Thursday, December 19, 2013

TEMAN Riang Ria

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya.







Hampir Empat Tahun Bersama
Jarang lepak.
Kurang borak.
Tapi..
masing-masing faham perangai masing-masing.

Hampir Empat Tahun Bersama
Tahun ini paling gempak.
Projek Tahun Akhir memang sesak.
Akhirnya..
Semua orang gila-gila melalak.

Hampir Empat Tahun Bersama
Kurang daripada setengah tahun masa tinggal
Untuk semua lepak, borak,  memekak
Harapnya..
Semua urusan dipermudahkan.

Hampir Empat Tahun Bersama
Ini insyaAllah tahun terakhir meng'gila'-'gila'
Moody, masam, ketawa, senget, semua ada
Walauapa pun..
Kita geng selamanya.

Hampir Empat Tahun Bersama
Masing-masing akan membawa hala tuju masing-masing
Kerja, Belajar, Nikah, macam-macam
Jadinya..
Jangan putus doa untuk kita semua.

Sayang kalian kerana Allah SWT.



.: Dalam ketawa, ada ceria. Dalam tangisan, ada sedih. Dalam hidup, ada kenangan. Dalam gila-gila, ada kalian. Semoga bertemu semula di syurga! ^^, :.

Wednesday, December 18, 2013

Everything is About Him.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.




Cukuplah hidup ini demi Allah SWT untuk mereka...tiada yang lebih tenang selain daripada mengingati Allah SWT. Tumbanglah dirimu berkali-kali ke lembah hiba & kecewa, Allah SWT tidak akan pernah mengecewakanmu malah diberi-Nya ketenangan yang cukup sekadar diperoleh dengan lafaz 'La Ilaha Illa Anta..Subhanaka innikuntuminazzolimin..'

Hidup ini sementara, dalam sementara itu...penuhkan hati mencari cinta Allah SWT hingga akhirnya hidup mu diakhiri dengan syahid. Bertahan sedikit dengan ujian dunia yang merobek jiwa  & perasaan sehingga akhirnya nanti bertemu Allah SWT di syurga-Nya.

Mencari kesempurnaan daripada makhluk Allah SWT pasti akan mengecewakan hati kerana hanya Allah SWT pemilik agung kesempurnaan. Everything is about Allah SWT. Live your life to the fullest. Enjoy your life!

Mengharapkan suasana sekeliling memahami robek hati & jiwa ialah perbuatan sia-sia kerana hanya Allah SWT yang memahami hati hambaNya. Sungguh, He knows everything about you but He still gives you all the things that you needs in your life. 

Bersyukur, Allah SWT masih sayang. Berkali jatuh, berkali dibangunkan-Nya. Berkali kecewa, berkali digembirakan-Nya. Berkali penat, berkali direhatkan-Nya. Berkali sakit, berkali disihatkan-Nya. Kenal hati untuk kenal diri, kenal diri untuk lebih kenal Allah SWT, kenal Allah SWT untuk lebih dekat denganNya.

Lintasan fikiran, layanan perasaan, pandangan mata...
Everything is about Allah SWT.
You'll be the happiest person in your own world.
Cari dunia dengan Allah SWT.


.: Everything is about Allah SWT :.

Tuesday, December 17, 2013

PSM : Perasaan Senti-mental

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya.




"Cuba kalau awak di tempat dia, barang yang awak sayang rosak? Rosak pula bukan di tangan awak tapi di tangan orang lain. Awak sakit hati tak? Marah tak? Mesti marah kan?"

Hatiku bersuara, 'saya tak marah.' Tidak tahu bagaimana mahu 'digest' soalan berbentuk 'cuba awak bayangkan awak di tempat dia..bla..bla..bla..' kerana setiap insan itu berbeza ujian & ketentuan buat dirinya. Aku tidak pernah mampu membayangkan diriku di tempat orang lain kerana setiap orang punya bahagian masing-masing.

Berkenaan marah atau tidak, aku tidak marah jika aku di situasi barang kesayangan aku hancur sekalipun insyaAllah. Bukan kerana aku orang yang hebat hubungannya dengan Allah SWT..hakikatnya aku masih lagi merangkak untuk memasakkan dengan teguh tali pergantungan & penyerahan sepenuhnya diri ini pada setiap perancangan Allah SWT. Cuma.........mungkin kerana Allah SWT lebih tahu. Tiada apa yang lebih aku sayang atas dunia ini melainkan ahli keluargaku...dan Allah SWT Maha Tahu bahawa mereka juga 'diambil' daripadaku. Mesin yang rosak berbanding keluargaku, Allah SWT lebih tahu hakikat keadaan diriku. Mungkin kerana itu aku tidak mampu merasakan apa-apa atas kehilangan kerana 'kehilangan' itu yang mendidik aku menjadi lebih redha. Segala atas dunia ini milik Allah SWT termasuk jasadku.

Sungguh, dunia ini perhiasan. Semoga kita semua diberi ketetapan hati dalam keimanan sehingga akhirnya kita layak bertemu Tuhan. Ingin syahid! :)



.: Lori yang penuh dengan tembikai pastinya akan mengeluarkan tembikai apabila lori itu terbalik. Begitu juga hati, hati yang asyik dengan zikir padaNya akan keluar daripada mulutnya zikir di saat kematian menghampiri dirinya :.

Air Mata Hujan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat & salamatas baginda Rasulullah SAW
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian ketentuanNya






“Ada orang datang merisik kamu.”
Lumrah untuk diri rasa rebah di saat harapan setinggi gunung bertukar menjadi debu yang ditiup angin.

“Ada orang bertanya pasal kamu.”
Penat apabila satu demi satu rancangan hanya tinggal ‘catitan perjalanan’.

“Ada orang sebut-sebut nama kamu”
Bosan apabila satu demi satu janji hanya tinggalkan titik hitam kotor di hati.

Kamu cari orang kampung ya
Serik dengan perancangan tanpa sesuatu yang jelas pada pandangan.


Ibu…
Anakmu ini tidak mengharapkan teman.
Cukup sekadar engkau dalam dakapan.
Senyum..itu tanda anakmu penat menjawab persoalan.

Ibu…
Dunia ini hiburan.
Adakalanya ibarat penjara dalam genggaman.
Fasa pedih akan berakhir apabila melangkah ke dunia selepas akhir zaman.

Ibu…
Hati ini rapuh lagi lemah.
Perlukan kekuatan daripada Allah
Moga tidak pernah putus mujahadah.

Ibu…
Anakmu ini hanya ada Allah.
Hanya Allah.
Tiada yang lain selain Allah.
Sakit lemah ini kerana Allah
Mujahadah ini kerana Allah
Hidup mati ini kerana Allah
Pedih perit ini kerana Allah
Sabar tabah ini kerana Allah
Segalanya kerana Allah

Ibu…
Nur hanya ingin syahid di jalan Allah
Biarlah dunia ini Nur teroka dengan rasa taqarub ilallah
Sekurang-kurangnya akhir hidup Nur diisi dengan alam sebagai teman dalam ketabahan.

Allah…
Jangan tinggalkan Nur~





.: Dan Dia-lah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang sangat bersih.
-Al-Furqan:48- :.

Thursday, December 5, 2013

PSM : Penantian Sehingga Mardhatillah :)


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat,
para tabii tabiin,seluruh umat Islam
Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Alhamdulillah atas segala ketentuanNya.





