Wednesday, January 30, 2013

Permulaan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmat-Nya,
Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuan-Nya.



p/s : Nur, senyumlah ... :)

Sunday, January 27, 2013

Kakak-ku NIKAH !

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat. para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas segala nikmat-Nya, ALHAMDULILLAH atas segala ketentuan-Nya.



HARI INI sudah bertarikh 27/1/2013. Sejujurnya aku langsung tidak ingat tarikh walimah kakak kesayanganku, Khairina Izzati yang comel + senget itu..(kak, maap den lupo!huhu) Dah namanya lupa, terus aku usha blog nya. Nak usha tarikh nikah beliau akhirnya aku jumpa kad (bukan kad sebenar). Oh..damn! 9 Februari nikahnya. Maap kak!huhu

Biar ku ceritakan sedikit perihal kakak-ku ini.
Namanya Khairina Izzati. maaf lupa binti apa.huhu TAPI tidak perlu tanya berapa peratus ukhwah ku dengan dirinya kerana cukuplah hati ini merasa tanpa penilaian manusia. ^^,

     Aku mengenalinya melalui suatu program tarbiyah. Aku selaku tenaga pengangkutan, dia selaku tenaga modul & kefahaman dalam program tersebut. Mudah cerita, aku driver la der. Driver + drifter...awesome!

     Sebagai orang yang 'workaholic', memang sukar untuk melihat aku duduk makan sekali dengan sahabat-sahabat, riadah bagai, liqa tautan hati & sebagainya yang bertemakan 'program ukhwah'. Jadinya, aku dilihat sebagai insan yang kerek. "Well, they don't know you yet syu." Itu antara kata-kata kakak-ku yang lain iaitu kak Nurul Azzyaty (nanti kamu dah nikah, saya buat post untuk kamu ye kak Azzy! ^^,) selepas memaklumkan pada aku, "Sahabat-sahabat mat takut dengan kamu syu pas kamu sound pasal usrah."

     SO, sebagai orang yang hidup dengan kerja, aku juga berpegang pada prinsip 'ukhwah gerak kerja'. Persepsi orang berbeza sepertimana setiap insan itu diciptakan istimewa oleh Pemilik Mutlak yakni Allah SWT. Aku pernah ditembak maut dengan dalil untuk membidas pegangan ku tentang 'ukhwah gerak kerja' dengan dalil-dalil yang dipetik daripada Kalam Mulia Al-Quran. Sebagai orang yang jahil, selepas ditembak dengan dalil oleh sahabat yang digelar sebagai 'ustazah'..aku diam membisu. Malas nak panjang cerita. Yang penting mesej ku sampai pada mereka. ^^,

    Aku faham mengapa aku ditembak kerana persepsi mereka tentang 'ukhwah gerak kerja' ialah kita hanya menggunakan sahabat untuk gerak kerja. Hakikatnya, tidak pernah langsung terlintas persepsi begitu dalam benak fikirku mengenai 'ukhwah gerak kerja'. Kebiasaannya, reaksi spontan ku apabila persepsi orang jauh tersasar daripada hakikat sebenar diriku ialah ketawa atau sekurang-kurangnya senyum. LEMAS dengan persepsi manusia. Allah Maha Mengetahui. Chill with my life! ^^,

    HAKIKATNYA, perkara yang aku maksudkan dengan 'ukhwah gerak kerja' ialah susah senang bersama sebelum, semasa, selepas bergerak kerja bersama. Sewaktu bergerak kerja bersama itulah, aku dapat mengenali sahabat-sahabatku biarpun pertama kali bersua. Aku dapat melihat mereka di saat mereka suka, duka, tertekan, bahagia, & sebagainya yang jarang kita dapat lihat pada sahabat-sahabat. Kita akan lebih rapat apabila kita mengetahui 'hakikat sebenar' diri sahabat kita itu. Akhirnya, Allah SWT mengizinkan aku untuk bergerak kerja sekali dengan 'ustazah' yang menembak ku dengan dalil apabila aku berpegang dengan 'ukhwah gerak kerja'. ALHAMDULILLAH, di akhir program yang melibatkan kami bersama, dia melafazkan kata, "Akak tak sangka awak camni syu. Akak tengok serius je rupanya gila-gila orangnya. Akak suka kerja dengan awak." Taadaa...Allah SWT tunjuk terus! Akhirnya dia faham dengan peganganku. Alhamdulillah~ ^^,

   NAH !!! begitulah caranya aku mengenali kak Kharina Izzati. Dia sempoi, happening, fun, superb cool, kerja smart, macam-macam lah~ Akhirnya, ukhwah kami itu berterusan sehingga kini terasa manisnya. Selepas habis program itu, dia masih lagi menjadi tempat rujukanku atas pelbagai perkara. Tekanan study, kepimpinan, sikap diri, ahh..pelbagailah~ Tak mampu ditulis dalam pena, hanya terimbau di minda.




Kakak Khairina Izzati, saya sayang kamu seadanya kamu. Semoga tercapai darjatmu sebagai hamba-Nya yang solehah, anak yang solehah, sahabat yang solehah, pelajar yang solehah, isteri yang solehah. Doakan jua untuk adikmu yang nakal ini ye! ^^,


Wednesday, January 16, 2013

Muslimat anak MAK AYAH


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.





