Tuesday, December 25, 2012

Bilal bin Rabah, Muazzin Bertakwa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.



Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di mukabumi ini.


Sebelum Bergelar Muslim

Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.

Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.

Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing, bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing.

Bila abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja, abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman, namun nasib abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.

Ibunya meninggalkan dunia akibat kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan anaknya Sahib dan akibat selalu dipukul dengan teruk oleh tuannya. Selepas ibunya meninggal, ayahnya pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.


Keimanan yang Mantap

Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah Bin khalaf. Walaupun Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan amat mematuhi suruhan tuannya, tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Bagi dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.

Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan makanan dan minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin bertambah.

Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah
“Allah, Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..”


Muazzin yang Bertakwa

Berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun pergilah menemui menemui Umaiyah untuk membeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas. Umaiyah berkata, jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya, lalu Abu Bakar berkata lagi, jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya! Bagi Abu Bakar, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya. Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri! Inilah kisah pengorbanan, kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah di zaman rasulullah s.a.w!

Dari seorang hamba abdi, Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya mempertahankan kalimah Allah, kalimah iman yang amat disayanginya. Dia dilantik menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sehingga laungan azannya bergema 5 kali sehari diseluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit yang 7 lalu bergema di Arasyh Rabbul Jalil. Seluruh para malaikat di langit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari. Ada satu cerita seorang yang dengki dan irihati dengan Bilal telah membodek rasulullah s.a.w untuk menggantikan Bilal untuk melaungkan azan, tetapi malangnya azan itu dilaungkan secara tidak ikhlas sehingga suara azan tidak bergema seperti selalu dilaungkan oleh Bilal di langit lalu malaikat pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal itu.


Kewafatan Baginda Rasulullah SAW

Bilal menyertai semua peperangan dijalan Allah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kewafatan Nabi s.a.w, memberikan kesan yang cukup mendalam bagi Bilal, betapa sayangnya Bilal pada Rasulullah s.a.w tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! Sehinggakan Bilal tidak mampu melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad itu, hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w, bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!!

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Bilal memohon untuk pergi berperang, tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar dengan alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah. Mungkin Abu Bakar sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad s.a.w! Ini adalah kerana kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.

Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar, Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menentang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal secukupnya , beliau telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi.

Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.

Kata Saidina Umar :
“Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah s.a.w? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai gantinya”,

lalu jawab Bilal :
“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka. Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah s.a.w melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah s.a.w juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal dengan nada yang sedih dan hiba.

Selepas itu Bilal berpindah ke Syam, penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak lalu mereka pun memulaukan Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya. Bila akhirnya wafat pada tahun 20 Hijrah / 641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun

Friday, December 21, 2012

Speaker Corner MUSLIMAT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat,para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya, Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuanNya.


Alhamdulillah, kehidupan hari ini semakin nikmat. Biar hanya diriku dan Allah SWT sahaja mengetahui apa yang indahnya. :)

         Seusai ambil slip di fakulti luar, aku menemani sahabat baik untuk mengendalikan usrahnya. Mantap. Bilangan ahli usrahnya tidak sampai 5 orang pun pada hakikatnya, namun dek ukhwah yang terjalin atas dasar 1 aqidah, budaya tumpang-menumpang usrah itu seperti suatu kenikmatan hingga akhirnya menghampiri hampir 10 orang yang turut terlibat dengan usrah tersebut. Banyak percambahan idea, perkongsian pendapat. Namun, ada suatu ayat daripada adik usrah, Athirah yang disayangi yang membuatkan aku terkedu sebentar sebenarnya. Ayatnya "usrah ni dah scary lah." diiringi gelak tawa kecil ahli usrah lain. Mungkin kerana perwatakanku & soalan yang ku ajukan. Maaf adik-adik! ^^,

      Perkara yang disentuh dalam usrah tersebut ialah syarat-syarat kemenangan. Antaranya kebergantungan yang tinggi pada Allah SWT. Perang Badar menjadi antara buktinya betapa kebergantungan para mukminin tika itu yang benar-benar mantap terhadap Allah SWT tanpa sedikit pun keraguan akan janji Allah SWT menyebabkan kemenangan berpihak kepada kaum mukminin biarpun berkuantiti rendah berbanding pihak musuh.
      Selain itu, beberapa perkongsian seperti kesabaran, perbezaan proaktif & reaktif, dan beberapa lagi isu seperti solat & sebagainya menjadi bahan perbincangan yang menarik.


Foreigner TERJAH

      Sepanjang berusrah, aku yang duduk paling sudut perasan sekumpulan lelaki warga asing yang berada di belakang kumpulan usrah kami sentiasa memandang ke arah kami. Ku betulkan niqab, ku fokuskan pemikiran pada isi usrah, ku buat tidak endah akhirnya. Namun, secara tibanya datang seorang lelaki daripada kumpulan itu menghampiri kumpulan usrah kami.

"Excuse me, did all of you read Al-Quran", sapanya. Mungkin kerana dia melihat sepanjang diskusi kami sering membelek Al-Quran tersebut.

"Not really, we are doing some discussion on our religion, Islam" jawab Syahida selaku ketua diskusi tika itu.

"Yah! I know. I'm Muslim too. Its very nice to see all of you people discuss about Islam in this way. We want to ask please pray for us and other muslims too."

Dengan senyuman, kami masing-masing membalas dengan Aminnn..kasihan melihat kumpulan mereka. Kami seolah dapat meneka bahawwa dia benar-benar mengharapkan doa daripada kami kerana tika itu muslimin yang lainnya sedang menunaikan solat Jumaat tetapi mereka sedang makan berdekatan dengan kumpulan usrah kami. Cara dia menghampiri kumpulan kami semata-mata untuk mengharapkan doa dan juga cara dia menerangkan keadaan yang dia juga Muslim namun tidak seperti kami membuatkan kami agak tersentuh.


"Ya Allah, sentuhlah hati mereka dengan rahmat-Mu, berikanlah petunjuk hidayah kepada mereka dan jua kami agar kehidupan kami ini hanya bermatlamatkan redha-Mu dan setiap langkah, tutur kata, perlakuan hanyalah atas nama-Mu..aminnn Ya Rabb~"


Speaker Corner Muslimat

Selepas melakukan solat Zuhur & solat sunat hajat, kami bersedia untuk ke 'Speaker Corner' anjuran pihak tertentu yang akhirnya dimaklumkan batal. Namun, disebabkan antara 'speaker'nya ada bersama kami iaitu Saudari Annasuha , MPM, kami meneruskan sesi 'speaker corner' tersebut dengan tajuknya 'Final Battle'.








Tawakal Tinggi

Bersurai......dalam perjalanan menuju ke tempat parking...Allah! Polis betul-betul bersebelahan dengan kereta aku. Memang nak kena saman jawabnya ni. Syahida dah gelabah, "Syud, kita balik jela syud naik bas". Kami ketawa kecil. Hingga akhirnya aku keluarkan solusi, "Kebergantungan kena tinggi pada Allah ni. Tadi usrah cakap gitu kan?" Syahida menyambung, "Tawakal..tawakal.." Kami pun menyusun langkah kemas, muka tidak lagi ketawa, kami masuk kereta, aku masuk gear reserve, dengan tenang memandu kereta dari zon bahaya tersebut. LEPAS! Alhamdulillah..nikmat~ ^^,



.: Kebergantungan kepada Allah SWT, mudah cakap belum tentu mudah amal. Jika Allah SWT beri peluang & buka jalan, raih dan pegang seeratnya peluang kerana sudah namanya peluang..jika tidak dimanfaatkan akhirnya akan berlalu pergi sebagai suatu yang benar sia-sia :.

Thursday, December 20, 2012

Jihad selepas MATI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNya, redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuanNya.