Bismillah~


TERMINATED

Akhirnya, kini projek tahun akhir aku di'terminate' sehingga Januari atas beberapa faktor yang tidak perlu didedahkan di sini untuk menjaga nama baik insan yang benar-benar ku dambakan redhanya dalam mujahadahku menuju keberkatan ilmu.

Antara perkara yang dapat aku ambil pengajaran sepanjang melalui proses merangkak dalam Projek Tahun Akhir ini ialah;

kebergantungan tinggi semaksima terpacak setinggi mungkin ke langit hanya kepada Allah SWT.

Dia yang memegang hati semua insan. Dia yang memberi rasa pada semua orang. Dia yang memberi kudrat untuk setiap perbuatan. Dia yang bangunkan kita awal pagi untuk bermohon padaNya kekuatan & ketabahan. Dia yang menggerakkan hati membetulkan niat sentiasa. Dia yang mendidik kita bersabar, tunduk mengalah walaupun kita tidak salah sebagai tanda mujahadah mengejar barakah dalam ilmu yang kita inginkan. Dia yang memberi rasa resah, tertekan, putus asa, segala-galanya datang daripada Dia. Dia yang bantu mudahkan urusan, lapangkan dada, tenangkan jiwa, bukakan minda untuk menerima segalanya dengan mudah.

* keredhaan Allah SWT terletak pada redha ibu bapa.

Setiap hari, mesej mak ayah.."mak..kejap lagi ada perjumpaan..kejap lagi ada discussion..kejap lagi masuk lab..kejap lagi mula buat cell culture..kejap lagi bla..bla..bla....mohon doanya". Biarpun mereka tidak faham dengan terma-terma sains yang dimaklumkan tetapi doa daripada mereka tetap sampai.

* disiplin diri merubah kebiasaan.

Sedekah Al-fatihah kepada seramainya manusia, selawat nabi istighfar sepajang teringat, buka hari dengan ayat suci Al-Quran biarpun sekadar sempat melihat sebaris ayat..barulah langkah boleh dimulakan dengan tenang.

* kuat bukan sekadar dalam perjuangan, tetapi juga urusan pelajaran.

Diherdik, dimaki, dimarah itu ini...didik diri lebih kuat. Tidak perlukan slot taaruf untuk mengenali diri, cukup sekadar melihat daripada jauh, komitmen diri dapat dipertikaikan & tepat padu ke muka hingga setengah jam di hadapan co-supervisor mata hanya merah menyala mengalirkan air mata dengan wajah yang tertunduk kerana itulah proses menerima teguran yang penuh 'hikmah'nya. 'Hikmah' itu menguatkan diri mengubah diri! Tidak diperlukan slot disiplin untuk menilai salah silap dan muhasabah, setiap masa salah terus kena balasan atas kecuaian, samalah dengan malaikat Izrail yang tidak tunggu masa untuk ambil nyawa. Tidak diperlukan slot penyelarasan kuliah dasar kerana jika tidak faham memang terus kena 'smash' sebabnya tahu sangat dah tidak belajar dengan teliti dan hidup ini tidak wujud alasan terutama untuk orang Islam. 

"Jangan rosakkan 'cancer cell' kerana membazir itu amalan syaitan, kena tunjuk contoh Islam yang baik..awak Islam kan? Dalam Islam membazir berdosa kan?"

"Tanya dulu pada guru perempuan walaupun dia garang macam singa sebabnya tidak manis kan banyak pergaulan dengan lelaki ajnabi. Awak muslimah kan?"

#semua nada itu sinis.

Hanya SATU kata yang tersemat di hati, TARBIYYAH. Ini Tarbiyyah. Hikmah Allah SWT datang bukan melalui taujihad perjuangan yang sering dilaung-laungkan dalam muktamar-muktamar agung, cukup sekadar makmal yang penuh dengan bahan kimia yang mampu membahayakan kesihatan.

* tetapkan hati menuju cita-cita dengan membawa perubahan dalam cara.

Muslimah itu orang Islam. Islam mengajar umatnya sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perbuatan termasuklah membuang air besar sekalipun kerana itulah cara membuang air besar pun perlu mengikut sunnah, apatah lagi untuk mengendalikan urusan besar seperti projek tahun akhir yang bermain dengan benda bernyawa yang memang ingin dimatikan melalui cara yang halus. Cancer cells itu bernyawa, setiap yang bernyawa selain manusia sentiasa bertasbih memuji Allah SWT. Walaupun memang diperbanyakkan jumlahnya untuk dimatikan di kemudian hari, Cancer cells itu tetap bertasbih memuji Allah SWT, tanpa sebarang putus asa. Ya Allah..malunya...

* gunakan nikmat otak seoptimum mungkin.

Gerak kerja dakwah mampu difikirkan seribu satu strategi dakwah, buku sirah pelbagai dibedah, hukum hakam diselidik. Urusan pelajaran, satu cara pun buntu, buku rujukan buka pun malas, teori konsep semuanya di'tong-sampah'kan. Itulah komitmen terhadap pelajaran yang menjadikan belajar di Universiti tanpa matlamat. Sekadar niat selepas belajar, nak kerja. Untuk mereka yang lebih 'up' sikit..semasa di kampus nak tentang pelbagai kezaliman termasuk pentadbiran universiti, selepas habis belajar nak ceburkan diri dalam bidang kepimpinan / kementerian. Jika mahasiswa 'biasa' rutin hariannya kafe, katil, kuliah...mahasiswa 'pendakwah luar biasa' rutin hariannya sejadah (sebab banyak amal), katil (jaga tidur), mesyuarat sampai pagi (fikir masalah umat). Tiada kuliah?? Erk..kalau dah mesyuarat sampai pagi, subuh dah lambat, tidur semula selepas subuh, kelas memang mungkin 'off' jawabnya. Kalau pergi pun, setakat tidur dalam kelas.


Kalau KDN diminta buktikan yang dirinya ahli sunnah wal jamaah selepas menuduh Mat Sabu syiah, kita yang katanya memperjuangkan Islam yang syumul..sila buktikan perjuangan Islam kamu 'benar-benar' syumul. #erkk~



.: Syahid itu cita-cita. Dalam cita-cita ada sungguh-sungguh. Kalau malas nak sungguh-sungguh, tidak perlu banyak cerita-cerita. Kerana ke syurga itu bukan perlukan bual bicara semata tetapi mujahadah :.


Ya Allah SWT...bantulah kami, permudahkan urusan kami. Jangan diserahkan urusan kami kepada diri kami sendiri walau pada kadar sekelip mata.

Wednesday, November 6, 2013

Menjiwai Tenang

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat,para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas ketentuanNya.





          Allah SWT beri peluang lagi untuk dirinya merasa jatuh, Alhamdulillah. Bertimpa-timpa...dia semakin sedar segala amanah itu perlu ditunaikan. Andai dada mula merasa sesak memikirkan pelbagai perihal dunia dalam satu masa yang sama, pasti ada pengorbanan yang perlu dibuat. Lepaskan apa yang dirasakan tidak mampu dipegangnya..InsyaAllah Allah SWT tidak pernah mengecewakan, diberikan setiap hambaNya kemudahan dalam kesulitan.

     


          Petang itu, tika sedang dirinya dilamun dengan panahan video zikir Nabi Yunus di komputer ribanya, mengalir air mata tanpa sedar melihat betapa kejamnya manusia pada saudara seislamnya yang lain. Dirinya terasa sangat kerdil, apalah sangat ujian yang Allah SWT berikan pada dirinya sejak dulu hingga selamanya jika dibandingkan dengan saudara seislamnya yang secara terang-terangan dizalim secara hina. Langkah dirinya selama ini berat dek jiwa yang terasa tenat, tetapi saudara seislamnya yang lain..langkah mereka berat dek hancur sebelah kaki ditembak padu senjata buatan tangan manusia durjana namun mulut mereka masih mengucap nama Allah..Allah..Allah..dan cita-cita mereka hanya syahid!

