Wednesday, January 2, 2013

FINAL EXAM ujian nyata

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmat-Nya, Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuan-Nya


Detik 1/1/2013 tahun ini seakan tidak benar-benar terasa tahun baru kerana fokus kepada ulang kaji sempena Final Exam Sem V (dah besaq dah~). Namun, seperti pernah ku katakan dalam post-post sebelum ini, tarikh-tarikh sebegini semakin lama semakin hilang impaknya pada hidupku. Tika zaman jahiliyah itu tegar menyelubungi diri, sebutkan sahaja tarikh apa...semua akan disambut sekurang-kurangnya dengan suatu mesej ringkas. Kini, segalanya makin hilang. Tarikh lain pula yang sering diingati terutama dalam keluarga. Tarikh-tarikh Islam kini sering mengingatkan aku pada keluargaku. Ucapan diberi & pasti berbalas. Sungguh, ucapan peringatan yang mendekatkan diri pada Allah SWT daripada ahli keluarga sendiri cukup terkesan di jiwa terutama jika ianya datang daripada adik-adik yang 'nakal'. ^^,

     Saat yang lain sedang sibuk dengan menelaah pelajaran sepanjang 'study week', aku punya aktiviti lain sepanjang waktu itu. Sungguh sibuk tapi sungguh nikmat. Yakin pada janji Allah SWT bahawa Allah SWT akan menolong hamba-hambaNya. Alhamdulillah walaupun 'study week' ku penuh, 'first paper' ku paling awal dalam UTM, namun...dek kasih & sayang-Nya....'second paper' punya jarak yang jauh daripada 'first paper'. Punya banyak masa untuk 'study'! ^^,


Hadiah istimewa

'Study week' yang lepas, selepas 'sibuk' ku tamat...aku menghabiskan sepenuh masa di rumah. Jangan tanya 'bagaimana study di rumah?' kerana memang bukan itu tujuanku balik ke rumah. Melihat keriuhan keluarga yang penuh ahlinya daripada ayah the big boss, mak the queen, angah the genius, abang the smart, ateh the handsome, akak the sweet, adik the brutal. ^^,
     Indah apabila diri dikejut sendiri oleh sang ayah untuk subuh berjemaah. Alhamdulillah sepanjang di rumah tidak tinggal solat berjemaah bersama ahli keluarga. 'Nur' itu sudah semakin dekat dengan keluarga tercinta. Sibuklah kamu dengan agama Allah SWT, Allah SWT akan menjaga yang lain sebaiknya untuk kamu.
     Suatu malam, aku sedang sibuk menyiapkan soalan 'final exam review questions', tiba-tiba adikku Amirul yang baru pulang dari tempat kerjanya menyatakan sesuatu padaku.

"Kakyang, aku ada hadiah untuk kau."
"Apa?"
"Nah..kayu sugi! Ambiklah.."
"Wah..terima kasih!"

Muka berseri-seri jangan cakap la. Teringat peristiwa program bersama sahabat yang memerlukan kami berkongsi kayu sugi yang sama sepanjang program.hehe Allah SWT dah beri kemudahan untuk amalkan sunnah baginda, tidak boleh tolak & terus beralasan.huu

     Melihat adik-adik ku yang nakal ini..sibuk bekerja..namun tidak pernah melupakan kakaknya yang nakal ini. Buku agama yang beratus harganya, kayu sugi yang puas ku cari tidak jumpa, pelbagai lagilah. Indah sungguh. Alhamdulillah aku sangat bahagia dalam keluargaku ini. Dalam masalah yang menghimpap hingga mampu meruntuhkan seluruh jiwa, masih ada secebis kebahagiaan yang menjadi kekuatan. Allah SWT semata-mata pemilik mutlak jalan keluar daripada segala permasalahan.

Hakikat Final EXAM di UTM

     Ketika minggu 'final exam' bermula, kita dapat melihat pelbagai ragam manusia. Cuma dengan mudahnya, kita bahagikan sahaja kepada 2 jenis; bergantung harap pada Allah SWT sepenuhnya & bergantung harap pada usaha sendiri semata.

Semakin hebat atau nyata ujian, sepatutnya semakin tinggi ibadah & taqarrub pada Allah SWT kerana hanya Allah SWT pemilik mutlak diri kita sebagai hamba-Nya. Sedarilah..bahawa kita hanya hamba. Lihat sahaja apa yang dimaksudkan dengan takrifan 'hamba'. Hanya patuh & taat. Jika difikirkan semula, tidak layak bagi seseorang hamba itu meminta-minta pada tuannya. Namun, Maha Suci Allah yang bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang...Allah SWT merindui rintihan & pengharapan kita pada-Nya.

     Berusahalah sebaiknya, namun jangan diabaikan apa yang sepatutnya. Solat lewat semata-mata ingin habiskan 'study' dahulu, tidur lewat semata-mata ingin habiskan 'study' dahulu tanpa ada sekalipun solat sunat 2 rakaat seperti tahajud, taubat, atau hajat yang dilakukan. Sedangkan pada waktu sepertiga malam itu ialah waktu paling akrab antara kita dengan Pencipta kita, Allah SWT. Alangkah sayangnya jika hati melupakan Allah SWT di saat Allah SWT setia memerhati setiap tindak-tanduk hambaNya.

    Seusai daripada 'paper', habis segalanya dikutuk maki. Itu..ini sebagainya yang menunjukkan tanda protes. Allah SWT Maha Memerhati setiap pergerakan malahan niat kita sendiri. Konsep redha & mempertikaikan itu suatu perkara yang nyata bezanya. Alangkah sayangnya jika kita tidak menghayati setiap detik kehidupan ini sebagai suatu bentuk tarbiyah langsung & tidak langsung yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT & menghayati frasa 'indahnya hidup beraqidah'.

     'Final exam' ini ujian yang nyata pun sudah kita abaikan kebergantungan pada Allah SWT, muhasabah sejauh mana kita bergantung pada Allah SWT dalam menghadapi ujian kehidupan sebenar yang sentiasa datang menerjah tanpa apa-apa petanda yang nyata.

.: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hamba yang sering mendekatkan diri kepada-Mu, yang sering bertaubat kepada-Mu, yang sering mensyukuri nikmat pemberian-Mu, yang sering redha di atas segala ketentuan-Mu, yang sering berzikir memuji-Mu, yang sering mengingati-Mu :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...