Tahajjud berasal daripada kata 'jihad'. Sebagai umat Islam yang membina jiwa muttaqin dalam dirinya, Tahajjud dikatakan merupakan antara sumber kekuatan diri dalam pemantapan rohani.


Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahu bahawa kamu tidak tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran: dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, - sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - Al-Muzammil : ayat 20 -

Tidur bermaksud perbuatan yang terputus hubungan dengan sekalian alam. Analogi mudah, dalam kuliah...pasti ada ketikanya mata terpejam dek mengantuk, namun telinga masih mendengar. Perbuatan tersebut belum boleh dikatakan tidur kerana telingannya yang masih mendengar menunjukkan masih ada hubungan dengan alam. Perbuatan tersebut cukup sekadar diketahui sebagai 'terlelap'.

Tidur...


... ialah mata terpejam, telinga berhenti mendengar, segalanya...terputus hubungan dengan alam. Kerana itu jualah tidur juga dikatakan sebagai suatu bentuk mati kecil.

       Untuk bangun bertahajjud selepas tidur adalah suatu bentuk jihad atau mujahadah (perbuatan yang bersungguh-sungguh) untuk menghadap Allah SWT. Oleh kerana itu, apa sekalipun bentuk ibadat yang kita lakukan selepas bermujahadah untuk bangun daripada tidur boleh dikatakan sebagai suatu bentuk jihad selagi perbuatan tersebut berniatkan Allah SWT seperti solat sunat, zikir, hatta study sekalipun.

"Ya Allah, Tuhan yang memegang hati yang paling kotor ini, bersihkanlah. Yang berkuasa atas diri yang lemah ini, kuatkanlah. Yang memandu perjalanan hidup ini, bimbinglah. Yang mengetahui setiap mujahadah hambaMu ini, tabahkanlah. Cukuplah hanya Engkau bagiku Ya Allah."

.: Matlamat hidup untuk mencapai redha Allah SWT tidak semudah seperti yang tertulis di atas kertas atau terlakar di kata-kata bibir dengan frasa 'redha Allah' :.

Tuesday, December 18, 2012

Tiada KATA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, Redha ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya.


Kesilapan yang ditutup dengan kesilapan akhirnya membawa suatu bentuk kehancuran.

Pertama kali perbincangan ; nyata terang banyak dosa terancang dilakukan.
Kedua kali perbincangan ; kurangkan apa yang sepatutnya dikurangkan.
Ketiga kali perbincangan ; Nah, fokus sudah pada rentak perjuangan dalam kerjasama 2 hubungan.

Masa berganti masa.....

Terungkit segala cerita dahulu kala oleh pihak ketiga, betul salah dicampur-aduk segala. Buntu menilai sebuah frasa yang dikata 'berlapang dada', akhirnya perbincangan dengan pihak sepatutnya dilakukan dalam keadaan terpaksa.

Keempat kali perbincangan ;  bukan lagi bicara gerak kerja tetapi bicara tindakan susulan yang patut dilakukan menghadapi mehnah tika sibuk bergerak kerja mengejar masa yang dalam kesempitan.

Ditelusi setiap perbincangan..........keputusannya ;
- FITNAH ; biar mereka jawab di hadapan Allah SWT!
- Sangkaan semata! Kenapa tidak tanya pada tuan punya badan?
- Kalau mahu main peranan selesaikan permasalahan, kenapa tidak bersua muka sahaja dengan orang yang dikata?
- Kalau mahu menolong menyelesaikan masalah, kenapa apabila sudah jadi barah baru bertindak?
- Ambil ibrah dari peristiwa Hadithul ifki.

Kelemahan menceritakan masalah kepada yang 'sepatutnya' pada pandangan mata sekeliling tetapi hakikatnya tergolong dalam kalangan 'tidak sepatutnya' pada pandangan mangsa keadaan;
- Dicerita lain, difahami lain.
- Difahami lain, di'assume' lain.
- Di'assume' lain, disebarkan cerita ke lain.
- Akhirnya, masalah tidak selesai..malah dosa cerita belakang itu yang bertambah. Muhasabah!

Kelebihan cerita pada yang 'tidak sepatutnya' pada pandangan mata sekeliling tetapi hakikatnya tergolong dalam kalangan 'sepatutnya' pada pandangan mangsa keadaan ;
- Ada tindakan susulan yang dilakukan sebagai usaha menyelamatkan  mencegah, bukan sekadar cakap belakang & heboh bicara tentang menjaga hati & bersabar atas ketentuan tanpa sebarang usaha yang sepatutnya dilakukan.

Mengelakkan diri dari fitnah itu suatu tuntutan. Yang salah diakui salah. Yang dosa tetap taubat ubatnya. Jadi, hamba Allah yang juga hamba-Nya usah diungkit cerita lama yang sudah tersimpan sebagai lipatan sejarah dosa silam.

Teguran itu tetap datangnya dari Allah SWT, terimalah wahai hati yang lemah. Beruntung diterjah lagi dengan bentuk ujian yang sama, semoga tautan hati semakin erat pada-Nya.



"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia"
-Surah Ar-Ra'd 13 : ayat 11-



Monday, December 3, 2012

Allah...

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin & seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya. :)



Allah...
Indah nikmat-Mu
Manis jagaan-Mu
Biar hati makin menjauh
Biar diri terduduk jatuh
Masih juga Engkau menjaga

Allah...
Niqab
Agar tertunduk jatuh hati
Sentiasa dekat dengan-Mu
Agar terisi jiwa nurani
Menghayati setiap detik indah mujahadah menuju-Mu
Agar berkekalan taubat diri
Merasakan malu berdosa pada-Mu
Agar rendah tempat dosa lagi
Menyemai sifat sebagai hamba-Mu

Allah...
Lepaskan diri ini
Fitnah, sangkaan, andaian
Tidak pernah berkesudahan
Hanya pada-Mu ku temui jalan
Keluar dari segala bebanan
Pastinya yang terbaik Engkau berikan
Namun..ku mohon diri ini....tabahkan!

Allah...
Ku mohon
Kali ini cukuplah!
Kali ini pasakkanlah!
Kali ini tetapkanlah!
Hanya Engkau tempat berserah.

Sunday, October 28, 2012

Eid Yang Bahagia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuanNya.


Perjalanan yang kebiasaannya hanya mengambil masa 2-3 jam daripada selatan ke kampung halaman akhirnya berlanjutan selama 4-5 jam. Tiba di stesen bas pada jam 12.00 malam, aku dijemput oleh mak dan ayah. Terkejut...ku sangka hanya mak yang datang menjemput, rupanya ayah pun turut sama.

     Setibanya di rumah, semua puteri sudahpun tidur..semua putera sudah pun hilang menghabiskan masa bersama rakan-rakan di luar. Aku lihat atas meja terletak rapi buku ATLAS PARA NABI & RASUL khas untuk diriku. Buku itu yang asalnya ingin ku hadiahkan pada adik, bertukar pula perancangannya apabila adikku itu pula yang menghadiahkannya pada aku. Buku itu mahal kottt~

     Alhamdulillah, pagi raya Aidiladha berjalan dengan baik. Tidak begitu onar seperti Aidil Fitri yang lepas. Si puteri semua bangun awal untuk solat subuh kemudian terus menyiapkan diri untuk pagi raya Aidil Adha. Kemudian, dah menjadi tanggungjawab puteri untuk mengejutkan sang putera untuk bersiap. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Inilah kali pertama aku dan adik-adik dibawa oleh ayah untuk solat sunat Hari Raya. Terbaik lah perasaan Oh-Sem itu! Seusai mendengar khutbah raya,adik ku mengadu lapar. Bergegaslah semua kembali ke kampung halaman. Mak sudah menunggu di sana. 6 orang adik-beradik yang dah besar panjang disumbatkan dalam sebiji kereta dipandu oleh sang ayah memang buat aku tersedar.."OK, semua dah besar panjang!" hehe

     Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga dapat beraya bersama. Teringat peristiwa aku diketepikan kerana faktor keluarga yang 'istimewa' pada kebanyakan mata manusia, tapi itu tidak pernah menjadi sebab untuk aku terus merudum jatuh malah meningkatkan lagi keyakinanku pada janji Allah SWT. Jagalah agama Allah SWT, Allah SWT akan menjaga yang lainnya. Solat itu benar-benar tertegak sebagai tiang agama di rumahku kini. Daripada sang pemimpin iaitu ayahku hingga kepada adik-adikku. Sedikit demi sedikit perubahan itu ku lihat di hadapan Allah SWT.

