Tuesday, February 5, 2013

Indah biarpun DOSA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya,
Redha Alhamdulillah atas segala ketentuanNya.




“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai).
Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa.
Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman)
disebabkan kesalahan meminum arak. 

Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak),
maka baginda pun menghukum lalu dia disebat.

Seorang lelaki berkata: 
“Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”.

Lantas Nabi s.a.w pun bersabda:
“Jangan kamu semua melaknatinya!
Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. 

(Riwayat al-Bukhari).



.: Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan
termasuklah kepada si pelaku dosa.
Demi Allah, jadikanlah kami sebagai hamba yang mencintai-Mu & rasul-Mu :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...