          Hatinya secara tiba-tiba merasa tenang. Dia seolah melihat tenang dari sudut pandang yang berbeza. Baginya, ketenangan antara manusia dengan Allah SWT berbeza dengan ketenangan antara manusia dengan manusia. Ketenangan sesama manusia itu indah tetapi ketenangan manusia dengan Allah SWT itu jauh lebih indah.


Tenang bersamanya VS Tenang bersamaNya

Ketenangan sesama manusia ada kalanya mampu membawa jurang antara mereka. Mengapa? Kerana tiada apa yang perlu dibicarakan, tiada apa yang perlu dibincangkan, tiada apa yang perlu dinasihatkan, dibualkan, digaduhkan, diguraukan..dan sebagainya. Cukup doa menjadi peneman sahabat yang di kejauhan. Jurang yang tercipta antara insan-insan tersebut bukan menunjukkan masalah tetapi menunjukkan mereka tenang dalam dunia mereka sendiri.

          Ketenangan antara manusia dengan Allah SWT pula berbeza. Ketenangan manusia dengan Allah SWT lagi mendekatkan manusia itu dengan Allah SWT, Tuhannya. Semakin dekat, semakin tenang. Setiap saat hanya Allah SWT ingin diingat, setiap peristiwa hanya bersama Allah SWT yang ingin dikongsi bersama, setiap perkara..segala-galanya ingin dikaitkan bersama Allah SWT. Tenangnya seseorang itu dalam hubungannya dengan Allah SWT menjadikan dirinya hanya ingin memikirkan Allah SWT.











.: Hidup semakin singkat, hisab semakin dekat..semoga urusan membawa mereka ke Jannah Engkau permudahkan dalam keadaan yang sempat lagi berkat :.




Monday, October 28, 2013

Jatuh Lagi...La Tahzan~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat,
para tabii tabiin, seluruh umat Islam.

ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya





          Fadlhlin...adiknya yang kini sakit teruk hanya mampu terbaring dalam keadaan mulut yang berbuih menjadi sumber kekuatan baginya untuk terus tabah,kuat,tegap teguh menyelusuri jalan kehidupan sebagai hambaNya. Jika bukan dia yang kuat, ahli keluarganya yang lain turut rebah berhadapan dengan ujian yang datang tanpa henti.

          Teringat ayat terakhir yang pernah diborakkan dengan adiknya,Fadlhlin sebelum adiknya itu jatuh sakit. Tika itu pagi Aidiladha. Sambutan Aidiladha kali ini agak meriah. Yang gadis beserta si ibu berhias dengan baju raya baharu. Malam itu tika sedang memelaah pelajaran dalam penuh tawa bersama, Fadlhlin bertanya, "Kakyang..kalau kakyang sedih, kakyang buat apa ye?Tak pernah nampak kakyang nangis. Kakyang idola alin tau." Dia hanya membalas, "Eleh..gedik je.." Mereka pun terus tertawa. Biasa sangat dah tu, mulut kata lain tapi hati sayang benorrrr pada adiknya itu.




Akak...
Akak kena kuat!
Akak kena sihat!
Akak kena lawan!

Akak...
Kakyang sedih
Allah yang tahu

Akak...
Kakyang rindu
Akak yang dulu
Yang riuhkan keadaan
Bukan yang diam tanpa sebarang tindakan

Akak...
Sihatlah!
Kakyang perlukan akak
Banyak benda nak borak

Akak...
Kakyang sayang akak melebihi diri kakyang...






.:  Allah...Nur tidak kuat... :"(  :.

Thursday, October 10, 2013

NBK + Trailer = Lebuhraya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya.




Hentaman Jiwa

Seusai tiba di bilik setelah beberapa jam menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas, punggungnya dilabuhkan ke atas katil. Tidak sampai 1 minit rehatnya, telefon berdering ringkas menunjukkan ada mesej yang diterima.

1 New Message
Opening__

"Salam kak..ada isu sikit ni. Bla...bla...bla...Kita dikatakan hanya tahu bagi kerja je."

Allahurobbi~ perasaan lemah itu datang lagi. Satu demi satu kerjanya dipertikaikan, namun bukan itu alasan perasaan lemah itu datang. Perasaan lemah itu datang daripada label yang pelbagai, andaian negatif yang bermacam. Segalanya itu datang daripada mulut mereka yang tinggi di atas. Akhirnya, tangisan muslimat itu tumpah lagi. Allah..bantu hambaMu ini memikul amanah yang diberi.


Dunia itu Perhiasan

Beberapa minit kemudian, sang ayah menelefon untuk memaklumkan sang ayah itu sudah tiba di kolej untuk mengambil puteri hatinya. Seperti kebiasaan, pasti si puteri yang memandu kereta itu untuk pulang ke kampung halaman yang melebihi 100km. Dalam suasana sepi itu, telinganya dibisikkan dengan bacaan murni Al-Quran yang dipasangkan oleh sang ayah sejak awal lagi kereta itu bergerak meninggalkan kolejnya.

           Lebuhraya itu diharunginya. Pelik benar situasinya kerana perjalanan pulangnya ke kampung halaman waktu itu dipenuhi dengan trailer dan lori besar lagi panjang. Hampir 90% kenderaan yang melalui lebuhraya dan di sekelilingnya ialah kenderaan besar lagi hebat malah gah itu. Namun, tetap kereta yang dipandunya itu, sang kancil NBK laju mengharungi lebuhraya. Lane 1 tempat laluan sang NBK. Laju..terus laju..trailer, lori, kereta, dan yang seangkatan dengannya pun harus memberi laluan kepada sang kancil NBK itu jika kelajuan NBK melebihi kelajuan segala kenderaan itu.

          Mindanya masih terfikir isu yang ditinggalkan di bumi kampusnya itu. Isu pimpinan dan ahli. Isu Pimpinan Utama dan Pimpinan Kecil-kecilan. Isu kerja dan cakap belakang. Isu berdikari dan suap lagi. Isu proaktif dan menanti. Sang kancil NBK nya itu memberi semangat padanya. Sang kancil itu biarpun kecil, tetap terus laju dan laju sehingga sebesar-besarnya kenderaan pun perlu memberi laluan pada sang kancil NBK itu.

          Begitulah isu ahli dan pimpinan. Ahli itu ibarat sang kancil NBK yang kecil. Pimpinan itu ibarat sang lori dan trailer besar. Laluan lebuhraya yang lurus itu jalan yang perjuangan yang sama. Kebiasaannya, pimpinan yang besar lagi gah itu mendahului jalan perjuangan itu. Namun, ada ketikanya sang ahli kecil lagi biasa itu yang mendahului momentum gerak kerja. Cumanya seperti trailer yang memberi laluan itu, pimpinan perlulah beralah memberi laluan ahli bergerak laju untuk memudahkan urusan gerak kerjanya dan pembangunan organisasi juga. Namun, jika disekat secara halus dalam kebiadapan seperti label dan kutukan belakang oleh pimpinan..ahli jangan lemah semangat dan berputus asa. Pasakkan niat sentiasa lillahitaala supaya Allah SWT mudahkan segala urusan. Seperti perihal kancil, trailer dan lebuhraya..jika sang kancil dengan egonya menunjukkan kewibawaannya mencabar kehebatan trailer, pasti trailer rasa tercabar. Akhirnya, jalan lebuhraya yang lurus itu berubah menjadi seolah-olah bengkang-bengkok kerana matlamat masing-masing yang sudah berbeza, bukan lagi bermatlamatkan selamat sampai ke destinasi. Mungkin, dek pergolakan yang berlaku itu...jalan lebuhraya yang lurus itu akhirnya menjadi wasilah untuk kemalangan. Puncanya hanya SATU, niat yang salah.