     Kini ku lihat hati ahli keluargaku sudah mula kembali kepada Allah SWT sedikit demi sedikit. Benarlah, kita takkan mampu menduga perancangan Allah SWT. Ada ketikanya rasa seperti sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk menghadapi kenyataan hidup tapi dek yakin pada janji Allah SWT & benar-benar meyakini bahawa Allah SWT sebaik-baik perancang, Allah SWT maha berkuasa, dan Allah SWT maha pencipta yang agung pastinya segala ujian dugaan itu dapat dihadapi dengan tenang. Kita adalah hamba-Nya. Allah SWT berhak memperlakukan apa sahaja terhadap kita yang bergelar hamba ini dan Allah SWT sesekali tidak akan bersifat zalim. Itu bukan sifat Allah SWT.

     Terimbau kenangan Aidil Fitri lepas yang meruntun jiwa. Rupanya tika itu Allah SWT sudah mendidik kami untuk berkorban sedikit kebahagiaan untuk nikmat yang lebih besar yang kami dapat selepas pengorbanan itu. Alhamdulillah.

.: Allah SWT akan beri sesuatu perkara itu pada hambaNya tepat pada masanya dan kita sebagai hamba haruslah sentiasa bersyukur pada-Nya atas segala nikmat & ketentuan-Nya.
Hasbunallah wa ni'mal wakil :.

Sunday, October 7, 2012

Isu C.I.N.T.A no E.N.D.ing

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.


Hari dilalui seperti biasa. Bangun, solat, kuliah, makan, tidur. Sesekali terjumpa sahabat-sahabat, tiada topik lain yang ingin dibincangkan. BAITUL MUSLIM. Atas alasan ingin menjaga aib, tidak perlu dibentangkan sebesar kertas mahjung segala ayat-ayat / pertanyaan / assumption berkenaan topik itu. Topik BAITUL MUSLIM bukanlah mengaibkan cuma cara ianya dibualkan mengundang sedikit 'keburukan'.

     Terimbau telatah hamba-hamba Allah SWT yang beriya-iya ingin mengetahui kisah kehidupan 'INDAH' seseorang dengan cara berbual bersama-sama sahabat lain di belakang dengan pelbagai pandangan dan corak pemikiran tersendiri, hanya senyuman dapat diukir. Isu CINTA para daie ini bukan isu kecil, namun tidak perlulah diperbesarkan sebenarnya.


Latar Belakang Peristiwa

Berada dalam komuniti orang yang 'in a relationship', 'its complicated', 'engaged', 'married', dan sometimes 'divorce', membuatkan aku lebih suka tutup telinga, pejam mata, tidur dan kembali bangun dengan membaca kisah kepimpinan Sultan Muhamad Al-Fatih. It's really awesome.
   
     Walaubagaimanapun, aku tidak boleh melarikan diri daripada topik muslimat itu kerana aku juga 'muslimat'. Jadi, mahu atau tidak aku juga haruslah memberi sumbang saran dalam perbualan tidak berkesudahan tersebut. Namun, sumbang saran tersebut tidak harus berlebihan kerana pada dasarnya topik itu tidak berkesudahan melainkan akhirnya pernikahan itu diizinkan. Apabila sudah sah bergelar isteri, orang sebegitu yang lebih selesa bagiku untuk dijadikan teman perbincangan isu Baitul Muslim. Aku bukan kerek cumanya aku juga punya citarasa dalam setiap perbualan. Mengelakkan diri bersifat zalim apabila berbincang dengan orang bukan ahlinya, itu yang lebih baik insyaAllah. Biarlah aku dikata sombong, tidak ada perasaan, dan pelbagai label yang bermaksud hampir serupa kerana Allah SWT lebih kenal siapa aku. ^^,


Prinsip yang GOYAH

Kebiasaannya para gadis yang berhati lembut ini sukar didekati kerana prinsip diri mereka yang benar-benar menjaga diri. Aku meng'highlight'kan gadis berhati lembut kerana selalunya gadis berhati keras ini memang dah sedia maklum sukar didekati.
   
     Antara prinsip yang ingin diketengahkan berdasarkan beberapa pemerhatian ;

Sebelum bertunang...
"Ya Allah, aku bermohon jagalah hatiku ini semata-mata hanya untuk cinta kepada-Mu"

Selepas bertunang...
"Ya Allah, aku bermohon jagalah perhubungan aku dan dirinya agar tidak mengundang murka-Mu"

Konsep yang ingin ditunjukkan ialah doa yang berubah. Doa pertama khusus pada cinta Allah SWT. Doa yang kedua sudah berubah apabila terselitnya berkenaan cinta manusia.

     Pemikiran aku yang serba jahat ini merasakan tentang cinta Allah SWT, doa itu tidak perlu diubah walau apa pun yang berlaku. Sehingga ke akhir hayat pastikan doa itu tetap berkekalan kerana segala yang ada di atas muka bumi ini termasuk hela nafas ini ialah atas rahmat kasih-Nya. Tambah doa tidak mengapa, jangan kurang doa bab cinta Allah SWT tapi lebih sangat doa tentang cinta manusia. Ianya tidak salah, cuma takut kalau-kalau doa itu semakin meninggikan harapan kita pada seseorang. Jika berlaku sesuatu seperti putus tunang, risau fokus hidup itu lebih kepada mengubat hati dengan iman daripada pemantapan iman dalam hati. Proses perawatan & pemantapan hati membawa maksud yang berbeza. Sesungguhnya, cinta Allah SWT memayungi cinta sekalian alam.

***

Sebelum bertunang...
Pemakaian purdah masih dijaga.

Selepas bertunang...
Pemakaian purdah on off hingga akhirnya terus tiada.

     Berdasarkan pemikiran aku yang serba jahil lagi hina ditambah pula dengan pemerhatian daripada mata yang penuh dosa ini, pemakaian purdah memerlukan mujahadah yang tinggi pada seseorang muslimat. Alhamdulillah, Allahuakbar, Subhanallah, aku sangat menghormati & mengagumi para sahabiah yang mula berjinak-jinak dengan imej tersebut kerana mujahadah mereka lebih tinggi. Malah, aku lebih tabik springggg kepada yang terus istiqomah dalam pemakaian purdah. Cumanya........apabila aku melihat ada sahabiah yang sudah mula meninggalkan pemakaian purdah secara istiqomah, aku yang penuh dengan sifat ingin tahu ini terus bertanya pada masa yang sesuai. Almaklumlah, pantang borak berdua je dengan aku ini, pasti keluar soalan yang akan buat sahabat-sahabat terkebil-kebil seketika. Mungkin kerana itulah aku sukar didekati untuk dijadikan teman berborak kerana bagi kebanyakan sahabat, berbicara dengan aku ibarat sedang melalui satu slot modul. =,='
     Berbalik kepada isu pemakaian purdah, aku bertanya secara telusnya "kenapa erk dah tak pakai purdah sekarang?" ........... Pelbagai jawapan yang aku dengar. Antaranya ialah 'tak kuat la dik'. Aku faham tentang 'tak kuat' itu. Mujahadah perlu tinggi. Hanya insan terpilih yang Allah SWT kuatkan mereka untuk membawa imej purdah itu secara istiqomah. Namun, aku agak sedikit musykil & terkilan apabila muslimat tidak terus berpurdah kerana status mereka yang sudah bertunang. Kepala aku yang sering berfikir dan lebih bertopi hitam (pemikiran negatif) menimbulkan beberapa persoalan...

