Thursday, November 3, 2011

Sakit Merebah BUMI

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


"Orang mukmin yang kuat lebih baik & dicintai Allah SWT daripada mukmin yang lemah" - hadis riwayat Bukhari & Muslim



Beberapa bulan menanggung beban lemah badan namun digagahkan jua untuk melakukan segala gerak kerja sehingga menafikan hak atas diri. ZALIM! Allah menegur dengan cara lembut melalui sakit kepala yang didatangkan, masih lagi DEGIL menafikan hak atas diri. ZALIM! Hingga akhirnya Allah menurunkan teguran keras. Jam 4 pagi, bangun dari tidur, dunia seakan berpusing, badan terasa selemah-lemahnya badan, perut yang seolah direnyuk tangan rakus, langkahan kaki yang tidak sekata. Digagahkan diri mengambil wudhuk. Berdiri tegak sedia tahajud.

"Solatlah mengikut kemampuanmu..."

Masih degil ingin meneruskan tahajud seakan gagah berdiri. Akhirnya puncak teguran Allah tiba! Rebah ke bumi. ALLAH..hanya itu terucap dalam lemah. Sungguh Allah Maha Pengasih, tidak dibebankan kepada hambaNya apa yang tidak mampu diterima hambaNya, jadi dibetulkan duduk sambil memohon kekuatan padaNya untuk bermunajat padaNya. Solatlah dalam keadaan yang mampu iaitu duduk.

Pertama kali seumur hidup, solat itu dilakukan secara duduk. Bukanlah menjadi kesalahan solat dalam keadaan duduk tapi terasa seperti hinanya diri kerana sering menzalimi diri hingga akhirnya Allah memberi teguran keras yang hanya dapat diterima dengan badan yang lemah selemahnya. Solat duduk itu menginsafkan, sungguh terkesan di hati, Tatkala yang lainnya berdiri tegak menghadap Allah, diri hanya mampu duduk dalam kelemahan. Allah, ampunkan segala dosa...

SAKIT ITU MENTARBIYAH
Sakit itu mengubah diri secara drastik. Tiada lagi tawa yang berpanjangan, fikiran yang melekakan. Hanya yang difikirkan ialah, "mampukah aku meneruskan lagi....?" Sikap diri yang gemar berceloteh meriuh suasana berubah menjadi pasif lagi terdiam kerana setiap kata dari bibir itu mampu memenatkan. Usrah setiap hari yang dijalankan penuh harmoni di surau kini sudah tiada sejak sekian lamanya dek melangkah ke surau pun tidak mampu, solat jua masih dalam keadaan duduk. Diri yang sering aktif gerak ke sana ke sini memastikan kelancaran gerak kerja kini perlahan langkahnya. Kerana setiap langkah itu mampu menumbangkan. Susut badan ketara menimbulkan lebih banyak persoalan dari rakan-rakan yang dekat disisi sungguh nampak jelas ketara diri itu sakit.

ALLAH MAHA MENGERTI
Setiap apa yang datang pada diri itu ialah apa yang atas kehendak Ilahi. Segala yang diuji itu oleh si DIA pemilik diri. Jadi..semakin kuat lah tautan hati & harapan padanya semoga dipasakkan dalam hati sentiasa dengan penuh rasa kehambaan terhadapNya..TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH SWT & NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH SWT.

KASIH IBU AYAH MENEMANI
Semoga Allah merahmati mereka dunia akhirat...

p/s; jangan dinafikan hak atas diri...ZALIM itu DOSA! Taubat terpasak erat..mati sedang menanti~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...