Thursday, April 26, 2012

Tiada kata...hanya Alhamdulillah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para muslimin muslimat.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan.
Redha Alhamdulillah atas segala ujian dugaan yang Allah tentukan.

 

Apabila kaki sudah melangkah baik dalam jalan redha-Nya, ditimpakan ujian yang bertimpa-timpa. Itu janji Allah, tidak mudah menuju cinta-Nya. Tidak mudah menuju Jannah-Nya kerana apabila sudah diniatkan tekad, pasti jalan penuh berduri di hadapkan.

Fitnah bertimpa-timpa mengundang pelbagai rasa yang terpendam. Perihal keluarga yang harus difikirkan, perihal diri yang tidak ditinggalkan, perihal sekitar yang turut terlibat sama. Segalanya buat diri buntu. Sahabat memberi mesej "Untuk keselamatan awak, akak nasihatkan........". Tanpa mengerti apa-apa, banyak soalan yang diajukan hingga akhirnya ketahuan apakah yang dimaksudkan. Fitnah datang lagi. Kali ini hebat, sehingga sudah mula berasa penat.

   Bermula saat itu, ramai sahabat yang bertanyakan pelbagai soalan. Nampak perbezaan antara mereka yang benar-benar ikhlas menerima diri seadanya & mempersoalkan segala kisah silam yang diubah cerita. Hanya satu yang terlintas, "cukuplah...Alhamdulillah". Takkan dilayan lagi persoalan manusia yang ingin tahu benar salah suatu cerita kerana cukuplah Allah yang lebih mengetahui segala.

   Terimbau semula kisah silam ketika awal penghijrahan diri. Sememangnya waktu itu, Allah SWT memberikan kekuatan melalui fitnah buatan orang. Namun, Alhamdulillah saat itu terasa sangat nikmat dengan ujian tersebut. Kini, berulang lagi. Mungkin Allah SWT ingin menegur bahawa sudah jauh dariNya tidak seperti dulu. Maaf ya Allah, terimalah kembali.

   Sejujurnya, fitnah ini lebih mendatangkan nikmat tersirat daripada duka yang nyata. Biar pandangan manusia, ke tanah rendah tahap hinanya namun cukuplah hanya ingin pandangan dari Nya. Kata orang, jangan terlalu difikirkan kisah silam kerana bakal membunuh masa hadapan. Benar! Menyokong penuh. Biarpun selepas ini lebih hebat lagi fitnah yang datang, segala keaiban didedahkan, segala kisah silam dibuka, segala musibah bencana datang hampiri, namun semuanya datang dengan kehendak-Nya.

   Kepada hamba Allah yang setia menjadi penabur fitnah pada. Ketahuilah, dirimu tidak dikenali.Namun syukur Alhamdulillah kerana kamu menjadi pilihan Allah SWT untuk menegur. Cuma didoakan tiada dendam yang tersimpan. Jika benar ada silap, maafkanlah & hukumlah namun jangan dilibatkan insan lain. Kisah silam yang penuh dengan dosa takkan dapat dipadam bersih dari catatan kehidupan hambaNya yang hina, namun cukuplah Allah pemudah segala. Moga sentiasa dirahmatiNya. :)

p/s : pesanan senior supaya ambil teladan kisah Nabi Ayub. BAIK! :)

 

Friday, April 13, 2012

Love Nanban

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam yang menyambung perjuangan baginda.


Firstly, Nanban ini ialah 3 idiots versi tamil. TAPI, aku lebih sukakan Nanban daripada 3 idiots lakonan Aamir Khan & the geng. Mungkin kerana lebih lawak & disebabkan memang actor utamanya si Vijay yang aku minat sejak dari tingkatan 3. Tak perlu lah nak 'elaborate' lebih tentang minat-minat ni. Bukan itu yang aku nak kongsikan di sini.


Nanban ini mengisahkan tentang 3 pelajar yang agak 'idiots' pada pandangan kebanyakan pensyarah di kolej mereka sedangkan watak utamanya seorang yang bijak. Mereka digelar 'idiots' kerana suka buat hal di kolej. Tengok sendiri lah ye kalau berminat nak tahu lebih.