          Begitulah organisasi..jika ahli dan pimpinan berniatkan selain daripada Allah SWT, pergolakan dalam organisasi mudah berlaku kerana masing-masing mementingkan diri sendiri. Masing-masing merasakan diri betul. Masing-masing ego dengan teguran. Masing-masing lupa pertemuan antara mereka ialah kerana Tuhan Yang Satu, Allah yang Maha Tahu setiap sesuatu termasuk bisikan kalbu.



Kita mengaku kita pendakwah, 
Tapi kita lah insan yang menghancurkan tarbiyah.

Kita mengaku kita berjuang,
Tapi kita lah insan yang hanya pandai sembang.

Kita mengaku kita menyambung perjuangan,
Tapi kita lah insan yang memutuskan persaudaraan.

Kita mengaku kita insan terpelihara,
Tapi kita lah insan yang jarang muhasabah iman di dada.

Kita mengaku kita umat terbaik,
Tapi kita lah insan yang menterjemahkan adab-adab jelik.

Kita mengaku kita patuh pada Tuhan,
Tapi kita lah insan yang lupa hati kita penuh kotoran.

Allah..ampunkan kami yang bergelar manusia, insan lupa.




.: Waspadalah terhadap kebanggaan, sebab kalian akan kembali ke tanah dan tubuhmu akan dimakan oleh cacing. -Saidina Abu Bakar- :.

Saturday, September 21, 2013

Didikan Tangan Ayah 2

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, Redha ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuan.

Semoga keredhaan Allah SWT milik mak dan ayah tercinta. =)

Dimulai dengan Didikan Tangan Ayah, diakhiri dengan sokongan dan kasih sayang berterusan dari ibu ayah menjadikan dirinya terus kuat menongkah arus kehidupan sebagai muslimah yang masih teraba-raba mencari erti keredhaan dalam ujian.

"As salam sahabat, innalillahiwainnailaihirojiun...insyaAllah ana dah putus tunang."

-Message sent-

-2 new messages-
"Allah..."
"InsyaAllah Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu, dik. Syukran atas makluman."

"As salam wbt mak, ayah..kak chik nak maklumkan ni. Kak chik dah tiada apa-apa ikatan dengan dia. Sekadar makluman buat mak ayah sebab tak tahu nak cerita kat siapa dah.huhu"

Ayah : "Salam..anak ayah.. sabar ye kak chik. Allah sedang menentukan sesuatu yang lebih baik untuk anak ayah yang solehah ini. Soal jodoh memang kerja Allah. Kak chik kena kuat, tabah serta sabar dalam segala ujian ini. Kita sedang diuji kerana Allah menyayangi kita. Pasrah dan redha adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Memang mudah untuk ayah menulis daripada kak chik yang menghadapi situasi ini. Biasalah chik, bila dah berjauhan dengan tiada apa-apa ikatan ia banyak terpulang kepada kekuatan kepercayaan, kasih sayang, dan banyak lagi perkara yang baik dan bila dah mula bersangka buruk, perhubungan pasti akan goyah..dalam situasi kak chik dengan dia, ayah ayah tidak tahu apa sebenarnya masalah..nasihat ayah adalah terbuka hanya sekadar memberi sedikit semangat kepada anak ayah yang solehah ini. Kalau ayah tersilap maafkan ayah. Menyayangi, mencintai dan mengharap pada Allah pastinya kita tidak akan kecewa. InsyaAllah..jangan sedih ye anak ayah. Mak ayah sentiasa ada dengan kak chik. Salam sayang..ayah."

Mak : "Kenapa pula dah tiada ikatan? Apa punca masalah? Pasal keluarga ke?Erm..memang kak chik dan dia yang lebih tahu kenapa. Memang mak akui kak chik agak kasar dan mak dah ingatkan kak chik tentang ini kan? Mak tahu ianya dari cara kita bila bersama adik-beradil, mak dan ayah..tapi kak chik kena 'control' dengan orang luar. Mak tahu hati kak chik tak sama dengan yang keluar daripada mulut..tapi dah orang tak faham dan tak boleh terima, masalah lah jadinya. Jangan risau, mak takkan mesej dia tanya apa-apa pun. Mak pun tahu kak chik pun bukan jenis 'terdesak & tak hadap sangat benda yang tak pasti'..mungkin kak chik nak diberi yang lebih elok, dah terbukti sebelum ini kan..cuma mungkin perlaksanaannya ada kekurangan di mana-mana. Takpelah, semasa dengan dia kak chik tak sempat nak ubah dan baiki apa yang patut..mudah-mudahan dengan orang lain nanti boleh. Tapi boleh jadi juga 'tak boleh dapat sama macam yang hilang', dalam soal ini walau mak ada pengalaman tapi lebih elok kak chik rasai sendiri. Mak pun tahu kekuatan kak chik ada di setiap sujud, puasa, yang wajib ataupun yang sunat."




Sahabat risau yang teramat berkenaan kak chik, pelbagai soalan ditanya. Turut ada yang mula membuka soalan yang digunakan sebagai umpan untuk mengetahui hujung pangkal cerita namun cepat-cepat ditepis oleh kak chik dengan 'InsyaAllah perjumpaan esok akan dihadiri 4 orang adik usrah, bertempat di tasik jam 5.30 petang. Konsep rehlah + pengisian, tq.'

Sahabat yang risau melihat dirinya menunjukkan wajah simpati. Cepat-cepat ditepis suasana hambar itu dengan 'Relaks la..ana ada banyak kerja lagi ni.Esok meeting selepas subuh then malam kita semua ada perjumpaan dan ana akan ambil slot tarbiyah dalam perjumpaan tu. No biggie la! I'm ok! Gerak kerja banyak ni. Adik usrah pun bersepah perlukan jagaan. Hati saya Allah SWT jaga dengan kehadiran orang sekeliling dan gerak kerja. Jangan risau k. Dah, jom g makan. Lapar ni.'

Sahabat yang bingung melihat dirinya menimbulkan rasa kesal mengapa segalanya tiba-tiba terhenti. Cepat-cepat ditepis persoalan itu dengan 'Lumrah..manusia berubah. Kita merancang, Allah SWT sebaik-baik perancang. Allah SWT sayang saya..begitu juga dengan diri awak yang disayangi Allah SWT. Allah SWT masih hadirkan insan yang pelbagai di sekeliling kita sebagai nikmatNya.'


Pertama kali berlaku dalam hidupnya, terasa seperti dihimpit batu belah batu bertangkup-tangkup. Namun, setelah sedikit kata-kata penuh kasih sayang dari ayah bonda, wajahnya kembali ceria bahagia terasa tenang di jiwa. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT pemilik sekalian alam yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.






.: Mencintai Allah tidak pernah akan kecewa, kekuatan sujud dan ibadah penguatnya :.







Tuesday, September 17, 2013

Akademik Terjaga, Dakwah Terpelihara

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya,
Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuanNya.

Panel Jemputan Forum : Cukupkah Hanya Ilmiah? Anjuran PMIUTM,JB.