Muslimat…
Sebelum engkau melangkah
Berjuang di medan tarbiyah
Wajah ibu ayah tenunglah
Wajah tiap ahli keluarga tataplah

Muslimat…
Biar pada mereka tampak
Perjuanganmu sia-sia tidak bertapak
Yakinlah pada Allah yang sentiasa nampak
Setiap amalmu yang ikhlas, pada mereka jua rahmat itu dicampak

Muslimat…
Tika yang lain diulit mimpi
Baitul muslim yang dinanti
Jangan leka perjuanganmu kini
Atas dasar kasih pada mereka keluargamu yang dicintai

Muslimat…
Ada tikanya langkahmu tempang
Ada sahaja mata yang memandang
Mempertikai malah membangkang
Tanpa usul periksa tetiba keputusan terbentang

Muslimat…
Bergerak sebagai ‘muslimat’ tidak mudah
Ada tikanya engkau pasti rasa lelah
Dengan ujian yang sama dari hamba Allah
Namun, ingat! Mereka hanya wasilah

Muslimat…
Ingatlah wasiat Rasulullah SAW
Jangan diabai kasih Allah SWT pemilik sekalian alam
Berpeganglah pada tali anak solehah
Hingga akhirnya Allah SWT menetapkan bahawa rentak juangmu perlu diubah
Tetap berpaksi pada Allah SWT yang Maha Pemurah

Sunday, January 13, 2013

Ada apa dengan 6 = ENAM ?!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat,
para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.


"Aku risau mengenai umatku dalam enam perkara.
Pertama , diangkatnya anak-anak sebagai pemimpin (penguasa).
Kedua, terlampau banyak petugas keamanan.
Ketiga, rasuah dalam urusan hukum.
Keempat, memutuskan silaturahim dan menganggap biasa pembunuhan.
Kelima, generasi baru yang menjadikan Al-Quran sebagai nyanyian.
Keenam, mereka mendahulukan (mengutamakan) seseorang yang bukan paling memahami fikah dan bukan pula yang paling besar berjasa namun hanya seorang artis (badut kehidupan)."

-HR Ahmad : 65013-



p/s : Teringat 6T di kampus UTM tercinta.


.: 6666 ayat suci Al-Quran tersimpan rapi di dada sebagai 
benteng kepada setiap mehnah kehidupan. :.

Saturday, January 12, 2013

Aku Ialah Kereta Muslimat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahlul bait, para sahabat, para tabii tabii, seluruh umat Islam
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas ketentuan-Nya




Aku ialah sebuah kereta. Namaku Kancil. Aku dilahirkan pada tahun 2003 dan kini umurku sudah menjangkau 10 tahun. Tuan asalku membeliku dengan harga yang 'quiet OK!'. Kemudian selepas habis membayarku secara penuhnya, aku pun digunakan dengan seoptimumnya. Aku dihias dengan terbaiknya oleh tuanku hingga akhirnya aku sedar jantinaku, Lelaki! ^^, Aku dibawa ke Johor Bharu menemani tuanku yang ditukarkan tempat kerjanya daripada Bukit Aman ke Balai Polis Majidee. Cantik juga calar, remuk yang ada padaku dek kehebatan tuanku ini drive diriku. Almaklumlah dia tuanku jadinya, sakit aku pun dia yang jaga, luka aku pun dia yang ubatkan. Jadi, aku bahagia sakit-perit kerananya dengan hasil parut, luka, bengkak & sebagainya pada diriku ini deminya.huhu

Bahagianya wajahmu wahai tuanku

     Selepas anak sulungnya berpindah ke bumi Johor Bharu menyambungkan pelajaran, aku diberikan kepada anak sulungnya yang perempuan itu. Sekarang, aku bertuan baru. Eh, silap tuanku masih single jadi masih ada title Cik pada namanya. Aku sudah ber'Cik' baru. Namanya, Cik Nur. Nah, habis  aku dihiasnya. Hilang kejantananku, baru ku sedar aku bisa menjadi kereta muslimat..eeuuww~ =,='' Cuma aku teringat pertama kali aku dipandunya jauh ke sebuah pantai untuk suatu program yang memakan masa selama 2 jam lebih, Cik Nur memberi mesej pesanan ringkas pada ayahnya.

"Terima kasih ayah. Semoga setiap kebaikan & pahala dari kereta ini turut sampai pada ayah."

Lama-kelamaan...aku sudah tidak seperti kancil biasa. Aku di'drift' ke mana sahaja oleh Cik Nur. Hingga akhirnya mak kepada Cik Nur meluah kata apabila aku dibawa pulang ke rumah setiap kali Cik Nur pulang ke Seremban, rumahnya.

"Dah tak macam kancil dah ni ha bunyi enjin ko ni kakyang. Ko bawak balik motor-boat ke?"

Ah-ha! Sentap..haha Sejak itu, aku sudah tidak dipanggil 'Kancil', aku dipanggil 'motor-boat'. Namun, bukan itu yang ingin aku kongsikan kepada kalian tentang diriku. Aku ingin kongsikan tentang hakikat diriku yang 'diri ber-tuan, hati ber-Tuhan'.