1. Apa tujuan sebenar pemakaian purdah di awal pemakaian purdah tersebut?
2. Apa hak tunang (insan yang belum sah bergelar suami) hingga mampu menumbangkan prinsip seorang muslimat?


Tokoh di H.A.T.I

YB Senator Mumtaz :
     Ketika aku pernah berpeluang untuk mendengar sendiri ceramah daripada beliau, antara konsep yang tersampai di benak pemikiran aku ialah 'just be yourself. Awak buat je gerak kerja awak dengan bersungguh-sungguh seperti biasa. Tentang jodoh tu, tidak perlu risau. Apabila tiba masanya, Allah SWT yang akan jalankan semua itu mengikut perancangan-Nya yang baik. Seperti saya, saya masih lagi aktif bergerak kerja walaupun tinggal sebulan lagi nak final exam. Tetapi Allah SWT dah tentukan, seminggu sebelum final exam, saya pun bernikah. Tunjukkan diri kita yang sebenar sebelum nikah iaitu kita komited dengan gerak kerja supaya dia lebih bersedia untuk menikah dengan orang sibuk di jalan Allah SWT seperti kita', kata beliau.


Zainab Al-Ghazali :

Zainab Al Ghazali:
Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?

Suami:
Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).

Zainab Al Ghazali:
Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:
Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu.
Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.
Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata,
“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.
Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….
Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.
Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?

Suami:
Ya.

Zainab Al Ghazali:
Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.
Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi
“Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung”



.: Apabila hati muslimat itu teguh dengan cinta Allah SWT, muslimin tidak perlu bersifat kebudak-budakan kerana pada waktu itu jika hatinya dibukakan untuk muslimin, pastinya muslimin yang diterima log in ke dalam hati kecilnya buat sementara waktu hingga tiba hari pernikahan ialah muslimin yang hatinya juga teguh pada cinta Allah SWT. Pasangan yang benar-benar mengharapkan redha Allah SWT tiada masa untuk melayan perkara yang 'tiada hala tuju' kerana matlamat hidupnya lebih besar daripada segala isi bumi apabila keampunan Allah SWT & keredhaan Allah SWT menjadi sandaran. :.


Friday, September 7, 2012

Penangan Ayat Dhuha

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para muslimin muslimat.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, redha Alhamdulillah atas segala ketentuanNya.


Aduhai manusia...lemahnya hatimu...

Bergerak kerja atas nama Islam tidak mudah. Bukan sahaja pelaksanaannya yang sukar di akhir zaman yang penuh fitnah ini, malah keikhlasan hati pun amat sukar terbentuk kerana kerja Islam itu pasti tidak lari daripada bisikan syaitan durjana.

Membina Tsiqah Diri

Daie...tsiqah...suatu yang seharusnya seiring. Jika ingin menjadi daie yang baik, haruslah membina jua tsiqah diri kerana Allah SWT. Tsiqah tidak patutlah memilih. Dengan 'mad'u', tsiqahnya mantap. Dengan 'sahabat', tsiqahnya sentap. Jadilah diri sendiri dalam keadaan sedar 'aku ialah hamba Allah SWT' kerana tsiqah itu milik mutlak Allah SWT. Biarkan orang mengatakan bahawa 'kamu tidak tsiqah', yang penting tiada hati yang terguris dek 'tsiqah' yang dibina tanpa dihiraukan orang sekeliling. Bukan begitu cara Rasulullah SAW. Iman, asas akhlak yang baik akan membentuk tsiqah. Jika merasakan 'tidak tsiqah', checklist semula iman. Bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT? Mantapkah hubungan kita dengan Allah SWT jika urusan kita dengan manusia sering mengundang murka dan ketegangan? Muhasabah~

Muslimat, berdikarilah!

Rasulullah SAW ialah seorang muslimin agung. Baginda juga punya sahabat dan sahabiah. Hebatnya baginda menjaga muslimat dengan baik. Mendidik muslimat agar berdikari dengan cara yang lembut. Kini, sukar ditemui 'akhi' dalam kebanyakan 'daie'. Tegang...kerana kerja Islam itu serius bukan mainan gurauan. Mind setting begitulah yang meruntuhkan momentum gerak kerja yang ikhlas. Tekanan...itu yang dirasa kerana kerja Islam perlu cepat siapnya. Tidak salah jika mahu segalanya dicepatkan tetapi jangan dipentingkan hasil 'janji siap', pentingkan kebersamaan 'turun padang' bekerja bersama terutama jika usahanya sukar untuk mendapatkan hasil yang mudah.

Checklists DIRI...

Muslimat...lembut benar hatimu. Murah benar air mata mu. Namun muslimat, ada cara hatimu mampu dikuatkan hingga air mata mu lebih mahal.

Jika hatimu rasa hiba sehibanya dengan tekanan dan kerendahan semangat, matamu mula terasa berat hingga ingin ditumpahkan air jernih, melangkahlah kakimu menyucikan diri dengan wudhu'. Tunaikan solat sunat 2 rakaat, merintihlah sepuasnya. Sedarilah bahawa sebenarnya hatimu tidak ikhlas sepenuhnya hingga ada ruang untuk kamu terasa hati dengan mudahnya pada ujian dari-Nya biarpun ujian itu sekadar kata-kata ringkas yang mengguris hati.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi waktu Duha.

Dan malam apabila ia sunyi-sepi.

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).

Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.




.: Kita benar-benar miskin kerana kita tidak punya apa-apa. Namun, kita sangat kaya jika merasakan nikmat bahawa Allah SWT itu Maha Dekat. Kita benar-benar yatim kerana kita tidak punya siapa-siapa untuk dijadikan tempat mengadu segala suka duka. Namun, Allah SWT sentiasa memberi perlindungan dan perhatian hingga kita merasakan sentiasa selamat. Allah SWT tidak meninggalkan, tidak juga membenci...Dia cuma menguji agar kita tidak akan meninggalkan-Nya, jua tidak akan menjauhi-Nya. Kita benar-benar dapat memperoleh kesudahan yang baik jika kita benar-benar yakin pada janji-Nya & sentiasa bersangka baik dengan setiap perancangan-Nya:.

Monday, September 3, 2012

Dia di Kejauhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.


Setelah berbulan bersama mereka...melihat realiti hidupnya yang ditinggalkan sementara selama ini dek tanggungjawabnya sebagai pelajar kampus di nun selatan semenanjung Malaysia, akhirnya tiba masa untuk dirinya kembali pulang ke bumi selatan meneruskan langkah sebagai peneroka ilmu-Nya.

     Terimbau beberapa perkara yang tersimpan rapi dalam benak fikirnya tika ini hingga terasa seperti ingin dibiarkan jari-jemari terus menari atas papan kekunci laptop menaip memori indah bersama yang tersayang.

     Bermula dengan kisah arwah datuk yang sakit tenat selama seminggu sebelum arwah meninggal dunia pada 28/7/2012, Tika itu baginya sangat rumit. Allah SWT menguji lagi. Rahsia yang disimpan hampir 10 tahun dibongkar tika itu. Di hadapan arwah datuk yang sedang tenat malah tidak mengenali sesiapa pun melainkan isterinya tika itu, rahsia itu seakan tidak memberi kesan kerana tiada apa-apa yang diingatinya. Namun, bagi insan lain di sekeliling yang masih waras akal fikiran dan menjadi saksi bongkaran rahsia itu...segalanya seolah-olah terpana. Senyuman dirinya tika awal ketibaannya bersama ibu tercinta dan adik-adik yang lain akhirnya hilang dan diganti tangisan esakan apabila dirinya dihambat pelukan oleh ibu saudaranya.

