Saturday, October 29, 2011

Persepsi Luaran memBANTUTkan/meMANTAPkan Perubahan Dalaman

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Antara perkara yang disoal oleh Abu Dzar kepada Rasulullah SAW ialah,

"Wahai Rasulullah SAW, apakah hijrah yang paling afdhal?"

Jawab baginda.."Hijrah yang paling afdhal ialah perbuatan meninggalkan maksiat."





Persepsi Manusia
Allah SWT tidak akan meletakkan kamu dalam ujian yang tidak mampu kamu hadapi. Termasuklah dalam bidang dakwah. Allah SWT tidak akan memilih kamu ditempatkan dalam bidang dakwah jika Allah SWT mengetahui bahawa kamu tidak layak.

Bidang dakwah ialah bidang yang luas. Penuh cabaran, penuh persepsi manusia. Persepsi manusia yang kadang-kala melemahkan jiwa juga merupakan antara cabaran yang menghiasi lembaran catatan kehidupan seorang pendakwah (daie). Kadangkala persepsi yang melemahkan jiwa itu datang dari mereka yang turut sama berjuang dalam medan yang serupa. Kerana itulah, JANGAN DIHIRAU SANGAT APA KATA MANUSIA JIKA KITA YAKIN ALLAH REDHA DENGAN KITA.




Perubahan Manusia

Biah yang menjulang jahiliyah sukar menerima biah yang menjulang Islam kerana ternyata berbeza antara jahiliyah & Islam. Tetapi, apabila petunjuk Allah SWT itu hadir...orang yang hebat di zaman jahiliyahnya menentang Islam akan menjadi orang yang hebat memperjuangkan Islam. Kisah Saidina Umar r.a membuktikannya. Saidina Umar r.a merupakan seorang yang sangat membenci Rasulullah SAW sebelum dia memeluk Islam. Dia tidak teragak-agak untuk membunuh anak perempuannya hidup-hidup kerana ingin menunjukkan keberaniannya. Dia sering mencabar & mencerca sahabat-sahabar Rasulullah SAW. Dek ketegasan beliau, Rasulullah SAW berdoa agar Umar diberi petunjuk & hidayah oleh Allah SWT. Alhamdulillah akhirnya Umar memeluk Islam & menjadi pejuang Islam yang tegar, hebat, cekal! Rasulullah SAW yang dahulu dibencinya telah menjadi insan yang paling disayanginya.




p/s; Berlapang dada lah menerima orang sekelilingmu biarpun jelas kelihatan akhlak buruk mereka di hadapanmu kerana jika engkau hanya mengharapkan orang baik di sekelilingmu, tidak perlu kau katakan dirimu pendakwah kerana tugas pendakwah ialah menyeru insan sekelilingmu kepada Allah biar sejijik & sehina manapun mereka...jika segalanya lillahitaala, kita takkan kisah apa orang kata biar kita bahagia mencari redha Allah dengan cara kita kerana biah kita & mereka mungkin berbeza tapi tujuannya tetap satu yakni menuju ALLAH SWT! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...