Tuesday, August 9, 2011

Alamak! Tak PERASAN

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Alamak! Tak perasan!!!



Pemuda Tabligh






Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang belia & pemuda yang dahulunya pernah mengambil kursus di bidang perubatan, kejuruteraan, pertanian, sebagainya di universiti & mereka tergolong dalam kalangan mahasiswa yang baik & terbaik nilai pelajarannya (senang cakap budak pandailah..). Namun, tiba-tiba sahaja mereka meninggalkan bidang tersebut dengan alasan bahawa mereka ingin terjun dalam bidang dakwah & tabligh. Walhal, bidang-bidang yang sedang mereka terokai termasuk dalam kategori fardhu kifayah yang sekaligus bermakna bahawa seluruh umat Islam akan menanggung dosa apabila tidak ada seorangpun yang menguasai bidang tersebut. Lagipun, melalui bidang tersebut (perubatan, kejuruteraa, sebagainya), mereka dapat melakukan ibadah & jihad apabila bidang tersebut dipelajarinya bersungguh-sungguh & tekun serta diiringi dengan niat yang ikhlas & sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.


   Bila dah semua orang (individu Muslim) tinggalkan tugas & kewajipan yang mesti dilakukannya, jadi kepada siapa lagi maslahat & kepentingan kaum Muslimin hendak diserahkan? Rasulullah SAW & sahabatnya diutus kepada umat manusia dengan membawa pengajaran mengenai pelbagai bidang hidup dan tidak pernah ada satu pun dari kalangan mereka mengundurkan diri dari tugas yang dilakukannya & memohon kepada baginda untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada dakwah. Apabila ada seruan untuk berjihad, maka mereka segera menyahut seruan tersebut, samada dalam keadaan berat/ringan, siap berkorban harta, jiwa untuk menegakkan agama Allah SWT.


Pak Haji






Setiap tahun pasti ada kaum Muslimin yang tergolong kaya & mampu pergi menunaikan ibadah haji yang kedua/ketiga/keempat/.... Banyak juga kalangan mereka menambahkan ibadat haji sunnah dengan terlebih dahulu menunaikan umrah di bulan Ramadhan. Mereka tak segan keluarkan duit beribu-ribu ringgit untuk tujuan tersebut setiap tahun.

Tetapi, apabila kita cuba untuk meminta kepada mereka menyalurkan semua dana & peruntukan wang yang mereka belanjakan pada setiap tahun itu untuk didermakan kepada tabung mujahidin yang sedang memerangi penceroboh & penjenayah Israel di Palestin,


 atau untuk tabung mujahidin di tempat lain atau untuk tabung dakwah Islamiyyah untuk menghadapi usaha kristianisasi di beberapa wilayah di dunia ini, 


atau meminta mereka untuk menyalurkan peruntukan tersebut untuk membangun pusat-pusat tarbiyyah & pendidikan dakwah Islamiyah melahirkan para pendakwah mantap & berpengetahuan luas,


ataupun untuk usaha penyusunan buku-buku Islam/menterjemahkannya, pasti kebanyakan mereka akan menolehkan kepalanya ke arah lain kerana enggan & tidak setuju dengan cadangan tersebut.




Remeh-temeh






Imam Ghazali r.a pernah mengkritik sikap masyarakatnya ketika itu yang banyak memberikan perhatian & tumpuan semata-mata untuk mempelajari ilmu fiqh & seumpamanya, sementara itu hanya ada seorang sahaja yang pandai ilmu perubatan di negeri itu, iaitu seorang tabib Yahudi/Nasrani,  di mana semua orang Islam baik yang lelaki mahupun perempuan akan pergi berubat kepadanya apabila sakit dan tabib tersebut menjadi satu-satunya rujukan diharapkan untuk menyelamatkan nyawa seseorang & boleh menentukan hukum Syara' bagi mereka yang sedang berpuasa atau luka di bahagian wuduknya.


Jam tangan






Orang-orang Islam minoriti di Kanada, Eropah / Amerika yang pernah saya temui masih lagi berdebat megenai masalah yang sangat remeh. antaranya;
jam tangan ini, baik diletakkan di tangan kanan atau kiri?
memakai baju putih sebagai ganti kepada coat dan seluar, hukumnya wajib atau sunnah?
Wanita muslimah masuk ke dalam masjid, dilarang / dibolehkan?
Makan di atas meja & duduk di atas kerusi & meja hidangan dengan makan menggunakan sudu & garpu, apakah ini bermakna bahawa kita menyerupai orang kafir?
Persoalan tersebut banyak menghabiskan waktu & membuang tenaga serta menimbulkan pertikaman lidah & terkadang menyebabkan permusuhan & perpecahan di kalangan kaum Muslimin itu sendiri.


Anak kurang ajar






Terdapat juga anak-anak muda yang kuat pegangan agamanya (multazim) memperlakukan ibu bapa dengan cara kasar, demikian juga terhadap saudara-saudaranya. Alasannya bahawa mereka semuanya adalah orang-orang yang tidak taat dengan ajaran Islam & sudah menyeleweng. Anak muda itu telah lupa wasiat Allah SWT untuk melayan kedua orang tua dengan lemah lembut & sopan santun biarpun keduanya masih dalam keadaan musyrik.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...