"Kakak kena banyak sabar ye. Apa yang jadi ini bukan salah ayah kakak, bukan jua salah mak kakak. Jaga adik-adik."

     Kata-kata keramat itu dilafazkan dekat di telinganya. Tangisan esakan itu sebagai respon terhadap kata-kata tersebut. Dia sudah pun mengetahui rahsia itu sejak sekian lamanya, dia juga sudah terlalu biasa dengan perkara itu hingga tiada lagi air mata yang mampu dikeluarkan untuk itu. Namun, apabila dirinya dihambat pelukan, segalanya berubah. Dirinya yang kuat memendam rasa, tabah kononnya mengukir senyuman tika hatinya menangis akhirnya menumpahkan air mata. Mungkin benar kata orang, perkara yang sakit itu perlu diluahkan kerana takut memakan diri.

     Namun, dirinya amat bersyukur kerana Allah SWT sentiasa ada untuk mendengar rintihannya. Mungkin itulah kekuatan yang didambanya selama ini. Tika di awal waktu dirinya dapat mengetahui kebenaran rahsia itu, ibu tempat bergantung yang erat selain Allah SWT. Namun, dek kerana tekanan hidup si ibu akhirnya si ibu melafazkan kata 'melepaskan si anak pergi'. Tiada lagi tempat si anak mengadu rasa, berkongsi cerita. Itulah didikan Allah kepada dirinya. Hanya Allah tempat bergantung dalam kehidupan daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Cuti semester kali ini sangat menarik baginya. Pelbagai nikmat yang disulami ujian tiba kepadanya. Alhamdulillah semoga rasa sentiasa bersyukur itu berkekalan. Sering dirinya memikirkan segala apa yang berlaku dalam hidupnya itu sebagai perkara yang masih lagi baik baginya berbeza pada pandangan orang sekitar yang merasakan 'ee...teruknya'. Mungkin itulah hikmah daripada sikap 'sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah SWT'. Walau seteruk mana pun terjahan ujian yang berlaku, hakikatnya perancangan Allah SWT itu masih baik.

Kisah Ramadhan

     Ramadhan kali ini dihiasi dengan pekikan, makian, cacian, segala yang negatif kerana pergaduhan dan pertelingkahan antara insan-insan yang disayanginya. Hingga akhirnya dia mengangkat kaki keluar dari suasana ketegangan tersebut buat seketika bagi menenangkan hati adik-adik yang teresak-esak menangis kerana menyaksikan perkara yang tidak sepatutnya dilihat oleh mereka.

     Ramadhan kali ini juga dihiasi dengan pergaduhan dahsyat sang abang dengan sang adik di meja makan tika berbuka. Sepakan padu di kepala hingga tersepit sang abang tanpa apa-apa balasan menjadi bukti masing-masing mempunyai masalah hati yang sakit. Hati yang tidak sabar hingga natijahnya si ibu rebah terduduk dengan tangisan penuh esakan sambil memeluk mereka mengelakkan lebih lagi sengketa.

     Ramadhan kali ini juga dihiasi dengan nilai cinta dan kasih dari-Nya. Masih ada adiknya yang sudi mengikut dirinya melakukan solat berjemaah. Ini kali pertama sewaktu cuti di rumah, dia mendapat nikmat solat berjemaah setiap waktu solat hinggakan solat sunat terawih pun lebih baik dari tahun sebelumnya.

     Adik lelakinya yang sibuk bekerja sambilan ketika Ramadhan sering pulang ke rumah sangat lewat. Namun, ada suatu malam dirinya terus berjumpa dengan kakaknya, "Kak, bagi mak duit raya ni. Ni duit gaji aku RM 50. Bagi tau." "OK!" balas si kakak bahagia melihat adiknya itu. Pada malam itu juga adiknya akan keluar bersama rakan-rakan mencari baju raya di bazar-bazar tengah malam. Sebelum keluar, dia menghampiri kakaknya yang sedang baring menonton televisyen dan mencium pipi kakaknya. "Aku pergi dulu tau. Selamat hari raya." Terus adiknya bergegas keluar rumah. Tiada kata dari kakaknya, hanya doa di dalam hati ditembah padu ke langit, "Ya Allah, jagalah adik-adikku......"

Kisah Syawal

     "Tahun ni lantak korang la nak beraya kat mana pun. Aku dah tak kisah dah. Korang pun dah macam takde mak bapak. Buatlah apa yang korang suka. Esok aku takkan kejut korang bangun raya. Rumah yang bersepah ni pun, lantak korang la."

Allahurobbi....inilah kemuncaknya. Syawal tahun ini ternyata syawal yang paling pahit. Sungguh pahit hingga tiada apa kata yang mampu terluah. Kasihan melihat adik yang masih kecil sekadar diam. Berbeza sungguh syawalnya berbanding kakaknya tika kecil. Syawal ini si adik sekadar mengikut perancangan abang dan kakaknya yang ingin memberikan ketenangan pada si ibu tercinta dan memenuhi permintaan beraya bersama sang ayah. Akhirnya, pagi syawal tika keluarga yang lain sedang gembira menyambut syawal bersama keluarga, mereka bangun dengan sendiri...mengemas beg untuk sedia pergi merantau ke Johor beraya bersama si ayah, meninggalkan si ibu tercinta menenangkan fikiran di rumah seorang diri. Sungguh sedih.....hingga kini jika terimbau semula pasti tertumpah air mata sang kakak. Ketabahan adik-adik memberikan kekuatan kepada sang kakak.

.: Ada ketikanya apabila terlalu banyak perkara tragis yang berlaku dalam masa yang sekejap, kita hanya mampu terduduk dan merasakan 'cukuplah Allah bagiku'. :.

Tuesday, August 21, 2012

Tudung Labuh Jaga Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan.


Terimbau pertama kali mengenakan tudung labuh di kepala,

"Nah, syud! Ambik la tudung labuh pink ni. syud suka warna pink kan? Fatma baru gosok."
"Eh...betul ke ni? Syud pinjam ye!"
"Takpe..takpe..fatma bagi syud je tudung ni. Hadiah untuk syud."

"Thanx fat!

     Pelbagai halangan yang berlaku dalam mujahadah mengenakan tudung labuh. Rakan lama segan lepak bersama, beberapa insan menjauhkan diri, beberapa insan mengutuk, mempertikaikan, sebagainya yang hampir serupa...negatif ~


     Jika yang negatif itu datang dari hamba Allah SWT, pasti yang positif itu datang dari Allah SWT. Allah SWT sudah berjanji bahawa ganjaran syurga diberikan kepada orang yang bersabar. Yang menyokong dan mengkritik pada masa yang sama, itulah antara ujian halangan kepada hamba-hambaNya yang berniatkan kepada perubahan.

     Jangan dilihat pada labuhnya tudung, longgarnya jubah untuk menilai 'baik' 'buruk' seseorang itu. Labuhnya tudung bukan menandakan pasti baik namun labuhnya tudung itu pastinya antara langkah baik bagi mula mendekati yang Maha Lembut lagi Baik yakni Allah SWT yang Esa. Ada tikanya, perubahan luaran itu mampu mendidik dalaman.

    Tudung labuh itu melindungi diri dari yang tidak sepatutnya. Sangat mudah Allah SWT menjaga wanita daripada fitnah yang mudah menghampiri dengan syarat mujahadahlah untuk mendekati Allah SWT, pasti Allah SWT mempermudahkan diri menjauhi orang yang jauh daripada Allah SWT. Kita bukanlah Tuhan yang berhak menilai 'jauh' 'dekat' nya seseorang itu dengan Allah SWT namun, kita mampu melihat seseorang itu melalui akhlaknya.

