Saturday, August 20, 2011

Imam Syafi'i di samping ibu tercinta!

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Jangan hanya melihat kecerdasan Imam Syafi'i tapi lihat dahulu siapa ibunya...


Dengan kelembutan, kekuatan iman, kasih sayang, cara pandang yang benar, & ketegasannya, ibu mampu membentuk manusia-manusia yang berkepribadian kuat, teguh, berdikari, tahan lasak.



Imam syafi'i rahimahullah yatim sejak bayi. Kehidupan ekonominya sangat susah, tetapi itu tidak membuat ibundanya menyerah untuk tetap memelihara & mendidik anaknya. Meski ditinggal mati suaminya yang bukan berupa harta benda, melainkan manak anak. Dengan keterbatasan ekonomi yang dialaminya, dia tetap menyusun rencana besarnya. Dia memutuskan Syafi'i harus ke Mekah menyambung nasab Quraisy Syafi'i kecil, & berguru dengan para ulama di Masjidil Haram Mekah & Madinah.

Tidak sekadar rancangan, usia 2 tahun, ibunda Syafi'i membawa Syafi'i keluar dari negerinya, untuk membesarkan anaknya, ke Mekah. Dari sanalah, tahap demi tahap perjalanan hidup Syafi'i menjadi luar biasa. Kelak dia tidak saja dikenal sebagai ahli fiqh tetapi juga ahli sastera dengan kumpulan puisi gubahannya. Diapun telah mampu menghafal al-Quran sejak usia 7 tahun. Hingga dia berangkat untuk melanjutkan perjalanan ilmunya ke Madinah berguru kepada guru besar Madinah Imam Malik.

Begitulah ibunda yang telah melahirkan seorang imam besar yang peranannya selalu dikenang hingga hari akhir.


Selalu Ada Perempuan Hebat, di Belakang Laki-laki Hebat (Siti Khadijah r.a)

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Dalam beberapa catatan sejarah tokoh-tokoh besar, pasti berdirinya wanita yang hebat di samping mereka. Nabi Muhammad SAW pun tidak luput dari peranan besar dari Khadijah r.a. Dalam diri Khadijah terhimpun kekuatan iman, ketulusan cinta, kebesaran jiwa, keteduhan sikapnya. Hingga akhirnya, Rasulullah SAW berhasil melalui fasa-fasa paling awal yang sulit dalam sejarah dakwahnya.


Rasulullah SAW sering mengingat & menyebutnya. Baginda sedih ketika Khadijah meninggal dunia. Dan tidak ada seorang pun yang dikenang lebih lama oleh Rasulullah SAW daripada Khadijah. Dalam sejarah, tahun kewafatan Khadijah disebut Aamul Huzn / 'Tahun Duka Cita'.

Kehebatan Khadijah menimbulkan kecemburuan Aisyah r.a. Suatu hari, Rasulullah SAW mengenang Khadijah di hadapan Aisyah r.a lalu Aisyah r.a pun berkata, "Seperti tidak ada perempuan lain di dunia ini selain Khadijah". Rasulullah SAW menjawab, "Khadijah itu begini begitu, dan dari dialah aku beroleh keturunan" (H.R Bukhari)

Kecemburuan Aisyah pada Khadijah juga terdapat dalam riwayat, "Setiap kali Rasulullah SAW menyebut Khadijah, beliau pasti memujinya. Suatu hari, aku merasa cemburu. Maka kukatakan, 'Engkau selalu mengenang perempuan tua itu, padahal Allah telah memberimu pengganti lebih baik', Rasulullah SAW menjawab, "Allah tidak pernah memberiku pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia beriman kepadaku tatkala semua orang ingkar. Dia mempercayaiku ketika semua orang mendustakanku. Dia memberikanku harta ketika semua orang enggan memberi. Dan darinya Allah memberiku keturunan, sesuatu yang tidak Dia anugerahkan kepadaku dari isteri-isteri yang lain." (HR. Ahmad)

Tuesday, August 16, 2011

Siapa Sangka GADIS LIAR itu "begitu"...

