Tuesday, January 31, 2012

HAKIKATNYA : Dia seorang muslimah!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam...
Aku bersyukur atas segala nikmatMu, aku redha atas segala ketentuanMu...


Melalui lagi liku dalam kehidupan, membuat diri banyak memerhati kehendak Ilahi atas setiap hambaNya. Melangkah dengan sentiasa bersangka baik terhadapNya.



Allah membentuk diri yang BENGKOK

Muslimat dari tulang rusuk ADAM yang bengkok. Jika ingin diluruskan dengan kekerasan, pasti patah. Jika dibiarkan dengan kelembutan, pasti parah. Tarik tali kata seorang ustaz yang memberi panduan tentang 'muslimat'. Namun, sedarilah tidak semua muslimat itu perlu diluruskan oleh usaha muslimin yang setia menegur, bertegas & sebagainya. Sejarah membuktikan Asiah r.a isteri Firaun biarpun bersuamikan manusia yang mengaku Tuhan namun pegangan dirinya tetap utuh. Hubungan dengan Allah itulah kekuatan sebenar muslimat di medan juang. Medan juang sebagai hamba, anak, sahabat, & isteri.


BAIK yang kembali memBENGKOK

Dengan tarbiyah yang diberikan Allah melalui perantaraan ujian & dugaan kehidupan, mengubah muslimat itu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tika zaman jahiliyahnya, pelbagai perkara yang dilakukannya sungguh nampak ketara jahilnya, maksiat melata kata mereka yang memasang mata. Apabila sudah ditarbiyah, perkara pelik yang dilakukan dahulu mula dilakukan semula..lagi dan lagi..namun segalanya itu nampak tidak salah atas nama ukhwah, thiqah, sebagainya. Namun, hakikat hati tidak rela. Jiwa tidak redha. Ya Rabb, bantu diri kenal dengan apa itu MUSLIMAT.


BENGKOK yang ingin di LURUS kan


Muslimat itu tegar, segala urusan mudah bersamanya. Hanya ketawa di wajah tidak menandakan dia cukup bersedia menerima segalanya. Hanya diam di bibir tidak menandakan dia benar-benar redha menanggung segalanya. Hati meronta meminta ada insan memahami, namun tiada suara terlafaz di bibir kerana sangkaan mereka 'kamu kuat'. Gugur air mata hati, jatuh sujud melutut ke tanah, dahi kembali ke tempat asal sujudnya. Mengertilah, dia jua muslimat...kata di bibirnya penuh berterus terang tapi ada ketika jika hati muslimatnya itu ingin berbicara, tidak mampu terlafaz dengan sebarang kata. Ya Rabb, diri mohon peliharalah diri sebaiknya kerana hanyaMu sebaik-baik pemelihara.

p/s: FITRAHNYA dia tetap seorang muslimat yang tidak ingin menjadi FITNAH...

Sunday, January 15, 2012

Cuti semester 2011/2012

Dengan nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...selawat & salam ke atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat...Ya Rabb, aku bersyukur atas segala nikmatMu, aku redha atas segala ketentuan-Mu...







Cuti Semester

Cuti semester bermula lagi…
Kali ini dunia mu lebih realistik
Hakikat kehidupan sebenar
Di kampus hanya masa selesa


Berhadapan dengan mad’u sebenar
Mad’u yang lebih kenal siapa kamu
Ibu ayah adik abang kakak semuanya
Kali ini takkan dapat kau buka tajuk usrah
Tasawwur tarbiyah, fiqh al-sirah, kupasan dalil
Semudah suasana kampusmu bersama mereka

Tiada usrah berkala
Halaqah bersama sahabat
Yang dibuka majlis dgn al-fatihah
Ditutup dengan al-asr
Yang isinya untuk permantapan iman
Yang hasilnya untuk pemulihan akhlak

Kini usrah mu
Mungkin ada lebih tawa
yang kekadang mengundang leka
akan tanggungjawab ditarbiyah & mentarbiyah
yang diberi pakej olehNya
khas untukmu sebagai hambaNya

Kini lebih terdedah jiwamu dengan budaya ‘jahiliyah’
Hiburan melata di depan mata
Reunion...bersama rakan lama
tapi kini kau bukan yang lama
kau sudah ‘baru’..
jadi, perbaharuilah cara pergaulanmu

Adik-adik, sayangi keluargamu seadanya
Adik-adik, layani mereka sebagai mad’u mu jua
Adik-adik, aku tidak mampu menjagamu setiap detik
adik-adik, doaku mengiringi setiap langkahmu
adik-adik, walau apa terjadi wajiblah kau pulang kembali padaNya
semoga bertemu kembali di medan seterusnya.