     Akhlak itu cerminan iman, erat tautan hati kepada Allah, utuh iman kepada Allah, indah jua akhlak yang terpancar dalam menerusi langkah sebagai musafir jalanan di dunia sementara ini. Tudung labuh mengajar diri menjaga akhlak sebaik mungkin agar tidak menconteng arang ke muka para muslimah lain yang ikhlas menjaga diri kerana Allah SWT, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT yang Maha Memerhati agar diri terus dijaga rapi oleh sebaik-baik Penjaga.

     Tudung labuh panas itu istilah biasa bagi mereka yang tidak pernah mencubanya. Hakikatnya, tudung labuh itu nyaman, menjaga diri dari yang tidak baik untuk kulit kita. Hikmahnya setiap kebaikan yang Allah SWT ciptakan pasti tersembunyi berganda-ganda rahsia. Antara kesilapan si pemakai tudung labuh ialah bau badan yang tidak terjaga. Islam mengajar kebersihan, tidaklah haram memakai wangian yang hanya digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan ketidakselesaan para insan di sekeliling. Sedangkan Rasulullah SAW menggemari minyak wangi.

     Tudung labuh bukan syarat untuk pilih geng kepala sefikrah, tetapi tudung labuh ialah pintu kepada geng luar fikrah mengenali Islam. Sebagaimana Al-Quran panduan akhlak utama yang diciptakan untuk disebarkan kepada sekalian alam, begitulah jua kebaikan tudung labuh. Perlu disebarkan nikmat rahmat daripada Allah SWT. Jangan tubuhkan geng tudung labuh, tetapi tubuhkanlah geng ingin Islam.

     Pelbagai fesyen terkini menjadi perbahasan pelbagai pihak. Selendang besar, pashmina lebar, tudung bulat, tudung bawal 60 inci, dan sebagainya dapat digunakan untuk menutup aurat. Jika ada yang benar-benar tidak kena pada pandangan mata syariat Islam, tegurlah dengan mendidik mereka yang alpa itu dengan syariat Islam terlebih dahulu sebelum menghukum nilai syurga neraka mereka. Jika ada yang tidak kena pada pandangan mata sendiri, silalah bertegur dengan hikmah seiring dengan akhlak Islamiyyah. Di mata kita, perkara itu mungkin tidak sepatutnya seperti pemakaian selendang buat para daie muslimah, namun mungkin pada pandangan mata yang lain, cara itulah yang menunjukkan Islam itu mesra remaja..wallahu'alam~

.: Labuhkan tudungmu menutupi dada, kerana Allah SWT ingin melindungi dirimu daripada mata durjana, dan terus menjagamu hingga ke syurga :.

Wednesday, August 15, 2012

Pertemuan Akhirat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.



Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ;

Bermula roh-roh itu berkelompok-kelompok, mana yang sesuai (sifat, akhlak, tujuannya), maka roh-roh itu menjadi jinak (saling mencintai). Manakala jika (sifat, akhlak, tujuannya) tidak sepadan, maka ia akan saling menjauh (bertelingkah). -riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud-

Apabila antara 2 pihak itu tidak selari tujuannya, pertelingkahan itu mudah berlaku. Contohnya di dalam perkahwinan itu sendiri, jika si isteri bertujuan kepada duniawi semata manakala sang suami bertujuan akhirat hakiki, pasti sering berlaku pertelingkahan kerana orientasi jiwa yang berbeza. Orientasi jiwa yang berbeza ini akan menyebabkan pertembungan. Jika pertembungan itu dapat diolah sedikit supaya bertemu persamaan, pasti pertelingkahan dapat dielakkan.


Menyedari Matlamat Kehidupan

Setiap insan di muka bumi ini dihadiahkan dengan fitrah yang serupa yakni, fitrah inginkan kebaikan. Agama sebagai jalan terbaik diri dipandu semoleknya dalam kebaikan. Fitrah merasakan 'hidup ber-Tuhan' juga pasti tersimpan dalam sanubari insan.
 
   Namun, ada tikanya fitrah-fitrah kebaikan seperti itu mampu dicarik kesuciannya dek hiasan dunia berupa harta, wanita & sebagainya seperti yang pernah difirmankan Allah swt berkenaan dunia dan hiasan di dalamnya.

   Matlamat hidup seorang hamba Allah sewajibnya ialah mendapatkan keredhaan Allah SWT.


Menyedari Hakikat Kehidupan

Walaupun pembuka bicara tajuk kali ini menyentuh soal si isteri dan suami yang berbeza tujuan, mari dialihkan seketika pada hakikat kehidupan terutama kepada yang belum bergelar isteri atau suami.

   Dalam kehidupan seharian sebagai pelajar, kawan, anak, kakak, & sebagainya...pasti kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia & kerenahnya. Contoh yang mudah kepada mereka yang memegang jawatan dalam sebuah persatuan atau badan organisasi, datang melangkahkan kaki dengan niat untuk mendapatkan redha Ilahi. Namun, niat itu dilupakan secara tidak sengaja apabila kita sibuk berdebat mahukan keputusan. Kita sedia maklum bahawa niat itu mudah berubah. Islam tidak melarang berdebat & seangkatan dengannya cuma Islam menunjukkan cara debat yang baik. Itulah hakikat yang berlaku, biarpun semua ahli mesyuarat berniatkan redha Allah swt yakni tujuan yang sama, masih boleh berlaku pertelingkahan kerana ada ketikanya masing-masing terlupa bahawa redha Allah itu tidak mudah didamba seperti dikata.

Pesanlah selalu kepada diri jika dalam suasana tegang yang menguji bahawa diri kita hanya ingin redha-Nya. Bisikkan ke dalam hati bahawa Allah SWT sedang memerhati diri kita sebagai hamba-Nya.

"Ya Allah Tuhan yang Maha Memerhati setiap apa yang terzahir malah tersembunyi. Ampunkan segala dosa kami atas segala keterlanjuran yang kami sedar atau tidak sedar. "


.: Jika sudah sehaluan untuk mendapatkan redha Allah swt sekalipun, namun masih ada sekelumit bongkak di dalam hati bahawa 'aku lebih mulia' pastinya banyak perkara rumit yang berlaku. Hal ini kerana kita sudah bertindak zalim dengan tidak meletakkan diri di tempat yang sepatutnya yakni 'hamba Allah yang mendambakan redha-Nya' :.

Warkah Buatmu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.




Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..
Ikhlas daripada bakal suamimu..

-fully copied from iluvislam.com-

Saturday, August 11, 2012

Ramadhan Tanpa Kata

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.


Pelbagai perkara yang berlaku dalam lembah Ramadhan kali ini. Tika yang lain tinggi tahap ibadatnya, ada hambaNya yang semakin tinggi tahap ujian dariNya. Tika yang lain sedang ramah saling mengingati ibadat kepada Ilahi, ada hambaNya yang dirundung jeritan ego dan kemungkaran. Tika yang lain dihadiahkan dengan nikmat ahli baru dalam keluarga, ada hambaNya yang dibawa pergi insan disayangi menghadap Ilahi.

   Mengimbau kembali sisa-sisa coretan Ramadhan kali ini sejak awal masuknya 1 Ramadhan....sungguh betapa tersimpan sebeban kerugian kepada insan yang bernama manusia. Manusia itu lupa, tambah alpa bahawa Allah SWT itu Maha Pemurah dengan rahmatNya. Disediakan oleh-Nya satu bulan yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan peluang dalam perubahan. Penuh dengan segala yang sukar didamba dalam berbulan-bulan kehidupan.

   Masa berputar tanpa seketika pun terhenti. Terus berjalan taat pada perintah-Nya. Buktikan pada manusia bahawa mereka benar-benar dalam kerugian. Kerugian besar jika mereka berpaling dari-Nya dalam bulan keberkatan dinamakan Ramadhan.

