Saturday, October 29, 2011

Persepsi Luaran memBANTUTkan/meMANTAPkan Perubahan Dalaman

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Antara perkara yang disoal oleh Abu Dzar kepada Rasulullah SAW ialah,

"Wahai Rasulullah SAW, apakah hijrah yang paling afdhal?"

Jawab baginda.."Hijrah yang paling afdhal ialah perbuatan meninggalkan maksiat."





Persepsi Manusia
Allah SWT tidak akan meletakkan kamu dalam ujian yang tidak mampu kamu hadapi. Termasuklah dalam bidang dakwah. Allah SWT tidak akan memilih kamu ditempatkan dalam bidang dakwah jika Allah SWT mengetahui bahawa kamu tidak layak.

Bidang dakwah ialah bidang yang luas. Penuh cabaran, penuh persepsi manusia. Persepsi manusia yang kadang-kala melemahkan jiwa juga merupakan antara cabaran yang menghiasi lembaran catatan kehidupan seorang pendakwah (daie). Kadangkala persepsi yang melemahkan jiwa itu datang dari mereka yang turut sama berjuang dalam medan yang serupa. Kerana itulah, JANGAN DIHIRAU SANGAT APA KATA MANUSIA JIKA KITA YAKIN ALLAH REDHA DENGAN KITA.




Perubahan Manusia

Biah yang menjulang jahiliyah sukar menerima biah yang menjulang Islam kerana ternyata berbeza antara jahiliyah & Islam. Tetapi, apabila petunjuk Allah SWT itu hadir...orang yang hebat di zaman jahiliyahnya menentang Islam akan menjadi orang yang hebat memperjuangkan Islam. Kisah Saidina Umar r.a membuktikannya. Saidina Umar r.a merupakan seorang yang sangat membenci Rasulullah SAW sebelum dia memeluk Islam. Dia tidak teragak-agak untuk membunuh anak perempuannya hidup-hidup kerana ingin menunjukkan keberaniannya. Dia sering mencabar & mencerca sahabat-sahabar Rasulullah SAW. Dek ketegasan beliau, Rasulullah SAW berdoa agar Umar diberi petunjuk & hidayah oleh Allah SWT. Alhamdulillah akhirnya Umar memeluk Islam & menjadi pejuang Islam yang tegar, hebat, cekal! Rasulullah SAW yang dahulu dibencinya telah menjadi insan yang paling disayanginya.




p/s; Berlapang dada lah menerima orang sekelilingmu biarpun jelas kelihatan akhlak buruk mereka di hadapanmu kerana jika engkau hanya mengharapkan orang baik di sekelilingmu, tidak perlu kau katakan dirimu pendakwah kerana tugas pendakwah ialah menyeru insan sekelilingmu kepada Allah biar sejijik & sehina manapun mereka...jika segalanya lillahitaala, kita takkan kisah apa orang kata biar kita bahagia mencari redha Allah dengan cara kita kerana biah kita & mereka mungkin berbeza tapi tujuannya tetap satu yakni menuju ALLAH SWT! ^_^

Tuesday, October 18, 2011

TAUBAT terpasak erat, MATI sedang menanti~


TAUBAT


Firman Allah SWT mengenai TAUBAT

1. Rasulullah s.a.w. bersabda, Seorang yang berbuat dosa lalu membersihkan diri (berwuduk atau mandi), kemudian dia solat dan memohon pengampunan Allah, maka Allah akan mengampuni dosanya.

Setelah berkata demikian Baginda mengucapkan firman Allah surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud, Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu sedang mereka mengetahui.

2. ”Dan orang-orang yang tidak menyembah Ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan adzab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Furqon: 68-70)

3. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 17 hingga 18 yang bermaksud, Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka, mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) ia berkata, Sesungguhnya aku taubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedangkan mereka di dalam kekafiran. Bagi mereka Kami sediakan seksa yang pedih.”



Definisi Taubat

Taubat berasal daripada perkataan taaba-yatuubu-taubatan, iaitu kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. daripada segala perbuatan dosa yang pernah dilakukannya.

