Thursday, December 29, 2011

Mengubah PARADIGMA dakwah MAHASISWA

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.




Alhamdulillah..syukur kita disibukkan dengan Islam. Harus ke atas kita untuk mengubah paradigma tentang 'sibuk'. Allah Maha Memerhati Maha Mengetahui tentang ke'sibuk'an kita.


Generasi tarbiyah
* ibarat tunas, sentiasa berkembang.
* muhasabah diri kita tentang perubahan diri sebelum, selepas ditarbiyah
* hasil dari tarbiyah melahirkan hambaNya yang berpotensi dalam perjuangan.

Tabiat gerakan dakwah
* mesti berkembang
* fasa dakwah yang berbeza;
(1) Ashabul Kahfi [309 tahun tidur]
- pemuda beriman
- dikelilingi suasana menekan
- mengamalkan agama secara rahsia
- menyembunyikan keimanan kerana berdepan dengan pemerintah yang sangat zalim
- berhijrah ke gua

= gerakan dalam hati - berani yakni tegar mempertahankan prinsip keimanan.
= gila mencari petunjuk - dengan hidayah mereka bertemu lalu mengikat persaudaraan

(2) Nabi Musa a.s - Bani Israil
- dakwah semakin berkembang
- Nabi turun di lapangan ummah
- pertentangan demi pertentangan
- dakwah berkembang menunjukkan potensi demi potensi
- kelemahan Nabi ; tidak petah berbicara lalu baginda berdoa supaya didatangkan pembantu untuknya. Allah lalu menurunkan Nabi Harun yang petah berbicara.

= jemaah semakin kehadapan
= melihat pada potensi masing-masing dalam gerak kerja Islam

(3) Thalut & Jalut
- atas kesedaran iman, mereka melantik ketua untuk bergerak kerja bersama.
- mereka dipersoalkan adakah BENAR mereka ingin berjuang? mereka mengatakan ya!
- apabila seruan jihad telah sampai, hanya segelintir yang menyahutnya.
- Bani Israil seolah-olah hangat-hangat tahi ayam.
- mereka faham mereka mesti berjuang, tapi mereka tidak turut serta berjuang.
- Jalut tidak puas hati terhadap kepimpinan di bawah Thalut kerana merasakan mereka lebih baik.
persoalannya;
; Allah telah memilih Thalut sebagai pemimpin.
; Keimanan - Thalut gilakan ilmu, menuntut ilmu.
; Thalut mempunyai tubuh badan yang sihat.
REALITI PERJUANGAN;
- tapisan demi tapisan yang Allah lakukan
- alasan demi alasan yang dapat kita dengar dari pejuang
- yang benar-benar komited akan diuji.

- Thalut yang komited diuji dengan sebatang sungai.
; majoriti tentera Thalut lemah dalam ujian yakni meminum air sungai iaitu larangan dari Allah SWT.
; hakikat perjuangan, kita sering diuji dengan kesenangan - berlebih-lebihan - akhirnya ramai yang tercicir.
; belajar dari golongan minoriti - OPTIMIS

- TIDAK melupakan hubungan kita dengan Allah SWT ; doa mohon diperteguhkan dalam perjuangan Islam

(4) Nabi Ibrahim a.s - super POWER
- jin, manusia, angin, burung-burung di bawah pemerintahan Sulaiman.
- agama sebagai sistem hidup
- apabila mendapat nikmat - ALHAMDULILLAH
- mukjizat baginda - faham bahasa binatang
- baginda mampu mengumpulkan tentera seluruh alam dalam keadaan tersusun.

= generasi kemenangan ; tersusun, kerjanya SMART.

Tuesday, December 20, 2011

Bersedia untuk REPEAT CLASS !!!

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat & Salam ke atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, sekalian umat yang menyambung perjuangan baginda..



“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah ini amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)





Tajuk kontroversi habis! ^_^
Semester 3 aku kali ini agak teruk kerana aku sering tidak hadir ke kelas dek sakit yang ku alami. Jadi, sejujurnya prestasiku menurun mendadak. TERUK. Hanya itu yang mampu aku luahkan.

