Monday, May 14, 2012

FBB Dinner Dalam Jagaan

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuanNya. :)


Alhamdulillah, beberapa minggu ini aku disibukkan dengan FBB Dinner 2012 ini memandangkan aku ialah Ketua Unit Protokol. Protokol...perkataan itu lebih mendatangkan geli hati sebenarnya. Orang kurang protokol seperti aku ditaklifkan sebagai ketua unit protokol.


Untuk minggu terakhir sebelum dinner, aku sangat sibuk dengan persiapan untuk FBB Dinner ini. Kata pensyarah aku, Ketua Unit Protokol ialah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan FBB Dinner berjalan lancar bermula daripada awal hingga akhir. Namun, pada hakikatnya aku tahu tugas Ketua Unit Protokol yang tiada dalam portfolio ialah ;


"Ketua Unit Protokol ialah insan yang perlu memastikan bahawa majlis itu berjalan lancar dalam keadaan baik & terpelihara daripada kemurkaan Allah SWT." 

Alhamdulillah, pada malam kejadian Allah SWT mempermudahkan segalanya. Tidak banyak perkara lagha yang berlaku. Percampuran lelaki & wanita masih dalam terkawal, hanya 2 persembahan nyanyian (itu pun kedua-duanya daripada lelaki), & 'games' yang menarik kerana kami mengadaptasikan 'games' tersebut daripada super spontan.

     Alhamdulillah walaupun sangat penat berlari, berkejar daripada sebelum mula FBB Dinner hinggalah tamat FBB Dinner, Allah SWT menambahkan lagi nikmatNya dengan kelancaran majlis. Bayangkan 'rehearsal' yang agak membimbangkan semua pihak terlibat rupanya jauh lebih teruk daripada yang sebenar yang berlaku. Pada malam kejadian, flow program on track malah lebih cepat habis dari dijangkakan, AJK-AJK lain turut memainkan peranan masing-masing dengan baik malah turut membantu banyak perkara lain, para jemputan VIP & hadirin mahasiswa terhibur dan berpuas hati. Alhamdulillah...segala puji bagi Allah SWT.

   Seusai VIP melangkah keluar dari DSI, aku terus melabuhkan punggung atas kerusi. Alhamdulillah, nikmat segalanya. AJK-AJK lain membantu mempersiapkan kerja lain yang tertangguh. Walaupun tidak 100% suci dari perkara tidak sepatutnya, aku sangat bahagia kerana masih dapat merasakan bahawa majlis ini masih dijaga Allah SWT. Tidak terlalu lagha tetapi menghiburkan & semua pihak berpuas hati. :)

Classmates aku yang sangat happening-aku tiada  dalam gambar kerana sedang berehat :)- mereka gorgeous pada malam itu. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...