Sunday, November 6, 2011

Dia Tidak Salah

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Alhamdulillah berkesempatan untuk berkenalan dengan seorang kanak-kanak kecil yang istimewa berumur sekitar 3-4 tahun. Matanya bulat, bibirnya sentiasa dengan puting, tangannya sering mengusik tanda menyakat ajak bermain, senyumannya sangat manis. Hiba dada melihat wajahnya. Hanya yang mampu dikatakan, "Dia tidak salah..."

Dia ialah seorang yang istimewa...kerana dia lahir hasil perzinaan..dia anak luar nikah..terngiang-ngiang di ingatan bahawa hanya anak kandung sahaja yang berhak menerima sebarang warisan harta. Pernikahan anak luar nikah juga tidak boleh melalui wali rapat mereka seperti ayah atau datuk. Kasihan adik ini...

Islam yang bermakna sejahtera sentiasa menyediakan jalan terbaik untuk kesejahteraan umat Islam termasuklah aspek keturunan. Namun, umat Islam itu sendiri yang tidak mahu bersyukur hingga terlahirlah anak luar nikah seperti adik ini. Walaupun begitu, Islam mengajar penganutnya supaya saling membantu sesama muslim kerana muslim itu bersaudara. Itulah janji yang terpahat di hati, akan dibantu adik ini.

Dia sering menyakat. sering mengusik. sering menunjukkan permainan miliknya. segala macam perkara dilakukan. Faham benar bahawa segalanya itu ialah tanda dia mengajak bermain. Kasihan pada adik ini. Dia tidak mempunyai kawan/ teman sepermainan kerana dia hanyalah anak tunggal. Jadi, apabila bertemu dengan kawan baru, dia sangat teruja untuk bermain bersama.

Kakak : Adik dah sekolah?
Adik : Belum
Kakak : Bila adik sekolah?
Adik : Nanti..hari sabtu.
Hiba hati ini mendengar jawapan itu. Bagaimana pula dia mampu untuk bersekolah sedangkan kerakyatannya di bumi Malaysia pun tidak diiktiraf. Subhanallah...



Bila dipasangkan lagu 'Ya Allah', dia akan turut mengikuti melantunkan suara comelnya Ya Allah Ya Allah Ya Allah...


Kakak : Kat sini dia ada kawan?
Mak cik : Takde
Allahurobbi...kasihan budak kecil ini membesar tanpa rakan sepermainan..subhanallah...

Diluangkan masa bersamanya hingga jam 4.30 pagi untuk bermain. Akhirnya tidak mampu, terlelap jua atas sofa murah. Bila terjaga, ternampak dirinya senyum ke arah diri. Kembali menyulam mimpi dek kepenatan seharian. Keesokan harinya baru ketahuan bahawa dia tidur bermula jam 6.30 pagi. Apabila ingin melangkah pulang ke rumah, dia masih lagi tidur dek tidur lewat pada waktu sebelumnya.

Di rumah, tika petangnya satu mesej diperoleh tertaip...

"Adik bangun tadi, dia cari mana kakak? dia cari kakak tak jumpa, dia nangis. Dia ajak mama pergi rumah kakak. Petang ini pun dia ajak pergi rumah kakak. Dia takde kawan."

Subhanallah..sungguh hiba hati..kasihan adik ini...

Jauh di benak hati, biarpun dia mungkin tidak dihargai orang sekeliling tika besarnya nanti dek tidak sah lahirnya dia ke muka bumi ini, dia tetap akan dekat dengan diri. Semakin besar tanggungjawab diri...

p/s; Walau siapa pun dia, dia tetap hamba Allah yang disayangi...Ya Rabbi, peliharalah dirinya sebaiknya dalam acuan biah mulia..aminnn ya Rabb~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...