Namun, suatu hari ada seorang sahabatku yang membuka mindaku seluasnya. Katanya, dia akan dikenakan tindakan tatatertib dari pihak atasan kampusnya kerana sering tidak hadir ke kelas. Dia mengatakan padaku bahawa dia sering tidak hadir kerana ada program bertindih dengan waktu kelas. Dia tidak hadir sebanyak 3 kali kelas sahaja tapi namanya sudah ada pada dekan & perlu memberi alasan tentang ketidakhadirannya ke kelas jika tidak dia harus meREPEAT kelas itu. Subhanallah...

Astaghfirullah..aku muhasabah diri kembali...aku sering tidak hadir ke kelas malah lebih dari 5 kali kerana sakit yang ku alami & berkemungkinan besar aku juga harus repeat subject yang aku ambil sem ini. Aku sangat segan dengan sahabat ku itu. Kami sama-sama akan repeat subject tetapi dia repeat kerana gerak kerjanya, aku pula kerana sakit. Sungguh ketara bezanya.

Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.

-Surah At Taubah : ayat 19, 20-

Difikirkan semula...repeat bukan bermakna hidupku sampai pada penghujungnya. Tapi ia adalah pemula kepada suatu bentuk kehidupan yang sentiasa dalam kesungguhan mengikut kemampuan.

Belajar di muka bumi Allah bukan untuk lulus subjek tetapi untuk redhaNya. Jika benar Allah redha dengan keberadaanku di kampus ini dengan lebih lama & lebih sukar, aku sebagai hambaNya yang lemah harus redha.. ^_^

p/s; ALHAMDULILLAH sahabatku itu tidak perlu repeat CLASS kerana prestasinya yang cemerlang walaupun sibuk dalam bergerak kerja kerana ISLAM. Allah maha melihat, maha mengetahui...semoga sem hadapan kesihatanku kembali pulih sepenuhnya agar syiar perjuangan sebenar di kampus tertegak iaitu AKADEMIK.

Sunday, December 18, 2011

Bahagia dalam USRAH

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


USRAH yang dimaknakan keluarga benar-benar memberi kesan di hati. Asal diriku ini ialah dari latar belakang yang sangat jauh dari Islam terutama dari Allah SWT.



Namun, di zaman matrikulasi...segalanya berubah sedikit demi sedikit...
pemakaian stokin, tudung bawal yang jarang itu dilabuhkan sedikit, hingga aku ialah aku yang sekarang...

USRAH yang mendidik diri ini sebegini. USRAH yang mengajar aku melihat dunia ini dari pandangan TARBIYAH.

TARBIYAH ialah didikan berterusan yang mendekatkan aku dengan Allah SWT. Setiap detik kehidupan ini ialah bentuk tarbiyah. Setiap masa aku harus sedar yang aku sedang ditarbiyah biar suka duka menimpa aku.

Kuasa TARBIYAH mendekatkan aku padaNya walau kadangkala aku merasakan lemah menerima TARBIYAH dari Allah SWT. Tapi itulah fungsi TARBIYAH. Mendidik diri ini agar lebih kuat agar aku mampu berdiri di muka bumi ini sebagai KHALIFAH ALLAH yang sememangnya Allah SWT ciptakan untuk DAKWAH.

DAKWAH ialah menyeru seluruh umat dunia ini ke arah pengabdian kepada Allah SWT semata-mata. Selagi ada kemungkaran, DAKWAH itu wajib dijalankan supaya tiada yang tertinggal. DAKWAH mengajak orang ke arah kebaikan, mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. DAKWAH inside-out. Segala apa yang masih Allah SWT pinjamkan kepada kita, kita gunakan sebaiknya untuk berdakwah. Biar sekalipun usaha kita sangat kecil di pandangan mata manusia seperti contoh senyuman dan salam sesama muslim tika bertemu.

