Tuesday, August 16, 2011

Siapa Sangka GADIS LIAR itu "begitu"...

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Siapa sangka GADIS ITU...
dahulu dia liar..
solatnya diabai sengaja..
cukup baginya hanya tidak mensyirikkan Allah..

dahulu dia komited duniawi
dunia lebih penting dari akhirat
belajar itu mesti walaupun hingga tak tidur
solat itu tak terlintas di hatinya...

dahulu dia bebas..
lebih selesa berkawan dengan lelaki dari hawa..
baginya lelaki itu simple + sempoi..
hawa itu lembut + emo..

dahulu dia 'sempoi'..
duduk sebelah lelaki itu biasa..
yang penting tidak bersentuh..
KAU AKU itu bahasa indah perbualannya..

dahulu dia tidak malu..
tepuk tampar sesama lelaki itu biasa..
sebagai bukti 'kemesraan' dalam berkawan..
bukti dia bukan minah gedik yang tepuk tampar dalam 'gedik version'..

dahulu dia 'penuh kasih sayang'..
couple itu perkara biasa..
keluar date itu indah..
tapi masih diutamakan izin dari mak tercinta..

dahulu dia pencinta muzik retro..
jika sedih, lagu itu dilayannya..
sebut sahaja liriknya serta melodi,
pantas diteka tajuk lagu yang menjadi makanannya..

dahulu dia style..
baju separas punggung..
kadangkala fit, kadangkala biasa..
seluar jeans itu kemestian..
pergi berjemput, balik berhantar..

dahulu dia separuh telanjang..
cukup baginya bertudung
pakaian tidak mendedah kulit
baginya sudah menutup aurat
sedangkan hakikat kaki masih jelas dilihat tanpa sebenang urat..

Apabila HIDAYAH MENERPA ; Siapa sangka gadis liar itu mampu dijinakkan melalui tarbiyah dari Allah SWT...


Siapa sangka GADIS ITU...
kini dia jinak..
solat dijaga sebaiknya..
takut baginya kemurkaan Allah..

kini dia komited ukhrawi..
akhirat lebih penting dari dunia..
belajar itu mesti tapi masih terjaga hak diri..
dihiasi malam tanpa tidur dengan ibadat walaupun sedikit..

kini dia terpelihara..
lebih selesa berkawan dengan hawa dari adam..
baginya hawa itu lembut dalam ketegasan mereka..
adam itu lebih mendatangkan tidak selesa padanya..

kini dia 'sempit'
berdekatan dengan lelaki pun dirasanya rimas..
semeter jauh dia berdiri dari mereka yang bukan mahramnya..
bahasa masih sempoi kerana dirinya sememangnya bukan lemah lembut..

kini dia malu..
melihat adam hawa bertepuk tampar, "astaghfirullahulazim" diucapnya..
tersentuh sedikit tanpa sengaja dengan pekedai pun dirasanya seperti terkena najis..
terasa geli lalu mohon keampunan..

kini dia kedekut kasih sayang..
hanya pada Allah, Rasul, ibubapa ditujukan kasih sayang luar biasa..
keluar ke kedai sebentar pun ditemani 2 3 orang adiknya..
amat risau jika hatinya diusik yang bukan haknya..

kini dia pencinta nasyid..
lagu nasyid cinta pun jarang dilayannya..
sesekali dengar juga lagu retro dulu kala
tapi tidak lama kerana jiwa tidak tenang
takut hatinya rosak dengar lagu lagha sepanjang masa..

kini dia simple..
tudung besar, baju labuh separas lutut, seluar longgar..
cukup menjadi perisai + perhiasan dirinya..
kadangkala pergi berjalan-jalan pun seperti ingin pulang ke kampung halaman..
biar apa orang kata, asalkan sudah cukup menjaga syariat Allah sebaiknya..

kini dia menutup sepenuhnya..
malu baginya bertudung singkat tidak menutup dada + jarang..
walau berlengan panjang, masih memakai sarung tangan..
kaki mesti ditutup biarkan seperti badut yang berstokin pink berbaju hitam..

p/s : Alhamdulillah..indah bukan jika diri kita dipelihara Allah sebaiknya? Walau kita mula menjengah kembali ke lembah jahiliyah, pasti Allah menarik semula diri kita kembali ke pangkal jalan...Ya Allah, jangan Engkau palingkan hati hambaMu yang sudah berubah setelah Engkau memberi hidayat kepada mereka..aminnn~ Allah masih sayang kita..sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.. =)
semoga menggapai redha Allah..selamat mencari cinta Ilahi.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...