Saturday, January 12, 2013

Aku Ialah Kereta Muslimat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahlul bait, para sahabat, para tabii tabii, seluruh umat Islam
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas ketentuan-Nya




Aku ialah sebuah kereta. Namaku Kancil. Aku dilahirkan pada tahun 2003 dan kini umurku sudah menjangkau 10 tahun. Tuan asalku membeliku dengan harga yang 'quiet OK!'. Kemudian selepas habis membayarku secara penuhnya, aku pun digunakan dengan seoptimumnya. Aku dihias dengan terbaiknya oleh tuanku hingga akhirnya aku sedar jantinaku, Lelaki! ^^, Aku dibawa ke Johor Bharu menemani tuanku yang ditukarkan tempat kerjanya daripada Bukit Aman ke Balai Polis Majidee. Cantik juga calar, remuk yang ada padaku dek kehebatan tuanku ini drive diriku. Almaklumlah dia tuanku jadinya, sakit aku pun dia yang jaga, luka aku pun dia yang ubatkan. Jadi, aku bahagia sakit-perit kerananya dengan hasil parut, luka, bengkak & sebagainya pada diriku ini deminya.huhu

Bahagianya wajahmu wahai tuanku

     Selepas anak sulungnya berpindah ke bumi Johor Bharu menyambungkan pelajaran, aku diberikan kepada anak sulungnya yang perempuan itu. Sekarang, aku bertuan baru. Eh, silap tuanku masih single jadi masih ada title Cik pada namanya. Aku sudah ber'Cik' baru. Namanya, Cik Nur. Nah, habis  aku dihiasnya. Hilang kejantananku, baru ku sedar aku bisa menjadi kereta muslimat..eeuuww~ =,='' Cuma aku teringat pertama kali aku dipandunya jauh ke sebuah pantai untuk suatu program yang memakan masa selama 2 jam lebih, Cik Nur memberi mesej pesanan ringkas pada ayahnya.

"Terima kasih ayah. Semoga setiap kebaikan & pahala dari kereta ini turut sampai pada ayah."

Lama-kelamaan...aku sudah tidak seperti kancil biasa. Aku di'drift' ke mana sahaja oleh Cik Nur. Hingga akhirnya mak kepada Cik Nur meluah kata apabila aku dibawa pulang ke rumah setiap kali Cik Nur pulang ke Seremban, rumahnya.

"Dah tak macam kancil dah ni ha bunyi enjin ko ni kakyang. Ko bawak balik motor-boat ke?"

Ah-ha! Sentap..haha Sejak itu, aku sudah tidak dipanggil 'Kancil', aku dipanggil 'motor-boat'. Namun, bukan itu yang ingin aku kongsikan kepada kalian tentang diriku. Aku ingin kongsikan tentang hakikat diriku yang 'diri ber-tuan, hati ber-Tuhan'.


Bahagia bergerak kerja

Pertama kali aku digunakan oleh tuanku, bahagia rasanya. Sibuk bergerak kerja kemana-mana. Semakin lama Cik Nur semakin lupa bahawa diriku ini memang hartanya tapi hakikatnya aku ialah milik Tuhannya, Allah SWT. Cik Nur mula merungut dalam setiap masa tentang diriku yang sakit. Mula menyalahkan orang lain atas kesilapan membawa kereta hingga aku dikatanya 'dah hancur'. Mula meminta sahabat-sahabatnya yang menaiki diriku untuk tumpang ke meeting sahaja pun dengan bayaran. Mahal pulak tu sampai dah lebih RM 5. Apa ingat aku ni kereta delivery agaknya. Sedangkan aku jua akan membawa dia ke tempat meeting yang sama. Oh, Cik Nur. Kamu lupa Allah SWT wahai Cik Nur. Kemudian Cik Nur mula kedekut dengan gerak kerja Islam.

"Tak boleh pinjam kereta ana."
"Ana nak duit minyak kereta ana sepanjang kem ini dibayar balik."
"Ana nak claim itu..ini..bla..bla..bla.."

Ini, aku sertakan sajak khas untuk Cik Nur..

Cik Nur
Dulu niatmu 'lillahitaala'
Kini katamu 'ana nak claim bla..bla..bla'

Cik Nur
Dulu katamu 'semua ini untuk gerak kerja Islam'
Kini katamu 'kereta ana, tak boleh pinjam'

Cik Nur
Jangan lupa hidupmu itu ber-Tuhan
Aku jua pinjaman
Allah SWT yang Maha Pemilik atas segalanya
Daripada yang Maha Pemurah kepada hamba-Nya yang alpa

Cik Nur
Jika engkau sudah merasa bahawa aku milikmu
Ertinya engkau lupa engkau hamba
Sedarlah bahawa Allah SWT itu Maha Tahu
Syukurnya kurang, mengungkitnya merata

Cik Nur
Andai engkau sudah mula berkira-kira dengan Islam
Ertinya engkau berkira-kira dengan Allah SWT pemilik sekalian alam
Andai engkau sudah mula berkira-kira dengan-Nya
Bersedialah engkau di akhirat untuk menjawab setiap persoalan-Nya

Cik Nur
Jadikan diriku sebagai wasilah mendekatkan diri pada Tuhan
Bukan jalan meimbulkan ketidak ikhlasan
Tiada apa menjadi milikmu
...Segalanya milik Tuhanmu...

SEKIAN


p/s : NBK, jaga diri baik-baik di sana ye! Nanti kakyang ambil kamu ye. Kita men'drift' bersama semula. Berdua itukan lebih baik~ ^^,

-Tips mengelakkan masalah hati pembaca sesuatu penulisan ialah dengan meletakkan watak penulis sebagai watak utama penulisan.-



.: Jika kita sedar hidup ini ber-Tuhan, bawalah diri sebagai hamba kepada Tuhan. Tunduk, patuh, taat, tidak lagaknya seperti Tuan biarpun pada sesuatu yang nyata tampak milik sendiri di pandangan mata manusia kerana hakikatnya segala itu ialah milik Allah SWT.
Allah SWT pemilik hati ini..ikhlaskan hatiku atas segalanya :.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...