Sunday, November 6, 2011

Kualiti Petugas Islam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Petugas Islam vs Bertugas dengan Islam


Soalan itu yang diajukan pada diri apakah beza antara Petugas Islam & Bertugas dengan Islam.
Jawapan dari diri yang serba jahil ini ialah bertugas dengan Islam bermaksud cara dia menjalankan tugas ialah mengikut cara Islam manakala petugas Islam ialah segalanya yang dilakukannya mengikut Islam.
Jawapan sebenar dari kak naqibah diri ialah petugas Islam merupakan insan yang menggunakan keseluruhan perkara yang ada padanya untuk Islam tetapi bertugas dengan Islam bermaksud menjalankan tuntutan itu mengikut cara Islam berasaskan itu sebagai tugasnya sahaja.



Islam yang SYUMUL


Syumul itu bermaksud SELURUH. Islam yang SYUMUL bermaksud Islam itu bersifat dengan sifat MENYELURUH. Segala aspek kehidupan manusia itu terdapat dalam Islam. Ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan, dakwah, SEGALANYA terangkum cantik dalam Islam. SEGALANYA itu termasuklah POLITIK.

POLITIK yang KONTROVERSI


Politik dikatakan isu kontroversi. Pandangan intelek pun mampu berkata "jangan dicampurkan politik dengan agama."
Subhanallah...apakah yang dimaksudkan dengan politik jangan dicampurkan dengan agama sedangkan dalam agama itu sendiri terangkum cantik tentang POLITIK.
Politik Islam sangat mementingkan tuntutan Islam & suruhan Allah. Perlembagaannya ialah Al-Quran & As-sunnah kerana sesungguhnya itulah panduan utama dalam Islam. Perlembagaan daripada pemikiran manusia seperti pelbagai undung-undang yang ada kini bukti politik kini membelakangi Islam kerana menolak syariat yang diturunkan Allah SWT.



"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." 


TAPI, apakah hukum yang kita gunakan sekarang untuk menjalankan hukuman ke atas pembunuh? Sekadar hukum gantung sampai mati. Sedangkan Islam mengatakan kita wajib membunuh balik SERUPA dengan cara mangsa itu dibunuh oleh pemangsa. Di mana akan timbul pengajaran jika menggunakan hukum mengikut akal manusia? Sedangkan Allah sudah berfirman bahawa hukuman yang diberikan-Nya itu bertujuan untuk pengajaran. 

SANGAT MENYEDIHKAN melihat ramai umat Islam yang berpeluk tubuh melihat Islam itu tidak diamalkan sepenuhnya dalam Malaysia. Lebih menyedihkan ada golongan tertentu yang membawa imej Islam yang baik tetapi mereka jualah yang termasuk dalam golongan yang mempersoalkan hukum hakam Allah. Semoga aqidah mereka masih terpelihara..aminnn ya Rabb~

Aqidah yang SAHIH

"Isu aqidah pun tak settle lagi" Itu antara kata-kata manusia yang sering menolak usaha menegakkan Islam di bumi Malaysia. Hanya yang mampu dikatakan, "kasihan..mereka belum tahu.." InsyaAllah nanti hidayah itu akan sampai pada mereka.


Faham tak apa maksud aqidah???



[Surah Al-Baqarah : 256]
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) Islam ; Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thagut & beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya Ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Tali yang amat kuat yang tidak akan putus bermaksud keimanan & keyakinan kita kepada Allah yang tidak ada ragu-ragu padaNya.  Itu maksud aqidah yang mudah untuk difahami. Jadi, sekarang mari bersama-sama bertanya pada diri apakah usaha kita tidak mengambil peduli tentang hukum Allah itu sebagai bukti kita ini beriman kepada Allah? Lebih teruk lagi jika kita menghalang tertegaknya hukum Allah di bumi ini. Naud'zubillah..

Jika kita faham dengan apa itu ISLAM, tentu...................... (pandai-pandailah sambungkan ayat itu mengikut siapa diri anda dalam Islam..penganut, pengkaji, penyokong, pembangkang Islam??? Wallahu'alam~)

p/s; sila pastikan dalil Al-Quran & As-Sunnah itu sentiasa meniti di bibir jika ingin berbicara mengenai Islam terutama mengenai perjuangan Islam kerana tanpa dalil, semua orang boleh berbicara & mengelirukan dunia..wallahu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...