Sekarang, aku ingin menyentuh tentang kelemahan / kekurangan dalam cerita ini terlebih dahulu kemudian barulah kita sentuh tentang kebaikannya ok? :)

Kelemahannya ialah :
Part 'tarian-tarian', banyak sangat aksi tidak sepatutnya. Pakaian sangat mendedahkan. Sedih jugak tengok kesucian Sarii yang menjadi pakaian rasmi masyarakat komuniti itu dahulunya sangat sopan tapi sekarang banyak yang diubah hingga hilang nilai murninya. Jangan cakap masyarakat India, masyarakat Melayu yang mengatakan mereka Islam di Malaysia ini pun lebih kurang sahaja mengalami perubahan hingga aurat yang sepatutnya ditutup erat didedah hebat. Itulah yang terjadi jika mementingkan bangsa daripada agama kerana jika agama yang dipegang erat, insyaAllah terpelihara semua. Akidah Didahulukan Syariat Diutamakan. :)

Kelebihan / Pengajaran cerita ini ialah :

1. Ikut kata hati.
2. Buat perkara yang kita minat barulah kita akan merasai sesuatu yang dibuat itu dalam kegembiraan.
3. Kebergantungan kepada Tuhan.
4. Hormat ibu bapa.
5. Tanamkan sikap sentiasa positif dengan mengatakan 'All is well' selalu.
6. Niatkan belajar untuk ilmu bukan lulus peperiksaan atau habuan dunia.
7. Jangan takut akan masa hadapan / tanggungjawab mendatang. Belajar dalam keseronokan.
8. Pupuk bakat, kejayaan akan mengikutmu.
9. Cara belajar jangan menghafal tanpa faham kerana "hafal sekarang akan menyelamatkan kita selama 4 tahun dalam kampus tetapi menghancurkan kehidupan dalam masa 40 tahun."
10. Menikmat SAINS :)
11. Rendah diri sentiasa.
12. Tanggungjawab yang tinggi.
13. Banyak lagi. Selamat menonton jika mahu tahu lebih. :)

Pandangan peribadi hambaNya yang daif ini :
   Aku lebih suka menonton cerita Hindustan / Tamil (terutama Tamil la sebab lebih dramatik..hehe).
KENAPA? Kerana.......kebanyakan ceritanya bukan berkisarkan tentang percintaan semata-mata. Mengambil Nanban sebagai contoh filem yang berkisarkan tentang alam kampus remaja. Cerita ini lebih menekankan tentang konsep pendidikan. Cuba bandingkan dengan cerita alam kampus yang banyak disiarkan di Malaysia. Lebih kepada CINTA SIA_SIA kampus. Agak menarik tetapi nilai pendidikan/ murninya boleh dikatakan ZERO! Cerita Hindustan/Tamil meletakkan cinta-cinta itu sebagai sampingan tetapi filem Malaysia meletakkan cinta sebagai tema utama cerita. Patutlah semakin banyak gejala sosial yang berlaku. Media tidak bertindak sebagai antara tenaga pendidik. Tiada cerita Melayu yang memotivasikan pelajar.

   Cerita Tamil / Hindustan yang aku lihat pastinya berkisarkan tentang sesuatu misi yang mengajak kita berfikir. Antara isu yang aku lihat diperjuangkan dalam cerita Hindustan / Tamil sebagai tema utama ialah isu pendidikan mengurangkan diskriminasi kasta, pemerintahan penuh rasuah yang ingin ditumbangkan, menuntut keadilan untuk pembunuhan yang didalangi warga menteri, & sebagainya. BERGERAK OTAK SEJENAK. :)

   Cerita Malaysia pula lebih berkisarkan kepada lawak jenaka yang kurang bijak, isu rempit, bohsia, aku masih dara, banyak lagi yang SADIS bagiku. Adakah kerana cerita 'intelek' seperti yang dibawa oleh Tamil / Hindustan melanggar hak kebebasan bersuara di negara demokrasi Malaysia ini jika diterbitkan cerita seperti itu? Renungkan bersama. ^_^

   Cerita Nanban membuka minda aku kerana aku sudah tahu APA yang aku minat. Then, aku tahu BAGAIMANA memupuk minat. Hingga akhirnya aku yakin 'ALL IS WELL INSYAALLAH' kerana kita mampu kerana Allah bersama kita. :)

p/s : Rasa macam nak minta tolong pihak media Tamil (aktor utamanya Vijay..hehe) untuk buat 1 cerita pendidikan kampus yang melibatkan masalah pelajar & pinjaman kewangan yang sangat mencekik. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...