Bahagia bergerak kerja

Pertama kali aku digunakan oleh tuanku, bahagia rasanya. Sibuk bergerak kerja kemana-mana. Semakin lama Cik Nur semakin lupa bahawa diriku ini memang hartanya tapi hakikatnya aku ialah milik Tuhannya, Allah SWT. Cik Nur mula merungut dalam setiap masa tentang diriku yang sakit. Mula menyalahkan orang lain atas kesilapan membawa kereta hingga aku dikatanya 'dah hancur'. Mula meminta sahabat-sahabatnya yang menaiki diriku untuk tumpang ke meeting sahaja pun dengan bayaran. Mahal pulak tu sampai dah lebih RM 5. Apa ingat aku ni kereta delivery agaknya. Sedangkan aku jua akan membawa dia ke tempat meeting yang sama. Oh, Cik Nur. Kamu lupa Allah SWT wahai Cik Nur. Kemudian Cik Nur mula kedekut dengan gerak kerja Islam.

"Tak boleh pinjam kereta ana."
"Ana nak duit minyak kereta ana sepanjang kem ini dibayar balik."
"Ana nak claim itu..ini..bla..bla..bla.."

Ini, aku sertakan sajak khas untuk Cik Nur..

Cik Nur
Dulu niatmu 'lillahitaala'
Kini katamu 'ana nak claim bla..bla..bla'

Cik Nur
Dulu katamu 'semua ini untuk gerak kerja Islam'
Kini katamu 'kereta ana, tak boleh pinjam'

Cik Nur
Jangan lupa hidupmu itu ber-Tuhan
Aku jua pinjaman
Allah SWT yang Maha Pemilik atas segalanya
Daripada yang Maha Pemurah kepada hamba-Nya yang alpa

Cik Nur
Jika engkau sudah merasa bahawa aku milikmu
Ertinya engkau lupa engkau hamba
Sedarlah bahawa Allah SWT itu Maha Tahu
Syukurnya kurang, mengungkitnya merata

Cik Nur
Andai engkau sudah mula berkira-kira dengan Islam
Ertinya engkau berkira-kira dengan Allah SWT pemilik sekalian alam
Andai engkau sudah mula berkira-kira dengan-Nya
Bersedialah engkau di akhirat untuk menjawab setiap persoalan-Nya

Cik Nur
Jadikan diriku sebagai wasilah mendekatkan diri pada Tuhan
Bukan jalan meimbulkan ketidak ikhlasan
Tiada apa menjadi milikmu
...Segalanya milik Tuhanmu...

SEKIAN


p/s : NBK, jaga diri baik-baik di sana ye! Nanti kakyang ambil kamu ye. Kita men'drift' bersama semula. Berdua itukan lebih baik~ ^^,

-Tips mengelakkan masalah hati pembaca sesuatu penulisan ialah dengan meletakkan watak penulis sebagai watak utama penulisan.-



.: Jika kita sedar hidup ini ber-Tuhan, bawalah diri sebagai hamba kepada Tuhan. Tunduk, patuh, taat, tidak lagaknya seperti Tuan biarpun pada sesuatu yang nyata tampak milik sendiri di pandangan mata manusia kerana hakikatnya segala itu ialah milik Allah SWT.
Allah SWT pemilik hati ini..ikhlaskan hatiku atas segalanya :.


Thursday, January 10, 2013

Pimpinan perlu DIPIMPIN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya



Melihat kepada lembaran sirah & sejarah, pemimpin Islam yang dikagumi & menjadi panduan dalam jalan kepimpinan mestilah berdasarkan aqidah yang teguh. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW yang memotivasikan ahli Badar ketika perang itu dengan kata-kata taujihad penuh initipati aqidah yang mantap.

     Sebagai pemimpin Islam, mereka tidak akan mampu meneruskan peranannya dengan sempurna tanpa sahsiah kepimpinan yang baik. Kepetahan berucap, kematangan ilmu ialah suatu bonus pada pemimpin yang mempunyai kelebihan tersebut. Namun, tanpa sahsiah kepimpinan yang baik, bonus itu hanya tinggal bonus pada nama kerana yang wajibnya tiada. Bagaimana bacaan doa iftitah di awal solat ingin dikira sebagai pahala sunat jika solat itu pun didirikan tanpa wudhu' yang sah? Begitu jua dalam hal kepimpinan Islam. Bagaimana segala yang indah (pidato, hujah, taujihad) pada pandangan mata itu akan diterima sekeliling jika kemantapan aqidah dalam diri pimpinan itu ditolak tepi? Setiap pemimpin Islam harus sedar bahawa tidak akan ada sesuatu perkara pun yang berlaku tanpa izin-Nya. Setiap pemimpin Islam harus yakin bahawa kita sebagai hamba-Nya sentiasa mendambakan pertolongan daripada Allah SWT. Namun, keyakinan ini hanya dapat dirasa oleh jiwa yang bersih berteraskan aqidah yang sahih dan dihiasi dengan amalan-amalan soleh.

