Monday, October 10, 2011

Aku punya SAHABAT

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...




Aku punya sahabat!

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Diamnya dia
mengajar aku beribu perkara
kerana diamnya bukan kosong
diamnya penuh makna
tinggi menggunung ilmu di dada
tapi tidak dia suarakan
kerana baginya sahabat yang lain terlalu hebat


Dia mengajar aku pelbagai perkara
Tidak semua ilmu perlu dikongsi bersama
Ada ketika ilmu itu sesuai tersimpan rapi dalam diri
Kerana pandangan manusia mudah berubah
Ada ketika jika bersuara,
yang lain mengatakan kita hebat berlari
sedangkan pada hakikatnya
kita masih sedang belajar untuk berdiri
berdiri tegak dari terus merangkak
dari situlah akan timbul
tanggungjawab bukan pada ahlinya

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Biar orang melihat kita kosong,
biar orang melihat kita tidak punya apa-apa,
biar orang merasakan kehadiran kita tidak memberi makna,
biar kita dalam dunia kita,
tapi ukhwah melalui doa itu menjadi pegangan.

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Biar kita diletak di tempat tinggi,
tapi orang merasakan kita adalah sama rendah seperti mereka.
Itulah cara Saidina Umar memerintah rakyatnya.

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Tidak pernah lekang dari bibirnya
kisah sahabat Nabi perjuangkan Islam
sungguh indah melihatnya tenggelam
dalam kisah perjuangan Baginda menjulang Islam

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Ilmu dicari di merata tempat
kebergantungan pada Allah itu yang utama
Biar hilang harta dunia,
asal hidupnya tidak sunyi dari ilmu-Nya.

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Biar pada pandangan orang kita tampak kuat
tapi pada hakikatnya kita lemah
sujud menangis merayu merintih
memohon pertolonganNya
mendambakan kekuatan dariNya
menempuh hari-hari mendatang.

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Hidupnya memang diinfakkan untuk berdakwah
Cita-citanya tinggi untuk keberlansungan tarbiyah
Sejak awal, pelbagai persiapan dilakukannya
Agar di akhirnya tidak terputus jalan dakwah di jalannya

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Pelbagai perkara itu diajar tanpa suara darinya
Tindak tanduknya,
tingkah lakunya,
setiap bait katanya,
segalanya memberi aku rasa tarbiyah.
Tarbiyah yang bersuara tanpa bunyi
Tarbiyah yang terkesan di hati

Itulah yang ingin ku pupuk sekarang
Kehadiranku tidak memberi makna
Peninggalanku tidak memberi kesan
Cukuplah hanya aku dan DIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...