Saturday, May 19, 2012

Allah SWT Sayang Lebih

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuanNya.



'Diya' bukan nama sebenar. Bertatih dalam perubahan mengejar cinta Allah SWT selepas dihambat mesra dengan hidayah dari Allah SWT. Awal penghijrahan dirinya terdedah dengan muzik islamik yang berunsur cinta.



Muzik cinta Islamik versi manusia!
> Bermula dengan melayan lagu nasyid cinta manusia seperti kasih kekasih, kerana cinta, & sebagainya membuatkan dirinya ingin menjadi seorang kekasih yang baik tika itu. Mula perubahan itu berlaku. Solat dijaga sebaiknya, tazkirah mula dikongsi kepada kekasihnya, aurat benar-benar terjaga di mana-mana. Allah SWT sayang lebih...(Jangan pandang rendah pada mereka yang asyik duduk layan lagu jiwang islamik kerana hidayah Allah SWT itu tiba pada masa yang kita sendiri tidak dapat menyangka).

Muzik cinta Islamik versi Ilahi!
> Tidur tepat pada masa selewatnya jam 12.00 malam. Kebanyakan malamnya akan terjaga pada jam 3.30 pagi. "Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana sudi kejutkan aku". Melangkah kaki ke tandas, wudhu dengan khusyuk, tahajud tertunai, taubat pun sempat, sejadah basah itu lumrah. Terkenang dosa-dosa, kesusahan keluarga, ujian kehidupan sudah cukup membuatkan matanya setiap malam bengkak kerana tangisan munajatnya. Allah SWT sayang lebih...

IKIM teman stay up!
> Tika dulunya sentiasa ditemani oleh kekasihnya untuk 'stay up study' bersama. Itu lumrah orang bercinta, segalanya ingin dikongsi bersama, suka duka pahit manis perlu ada si dia tempat bercerita meluah rasa. Alhamdulillah, semakin lama semakin kurang dia ingin mengajak si dia teman pada malamnya. Cukup baginya Allah SWT meneman. Pelik benar rasa selepas munajat, kembali menghubungi si dia untuk menemannya 'study'. IKIM.fm menemani setiap masa 'study' nya selepas munajat. Alhamdulillah IKIM.fm memang sering memainkan lagu berunsurkan keinsafan tika malam begitu diserikan lagi dengan alunan tarannum Al-Quran yang indah. Subhanallah~ Allah SWT sayang lebih...

Lepak surau pupuk tenang!
> Sememangnya ada hikmah surau blok asramanya suram. Allah SWT ingin berikan cahaya pada hambaNya yang mencari sinar di tengah-tengah kehidupan melalui suramnya keadaan. Lepak surau rutin hidupnya. Asrama cuma tempat persinggahan. Indahnya lepak di surau. Mengintai dari ruang celah tingkap memerhatikan tingkah kehidupan manusia pelbagai ragam. "Ya Allah peliharalah diriku. Aku hanya ada Kamu.". Tiba puncak hidayah dariNya. Tika Diya berjalan sekitar surau mengisi masa rehat belajar, terhenti langkahnya. Sehelai kertas kecil yang ditampal di dinding menarik perhatiannya. Dimulakan dengan kalimah, "Wahai hawa..." PERGHHHH...lututnya lemah, tidak mampu berditi tegak, rebah kaki menyembah bumi. "Ya Allah...ampunkan akuu...Allah...aku hina...Ya Allah...". Allah SWT sayang lebih...

Awak, saya nak berubah!
> Kata-kata itu benar-benar terpalit padat ke dadanya hingga sebak jiwa mengalir air mata. Terus telefon bimbitnya digapai. Mesej ditaip untuk diberi pada kekasihnya. "Awak, saya nak berubah..." Pertelingkahan bermula tapi dirinya membalas setiap herdikan, cacian, makian dari kekasihnya dengan tenang. Hingga akhirnya Diya faham & mengerti Allah SWT membuka jalan. Jika benar kita ikhlas ingin berubah kerana Allah SWT, Allah SWT akan membuka jalan untuk kita. Biarpun melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah perhubungan tidak halal itu terlerai di tengah jalan. Allah SWT sayang lebih...