"Bagaimanakah caranya untuk seseorang mahasiswa itu mendisiplinkan diri supaya akademik terjaga dan dakwah masih terpelihara? Ada segelintir mahasiswa yang masih tidak seimbang dalam akademik dan dakwahnya. Akademik terlalu dikejar kerana tidak mahu mendatangkan fitnah pada Islam, gerak kerja dakwah terlalu ditumpukan kerana merasakan 'Ini Kerja Islam'."

Soalan ini ditujukan khas kepada ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre memandangkan beliau merupakan antara pelajar pintar dengan keputusan yang cemerlang ketika zaman pengajiannya suatu ketika dahulu dengan CGPA 3.98. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan presiden persatuan mahasiswa. Jawapan beliau ialah...


"Suasana yang diperkatakan itu ialah suasana 'teori jongkang-jongkit.' Antara akademik dan dakwah,kedua-duanya ialah awla (utama). Mahasiswa perlu berkorban untuk mampu menyeimbangkan kedua-duanya. Waktu tidur, menonton filem...perlu dikorbankan. Waktu tidur saya hanyalah 3 jam sehari ketika di zaman pengajian iaitu daripada jam 2.00 pagi sehingga jam 5.00 pagi. Ketika orang tidur, kita belajar..ketika orang sudah bangun, kita kembali bermesyuarat dengan mereka. Tidur 3 jam, tapi jangan tidur dalam kelas! Tumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Antara doa yang diamalkan sebelum tidur ialah, 'Ya Allah, bangunkan aku pada waktu yang Engkau paling cintai. Gunakan aku dengan amalan yang Engkau paling suka.' Sebelum bergelar mahasiswa, kita sudahpun bergelar hamba Allah SWT. Setelah bergelar mahasiswa, kita tetap seorang hamba Allah SWT. Rapatkan hubungan dengan Allah SWT."

Antara motivasi beliau dalam sibuk aktif beraktiviti dan mantap dalam akademik ialah mengingati mati. Melihat sahabat-sahabat yang sudah meninggal dunia memuhasabahkan dirinya untuk menyebarkan kebaikan sehabis baik sebagai bekalan sebelum bertemu Tuhan.







.: Menjadi hamba Allah itu mudah, menghayati hamba Allah itu indah. Selamat memanfaatkan masa menjadi dan menghayati erti hamba Allah! :. 

Monday, September 9, 2013

Perjalanan Hamba : Ainur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat dan salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat,
para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, Redha ALHAMDULILLAH atas ujian ketentuanNya.


 
TAMAT Latihan Industri!

          Buat pertama kalinya,  Ainur membuat persiapan awal untuk pulang ke kampus. Persiapan mula dibuat sejurus tamat latihan industri. Sehari sebelum tarikh bertolak, barang-barangnya sudah disiap tersimpan rapi dalam beg. Jumlah beg yang ingin dibawanya ke bumi serambi Mekah itu pun hanyalah 2 walaupun tempoh tetap duduknya di sana ialah selama hampir setahun. Mak pelik bertambah hairan dengan perubahan anaknya yang sudah pandai kemas barang dan siap awal tanpa ada apa-apa yang tertinggal. Kalau tidak…setengah jam sebelum bertolak pun mak masih membebel itu ini padanya. Ainur sekadar tawa kecil menerima pujian mak yang berupa perlian daripada mak yang tersayang. Setibanya di stesen bas, mak berpesan..“bawa barang elok-elok, awak tu bukannya larat sangat.” Senyum lagi yang diberikan supaya mak tidak risau melepaskan anak daranya seorang diri merantau ke tempat orang.
                
          Ketika menunggu bas yang bakal tiba lagi beberapa minit, teringat dia akan perbualan semalam dengan seorang senior yang dihormatinya. Mental perlu disediakan sebaiknya untuk bergerak kerja dengan lebih matang walaupun suasana ‘remeh-temeh’ itu masih sama. Belum lagi tiba di kampus, sudah pelbagai aduan yang diterimanya..orang ini begitu, orang itu begini..semoga amalan setiap sahabatnya diterima Allah SWT dan sahabat yang masih lemah dalam bergerak kerja dibantu Allah SWT untuk terus kuat bermujahadah.
                
          Dalam perjalan menuju ke bumi serambi Mekah itu, dirinya resah. Dek risaukan pengangkutan dirinya kembali ke bumi kampus daripada stesen bas. Lebih daripada 10 orang kenalannya yang dimesejnya untuk memohon bantuan mengambil dirinya di stesen bas untuk kembali ke kampus termasuk salah seorang ahli keluarganya yang menetap di bumi serambi Mekah itu. Sayang…kebanyakan daripada insan-insan itu tidak langsung membalas mesejnya. Jika ada yang membalas pun, katanya ‘xboleh’. Lalu, mak pun dimesej untuk memaklumkan kesusahan yang berlaku dan inilah sakitnya mengharapkan orang lain. Lalu mak membalas mudah, “kamu mesej je abang angkat kamu si faiz tu, minta tolong dia.” Allahurobbi..bergenang air mata. Bukan kerana dirinya terkilan dengan cadangan mak tetapi kerana terasa sukarnya mujahadah. Mak yang sedia maklum duit tambang teksi Ainur pun tidak cukup tersedia dalam dompetnya mencadangkan sebegitu kerana abang angkatnya itu pernah menolongnya dahulu dan mak mempercayainya. Bertambah terkilan apabila ahli keluarganya juga langsung tidak membalas mesejnya yang memohon pertolongan. Kata orang, “untunglah kau masih ada lagi ayah, abang..macam aku ni tiada lagi dah ayah,abang.” Kata-kata cliché itu sangat benar, untung jika masih ada insan yang bernama keluarga, tetapi mungkin apabila mereka masih mempunyai keluarga namun keluarga itu seperti tidak wujud, mereka akan merasakan apa yang Ainur rasakan. Oleh itu, tidak berhak bagi seorang hamba membanding-bandingkan setiap ujian yang diperolehnya dengan orang lain kerana setiap ujian itu Allah SWT ciptakan khas mengikut kemampuan individu dan kehendak-Nya. Bersyukurlah dengan apa yang masih ada. Namun, ada tikanya kehilangan itu lebih mengajar erti syukur. Akhirnya, air mata jernih Ainur tumpah lagi sambil pandangan matanya jauh terlempar di pohon-pohon yang mengalu-alukan perjalanannya di sepanjang jalan. Teringat kata-kata kutuk belakang, “dia tu tidak jaga ikhtilat..dia tu tidak baik..dia tu liar…dia tu muslimat yang masih banyak lompangnya,” , sedangkan mereka sendiri tidak tahu bagaimana mujahadah dan usahanya untuk menjaga diri. Saat diperlukan, mereka-mereka itu langsung tiada membantu namun akhirnya dirinya sendiri yang menerima pelbagai cerca. Mereka boleh perkatakan apa sahaja kerana mereka bukan malaikat yang mencatat setiap amal dosanya, bahkan ada ketikanya mereka lebih tahu banyak tentang  dosa dan keaiban Ainur daripada kebaikannya. Itulah manusia. Kerana itulah hanya orang yang bertakwa layak ditempatkan di syurga-Nya. Akhirnya, dipasakkan dalam hati! “Allah SWT, Ainur nak jaga diri Ainur. Jangan sekali-kali Engkau serahkan urusan diri Ainur kepada diri Ainur sendiri walaupun pada kadar sekelip mata.” Allah SWT mengajarnya untuk hanya bergantung harap pada Allah SWT..hanya Allah SWT!
                
