyak.
' tidak mengiktiraf hadis nabi daripada kebanyakan sahabat nabi
' mempercayai orang Islam kufur setelah kewafatan nabi kecuali beberapa orang sahabat nabi.

- amalan syiah -
' takiyyah : berpura-pura (penggunaan batu dalam solat ketika sujud)
' meraikan Hari Asyura dengan cara melukakan diri sendiri
' mengamalkan nikah mut'ah : nikah gantung
' sujud atas batu / tanah karbala : keberkatan
' tinggal solat jumaat : selagi tidak turun imam mahdi, mereka boleh memilih sama ada ingin solat Jumaat atau tidak tetapi kebanyakannya memilih tidak
- menjama'kan solat sesuka hati tanpa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

Soalan :
* Apa perkaitan antara aqidah & iman?
* Apa perkaitan antara iman & amal?
* Apa buktinya kita beraqidah?

Naqibah :
- Nurul Syahirah Mohd Nasir :)

Friday, March 15, 2013

MABIT 1 : Aku Cinta Allah SWT

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda,
para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuanNya.


Majlis dimulakan dengan iftar memandangkan kami menjalankannya pada hari Khamis. 7 talam terhidang, air diteguk, seruan solat maghrib berjemaah disahut, makanan terhidang dimakan. Dalam meniti waktu azan isya' berkumandang, kami pun bertadarus dengan surah Al-Kahfi. Ketika itu tampak beberapa insan yang masih merangkak dalam bacaan Al-Quran. Namun, melihat kepada kesungguhan dirinya memperbaiki & melancarkan bacaan Al-Quran, kami turut muhasabah bahawa berlipat ganda pahala buatnya berbanding kami yang sudah pun agak lancar bacaan Al-Quran.

Proses taaruf yang dikendalikan oleh adik Sakinah yang comel. :)

Proses taaruf yang HOT untuk usha status orang lain. :I

Fokuslah pada pengenalan diri daripada senior.

Tak siapa dapat mengelak untuk perkenalkan diri.



10 cara mendapatkan cinta Allah SWT.

1. Membaca Al-Quran dengan mentadabbur & memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan solat sunat setelah solat fardhu.
3. berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan & perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah SWT dalam segala keadaan.
5. Menanamkan dalam hati nama-nama & sifat Allah SWT & memahami maknanya dengan baik.
6. Bersyukur kepada Allah SWT dalam segala ketentuan atas dirinya.
7. sentiasa tawaduk (rendah diri) kepada Allah SWT.
8. bangun malam untuk beribadah, bermunajat, membaca Al-Quran.
9. Banyak bergaul dengan orang soleh sambil mengambil hikmah & ilmu daripada mereka.
10. Menjauhi perkara yang mampu melalaikan kita daripada mengingati Allah SWT.


.: Mencintai Allah SWT bermula dengan beriman kepada Allah SWT kerana cinta itu berteraskan kepada kepercayaan :.

Tuesday, March 12, 2013

Merindui Mereka. :)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, 
seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya,
Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.



Sedang sibuk menggoreng keropok lekor yang ‘panas’ di gerai jagaannya, tiba-tiba terdengar suara yang ‘macam kenal’ bersuara.

Kak Syud!

Eh..nani! Awat?” sekadar mengikut loghat adik usrahnya itu.

Bila kak syud kerja sini?

Baru lagi..

Kak syud, kami (dia membahasakan dirinya sebagai kami) ada benda nak cerita dengan kak syud ni. Sekarang kami join usrah Kelab Iqra’. Depa duk tanya dulu usrah dengan sapa? Kami semua duk habaq Kak Syud. Ramai la dalam kumpulan kami tu sebut nama Kak Syud. Pastu akak usrah kami tu cakap ‘ramainya adik usrah kak syud. Akak nak jumpa lah kak syud tu nanti.’

“……” senyum~ Hanya senyum yang mampu terukir kerana tidak terkata dengan permintaan kakak usrah Kelab Iqra’ yang ingin bertemu dengannya. Semoga dipertemukan. :)


                Merindui zaman tika dirinya ditemani 30+ adik usrah yang sentiasa hangat mendambakan ilmu dalam usrah. Usrah Marjan Al-Jannah (MAJ) kedengaran di merata. Kini, kumpulan itu semakin berpecah. Ada yang semakin maju, terus ke hadapan dalam medan gerak kerjanya. Ada yang masih bermain tarik tali, bertatih kembali menongkah dunia usrah. Ada yang hilang terus tanpa jumpa, masih dijaga Allah SWT dalam usrah Kelab Iqra’. Ada yang terus menyepi mengelak diri kerana faktor keluarga yang disayangi, masih lagi hidup hatinya dalam majlis ilmu di masjid sekitar kampus. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah. Walau dulu bulatan itu besar hingga separuh surau itu ‘kami yang punya’, kini bulatan itu semakin mengecil & terbina beberapa bulatan dalam bulatan. Namun, syukur segala puji hanya bagi-Nya.

 Ya Allah, hati mereka terus erat tertaut. Biarpun berlainan landasan perjuangan, namun ukhwah yang disemai bermula dengan usrah masih lagi menjadi penguatnya. Biarpun jarang lagi dipantau dekat perkembangan mereka, namun Allah SWT menjaga mereka dengan sebaik-baiknya penjagaan, hati mereka masih hidup dengan ilmu-Nya. Biarpun orang menilai usrahnya tiada fikrah haraki, tiada fikrah pejuang, tiada hala tuju daulah Islam, namun hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui bahawa bukan semata-mata pejuang Islam di tengah kejahilan yang ingin dilahirkannya dengan izin-Nya tetapi dia ingin adik-adik usrahnya itu mengenali-Nya & kembali pada-Nya. Alhamdulillah hati mereka masih terjaga. Terima kasih Allah atas segala bantuan menjagakan mereka untuk dirinya. Ampunkan dosanya atas segala khilaf & alpa. Tempatkan mereka di syurga-Mu yang indah & layak buat mereka. Aminnn Ya Rabb~


.: Semoga 'permata syurga' yang ada di dunia
terus indah terpelihara hingga ke Jannah-Nya :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...