Namun, aku sedar bahawa kadangkala aku tidak mampu untuk berdakwah sendirian. Aku perlukan sokongan. Perlukan sahabat. Perlukan JEMAAH. Berdakwah melalui JEMAAH lebih hebat impaknya. Mungkin kerana sejak di zaman sekolahku, aku lebih terdedah dengan kepimpinan maka Allah SWT menempatkan aku dalam JEMAAH yang lebih tegar melahirkan pemimpin Islam. Benar, aku bukan datang dari basic sekolah agama, tapi melalui JEMAAH yang aku intima' (gabungkan diri), aku belajar banyak benda. Organisasi ; aku didedahkan bagaimana mengurus organisasi kerana Islam bukan hanya agama yang menjadikan seseorang lebih baik tapi juga mendedahkan bagaimana mentadbir sesuatu seperti Rasulullah SAW mentadbir Madinah. Akidah ; aku terdedah dengan pelbagai majlis ilmu yang memberi lebih pemahaman tentang akidah & fungsiku sebagai khalifah Allah SWT. Akhlak, Ukhwah, Ibadah ; segalanya ada dalam JEMAAH ini kerana JEMAAH ini berteraskan ISLAM SEMATA. Program tarbiyah (tamrin) yang sering aku sertai memberi aku lebih jati diri sebagai umat Islam yang mengamalkan Islam dalam diriku. ISLAM ITU SYUMUL + MUDAH. Dakwah inside-out. Itu peganganku...kerana aku tidak mampu menjadi sehebat sahabat-sahabatku. Jadi, apa yang ada dalam diriku aku cuba keluarkan untuk orang di sekeliling.

Dengan izin Allah SWT, aku diberi amanah untuk menjalankan usrah bersama adik-adik di kampusku. Mereka seronok. Aku mempunyai lebih dari satu kumpulan adik usrah. Kumpulan adik usrah di kolej kediamanku terdiri daripada lebih dari 20 orang. Susah menjaga mereka kerana ramai tapi Alhamdulillah mereka pandai jaga diri & setiap kali usrah, mereka sangat happening. Kumpulan yang lain berada di kolej lain pula seramai 7 orang. Ada suatu hari, aku menjalankan usrah bersama kumpulan yang lebih kecil itu iaitu 7 orang namun hanya 2 orang yang dapat join usrah pada malam itu kerana yang lain ada urusan lain.

USRAH itu hebat bagiku kerana adik-adik ini LUAR BIASA. Aku memulakan usrah pada jam lebih kurang 9 malam. Di bawah pokok besar, kami duduk dalam kegelapan malam namun diterangi lampu jalan. Aku tidak menyangka usrah kami pada malam itu sangat lama sehingga jam 2 pagi. Subhanallah...perasaan luar biasa aku rasakan apabila aku menyedarinya. Selepas jam 2 pagi itu, aku meluangkan masa bersama seorang adik usrah yang sangat lapar pada waktu itu. Kami pun mengeteh di luar UTM hingga jam 4 pagi..hehe Borak-borak dengan adik usrah tentang macam-macam perkara termasuk luahan hatinya berada dalam usrah, jemaah & sebagainya.

Sejak itu, aku sedar yang aku menyayangi adik usrahku seperti adikku sendiri. Aku akan menjaga mereka sebaiknya. Ada sahabatku yang menginginkan adik usrah ku menjalankan tanggungjawab yang berat. Adik usrahku meluah rasa. Aku berjanji pada diriku akan menjaga mereka sebaiknya kerana aku sedar mereka hanyalah manusia biasa. Mereka lebih tahu kemampuan mereka. Islam tidak menang melalui KUANTITI jika tiada KUALITI.

USRAH itu best! ^_^

Saturday, December 10, 2011

JOM senaraikan segala MASALAH dalam hidup kita!

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Dalam meniti sebuah perjalanan bernama KEHIDUPAN tentu banyak masalah y melanda hidup hingga kadang-kala rasa putus asa itu menghampiri. Jadi..mari kita senaraikan segala masalah dalam hidup kita..bermula dari sekarang;

1.____
2.____
3.____
4.____
5.____
6.____
7.____
8.____
9.____
10.___

Tambah la lagi hingga beratus atau beribu kalau ada.. ^_^

SEKARANG, mari kita senaraikan berapa banyak nikmat yang masih kita peroleh hingga kini & berapa kali sudah kalimah Alhamdulillah (segala puji bagi Allah SWT) sudah kita ucapkan? ^_^

JADI, bersyukurlah~


p/s; terpesona dengan cerita baru di TV3...perwatakan biasa yang menampilkan keindahan & kemudahan menutup aurat dalam Islam. Ditambah lagi serinya dengan keberanian masuk meminang sejurus selepas si gadis tamat belajar SPM kerana mengikut kehendak gadis yang tidak ingin didekati dengan cara tidak manis spt usha-usha yang sia-sia..cukup lengkap cantiknya kerana si gadis itu berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kebijaksanaannya biarpun hanya gadis kampung. FOKUS + ALHAMDULILLAH.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...