Golongan sufi menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama yang harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk mencapai ma’rifatullah (hakikat). Adalah sesuatu yang sia-sia jika seseorang hamba itu terus melompat ke atas anak tangga seterusnya seperti zuhud, warak dan sabar tanpa terlebih dahulu membersihkan dirinya daripada segala dosa yang pernah dilakukannya dengan cara meminta keampunan kepada Allah dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Taubat harus dilakukan dengan segera tanpa menunggu ajal tiba, ini kerana taubat yang dilakukan ketika nyawa sudah di kerongkongan merupakan taubat yang sia-sia.

Hati yang bersih setelah bertaubat merupakan sumber kedamaian dan ketenangan. Melalui ketenangan itulah ia akan membantu kita mengatasi masalah hidup dan tidaklah lagi berasa dibebani dengan dosa-dosa silam. Justeru selagi nyawa dikandung badan, selagi pintu taubat masih terbuka, maka ambil kesempatan tersebut untuk kembali ke jalan Allah.

Sunday, October 16, 2011

Aku Dianjung Cinta~ *fake ^_^

Forum dianjung cinta Kolej 9






Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… ^_^

Dengan keizinan Allah SWT, program yang diusahakan oleh sahabat-sahabatku iaitu Forum Dianjung Cinta berjalan dengan jayanya walaupun pada awal persiapan, segalanya seolah-olah mengundang rasa putus asa.

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan, panel jemputan yang hebat itu hadir. Ada 2 orang panelnya. 2 2 hebat! ^_^


Walaupun aku mengikuti forum itu agak lambat kerana sebab-sebab tertentu, Alhamdulillah banyak input yang ku peroleh. Tak dapat dinafikan, tajuk itu buat aku semak jiwa sebenarnya..kerana topic itu tak lari dari baitul muslim..hehe Semak jiwa dengan baitul muslim?? Bukan semak la..Cuma agak kurang selesa. Ada orang dengar baitul muslim itu seperti indah je, tapi lain persepsi aku. Mungkin dari biah reality kehidupanku, aku tidak mengharapkan baitul muslim itu. Bagi aku orang-orang hebat sahaja yang layak berbaitul muslim, untuk orang seperti aku yang serba jauh dari ciri-ciri untuk berbaitul muslim itu merasakan hanya cukup mak ayah & adik-adik bersamaku kerana merekalah kekuatanku terutama mak.. ^_^

Erm…antara input penting yang aku dapat pada malam itu ialah…

1. Wanita itu dicari kerana 4 perkara

Cantik + harta + keturunan + agama.

Agama itu menjadi tiangnya. Kerana tanpa agama, cantik akan menjadi riak dengan kecantikannya, harta akan lupa pada tempatnya yang patut taat kepada suami, keturunan akan melahirkan umat Muhammad yang menyedihkan bukannya menggembirakan hati Nabi Muhammad SAW.

Walaupun tidak cantik, tiada harta, bukan dari keturunan yang baik, biarlah dirimu masih terus berusaha untuk menjadi insan yang beragama keranaNya… ^_^


2. Telinga berfungsi terlebih dahulu daripada mata

Tak percaya? Analogi yang mudah dari ustaz iaitu “time hangpa bangun tidoq, hangpa bangun sebab dengar jam loceng atau tengok jam loceng tu?”

Mestilah jawapan kita dengar jam loceng kan?hehe

Analogi yang kedua,

“Time nak tidoq, kita tutup mata kan? Tapi pejam la berapa lama pun…kalau tak dapat tidoq, memang tak dapat la tidoq. Kita still akan dengaq suara-suara orang duk bercerita. Tapi kalau hangpa dah ngantuk sangat, biaq pi la orang nak jerit ka…kalau telinga hang da tak dengaq papa, then mata hangpa akan tertutup dengan sendirinya. Tu yang mamai-mamai dengaq cerita pastu terus terlelap.”

