Sunday, December 18, 2011

Bahagia dalam USRAH

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


USRAH yang dimaknakan keluarga benar-benar memberi kesan di hati. Asal diriku ini ialah dari latar belakang yang sangat jauh dari Islam terutama dari Allah SWT.



Namun, di zaman matrikulasi...segalanya berubah sedikit demi sedikit...
pemakaian stokin, tudung bawal yang jarang itu dilabuhkan sedikit, hingga aku ialah aku yang sekarang...

USRAH yang mendidik diri ini sebegini. USRAH yang mengajar aku melihat dunia ini dari pandangan TARBIYAH.

TARBIYAH ialah didikan berterusan yang mendekatkan aku dengan Allah SWT. Setiap detik kehidupan ini ialah bentuk tarbiyah. Setiap masa aku harus sedar yang aku sedang ditarbiyah biar suka duka menimpa aku.

Kuasa TARBIYAH mendekatkan aku padaNya walau kadangkala aku merasakan lemah menerima TARBIYAH dari Allah SWT. Tapi itulah fungsi TARBIYAH. Mendidik diri ini agar lebih kuat agar aku mampu berdiri di muka bumi ini sebagai KHALIFAH ALLAH yang sememangnya Allah SWT ciptakan untuk DAKWAH.

DAKWAH ialah menyeru seluruh umat dunia ini ke arah pengabdian kepada Allah SWT semata-mata. Selagi ada kemungkaran, DAKWAH itu wajib dijalankan supaya tiada yang tertinggal. DAKWAH mengajak orang ke arah kebaikan, mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. DAKWAH inside-out. Segala apa yang masih Allah SWT pinjamkan kepada kita, kita gunakan sebaiknya untuk berdakwah. Biar sekalipun usaha kita sangat kecil di pandangan mata manusia seperti contoh senyuman dan salam sesama muslim tika bertemu.

Namun, aku sedar bahawa kadangkala aku tidak mampu untuk berdakwah sendirian. Aku perlukan sokongan. Perlukan sahabat. Perlukan JEMAAH. Berdakwah melalui JEMAAH lebih hebat impaknya. Mungkin kerana sejak di zaman sekolahku, aku lebih terdedah dengan kepimpinan maka Allah SWT menempatkan aku dalam JEMAAH yang lebih tegar melahirkan pemimpin Islam. Benar, aku bukan datang dari basic sekolah agama, tapi melalui JEMAAH yang aku intima' (gabungkan diri), aku belajar banyak benda. Organisasi ; aku didedahkan bagaimana mengurus organisasi kerana Islam bukan hanya agama yang menjadikan seseorang lebih baik tapi juga mendedahkan bagaimana mentadbir sesuatu seperti Rasulullah SAW mentadbir Madinah. Akidah ; aku terdedah dengan pelbagai majlis ilmu yang memberi lebih pemahaman tentang akidah & fungsiku sebagai khalifah Allah SWT. Akhlak, Ukhwah, Ibadah ; segalanya ada dalam JEMAAH ini kerana JEMAAH ini berteraskan ISLAM SEMATA. Program tarbiyah (tamrin) yang sering aku sertai memberi aku lebih jati diri sebagai umat Islam yang mengamalkan Islam dalam diriku. ISLAM ITU SYUMUL + MUDAH. Dakwah inside-out. Itu peganganku...kerana aku tidak mampu menjadi sehebat sahabat-sahabatku. Jadi, apa yang ada dalam diriku aku cuba keluarkan untuk orang di sekeliling.

Dengan izin Allah SWT, aku diberi amanah untuk menjalankan usrah bersama adik-adik di kampusku. Mereka seronok. Aku mempunyai lebih dari satu kumpulan adik usrah. Kumpulan adik usrah di kolej kediamanku terdiri daripada lebih dari 20 orang. Susah menjaga mereka kerana ramai tapi Alhamdulillah mereka pandai jaga diri & setiap kali usrah, mereka sangat happening. Kumpulan yang lain berada di kolej lain pula seramai 7 orang. Ada suatu hari, aku menjalankan usrah bersama kumpulan yang lebih kecil itu iaitu 7 orang namun hanya 2 orang yang dapat join usrah pada malam itu kerana yang lain ada urusan lain.

USRAH itu hebat bagiku kerana adik-adik ini LUAR BIASA. Aku memulakan usrah pada jam lebih kurang 9 malam. Di bawah pokok besar, kami duduk dalam kegelapan malam namun diterangi lampu jalan. Aku tidak menyangka usrah kami pada malam itu sangat lama sehingga jam 2 pagi. Subhanallah...perasaan luar biasa aku rasakan apabila aku menyedarinya. Selepas jam 2 pagi itu, aku meluangkan masa bersama seorang adik usrah yang sangat lapar pada waktu itu. Kami pun mengeteh di luar UTM hingga jam 4 pagi..hehe Borak-borak dengan adik usrah tentang macam-macam perkara termasuk luahan hatinya berada dalam usrah, jemaah & sebagainya.

Sejak itu, aku sedar yang aku menyayangi adik usrahku seperti adikku sendiri. Aku akan menjaga mereka sebaiknya. Ada sahabatku yang menginginkan adik usrah ku menjalankan tanggungjawab yang berat. Adik usrahku meluah rasa. Aku berjanji pada diriku akan menjaga mereka sebaiknya kerana aku sedar mereka hanyalah manusia biasa. Mereka lebih tahu kemampuan mereka. Islam tidak menang melalui KUANTITI jika tiada KUALITI.

USRAH itu best! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...