Nikmat Allah SWT itu kadangkala cukup sebagai tanda Allah SWT berbicara dengan kita, Tidak perlu ditunggu musibah, bala menjelma baru tersentak "Allah sedang menegur". Antara nikmat terbesar yang Allah SWT berikan pada hamba-Nya ialah nikmat merasakan bahawa 'Allah ada bersama kita'.

Allah ada bersama kita...

Mengimbau kenangan sejak mula mengenal dunia. Mengenal Tuhan melalui kalimah yang terbit daripada bibir ibu ayah tercinta. Betapa semakin hinanya diri. Semakin bongkak pada Pencipta Agung. Semakin keras kepala menurut nafsu sendiri. Tapi rahmat Allah SWT mengatasi kemurkaan-Nya. Biar berulang kali dosa terlaksana, taubat ditinggal sengaja, Allah SWT masih memelihara. Tidak ditimpakan setinggi taufan menghempap bumi berpijaknya kaki. Tidak ditimpakan segagah bumi bergegar menelan sekujur badan. Subhanallah...Allah Maha Berkuasa kepada hamba-Nya...namun rahmat kasih sayang-Nya tidak berbelah bagi diberi pada hamba-Nya. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Allah sudah cukup...

Menongkah arus kehidupan, berhadapan pelbagai ragam keadaan. Itulah ujian di mata orang, namun itulah nikmat di mata kita. Perancangan Allah SWT berbeza untuk setiap hamba-Nya. Yang cantik di mata orang, itu yang terlalu indah bagi kita. Yang buruk di mata orang, itulah yang terbaik buat kita. Allah SWT sebaik-baik perancang. Teruskan langkahan kaki menurut perancangan Allah SWT dengan penuh redha tanda tunduk patuh mendambakan keredhaan-Nya. Sejak mengenali dunia, hingga kembali ditanam ke dalamnya...Allah SWT sentiasa bersama kita. Tepuk dada, tanya hati di mana engkau meletakkan Allah SWT. Tika solat kah, tika doa kah, atau tika taubat kah? Allah SWT sentiasa bersama..sentiasa...tidak pernah sesaat dirimu terlepas daripada pandangan-Nya namun engkau yang memalingkan pandangan dari-Nya. Namun, Allah SWT masih lagi memberi pelbagai nikmat atas dunia-Nya ini untukmu. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Allah satu-satunya tempat pergantungan...

Jadikan dirimu yang hatinya tertaut erat kepada-Nya...
Jadikan dirimu yang fikirannya hanya memikirkan Allah SWT dan bukti kebesaran-Nya...
Jadikan dirimu yang bibirnya hanya melafazkan kata zikir dan keampunan kepada-Nya...
Jadikan dirimu yang langkahan kakinya sentiasa dipandu kalimah suci-Nya...
Jadikan dirimu yang hidup-Nya semata-mata mendamba keredhaan-Nya...

.: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hambaMu yang sering mendekatkan diri kepadaMu...yang sering bertaubat kepadaMu...yang sering mengharapkan redhaMu.
Cukuplah hanya Engkau bagi kami... :.

Detik Terakhir Ramadhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya, redha Alhamdulillah atas segala ketentuanNya...



Kini...menghampiri detik terakhir penghujung Ramadhan. Terimbau apakah yang diri ini lakukan sepanjang hari Ramadhan yang berlalu sebelum ini.

"Demi Masa...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..."



Saturday, August 4, 2012

Ramadhan Kian Pergi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.


Orang kata, Ramadhan merupakan medium terbaik untuk menjadikan sesuatu perkara itu sebagai kebiasaan. Orang yang masih berada dalam kehinaan ketika bulan Ramadhan ialah orang yang benar-benar celaka kerana sesungguhnya dia sememangnya tidak mensyukuri nikmat Allah SWT yang ingin memberikan 1001 malah lebih rahmat untuk hamba-Nya.

Siapa yang CELAKA?

     Orang yang ego dengan manusia adakalanya akan ego dengan Allah SWT. Itu yang berlaku pada orang yang mensia-siakan nikmat masa barakah dalam bulan Ramadhan ini. Mereka dikatakan ego, sombong kerana mereka tidak mahu meminta daripada Allah SWT. Solat 5 waktu pun masih terkejar-kejar ingin dipenuhi. Jika penuh sekalipun, solat itu sekadar 'cukup syarat' sahaja. Berdoa selepas solat pun hanya menambahkan sedikit hiasan palsu atas solat tersebut kerana berdoa tidak dengan penuh pengharapan kepada Yang Maha Menguasai.

     Puasa juga sekadar syarat. Selepas sahur, terus kembali menumbangkan diri atas katil. Sebaiknya, masa selepas sahur itu dihiasi dengan bacaan Al-Quran yang dilengkapkan dengan tafsiran makna. Puasa lebih didefinasikan sebagai menahan lapar dahaga sedangkan puasa itu menahan diri daripada segalanya yang menjauhkan kita daripada Allah SWT. Indahnya nikmat Allah SWT yang ingin hamba-Nya sentiasa dekat dengan-Nya. Malah, Allah SWT menghadiahkan segunung pahala untuk hamba-Nya yang bermujahadah mendekati-Nya.

Lepaskan Si CELAKA!

     Allah SWT Maha Pengampun, Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Berubah , berhijrah itulah solusi untuk melepaskan sifat si CELAKA dalam diri.

1. Muhasabah Diri ;
seutuh mana kita meletakkan Allah SWT dalam hati kita
segigih mana kita berusaha mendapatkan redha-Nya
setabah mana kita mampu menerima Qada' Qadar-Nya tanpa Allah SWT di sisi
sehebat mana kita mampu menerajui kehidupan tanpa redha-Nya

2. Menjaga solat di awal waktu ;
Jika solat yang sebentar itu pun sudah tidak mampu kita jaga sebaiknya, bermaksud tautan hati antara kita dengan Allah SWT sudah sangat lemah dan hanya menanti putus..Naudzubillah
Jadikan solat sebagai medium terhebat kita benar-benar rapat dengan Allah SWT, merasakan Allah SWT benar-benar hadir di sisi, melihat setiap pergerakan solat kita, dikurniakan solat yang khusyuk.

3. Mengaji Al-Quran ;
Jadikan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama di bulan Ramadhan ini. Rasakan dalam hati bahawa Allah SWT benar-benar ingin menyampaikan sesuatu kepada kita melalui surat cinta-Nya itu. Hayatilah sedalamnya setiap makna penafsiran ayat Al-Quran agar kita menjadi hamba-Nya yang dikatakan sebagai 'golongan yang berfikir'.

4. Solat Sunat Taubat suatu kewajipan ;
Kita tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa walau sekelumit zarah. Allah SWT Maha Mengetahui betapa lemahnya diri kita berhadapan dengan fitnah dunia, hasutan syaitan, godaan nafsu biarpun dalam bulan Ramadhan ini. Jadi, teruskan melakukan solat sunat taubat kerana Allah SWT Maha Pemurah, mencintai hamba-Nya yang bertaubat kepada-Nya. Biarpun ada ketikanya kita tumbang dengan maksiat kembali, teruskan mujahadah melakukan solat sunat taubat biarpun berulang kali kerana Allah SWT melarang keras hamba-Nya yang berputus asa daripada rahmat-Nya.

.: Sentiasalah mengharapkan keredhaan Allah SWT, kerana tanpa pengharapan untuk redha-Nya, setiap langkah perbuatan kita dalam kehidupan hanyalah berintikan kekosongan yang menjadi rutin harian manusia biasa yang hanya menunggu dirinya dikuburkan :.

Perceraian : Bukan Titik Nokhtah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat & Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh muslimin muslimat.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya.


Hukum Talak

HukumPenjelasan
Wajiba) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
Harama) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
Sunata) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
MakruhSuami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
HarusSuami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya


.: Jika minta diri diceraikan, dikatakan dosa. Jika tidak mahu melepaskan, dikatakan dayus :.