         Alhamdulillah tibalah dirinya di Terminal Bas Kota Bharu. Tawakal penuh kepada Allah SWT, diberanikan diri menaiki teksi dengan duit yang hanya sedikit dalam dompetnya. Teringat pesan mak ketika di dalam kereta, “ambil duit yang ada sikit dalam beg duit mak tu.” Ainur pun berpura-pura mengambil duit RM10 yang tinggal sekeping dalam dompet mak yang penuh syiling. Namun, ketika mak menoleh ke tempat lain, duit itu dimasukkan semula. Bagaimana dia sanggup untuk mengambil duit itu setelah apa yang diceritakan mak beberapa hari sebelum berangkatnya pulang ke kampus. “Ateh tak nak tidur kat rumah dah. Dia tidur rumah kawan dia. Mak marah dia, kenapa tidur rumah kawan berhari-hari. Dijawabnya, duduk rumah bukan ada makanan pun. Setiap hari ikan bilis, telur..ikan bilis, telur..duduk rumah orang lain dapat makan sedap. Mak terus diam jela bila dia cakap macam tu.” Itu kata-kata mak yang diingatinya dan takkan dilupa. Ainur terus hanyut dalam ingatannya pada keluarga yang jauh ditinggalkan di selatan tanah air. Lamunan itu terhenti apabila dia akhirnya Alhamdulillah selamat tiba di kampusnya. “RM8!” kata si pemandu teksi yang digelarnya pakcik. Dengan lafaz Bismillahitawakkaltualallah, la haula wala quwwata illabillahilazim, dia membuka dompetnya. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam, dia masih punya cukup-cukup RM8 dalam dompetnya. Dengan langkah yang disulami senyuman di bibirnya dek bantuan yang Allah SWT datangkan tanpa disangka-sangka, hatinya masih berbekas-bekas menahan sebak apabila ingatannya terus terlempar jauh memikirkan adik-adiknya. Teringat ketika kali terakhir Ainur membawa adik-adiknya berjalan-jalan selepas membeli tiket bas, Ainur menggunakan duit yang tersimpan dalam dompetnya hingga akhirnya baki yang tinggal hanyalah RM5. “Ini je duit yang akak ada nak bawa balik U ni, RM5.” Terus adiknya menyahut, “takpelah, nanti adik bagi akak pakai duit adik. Adik ada RM2, nanti adik bagi akak.” “Subhanallahiwabihamdih..adik nak buat apa sebenarnya dengan duit tu?” “Adik kumpul sebab nak beli ayam goreng kat pasar malam, RM3 tapi adik ada RM2 je. Takpelah akak pakai lah dulu duit adik tu.” “Takpelah adik, adik simpanlah duit tu. InsyaAllah ada rezeki Allah kat mana-mana yang kita tak sangka-sangka nanti.” Ainur terus mendiamkan diri, sebak dengan pengorbanan adik kecilnya yang seolah sudah dapat memahami kerenah hidup dunia. Semoga setiap ahli keluarga Ainur ditempatkan di syurgaNya beserta redha-Nya.

Takde kerja main bola sepak guna kacang sebagai player, defend, striker! =,="


Ketika ramadhan yang lepas, ujian Allah SWT hadir meninggalkan kesan berbekas dalam hati setiap ahli keluarga Ainur. Rentetan daripada itu, tiba suatu hari mak meluah rasa yang dia kurang setuju dengan pemakaian niqab Ainur atas beberapa faktor. Kasihan juga melihat mak yang terpaksa menebalkan muka menghadapi kerenah adik-adik seorang diri dengan warga perumahan hanya kerana ingin menjaga Ainur yang sudah mengenakan niqab dan tidak ingin Ainul terkena tempias malu itu. Sejak itu, niqab tiada lagi menutupi  wajah Ainur. Mengenakan niqab dengan berpegang pada hukum sunat, Ainur dahulukan kewajipan menyenangkan hati ibu ayah. Berat...kerana setelah sekian lama terasa wajah ini terjaga, fitnah berkurangan hendaknya. Kembali ke kampus, hati mula bergelora..sekali lagi dimohon urusan diri jangan diberi pada diri walaupun pada kadar sekelip mata. Alhamdulillah..Allah memberi kekuatan untuk terus mengenakan niqab apabila hadir seorang sahabat menghadiahkan niqab padanya. Hati kembali tenang tapi tetap ibu ayah didahulukan, tika bersama mereka  niqab itu perlu diketepikan. Allah jaga..teruskan bersangka baik dengan-Nya.

Gila-gila candid selepas solat! ^^,


Kembali ke kampus, topik pertama yang dibualkan bersama sahabat ialah Baitul Muslim(BM). Itu topik yang buat Ainur mula cepat kurang selesa tetapi sahabat itu ialah insan yang disayanginya kerana Allah. Dia 'sakit'. Andai semua melayannya sebagai 'penjenayah', siapa pula yang akan memberi harapan kepadanya bahawa Allah itu Maha Penyayang kepada setiap hambaNya? Setiap ceritanya Ainur dengar dengan tekun, jiwa sahabatnya itu mulai tidak tenang. Bergelar tunangan orang, dia masih merasakan ada ruang di hatinya buat insan lain. Itu ujian buatnya, Allah uji dirinya. Ainur wajib mengasihani dia. Nasihat diberikan, sokongan tidak putus, tazkirah dan perkongsian ilmu tidak tinggal, urusan gerak kerja sentiasa diperingatkan. Ya Allah, Ainur jaga dia…Allah tolong jaga setiap ahli keluarga Ainur ya!,pintanya~



 
Semoga syurga tempatmu dik~ :)

.: Akhir hidup ialah syurga, segala yang pahit di dunia pastinya Allah SWT balaskan dengan syurgaNya yang manis di sana, dengan syarat ikhlas dan sabar menerima ketentuanNya :.

Saturday, August 24, 2013

Andai Esok Tiada

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas ketentuanNya.



Bertatih dengan langkah kecil, berlari dengan langkah kanak-kanak hingga akhirnya dewasalah ia, seorang insan yang diberi maklum bahawa Allah SWT itu Tuhanmu yang Esa, Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh TuhanMu yang Esa dan jika mahu apa-apa, tadahkan tangan kamu minta terus pada Allah SWT ya. “Baik!” jawabnya.

                Bertahun dalam medium dewasa, jarang sungguh solat itu sempurna 5 waktu fardhunya. ‘Ikut mood’ itu gaya solatnya. Secara tiba-tiba datang ujian yang bertandang tanpa sebarang ketukan. Alhamdulillah ujian itu hadir sebagai ‘turning point’ dalam hidupnya. Hilang liar pergaulannya, terjaga bisikan hatinya, tertunduk pandangannya, lembut hatinya membaca bahasa alam, hidup rasa ditemani makhluk Allah SWT sentiasa.

                Daripada solat fardhu yang terjaga lengkapnya, kini terjaga pula pahala berjemaahnya. Kejar selagi sempat, masuk selagi mampu. Allah SWT tidak pernah kedekut pahala, cuma dia yang perlu rajin mengumpul pahala. Tiba suatu malam, hatinya tiba-tiba terasa hiba.

Allah SWT…andai esok roh dirinya berpisah daripada jasad, mampukah dirinya bertemu menghadapMu wahai Tuhan.  Menjadi anak sulung yang dilahirkan dalam sifat kepimpinan sebagai perempuan, masih belum mampu untuk membataskan penguasaan terhadap keluarga. Bukan dirinya yang menjadi imam mengetuai solat kaum keluarga, jadinya dia hanya mampu untuk menyuruh setiap ahli keluarganya untuk solat namun biasalah suruhan itu tidak langsung diendahkan terutama oleh mereka yang bergelar muslimin di rumahnya.