Persediaan ke arah KEPIMPINAN ISLAM

1. Ilmu


"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." 
- Surah at Taubah:122


Saidina Umar r.a pernah berkata, "Belajarlah kamu sebelum kamu menjadi pemimpin."

     Sebagai pemimpin Islam, mereka harus menuntut ilmu yang menjadi asas dalam perjuangan. Ilmu aqidah perlu dipelajari bukanlah sehingga sungguh khatam beribu kitab Aqidah barulah diri bersedia menjadi pimpinan. Cukup pada asasnya pemimpin Islam itu tahu perkara asas dalam ilmu Aqidah kerana perjuangan Islam yang dibawa ialah berpandukan Aqidah kepada Allah SWT. Jika pemimpin Islam sendiri tidak menyedari hakikat matlamat kepimpinan yang akhirnya bermatlamatkan hanya kepada keredhaan Allah SWT & tertegaknya hukum Allah SWT di bumi-Nya, maka pasti musibah akan menimpa keseluruhan medium perjuangan kerana tiada yang jelas matlamat kepimpinan dalam Islam. Jika pemimpin sendiri sudah tidak faham, ahli bawahan lagi lah tidak terbina fikrah yang sebenar. Itulah pentingnya tanggungjawab saling tegur-menegur antara pimpinan & ahli bawahan.
     
     Hakikatnya, kita sering membina banyak komuniti dalam SATU komuniti. Mudah cerita, dalam kumpulan Islam yang katanya berjuang atas jalan yang sama, sering mewujudkan banyak 'geng'-'geng' di dalamnya. Geng budak gerak kerja & Geng budak pondok sering dibicarakan secara 'belakang tabir' oleh kebanyakan ahli bergelar pejuang Islam. Keadaan ini terjadi kerana tiadanya kesinambungan antara mereka yang menuntut ilmu dan mereka yang bergerak kerja. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 122 di atas tidak dihayati sepenuhnya sebagai salah satu landasan dalam perjuangan.
     
     Geng budak pondok asyik dengan menuntut ilmu hingga lupa untuk disampaikan pada yang asyik bergerak kerja. Geng bergerak kerja pula asyik bergerak kerja hingga lupa untuk mendapatkan ilmu daripada geng budak pondok. Sama-sama harus saling berperanan dalam memastikan keberlangsungan ikatan dalam satu kumpulan yang berteraskan aqidah.
     
     Ilmu dalam konteks aqidah sangat perlu dalam diri setiap individu pejuang Islam dalam membuahkan amal dan membentuk keimanan dengan berpegang kepada Al-Quran dan menghayati setiap sunnah Rasulullah SAW.


2. Amal & Tazkiyah

Setiap pemimpin Islam harus sentiasa bermuhasabah bagaimana hubungannya dengan Allah SWT dalam pembawakan diri sebagai hamba-Nya dan memimpin hamba-Nya yang lain juga  ke arah pengabdian kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah S.A.W, 
"Hamba yang paling dimurkai Allah ialah sesiapa yang pakaiannya lebih baik daripada amalannya. Bahawa pakaiannya seperti pakaian Nabi-Nabi dan amalannya 
amalan pembesar-pembesar angkuh"
(Riwayat Imam ad Dailami)

Sabda Rasulullah S.A.W lagi, 
"Datang seorang lelaki pada hari Kiamat, dia dicampak ke dalam neraka tiba-tiba perutnya keluar berjela maka dia  berpusing di dalamnya seperti keldai yang berpusing pada pinggulnya. Penghuni neraka berkumpul kepadanya lalu mereka bertanya; Bukankah awak dahulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran? Dia menjawab; Ya, sayalah menyuruh orang kepada kebaikan tetapi saya tidak mengerjakannya dan saya juga melarang kemungkaran, tetapi saya melakukannya."
(Muttafaqun 'Alaihi)

Sepatutnya pemimpin Islam haruslah menjadi contoh kepada orang lain dengan amal-amal soleh yang lebih baik, kalau tidak mereka selayaknya menjadi penipu umat kerana petah berbicara dengan bahasa yang indah lagi manis, bijak berhujah dengan segunung ilmu di dada tetapi sayang kerana amalan soleh itu sangat sedikit. Kurangnya mujahadah menuju redha Allah SWT. Kurangnya kebergantungan kepada Allah SWT.

Menjadi pejuang Islam kita haruslah mendidik diri dengan amalan-amalan yang mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT ;

1. Mendirikan solat ;  solat wajib semestinya, solat sunat itu jangan dilupa. Solat-solat sunat itu mampu menjaga diri, membersihkan hati, mendidik diri agar sentiasa dekat dengan Allah SWT.

2. Berpuasa ; berpuasa di bulan Ramadhan itu wajib, yang sunat itu perlu. Puasa mampu mendidik diri merasa serba cukup dengan rezeki, melatih diri dengan penghayatan kesihatan yang baik.

3. Zikrullah ; setiap langkah dalam keadaan mengingati Allah SWT cukup nikmat kerana sentiasa merasakan diri akrab dengan Allah SWT. Sesungguhnya dengan mengingati Allah SWT, hati akan menjadi tenang.