Analogi yang ketiga,

“Baby dalam perut, mak depa sibuk duk letak headphone kat perut biaq anak depa dalam perut duk dengar lagu..kan? sebab pa? sebab telinga baby tu dah berfungsi dulu time baby tu dalam perut lagi.”


3. Anak hebat hasil dari pencarian si ibu yang hebat

Lihat para syeikh, lihat pula pada ibunya..hebat.. pernah ditanya pada si bapa bagaimana si bapa mendapatkan anak yang hebat, dijawabnya si bapa tersebut “bermula dari proses pencarian ibunya”.

So agak-agak amanah dalam perhubungan itu berat bukan? Kerana perhubungan sebelum perkahwinan itu yang akan mencorak perjalanan hidup selepas perkahwinan itu. Kalau setakat nak COUPLE sekadar nak kenal hati budi, nak lebih rapat, nak lebih memahami, tak payahlah nak duk bazir masa. Semua benda tu boleh buat selepas nikah la… Selalu sangat aku cakap benda ini kat adik-adik usrah ku iaitu “Islam tidak kejam membunuh cinta kerana cinta itu fitrah..tetapi Islam lebih mulia kerana memberikan panduan dalam bercinta barulah redha Allah itu hadir…”

Berkenaan ibu yang hebat…Alhamdulillah aku bersyukur dengan keluargaku. Biar pada pandangan orang mereka tidak hebat, tapi hanya aku & Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya mereka pada pandanganku. Jika tidak, masakan aku terus berjuang hingga kini untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Biar kita tak mampu mengubah keluarga menjadi lebih baik tetapi pada masa sama kita cuba ubah orang sekeliling kita menjadi lebih baik, insyaAllah Allah akn membantu kita untuk mengubah keluarga kita…kerana itulah mereka ialah kekuatanku..AKU IALAH HASIL DIDIKAN IBUKU!  ^_^

Benar sungguh tema forum ini iaitu AMANAH DALAM CINTA...dek cintakan ibu , ayah, adik-adik..aku tidak lupa amanah dari ibuku agar aku lah yang menjadi pengislah keluarga. Mereka kekuatanku~

.: Mengejar redha Allah dalam cinta ibu ayah :.




Monday, October 10, 2011

Aku punya SAHABAT

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...




Aku punya sahabat!

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Diamnya dia
mengajar aku beribu perkara
kerana diamnya bukan kosong
diamnya penuh makna
tinggi menggunung ilmu di dada
tapi tidak dia suarakan
kerana baginya sahabat yang lain terlalu hebat


Dia mengajar aku pelbagai perkara
Tidak semua ilmu perlu dikongsi bersama
Ada ketika ilmu itu sesuai tersimpan rapi dalam diri
Kerana pandangan manusia mudah berubah
Ada ketika jika bersuara,
yang lain mengatakan kita hebat berlari
sedangkan pada hakikatnya
kita masih sedang belajar untuk berdiri
berdiri tegak dari terus merangkak
dari situlah akan timbul
tanggungjawab bukan pada ahlinya

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Biar orang melihat kita kosong,
biar orang melihat kita tidak punya apa-apa,
biar orang merasakan kehadiran kita tidak memberi makna,
biar kita dalam dunia kita,
tapi ukhwah melalui doa itu menjadi pegangan.

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Biar kita diletak di tempat tinggi,
tapi orang merasakan kita adalah sama rendah seperti mereka.
Itulah cara Saidina Umar memerintah rakyatnya.

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Tidak pernah lekang dari bibirnya
kisah sahabat Nabi perjuangkan Islam
sungguh indah melihatnya tenggelam
dalam kisah perjuangan Baginda menjulang Islam

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Ilmu dicari di merata tempat
kebergantungan pada Allah itu yang utama
Biar hilang harta dunia,
asal hidupnya tidak sunyi dari ilmu-Nya.

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Biar pada pandangan orang kita tampak kuat
tapi pada hakikatnya kita lemah
sujud menangis merayu merintih
memohon pertolonganNya
mendambakan kekuatan dariNya
menempuh hari-hari mendatang.

