Sunday, January 1, 2012

Tahun BARU lagi ^_^

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian”(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi)







Dalam kesibukan perjumpaan terakhir Kelab As-Sakinah untuk pembubaran pimpinan sesi 2010/2011, tiba-tiba telefonku berbunyi. "Kakyang, ada mesej!" suara manja adik tersayang sebagai ringtone mesej.. ^_^

1 Message received from : Sayang
Opening Message...

"Slmt Thn Bru. Syukur pd tuhan, ALLAH izinkan kite bernafas di bumiNya setahun dulu. Diharap Tuhan lebihkan nikmatNya dari yang sebelum-sebelum ini. Mak harap kakyang terus kuat & bersemangat meneruskan perjalanan hidup walau tak sesenang, sebahagia & sebertuah orang lain. Mak sayang kakyang, mak doakan kakyang dapat yang terbaik dalam segalanya."

Baru tersedar, tahun 2012 bakal menjelang. Selama hidupku ini, setiap tahun aku dapat merasakan kehadiran tahun baru, tetapi amat berbeza kali ini kerana aku tersangatlah lupa dengan kehadiran 2012. Mesej dari 'sayang'ku yang mengingatkan aku. Tidak pernah seumur hidupku mak memberi ucapan selamat tahun baru, kali ini berbeda. sangat berbeda. Mungkin kerana mak amat memahami tahun 2011 merupakan tahun yang penuh liku dalam hidupku.

Apabila ku baca mesej dari mak itu, sebak dada...namun ku sedar yang aku sedang mengendalikan mesyuarat yang penting dalam keberlansungan tarbiyah di Kolej 9, aku gagahkan diri sekadar senyum membaca mesej tersebut. ^_^ Mesej mak itu sungguh bermakna...sangat bermakna...subhanallah...terimbau kehidupanku sejak kecil hingga kini, siapa sangka aku akan sebegini berubah kepada yang lebih baik walaupun pada hakikat masih jahat lagi hina..hehe Dulu, kehidupanku sangat mewah tapi sayang nikmat itu tidak dihargai kerana aku asyik & lemas dalam kehidupan dunia semata yang banyak mendatangkan dosa. Kini, kehidupanku & keluarga berubah secara total dengan kuasaNya namun ALHAMDULILLAH, dalam keperitan itu ada penawarnya.

1 Message received from : Abg Mirul
Opening Message...
"Selamat tahun baru! harap kau lagi happy dari tahun2 sebelum ni. good luck study!"

1 lagi mesej diterima dari adikku yang tidak berpendidikan tinggi. Dia hanya bersekolah setakat tingkatan 3, kini bekerja di tempat yang penuh ujian kerana terdedah dengan pelbagai kemungkaran. Namun, ALHAMDULILLAH dia sangat baik. Penuh tanggungjawab terhadap adik-adik yang lain. Aku mengharapkan semoga suatu hari nanti, ada peluang kerja yang lebih baik untuknya. aminnn~ Menerima mesej darinya membuatku tersenyum. Walau seteruk mana ujian melanda keluarga, aku bersyukur kerana keluargaku masih lagi dikurniakan rasa bahagia..."sempoi, slumber, gila-gila, senget" memang itu trademark keluargaku. Dari mak hinggalah ke anak-anaknya..hehe ^_^

Tahun baru masihi 2012 seolah bermakna bagiku. Cukup dengan 2 mesej yang aku terima dari ahli keluarga sendiri membuatkan aku terasa bahagia berbanding diriku pada tempoh penuh kemungkaran dahulu. biar berpuluh-puluh rakan memberi mesej tahun baru, rasanya tidak seindah kali ini. ALHAMDULILLAH...terima kasih ya Allah atas nikmatMu.. ^_^

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada kalian~ ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...