Wednesday, January 11, 2012

Belajar PONDOK


Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..selawat & salam ke atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, seluruh umat Islam. Ya Rabb, aku bersyukur atas segala nikmatMu, aku redha atas segala ketentuanMu.

Nur Ihsan Asyraf


Nur Amirul Asyraf


Nur Hakimi Asyraf




Mak : Kalau ada rezeki, mak nak hantar adik-adik laki kakyang tu g belajar pondok.

aku : biar betik mak. pondok tu kan belajar pasal agama tu? mak nak hantar dorang ke situ ke?

mak : yola dorang tu ilmu lain da terror bonar da. tapi pondok y betul-betul ajar agama la bukan osama laden der.

aku : .... (Ya Allah..perkenankanlah..semoga sempat benda itu berlaku)

mak : k la da azan, nanti mesej lagi.

p/s: Benarlah, jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu perteguhkan kedudukan kita. Cukup dengan bantu agama Allah, Allah bantu baiki kelompangan yang ada walaupun usaha kita hanya dengan doa. Subhanallah sangat sayang baitul muslim ku ♥

Sunday, January 1, 2012

Tahun BARU lagi ^_^

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian”(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi)







Dalam kesibukan perjumpaan terakhir Kelab As-Sakinah untuk pembubaran pimpinan sesi 2010/2011, tiba-tiba telefonku berbunyi. "Kakyang, ada mesej!" suara manja adik tersayang sebagai ringtone mesej.. ^_^

1 Message received from : Sayang
Opening Message...

"Slmt Thn Bru. Syukur pd tuhan, ALLAH izinkan kite bernafas di bumiNya setahun dulu. Diharap Tuhan lebihkan nikmatNya dari yang sebelum-sebelum ini. Mak harap kakyang terus kuat & bersemangat meneruskan perjalanan hidup walau tak sesenang, sebahagia & sebertuah orang lain. Mak sayang kakyang, mak doakan kakyang dapat yang terbaik dalam segalanya."

Baru tersedar, tahun 2012 bakal menjelang. Selama hidupku ini, setiap tahun aku dapat merasakan kehadiran tahun baru, tetapi amat berbeza kali ini kerana aku tersangatlah lupa dengan kehadiran 2012. Mesej dari 'sayang'ku yang mengingatkan aku. Tidak pernah seumur hidupku mak memberi ucapan selamat tahun baru, kali ini berbeda. sangat berbeda. Mungkin kerana mak amat memahami tahun 2011 merupakan tahun yang penuh liku dalam hidupku.

Apabila ku baca mesej dari mak itu, sebak dada...namun ku sedar yang aku sedang mengendalikan mesyuarat yang penting dalam keberlansungan tarbiyah di Kolej 9, aku gagahkan diri sekadar senyum membaca mesej tersebut. ^_^ Mesej mak itu sungguh bermakna...sangat bermakna...subhanallah...terimbau kehidupanku sejak kecil hingga kini, siapa sangka aku akan sebegini berubah kepada yang lebih baik walaupun pada hakikat masih jahat lagi hina..hehe Dulu, kehidupanku sangat mewah tapi sayang nikmat itu tidak dihargai kerana aku asyik & lemas dalam kehidupan dunia semata yang banyak mendatangkan dosa. Kini, kehidupanku & keluarga berubah secara total dengan kuasaNya namun ALHAMDULILLAH, dalam keperitan itu ada penawarnya.

1 Message received from : Abg Mirul
Opening Message...
"Selamat tahun baru! harap kau lagi happy dari tahun2 sebelum ni. good luck study!"

1 lagi mesej diterima dari adikku yang tidak berpendidikan tinggi. Dia hanya bersekolah setakat tingkatan 3, kini bekerja di tempat yang penuh ujian kerana terdedah dengan pelbagai kemungkaran. Namun, ALHAMDULILLAH dia sangat baik. Penuh tanggungjawab terhadap adik-adik yang lain. Aku mengharapkan semoga suatu hari nanti, ada peluang kerja yang lebih baik untuknya. aminnn~ Menerima mesej darinya membuatku tersenyum. Walau seteruk mana ujian melanda keluarga, aku bersyukur kerana keluargaku masih lagi dikurniakan rasa bahagia..."sempoi, slumber, gila-gila, senget" memang itu trademark keluargaku. Dari mak hinggalah ke anak-anaknya..hehe ^_^

Tahun baru masihi 2012 seolah bermakna bagiku. Cukup dengan 2 mesej yang aku terima dari ahli keluarga sendiri membuatkan aku terasa bahagia berbanding diriku pada tempoh penuh kemungkaran dahulu. biar berpuluh-puluh rakan memberi mesej tahun baru, rasanya tidak seindah kali ini. ALHAMDULILLAH...terima kasih ya Allah atas nikmatMu.. ^_^

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada kalian~ ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...