4. Berbelanja pada jalan Allah SWT ; berbelanja di jalan Allah SWT bukan sahaja berkenaan zakat tetapi jua menginfakkan dan jua mendermakan rezeki yang Allah SWT beri di jalan Allah SWT. Berbelanja di jalan Allah SWT juga mendidik diri dengan pengorbanan demi Allah SWT. Namun, beringat tanpa keikhlasan segalanya sia-sia.


3. Mehnah

Apabila kita sudah berikrar dengan kalimah 'Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT, Rasulullah SAW itu pesuruh Allah SWT', kita sudah dijanjikan dengan pelbagai mehnah (ujian). Hanya orang yang beriman akan diuji kerana ujian itu sendiri diciptakan untuk mengetahui tahap keimanan kita kepada Allah SWT.

     Semua orang mampu menepuk dada mengaku ikhlas menerima setiap ujian & tarbiyah, sanggup mati kerana Allah SWT, kuat, berani, tabah & sebagainya namun jangan dilupa bahawa setiap itu akan diuji oleh Allah SWT. Sebagai manusia biasa, ditarbiyah melalui hakikat kehidupan itu ialah kemestian. Perkara yang baik bagi seseorang itu jika dia tidak hanya ditarbiyah dengan kertas-kertas modul, buku-buku, dan kuliah-kuliah tetapi mengalaminya sendiri pada peringkat kenyataan dan hakikat ujian praktikal sebenar daripada Allah SWT. Sungguh, setiap ujian itu untuk memupuk kesabaran, keikhlasan kepada Allah SWT, meningkatkan kebergantungan kepada Allah SWT, melatih diri sentiasa bersyukur kepada Allah SWT, dan sekaligus sebagai cara untuk Allah SWT melayakkan kita untuk menegakkan kalimah-Nya.


.: Semoga setiap langkah kaki dalam perjuangan berlandaskan keikhlasan kepada Allah SWT :.

HATI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Syukur Alhamdulillah atas nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas ketentuan-Nya


"Sesiapa yang bangun pagi, tetapi hati dan fikirannya tidak ada keinginan untuk meraih redha Allah, maka dia bukanlah hamba Allah. Sesiapa yang bangun pagi, tetapi hati dan fikirannya tidak memperhatikan kaum Muslimin, maka dia bukan daripada golongan mereka."

-HR al-Hakim : 4586-

HAID itu IBADAH

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya


Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A. diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Israr dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi.

"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:



Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan
aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.


Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya."



.: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hamba-Mu yang solehah, anak yang solehah, sahabat yang solehah, pelajar yang solehah, & isteri yang solehah :.

DAJJAL Final Exam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya


Melangkah kaki masuk ke dewan peperiksaan, beserta selawat..doa..mengharapkan segala urusan dipermudahkan. Namun, sepanjang peperiksaan berlangsung, toyol itu jadi harapan. Kerja Dajjal itu yang dilakukan.

"Alaa..kau tulis je dalam tisu kecik pastu letak dalam poket. Nanti buat-buatlah selsema, tengok la."

"Alamak, sibuk pulak brother ni nak jaga sini. susah kot nak usha jawapan dorang ni ha"

"2 markah ni bezakan aku dengan budak-budak kelas ni, xleh jadi ni. kena tanya jugak jawapan ni"

"kita terpaksa lah buat macam ni, susah kot soalan tu."

"kitorang tak caya kau macam ni. kalau kau dari dulu macam ni, mesti kau dah lama jadi 1 geng dengan kitorang dah. cayalah~"


Cukuplah sekadar itu kata-kata yang sering kedengaran daripada mereka-mereka yang menjalankan 'penipuan terancang' semasa peperiksaan berlangsung.


Allah SWT MAHA MELIHAT

Sedarilah setiap langkah kita mahupun niat kita sentiasa diperhatikan Allah SWT, tidak terlepas juga daripada catatan malaikat kiri & kanan. Sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besarnya perkara akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat nanti. Dalam keadaan tanpa seurat benang di badan, matahari di atas kepala hingga menenggelamkan kita dalam peluh sendiri, menanti giliran untuk dihisab satu persatu sehingga habis seluruh manusia dihisabkan. Beruntunglah menjadi umat Muhammad SAW yang dihisab paling awal di akhirat nanti walaupun kita pada hakikatnya ialah umat akhir zaman. Lebih beruntung lagi apabila kita dapat bersama Rasulullah SAW di akhirat nanti, menerima syafaat daripada baginda. Namun, jika kita sudah bersahabat dengan 'Dajjal halus' ketika final exam, tidak perlulah kita bercita-cita untuk bersama Rasulullah SAW tanpa taubat & penyesalan atas kesilapan terancang tersebut.