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Hidupnya memang diinfakkan untuk berdakwah
Cita-citanya tinggi untuk keberlansungan tarbiyah
Sejak awal, pelbagai persiapan dilakukannya
Agar di akhirnya tidak terputus jalan dakwah di jalannya

Dia mengajar aku pelbagai perkara
Pelbagai perkara itu diajar tanpa suara darinya
Tindak tanduknya,
tingkah lakunya,
setiap bait katanya,
segalanya memberi aku rasa tarbiyah.
Tarbiyah yang bersuara tanpa bunyi
Tarbiyah yang terkesan di hati

Itulah yang ingin ku pupuk sekarang
Kehadiranku tidak memberi makna
Peninggalanku tidak memberi kesan
Cukuplah hanya aku dan DIA

Sunday, October 9, 2011

COUPLE buat sahabat jadi TROUBLE





Ish..kau budak usrah!
Tak manis lah asyik sibuk hal ikhtilat ni
Banyak lagi kerja kena buat
Banyak lagi teks usrah kena study
Banyak lagi benda kena update
Banyak lagi masalah kau boleh fikir…


Eh..apa kau ingat bab ikhtilat ini benda kecik ke?
Kerana ikhtilat…
Seseorang itu boleh hilang kasih Allah
Seseorang itu boleh lupa amanah
Seseorang itu boleh putus harapan
Namun..sekarang…
Aku merasakan ikhtilat itu boleh membuatkan aku hilang kawan

Kawan yang dulunya sakit mencari redha Allah
Aku lah antara tempat dia mengadu sakit derita
Aku lah antara pemberi semangat dia
Aku lah yang sering bergaduh dengan dia untuk menyedarkan dia…
Sungguh…aku rindu saat itu

Kini, dia dan aku seolah 2 dunia berbeza
Sedangkan dulu aku tak pernah merasakan dirinya asing dariku
Sungguh..aku rindu saat itu

Sahabat…
Tidak aku tahu bagaimana cara
Untuk aku mengatakan aku sayang padamu
Sungguh..aku sayang padamu kerana Allah
Sebak dada, lemah jiwa ku melihat dirimu semakin jauh dariNya…

Sahabat…
Mungkin tidak kena cara aku menjagamu
Sehingga dia yang lebih kau pilih dari kami semua
Tidak aku salahkan dirimu kerana hal ini berkaitan cinta
Cinta itu fitrah, jika dilawan merana jiwa
Jika dilayan, segalanya jadi berbeda

Wahai lelaki…
Tidak aku menyalahkanmu menyentuh hati sahabatku
Kerna itu semua dengan izin-Nya jua
Cuma ku harapkan engkau pelihara dirinya sebaiknya
Jangan dibawa dia ke lembah hina
Biarpun engkau merasakan tiada apa yang salahnya
Tapi jika mampu menjerumuskan kalian ke lembah fitnah,
bukankah itu nyata salahnya?

Wahai lelaki…
Benar…sememangnya pandangan Allah itu diutamakan
Namun, ingin ku bertanya kepadamu
Di mana kau meletakkan ingatan mu pada Allah ketika bersamanya?
Adakah kau berjumpa dengannya untuk mendapatkan keredhaan Allah?
Adakah perasaan sayang kau padanya itu juga untuk mendapatkan keredhaan Allah?
Jika benar segala yang kalian lakukan itu tidak salah, adakah kau sanggup menjadi pembela sahabatku itu ketika dia disoal tentang hayat mudanya yang dihabiskan untukmu?

Cukup setakat ini..

p/s ; Ku mohon sahabat..cukuplah cinta Allah itu membatasi cintamu pada si dia…benar, memang hati sahabatmu ini masih belum terisi sepertimu & aku jua yakin bahawa kita akan diuji dengan kata-kata sendiri namun aku berharap aku masih dapat menjagamu semampuku..sayang dirimu kerana Allah SWT~ ^_^)”)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...