                Tidak putus dia mengharapkan supaya pahalanya melimpah ruah agar pahalanya mampu diberikan kepada setiap muslimin di rumahnya yang masih lagi jauh dari Tuhan. Tidak diharapkan pahala itu berbaki padanya kerana cukuplah di akhirat nanti Allah SWT sudi melihat wajahnya dengan penuh rahmat dari Allah SWT.

                Semoga Allah SWT memberikan kekuatan padanya menunaikan segala hutang-piutangnya atas dunia ini, baik kepada Allah SWT mahupun kepada manusia. Semoga Allah SWT memberikan dirinya rasa sentiasa bahagia dengan baki hidup yang ada. Semoga Allah SWT sentiasa menjadikan hatinya sentiasa hidup dengan kasih sayang rahmatNya.



.: Hidup ini adalah untuk bertemu denganMu Tuhan :. 

Tuesday, August 6, 2013

Hati Ini Menangis Lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Syukur ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, Redha ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya




Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Melihat seorang demi seorang melangkah pergi
Dengan langkahan yang penuh benci

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Gelak tawa bahagia yang penuh di ruang dulu
Semakin diganti dengan jeritan cacian penuh sembilu

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Sentuhan kasih ikatan keluarga
Bertukar menjadi tamparan, sepakan, tumbukan berbisa

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Ujian itu hadir tidak henti
Terus menyinggah hingga terasa mungkin ini ‘jalan mati’

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Saat kami kembali sujud padaMu
Ujian tambah hebat menguji keutuhan sanubari

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Rasa kasih sayang yang indah
Bertukar menjadi buruk sangka yang penuh hina

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Ikatan suami isteri retak lagi
Ikatan anak ayah robek lagi
Ikatan anak ibu roboh lagi
Ikatan abang adik kakak hancur lagi

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Tabahkan kami yang masih bersisa dalam iman
Kuatkan kami yang masih baru mengenal iman
Matikan kami tika jiwa penuh iman

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Tiada air mata yang mengalir
Segala tersimpan rapi dalam benak jiwa
Yang semakin membengkak

Ya Allah…
Hati ini menangis lagi
Jiwa yang meronta
Rasa yang semakin dimatikan

Suburkanlah ia dengan iman… 






.: ...Allah... :.

Mungkin Takdir-Nya Ramadhan

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan Salam atas Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, Redha ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya






Ramadhan kian menutup tirainya, namun suasana itu masih sama. Kesedihan, kemuraman, kegelisahan, kehilangan…segala itu masih terasa dengan nada yang serupa atau mungkin lebih sakit dari yang biasa. 

Mungkin takdir-Nya, setiap Syawal yang menjelma pasti ada yang pergi melangkah dari ruang yang dinamakan ‘sekeluarga’.

Mungkin takdir-Nya, perpecahan itu perkara biasa. Tidak perlu diguna istilah ‘kurang kasih sayang’ kerana hakikatnya makna ‘kasih sayang’ pun tidak mampu diberikan secara nyata.

Mungkin takdir-Nya, hidup ini seakan-akan hanya untuk menanti mati. Namun, dalam penantian banyak insan yang perlu dibawa ke jalan-Nya. Andai diri terus lemah, terus tersungkur dan menyalahkan tanah yang tidak berdosa..ke mana hala tuju insan-insan itu??






.: Allah SWT, dalam hidup yang bersisa hina ini mantapkanlah iman, pasak-teguhkanlah aqidah, tinggikanlah mujahadah diri menuju redha Tuhan bersama mereka :.

Wednesday, June 5, 2013

Aku Bukan JBM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam,
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya,
Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuanNya.



Perjumpaan itu disudahi dengan agenda 'ikhtilat' yang tidak bersolusi, hanya cakap-cakap biasa bla..bla..bla..tapi ramai orang sudah tahu masalah ikhtilat dalam kalangan ahli semakin parah. Namun sayang, cerita itu tidak sampai kepada orang yang sepatutnya bertindak tetapi sampai kepada sahabat-sahabat yang lebih thiqah. Akhirnya, terngaga sendirianlah pihak bertindak itu. Berlepas dirilah Insyirah (bukan nama sebenar) dari semua itu kerana parut fitnah masih berbekas, menjauhkan diri itu masih terbaik. Sebagai orang yang memegang prinsip 'settle wajib melalui JBM (JUMPA Bapa Muslimat)', Insyirah meletakkan jauh dari benak fikir untuk melibatkan diri dengan sistem 'orang tengah' ciptaan manusia yang kini semakin hebat dengan fitnah. Semoga urusan mereka dipermudahkan.

          Perjumpaan itu dibiarkan berlalu dari benak minda. Melangkah kaki memulakan permusafiran kembali ke kampung halaman dengan niat membawa puteri-puteri hatinya keluar berjalan-jalan sebelum mereka mengambil keputusan untuk keluar dengan rakan-rakan yang mampu membuatkan hati seorang ibu itu risau. Wayang, makan-makan, lepak aktiviti bersama.

Penghapusan 'kisah silam'.

Bahagia naik kereta orang, =,='

Puteri paling kuat makan.haha

Untung makan sedap~

Hati kering makan banyak.

ABC pun dah cukup~

Puas pelawa makan, akhirnya drumstick jadi pilihan.

          Sedang enak makan, tetiba puteri bongsunya membuka cerita. Allahurobbi...hanya itu mampu terucap di dalam hati. Makanan payah ditelan, senyuman kelat terukir. "Allah..jaga mereka untukku"...seusai menonton wayang, topik itu mula dibuka.."Kaklong nak tanya..."bicara dimulakan Insyirah. Penyudahnya mengalir air mata seorang kakak, terasa buntu, malah keliru..apa yang harus dibuat terlebih dahulu. Antara kata-kata puteri tersayang yang pernah tercoret indah dalam minda, "akak nak berubah tapi akak tak kuat,takde sape boleh ajar akak. kaklong jauh. mak ayah....." Setiap kali rasa buntu itu hadir, ayat mudah terukir "Allah..jagakan mereka untukku..jagakan mereka untukku..jagakan mereka untukku." Keesokannya, seusai solat maghrib berjemaah, solat hajat & bacan yasin dijalankan oleh mereka bertiga. Mendoakan kesejahteraan, perlindungan, kerahmatan Allah SWT yang tidak pernah putus. Yakin sudah, Insyirah tidak mampu menjaga mereka sendiri namun hamba Allah SWT bukan sifatnya berputus asa. Allah SWT sebaik-baik wakil. Ibu yang tidak diizinkan untuk solat turut menadah tangan berdoa seusai solat sunat hajat. Mengalir air matanya agaknya.

"Ya Allah SWT..jagalah kami, lindungilah kami, peliharalah kami sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penjaga, pelindung, pemelihara. Ya Allah SWT, jauhkan kami dari segala kemungkaran & kemaksiatan. Dekatkan kami dengan segala keredhaanMu. Ya Allah SWT, jadikan kami sebagai hambaMu yang bersyukur atas setiap nikmatMu, redha atas setiap ketentuanMu, ikhlas menerima takdirMu..bantu hamba Ya Allah..hamba benar-benar tidak mampu..."



Biah Itu Tertulis

Setibanya di bumi kampus, Insyirah dikejutkan dengan suatu permintaan tergesa-gesa daripada sahabat.