Friday, July 27, 2012

Langkahan Itu Sayu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Selawat dan Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam..
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, Redha Alhamdulillah atas segala ketentuan-Nya..




Bulan pada malam itu menjadi saksi atas segalanya. Pergaduhan yang mengundang parang besi dan sebagainya sebagai pemudah kata membuatkan si ibu akhirnya rebah ke sofa.

“Kaklong, esok kau balik Kedah. Bawa sekali adik kau ni duduk dengan ayah. Biar dia habiskan cuti sekolah dia kat sana. Kalau duduk sini, tak tahulah apa lagi yang nak jadi,” pinta mak.

Shahrul, remaja belasan tahun yang sering panas baran. Dia akur dengan pinta si ibu untuk mengikut kakaknya kembali ke Kedah.


Dalam perjalanan selama 6 jam di atas bas, si kakak mengharapkan agar dia dapat menyelami hati keras dan panas baran adiknya itu. Dia cuba mengajak berborak. Sepatah ditanya, sepatah dijawab adiknya. Berkali dicuba, hingga akhirnya dia akur sukar untuk dia menimbulkan semula kemesraan yang pernah terbit antara mereka suatu ketika dahulu kerana dirinya yang duduk berjauhan dari keluarga selama hampir 3 tahun dek penempatan universiti yang jauh nun di utara.

     Tika melihat sang adik mengiringkan badan sebelahnya untuk tidur, dia terimbau kembali saat kecil adik remajanya itu sering menyandarkan kepala di bahunya. Adiknya yang kini sudah membesar. Dia harus menerima hakikat itu bahawa pelbagai perubahan berlaku dalam keluarganya. Kematangan umur itu pastinya yang tersurat namun Allah Maha Mengetahui segala perubahan yang tersirat itu lebih terikat dan mendidik dirinya menerima segala qada’ dan qadar.

     ‘Study week’ yang sepatutnya digunakan seoptimum mungkin untuk mengulangkaji pelajaran dan segala subjek sebagai persediaan sebelum menempuh ‘Final Exam Sem 5’ berubah menjadi ‘Care Week’ kerana minggu itu dia perlu bersama adiknya Shahrul sepanjang keberadaan Shahrul di tempat ayahnya. Pelbagai perkara dilakukan bersama. Tidur, lepak, makan, sakat-menyakat, beli-belah, menonton DVD, dan sebagainya. Setiap pagi, masing-masing akan bangun lewat kerana tidur lambat pada malamnya. Setiap malam pastinya sang ayah membawa mereka ke Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan memandangkan ayah mereka perlu bertugas menjaga kelancaran majlis tersebut. Pulang daripada Musabaqah, sang ayah akan membawa mereka makan malam di luar. Kembali ke rumah, pastinya mereka menonton DVD terlebih dahulu sebelum masing-masing terlelap tanpa habis DVD tersebut dimainkan.

     Sepanjang bersama, dia sering melihat Shahrul ketawa riang menyakat dirinya. Alhamdulillah adiknya masih seperti dahulu cuma kesempatan untuk bersama itu kurang menyebabkan hubungan mereka pada awalnya tampak kekok. Hubungan Shahrul dengan ayahnya juga semakin erat.

     Pejam celik pejam celik sudah tiba pada hari keempat Shahrul berada di Kedah bersama kakak dan ayahnya. Malam itu Shahrul akan kembali pulang ke kampungnya bertemu semula dengan emak dan adik-adik yang lain. Sebelum pulang, ayah membawa Shahrul dan kakaknya makan di salah sebuah gerai yang sedap masakannya. Jelas senyuman yang lebar tampil di wajah Shahrul. Dalam kesibukan Shahrul makan, kakaknya sempat mengambil beberapa gambar curi adiknya itu.

     Selepas makan, ayah menghantar Shahrul ke terminal untuk Shahrul pulang sendiri ke kampung. Setibanya di terminal, Shahrul terus mengambil beg kemudian mencium tangan kakaknya. Tidak cukup dengan itu, dia turut mencium pipi kakaknya kiri dan kanan. Tidak pernah Shahrul mencium tangan kakaknya apatah lagi mencium pipi kakaknya. Kali ini si kakak sangat sedar bahawa ciuman adiknya kali ini sangat berbeza. Terasa berat melepaskan adiknya pulang. Si kakak terus menanti di dalam kereta sambil Shahrul mengikut sang ayah untuk menaiki bas. Sang ayah kembali kepada kakak tanpa Shahrul lagi. Shahrul sudah pun menaiki bas.

     Terlihat bergenang air mata ayah. Berat katanya melihat adik pulang. Kata sang ayah bahawa dirinya sedih apabila mendapat tahu adiknya itu terlibat dengan perkara yang mampu merosakkan kewarasan akal. Si kakak menahan sebak. Terimbau semula kenangan selama 4 hari bersama adiknya itu. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

Si kakak memberi mesej ringkas kepada adiknya itu, “Nanti jangan lupa turun di terminal kat kampung tu ye. Aku sayang kau. Jaga diri. Jangan ulang lagi buat benda tak elok tu. Nanti datanglah Kedah lagi ye.Aku dan ayah balik dulu ye. :) ”

Shahrul membalas ; “Sayang korang jugak!

Si kakak membalas ; “Eleh..habis comel lah tu. Tadi ayah nangis lepas hantar kau. Aku pun nangis. Jaga diri tau. Jangan ulang lagi benda yang tak elok tu.

Shahrul membalas ; “Apa kau ingat aku tak nangis ke kat sini? Aku pun nangis jugak.

Si kakak terus menunjukkan mesej Shahrul itu kepada ayahnya, terus mengalir air mata sang ayah. Kakak dan ayah masing-masing diam membisu. Mereka sedar segala kepincangan yang berlaku itu ialah bahagian untuk keluarga mereka dari Allah SWT.

     Selepas menghantar Shahrul ke terminal bas, ayah terus menghantar si kakak pulang ke universiti. Sedih benar hati si kakak apabila melihat sang ayah terpaksa menunggu kawannya datang bertemu dengannya untuk menerima duit pinjaman supaya sang ayah dapat memberikan sedikit duit belanja kepada si kakak. Semakin tinggi semangat kakak ingin membantu keluarga dari semua seginya. Kakak teringat antara kata-kata ayah ketika di musabaqah Al-Quran Kebangsaan tersebut iaitu “ayah kena tinggalkan kerja yang ayah buat sekarang ini, barulah ayah betul-betul dapat berubah. Ayah tak mampu…” itulah kalimah agung yang terbit dari bibir ayah ketika di musabaqah. Hati ayah terjentik dengan kalimah suci Al-Quran yang dialunkan merdu beserta makna penafsirannya yang menyentuh hati.

     Setibanya di universiti sekaligus ke hostel dengan mata yang bengkak akibat menangis itu, si kakak membuka buku catatan pelajarannya untuk dia mula menelaah pelajaran walau hatinya masih terbayang Shahrul yang benar-benar rapat dengan dirinya sejak kebelakangan ini. Tiba-tiba dia terselak pada satu muka surat yang berada di tengah-tengah buku kosong tersebut. Dia kenal benar tulisan itu. Itu tulisan Shahrul.
“Belajar elok-elok!
Ingat mak ayah!
Fikirkan masa depan!”

Terus laju air mata si kakak menuruni pipi apabila membaca coretan ringkas itu. Shahrul yang sering diabaikan di sekolah, sering dikaitkan dengan masalah di sekolah, sering dipandang hina insan sekeliling termasuk saudara mara sendiri memberikan kata-kata semangat kepada kakaknya dalam diam. Si kakak sedar Shahrul menulis kata-kata itu ketika si kakak tidur kerana buku catatan pelajaran itu sering terbuka dan sentiasa di sisi laptop kakaknya kerana kakaknya sering terlelap selepas study dalam keadaan barang-barang belajar yang belum dikemas rapi sebelum tidur.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...