Aqidah-mu GOYAH

Aqidah ialah keimanan & keyakinan kita kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan tanpa sedikit pun keraguan. Baik, ini jawapan on paper . Lebih mudah boleh kita katakan aqidah itu ibarat kebergantungan kita kepada Allah SWT.
     Nama pun dah 'toyol', kenapalah masih lagi mengharapkan pertolongan 'toyol' itu. Yakinlah bahawa segala atas muka bumi ini milik Allah SWT. Jadi, maka jadilah kata Allah SWT. Tidak kira kita sudah berusaha sehabis baik atau belum. kita wajib kembali kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan. Namun, kita mestilah berusaha sehabis baik dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
     Kita ialah hamba. Hamba Allah....yang bertuhankan Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya. Apabila kita menjadi hamba Dajjal final exam tersebut, itu bermakna kita sudahpun meletakkan kebergantungan kita kepada yang selain daripada Allah SWT. Yakinlah bahawa ilmu itu makhluk Allah SWT, jua rezeki daripada Allah SWT. Apabila Allah SWT nak beri, Dia akan beri pada hamba yang dipilih-Nya. Kita sebagai hamba hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya mengikut jalan yang diredhai-Nya. Kerana itulah walau sehebat mana kita mentelaah pelajaran, tetapi ikatan hati & keimanan kita sangat lemah pada Allah SWT..kita masih merasakan kosong di jiwa. Merasa diri bertuhan pada tika-tika tertentu. Tika solat, rasa bertuhan itu tiba. Tika belajar, Tuhan dilupa entah ke mana. Allah SWT berhak untuk memberikan redha-Nya kepada yang diingininya. Bertaubatlah...


Fitnah DAJJAL yang SEBENAR

Sesungguhnya al-Quran tidak menyebutkan Dajjal secara jelas kerana dia telah mengaku sebagai tuhan padahal dia adalah manusia, di mana keadaan sangat bertentangan dengan kemuliaan Rabb, keagungan, kesempurnaan, dan kesuciaan-Nya dari segala kekurangan, kerana dia sangat hina di sisi Allah dan sangat kecil sehingga tidak layak untuk disebutkan (di dalam al-Qur-an). Walaupun demikian, para Nabi memberikan peringatan akan kedatangannya, menjelaskan bahaya fitnahnya, sebagaimana yang telah dijelaskan. Sesungguhnya setiap Nabi telah memberikan peringatan akan (kemunculannya) dan memberikan peringatan terhadap fitnahnya.



Bayangkan..jika kerana 2 markah di dunia yang kita lebih risaukan (gred) daripada redha Allah SWT yang Maha Memiliki & Maha Berkuasa atas kita, adakah kita mampu untuk melawan fitnah Dajjal sebenar apabila dia muncul?
     Tika turunnya Dajjal itu, kita tidak diuji dengan perkara sekecil 2 markah ini, tetapi dengan perkara yang lebih besar daripada itu. Kita diuji dengan rezeki, makanan, minuman, harta, banyak lagi yang benar-benar dapat menguji. Bayangkan, kerana mempertahankan keimanan kepada Allah SWT, kita akan dibiarkan hidup dalam kering-kontang kemarau yang menyeksakan. 
     Tika itu, bukan akal fikiran yang bijak pandai (bijak pandai pun masih belum dapat membezakan baik buruk perlakuan) yang dapat mengatakan 'Engkau bukan Tuhan-ku. Engkau DAJJAL !! '. Hanya iman di hati yang mampu menyelamatkan kita daripada menduakan-Nya. Jika kita sudahpun mensyirikkan Allah SWT atas muka bumi ini, kita sudahpun menempah singgahsana di neraka durjana.



.: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hamba-Mu yang sering mendekati-Mu, yang sering bertaubat kepada-Mu, yang sering mensyukuri nikmat pemberian-Mu, yang sering redha atas ketentuan-Mu, yang sering menghayati erti hidup sebagai hamba-Mu, yang sering setiap perlakuan itu atas nama-Mu :.

Wednesday, January 9, 2013

Didikan Tangan Ayah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas ketentuan-Nya.



Keguguran kandungan pertama, aku lahir sebagai gantinya. Sayang..sayang..panggilan khas untuk diri ini. Hingga akhirnya lahir adik lelaki ku. Sayang..sudah bertukar kakyang. Biar apa pun panggilan, tangan mak ayah tetap setia membimbing dan mendidik. Bermain, bergurau senda, belajar, dirotan, berkarate-Do, bersukan, menari, berlakon, segalanya......bersama mak ayah & berkat didikan mereka.


Seperti kebiasaan, sebagai kakak sulung yang gagal menjaga adik-adik sebaiknya, pasti ada balasannya. Sedangkan amanah itu ialah perkara yang wajib dihisab. Nah...birat biru lebam merah segala ada terukir di badan sebagai didikan dari mak yang sangat tegas kepada anak-anaknya. Kemudian, datanglah sang ayah memujuk. Membelai. Melayan kerenah merajuk anak sulungnya.


Kini, anak sulungnya sudah menginjak dewasa. 22 tahun bakal genap andai di-izinNya. Kemesraan itu masih sama. Belaian itu masih terasa. Cuma kali ini si ayah seperti sudah bersedia. Melepaskan andai masanya tiba...

"Ayah tengok je dari jauh, ayah tahu dia orangnya..."




Pesan terakhir ayah,
"Jadikanlah dia teman yang sebaiknya, jangan lupa Allah SWT".



..semoga mampu menutup fitnah..



