Thursday, April 26, 2012

Tiada kata...hanya Alhamdulillah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para muslimin muslimat.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan.
Redha Alhamdulillah atas segala ujian dugaan yang Allah tentukan.

 

Apabila kaki sudah melangkah baik dalam jalan redha-Nya, ditimpakan ujian yang bertimpa-timpa. Itu janji Allah, tidak mudah menuju cinta-Nya. Tidak mudah menuju Jannah-Nya kerana apabila sudah diniatkan tekad, pasti jalan penuh berduri di hadapkan.

Fitnah bertimpa-timpa mengundang pelbagai rasa yang terpendam. Perihal keluarga yang harus difikirkan, perihal diri yang tidak ditinggalkan, perihal sekitar yang turut terlibat sama. Segalanya buat diri buntu. Sahabat memberi mesej "Untuk keselamatan awak, akak nasihatkan........". Tanpa mengerti apa-apa, banyak soalan yang diajukan hingga akhirnya ketahuan apakah yang dimaksudkan. Fitnah datang lagi. Kali ini hebat, sehingga sudah mula berasa penat.

   Bermula saat itu, ramai sahabat yang bertanyakan pelbagai soalan. Nampak perbezaan antara mereka yang benar-benar ikhlas menerima diri seadanya & mempersoalkan segala kisah silam yang diubah cerita. Hanya satu yang terlintas, "cukuplah...Alhamdulillah". Takkan dilayan lagi persoalan manusia yang ingin tahu benar salah suatu cerita kerana cukuplah Allah yang lebih mengetahui segala.

   Terimbau semula kisah silam ketika awal penghijrahan diri. Sememangnya waktu itu, Allah SWT memberikan kekuatan melalui fitnah buatan orang. Namun, Alhamdulillah saat itu terasa sangat nikmat dengan ujian tersebut. Kini, berulang lagi. Mungkin Allah SWT ingin menegur bahawa sudah jauh dariNya tidak seperti dulu. Maaf ya Allah, terimalah kembali.

   Sejujurnya, fitnah ini lebih mendatangkan nikmat tersirat daripada duka yang nyata. Biar pandangan manusia, ke tanah rendah tahap hinanya namun cukuplah hanya ingin pandangan dari Nya. Kata orang, jangan terlalu difikirkan kisah silam kerana bakal membunuh masa hadapan. Benar! Menyokong penuh. Biarpun selepas ini lebih hebat lagi fitnah yang datang, segala keaiban didedahkan, segala kisah silam dibuka, segala musibah bencana datang hampiri, namun semuanya datang dengan kehendak-Nya.

   Kepada hamba Allah yang setia menjadi penabur fitnah pada. Ketahuilah, dirimu tidak dikenali.Namun syukur Alhamdulillah kerana kamu menjadi pilihan Allah SWT untuk menegur. Cuma didoakan tiada dendam yang tersimpan. Jika benar ada silap, maafkanlah & hukumlah namun jangan dilibatkan insan lain. Kisah silam yang penuh dengan dosa takkan dapat dipadam bersih dari catatan kehidupan hambaNya yang hina, namun cukuplah Allah pemudah segala. Moga sentiasa dirahmatiNya. :)

p/s : pesanan senior supaya ambil teladan kisah Nabi Ayub. BAIK! :)

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...