"Tolong..tolong weyh. Dia nangis teruk. Tak tahu apa masalah dia, ko je boleh slow talk dengan dia."

"Kenapa aku? Aku tak tahu apa-apa cerita pun."

"Pergilah..kau je boleh slow talk dengan dia. Kitorang tak boleh."

          Melangkah kaki Insyirah ke bilik 'dia'. Topik dibuka dengan bicara berkenaan perkembangan usrah. Kemudian, Insyirah berani mengalih ke topik 'target'. Setelah puas dikorek, diteroka, jelaslah di peringkat Insyirah punca tangisannya yang ditutup dengan perkataan 'ok je.'

"Saya takut...saya takut azab Allah SWT..."

          Itulah antara kata yang keluar dari bibirnya. Jujur, bicara berdua malam itu dengan bilik yang berkunci turut menumpahkan air mata Insyirah sebagai seorang sahabat. Biar tampak orang Insyirah tegas, garang, sombong, kerek..tetapi dasarnya Insyirah tetap seorang kakak yang punya adik-adik pelbagai watak dan ibu ayah yang banyak memendam dalam benak. Jadi, Insyirah memahaminya, berbicara dengannya ibarat berbicara dengan adik-adik yang sentiasa memerlukan perhatian kakak mereka. Insyirah berikan harapan padanya,

'sedar diri bahawa kamu itu hamba Allah SWT. Allah SWT sayang hamba-hambaNya. Kasih sayang Allah SWT berlipat kali ganda melebihi kemurkaanNya. Kamu ada Allah SWT. Abaikan nilai & kata-kata manusia. Kamu sentiasa ada Allah SWT. Mulai hari ini, lazimkan solat sunat taubat ye.'

          Akhirnya bangunlah dari duduk 2 insan itu menunaikan solat sunat taubat berjemaah. Seusai itu, tinggallah 'dia' sendirian di bilik itu. Solat sunat hajat pula agaknya 'dia' kerana 'dia' tidak terus melipatkan sejadahnya. Tidak putus didoakan, Allah SWT..jagalah orang sekelilingku..



Peminat Hlovate hakikatnya Hitler

Ramai kenalan Insyirah yang merupakan peminat setia Hlovate. Sebagai orang yang terlibat dengan organisasi Islam, banyak jenis buku yang kedengaran menjadi bahan bualan para sahabat. Antara buku yang yang dikatakan 'Best Seller' ialah tulisan Hlovate. Insyirah bukanlah peminat novel. Namun, dia tahu serba sedikit gaya penulisan Hlovate. Gaya penulisan Hlovate sederhana, santai gaya bahasa, mesej padat dalam bentuk susunan ayat ringkas, plot cerita yang mampu diagak. Penulisan Hlovate pasti mendedahkan pembacanya dengan biah jahiliyah yang penuh dengan pelbagai kisah hitam kehidupan kemudian penghijrahan kepada hamba Allah SWT yang lebih baik. Menarik, kerana itulah hakikat kehidupan semua manusia. Hijrah intipatinya.

          Namun, sayang...peminat Hlovate ini sekadar membaca apa yang ada di buku tetapi tidak mengamalkan apa yang baik dalamnya. Cerita itu sekadar bacaan, bukan penghayatan dalam kehidupan. Kerana itulah...

'Hanya orang yang pernah jatuh ke lembah jahiliyah dapat menghayati erti kekesalan'

Tulisan itu sekadar bacaan yang disusun cantik dengan kombinasi huruf pelbagai kerana mesejnya tidak sampai di hati pembaca itu. Andai sampai di hati, tidak terbukti dengan tingkah lakunya.


Muhasabah

          Apabila ada sahabat yang bermasalah tidak kira masalah hati atau masalah akhlak yang dikata mampu mengalirkan dosa ke dalam jemaah, mereka ini lebih mudah berbicara di belakang, mengutuk hina insan yang dikata sahabat seperjuangan, melabel kejam hamba Allah SWT yang mereka tidak tahu susah payah mujahadahnya, menilai tahap kethiqahan sahabat bermasalah itu yang mereka sendiri tidak tahu asal biah kehidupan mereka, memerli di hadapan umum hingga menjatuhkan air muka sahabat itu sendiri dalam diam sedangkan tiada yang datang bertemu dengannya untuk mengetahui masalahnya. Mereka KEJAM.

Muhasabah, dosa si pelaku dosa yang tidak putus-putus memohon keampunan walaupun berkali-kali jatuh dalam lembah hina atau dosa kita yang sentiasa bongkak konon tiada dosa besar hingga merasakan layak untuk membuang orang daripada jemaah, merasakan diri hebat hingga berhak menjatuh-jatuhkan orang lain. Kita KEJAM.

Muhasabah, pernahkah kita cuba untuk mengetahui punca permasalahan itu berlaku atau kita sekadar membuat perjumpaan membincangkan masalah A tanpa bertanya sendiri kepada A tentang permasalahannya hingga terkeluar pelbagai cerita, label dan fitnah terhadap A. Sistem 'syura' itu nampaknya setaraf dengan ISA kerana tiada ruang bela diri oleh pihak tertuduh. Kita KEJAM.

Muhasabah, konsep meraikan yang diuar-uarkan dalam jemaah adakah semata-mata dari sudut ilmu sahaja. Mereka yang ingin mencari ilmu lebih diberi sedikit kelonggaran untuk memperbaiki diri, tetapi sahabat yang ingin mengubah diri menjadi lebih baik dipandang sepi andai mereka senyap membisu dalam perjuangan. Tahukah kita mereka malu untuk bersama kita yang kononnya 'hebat tarbiyah, thiqah yang mantap, siasah yang kemas' sedangkan hanya Allah SWT yang tahu betapa kotornya hati kita yang sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, menilai baik buruk orang lain hingga semakin membesar hati kita dengan takbur riak. Kita KEJAM.

Muhasabah, kita melayan adik-adik usrah dengan akhlak yang baik, penuh perhatian tetapi sahabat-sahabat yang 'sakit' dibiarkan melata. Kononnya mereka tidak layak berjuang bersama kita. Kita tidak melayan sahabat kita seperti insan yang kita sayangi, insan yang ingin kita jaga. Kalau sahabat depan mata sudah kita layan sebelah mata, usah berbicara tentang saudara Islam di bumi Palestin, Syria yang pasti jauh dari mata. Kita KEJAM.
          

Kisah di zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang sering kali dijatuhkan dengan hukuman hudud kerana kesalah meminum arak hingga akhirnya keluar cadangan bunuh saja pesalah itu kerana kesalahan yang berulang kali. Rasulullah SAW lantas menegah dan mengatakan


"Jangan kau bunuh lelaki ini. Sungguh, aku yakin dalam hatinya ada cinta pada Allah SWT & Rasul"

Nah..Rasulullah SAW sendiri mengakui ada cinta di hati pelaku maksiat itu. Siapakah kita yang berhak menilai hambaNYa. Rasulullah SAW sendiri memberi harapan kepada si pelaku maksiat itu. Siapakah kita yang lebih banyak mengugut dengan ketakutan dan azab sedangkan kasih sayang Allah SWT melebihi kemurkaanNya. Siapa berani buktikan Allah SWT menyayanginya?





.: Aku menegur bukan kerana aku baik tetapi kerana aku pernah jatuh dan aku tidak mahu sahabatku dijatuhkan oleh mereka dengan cara yang sama. Latar belakang keluarga sesama kita berbeza, mujahadah sesama kita juga berbeza, jadi jangan bertindak kejam melayan setiap orang itu sama :.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...