Penutup kalam bicara yang sempat ayah pesankan...

Tuesday, January 8, 2013

Ilmu itu HUJAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya, Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuanNya.


"Perumpaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang kerananya Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, adalah seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menyerap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras tidak menyerap air sehingga tergenang. Maka, Allah memberi menfaat melaluinya kepada manusia. Mereka dapat minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan sesuatu yang dipelajarinya dan diajarkannya. Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."

(HR al-Bukhari : 4579)

Friday, January 4, 2013

Dimaki itu Nikmat Ilahi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmat-Nya, Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuan-Nya


Ya Allah yang Maha Pengasih,
Ya Allah yang Maha Penyayang,
Ya Allah yang Maha Melindungi,
Ya Allah yang Maha Menjaga,
Ya Allah yang Maha Memelihara,

Sesungguhnya...
Engkaulah sebaik-baik Pengasih, namun aku gagal mengasihi-Mu
Engkaulah sebaik-baik Penyayang, namun aku gagal menyayangi-Mu
Engkaulah sebaik-baik Pelindung, namun aku gagal melindungi-Mu
Engkaulah sebaik-baik Penjaga, namun aku gagal menjaga-Mu
Engkaulah sebaik-baik Pemelihara, namun aku gagal memelihara-Mu

Ya Allah...
mantapkanlah imanku
pasak teguhkanlah aqidahku
tinggikanlah kebergantunganku
kepada-Mu..
dalam menuju cinta & redha-Mu

Ya Allah...
Sesungguhnya...
Hidup matiku
Tidur jagaku
Sakit sihatku
Muda tuaku
Susah senangku
Segalanya...hanyalah untuk-Mu

Ya Allah...
Ku infakkan seluruh kehidupanku
Di jalan agama-Mu
Andai jiwa ini tidak mampu diguna untuk perjuangan
Ambillah nyawa sebagai gantian
Kerana Islam itu lebih bernilai daripada segala bentuk kenikmatan
Andai tubuh ini tidak dapat diguna untuk perjuangan
Ambillah darah sebagai gantian
Kerana Islam itu lebih bernilai daripada segala bentuk kehidupan

Ya Allah...
Biar orang melihat aku kuat
Namun hakikatnya aku sedang sakit melarat
Biar orang melihat aku tabah
Namun hakikatnya aku sedang semakin lemah
Biar orang melihat aku mampu
Namun hakikatnya aku sedang diam terkaku
Biar orang berkata apa sahaja
Namun hakikatnya hanya Engkau yang Maha Tahu
Kerana itu, jadikanlah aku sebagai hamba
Yang sentiasa kembali pada-Mu
Wahai yang Maha Mengetahui perihal diriku

Ya Allah...
Ujian yang datang satu persatu
Bukti kasih sayang-Mu yang tinggi padaku
Bukan kata biasa 'Allah sayang lebih'
Tapi kata nyata benar 'Allah SWT sangat sayang tanpa sedikit rasa tersisih'
Sebalik ujian yang bertandang,
Aku bersaksikan bahawa hanya Engkaulah Tuhan
Tuhan Yang Maha Esa,
Menjagaku dengan sebaik-baik penjagaan
Melindungiku dengan sebaik-baik perlindungan
Menyayangiku dengan sebaik-baik kasih sayang
Memeliharaku dengan sebaik-baik pemeliharaan

Ya Allah...
Andai seluruh alam memaki
Andai seluruh alam mencaci
Andai seluruh alam membenci
Aku masih mampu teguh berdiri
Kerana aku yakin pada janji
Bahawa Engkau sentiasa di sisi

Ya Allah...
Matikanlah aku dalam keimanan pada-Mu...


.: Segala apa yang datang dari hati, akan sampai pada hati :.

-hadiah istimewa untuk sahabat, Jawahir Hasana. Semoga citamu menjadi seperti Saidatina Fatimah termakbul. Aminn Ya Rabb-

Wednesday, January 2, 2013

FINAL EXAM ujian nyata

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmat-Nya, Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuan-Nya


Detik 1/1/2013 tahun ini seakan tidak benar-benar terasa tahun baru kerana fokus kepada ulang kaji sempena Final Exam Sem V (dah besaq dah~). Namun, seperti pernah ku katakan dalam post-post sebelum ini, tarikh-tarikh sebegini semakin lama semakin hilang impaknya pada hidupku. Tika zaman jahiliyah itu tegar menyelubungi diri, sebutkan sahaja tarikh apa...semua akan disambut sekurang-kurangnya dengan suatu mesej ringkas. Kini, segalanya makin hilang. Tarikh lain pula yang sering diingati terutama dalam keluarga. Tarikh-tarikh Islam kini sering mengingatkan aku pada keluargaku. Ucapan diberi & pasti berbalas. Sungguh, ucapan peringatan yang mendekatkan diri pada Allah SWT daripada ahli keluarga sendiri cukup terkesan di jiwa terutama jika ianya datang daripada adik-adik yang 'nakal'. ^^,