Jom join USRAH!
> Pelik?! Tiba-tiba sahabatnya mengajak Diya menyertai usrah. Okey! Diya faham, Allah SWT buka jalan lagi. Jika kita ingin berubah menjadi hambaNya yang soleh, kita mestilah bersahabat dengan hamba-hambaNya yang soleh. Allah SWT sayang lebih...

Mula kenal realiti manusia!
> "Takkan benda kecik macam ni pun enti tak faham kot?!" "Enti tak boleh macam ni, tudung tu labuhkan lagi." "Enti kena jaga adab sikit, jangan suka-suka senyum je." "Gambar kat FB tu, buang! Tak perlu dedahkan diri." "Cuba bawak diri tu macam muslimah sikit." "Enti bukan budak sekolah agama, bukan tentu apa yang enti cakap tu betul. Kita tunggu jawapan google dulu." "Enti tak layak tegur ana, enti muslimat." PERGHHHHH...berhadapan realiti kehidupan manusia benar-benar menguji. Allah SWT sayang lebih...

Tak suka join Kelab Islam sebab perangai orang Islam itu sendiri!
> Diberi peluang oleh Allah lepak dengan seorang sahabat muslimatnya. "I'm down." "Jom lepak luar!" "Jom!" Malam itu pelbagai benda yang diborakkan. Cara pandang sahabat muslimatnya itu berkenaan kehidupan lebih kurang sama dengan corak pemikiran Diya yang 'selagi aku tak langgar larangan Allah SWT, biar aku buat apa aku suka'. Malam itu bulan bintang jadi saksi sahabatnya itu meluah rasa, "Aku tak nak masuk pape badan Islam sebab orang-orang dalam group itu sendiri. Dulu kat matrik aku, nama je kawan seusrah tapi pandang hina gila kat aku bila aku duduk lepak dengan roommate aku yang free hair. What the.." Diya tersenyum & menyokong kerana Diya juga pernah berhadapan realiti yang sama cumanya kondisi yang berbeza. Kondisi Diya lebih memerlukan kekuatan Diya untuk terus berada di jalanNya. Diya terasa nikmat apabila perubahan dirinya itu ialah hasil didikan Allah melalui tarbiyah yang cantik dariNya. Diya memang datangnya dari latar belakang jahiliyyah kemudian berubah hingga berjumpa dengan suasana terpelihara oleh-Nya. Jadi, cara Diya memandang segala apa yang berlaku di sekitarnya lebih luas. Diya mempunyai 'point of view' dari kalangan budak nakal & 'point of view' dari kalangan budak baik terpelihara insyaAllah. Allah SWT sayang lebih...

Maaf, ana banyak buat salah!
> Diya sedar ucapan meminta maaf bukan melemahkan dirinya malah lebih mendidiknya dengan konsep hamba Allah yang hina. Walau ada ketika, memang ternyata salah itu tidak datang dari pihak dirinya, namun ucapan maaf itu dibiasakan kerana itu nikmat yang Allah SWT beri. Nikmat untuk meletakkan serendah-rendah ego dirinya. Seringnya berdoa "Ya Allah, jauhkan diriku daripada menjadi hambaMu yang sering menyalahkan orang lain atas segala kelemahan yang terjadi di sekitarku.". Allah SWT sayang lebih...

p/s : Islam yang syumul...lebih mudah diucap, dibahas, dibentang namun amalnya kadang-kadang sukar walaupun untuk sekecil-kecil perkara. Tepuk dada tanya iman, benarkah bergantung pada keredhaan Allah SWT atau bergantung pada kemuliaan manusia?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...