     Saat yang lain sedang sibuk dengan menelaah pelajaran sepanjang 'study week', aku punya aktiviti lain sepanjang waktu itu. Sungguh sibuk tapi sungguh nikmat. Yakin pada janji Allah SWT bahawa Allah SWT akan menolong hamba-hambaNya. Alhamdulillah walaupun 'study week' ku penuh, 'first paper' ku paling awal dalam UTM, namun...dek kasih & sayang-Nya....'second paper' punya jarak yang jauh daripada 'first paper'. Punya banyak masa untuk 'study'! ^^,


Hadiah istimewa

'Study week' yang lepas, selepas 'sibuk' ku tamat...aku menghabiskan sepenuh masa di rumah. Jangan tanya 'bagaimana study di rumah?' kerana memang bukan itu tujuanku balik ke rumah. Melihat keriuhan keluarga yang penuh ahlinya daripada ayah the big boss, mak the queen, angah the genius, abang the smart, ateh the handsome, akak the sweet, adik the brutal. ^^,
     Indah apabila diri dikejut sendiri oleh sang ayah untuk subuh berjemaah. Alhamdulillah sepanjang di rumah tidak tinggal solat berjemaah bersama ahli keluarga. 'Nur' itu sudah semakin dekat dengan keluarga tercinta. Sibuklah kamu dengan agama Allah SWT, Allah SWT akan menjaga yang lain sebaiknya untuk kamu.
     Suatu malam, aku sedang sibuk menyiapkan soalan 'final exam review questions', tiba-tiba adikku Amirul yang baru pulang dari tempat kerjanya menyatakan sesuatu padaku.

"Kakyang, aku ada hadiah untuk kau."
"Apa?"
"Nah..kayu sugi! Ambiklah.."
"Wah..terima kasih!"

Muka berseri-seri jangan cakap la. Teringat peristiwa program bersama sahabat yang memerlukan kami berkongsi kayu sugi yang sama sepanjang program.hehe Allah SWT dah beri kemudahan untuk amalkan sunnah baginda, tidak boleh tolak & terus beralasan.huu

     Melihat adik-adik ku yang nakal ini..sibuk bekerja..namun tidak pernah melupakan kakaknya yang nakal ini. Buku agama yang beratus harganya, kayu sugi yang puas ku cari tidak jumpa, pelbagai lagilah. Indah sungguh. Alhamdulillah aku sangat bahagia dalam keluargaku ini. Dalam masalah yang menghimpap hingga mampu meruntuhkan seluruh jiwa, masih ada secebis kebahagiaan yang menjadi kekuatan. Allah SWT semata-mata pemilik mutlak jalan keluar daripada segala permasalahan.

Hakikat Final EXAM di UTM

     Ketika minggu 'final exam' bermula, kita dapat melihat pelbagai ragam manusia. Cuma dengan mudahnya, kita bahagikan sahaja kepada 2 jenis; bergantung harap pada Allah SWT sepenuhnya & bergantung harap pada usaha sendiri semata.

Semakin hebat atau nyata ujian, sepatutnya semakin tinggi ibadah & taqarrub pada Allah SWT kerana hanya Allah SWT pemilik mutlak diri kita sebagai hamba-Nya. Sedarilah..bahawa kita hanya hamba. Lihat sahaja apa yang dimaksudkan dengan takrifan 'hamba'. Hanya patuh & taat. Jika difikirkan semula, tidak layak bagi seseorang hamba itu meminta-minta pada tuannya. Namun, Maha Suci Allah yang bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang...Allah SWT merindui rintihan & pengharapan kita pada-Nya.

     Berusahalah sebaiknya, namun jangan diabaikan apa yang sepatutnya. Solat lewat semata-mata ingin habiskan 'study' dahulu, tidur lewat semata-mata ingin habiskan 'study' dahulu tanpa ada sekalipun solat sunat 2 rakaat seperti tahajud, taubat, atau hajat yang dilakukan. Sedangkan pada waktu sepertiga malam itu ialah waktu paling akrab antara kita dengan Pencipta kita, Allah SWT. Alangkah sayangnya jika hati melupakan Allah SWT di saat Allah SWT setia memerhati setiap tindak-tanduk hambaNya.

    Seusai daripada 'paper', habis segalanya dikutuk maki. Itu..ini sebagainya yang menunjukkan tanda protes. Allah SWT Maha Memerhati setiap pergerakan malahan niat kita sendiri. Konsep redha & mempertikaikan itu suatu perkara yang nyata bezanya. Alangkah sayangnya jika kita tidak menghayati setiap detik kehidupan ini sebagai suatu bentuk tarbiyah langsung & tidak langsung yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT & menghayati frasa 'indahnya hidup beraqidah'.

     'Final exam' ini ujian yang nyata pun sudah kita abaikan kebergantungan pada Allah SWT, muhasabah sejauh mana kita bergantung pada Allah SWT dalam menghadapi ujian kehidupan sebenar yang sentiasa datang menerjah tanpa apa-apa petanda yang nyata.

.: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hamba yang sering mendekatkan diri kepada-Mu, yang sering bertaubat kepada-Mu, yang sering mensyukuri nikmat pemberian-Mu, yang sering redha di atas segala ketentuan-Mu, yang sering berzikir memuji-Mu, yang sering mengingati-Mu :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...