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Siapa sangka GADIS ITU...
dahulu dia liar..
solatnya diabai sengaja..
cukup baginya hanya tidak mensyirikkan Allah..

dahulu dia komited duniawi
dunia lebih penting dari akhirat
belajar itu mesti walaupun hingga tak tidur
solat itu tak terlintas di hatinya...

dahulu dia bebas..
lebih selesa berkawan dengan lelaki dari hawa..
baginya lelaki itu simple + sempoi..
hawa itu lembut + emo..

dahulu dia 'sempoi'..
duduk sebelah lelaki itu biasa..
yang penting tidak bersentuh..
KAU AKU itu bahasa indah perbualannya..

dahulu dia tidak malu..
tepuk tampar sesama lelaki itu biasa..
sebagai bukti 'kemesraan' dalam berkawan..
bukti dia bukan minah gedik yang tepuk tampar dalam 'gedik version'..

dahulu dia 'penuh kasih sayang'..
couple itu perkara biasa..
keluar date itu indah..
tapi masih diutamakan izin dari mak tercinta..

dahulu dia pencinta muzik retro..
jika sedih, lagu itu dilayannya..
sebut sahaja liriknya serta melodi,
pantas diteka tajuk lagu yang menjadi makanannya..

dahulu dia style..
baju separas punggung..
kadangkala fit, kadangkala biasa..
seluar jeans itu kemestian..
pergi berjemput, balik berhantar..

dahulu dia separuh telanjang..
cukup baginya bertudung
pakaian tidak mendedah kulit
baginya sudah menutup aurat
sedangkan hakikat kaki masih jelas dilihat tanpa sebenang urat..

Apabila HIDAYAH MENERPA ; Siapa sangka gadis liar itu mampu dijinakkan melalui tarbiyah dari Allah SWT...


Siapa sangka GADIS ITU...
kini dia jinak..
solat dijaga sebaiknya..
takut baginya kemurkaan Allah..

kini dia komited ukhrawi..
akhirat lebih penting dari dunia..
belajar itu mesti tapi masih terjaga hak diri..
dihiasi malam tanpa tidur dengan ibadat walaupun sedikit..

kini dia terpelihara..
lebih selesa berkawan dengan hawa dari adam..
baginya hawa itu lembut dalam ketegasan mereka..
adam itu lebih mendatangkan tidak selesa padanya..

kini dia 'sempit'
berdekatan dengan lelaki pun dirasanya rimas..
semeter jauh dia berdiri dari mereka yang bukan mahramnya..
bahasa masih sempoi kerana dirinya sememangnya bukan lemah lembut..

kini dia malu..
melihat adam hawa bertepuk tampar, "astaghfirullahulazim" diucapnya..
tersentuh sedikit tanpa sengaja dengan pekedai pun dirasanya seperti terkena najis..
terasa geli lalu mohon keampunan..

kini dia kedekut kasih sayang..
hanya pada Allah, Rasul, ibubapa ditujukan kasih sayang luar biasa..
keluar ke kedai sebentar pun ditemani 2 3 orang adiknya..
amat risau jika hatinya diusik yang bukan haknya..

kini dia pencinta nasyid..
lagu nasyid cinta pun jarang dilayannya..
sesekali dengar juga lagu retro dulu kala
tapi tidak lama kerana jiwa tidak tenang
takut hatinya rosak dengar lagu lagha sepanjang masa..

kini dia simple..
tudung besar, baju labuh separas lutut, seluar longgar..
cukup menjadi perisai + perhiasan dirinya..
kadangkala pergi berjalan-jalan pun seperti ingin pulang ke kampung halaman..
biar apa orang kata, asalkan sudah cukup menjaga syariat Allah sebaiknya..

kini dia menutup sepenuhnya..
malu baginya bertudung singkat tidak menutup dada + jarang..
walau berlengan panjang, masih memakai sarung tangan..
kaki mesti ditutup biarkan seperti badut yang berstokin pink berbaju hitam..

p/s : Alhamdulillah..indah bukan jika diri kita dipelihara Allah sebaiknya? Walau kita mula menjengah kembali ke lembah jahiliyah, pasti Allah menarik semula diri kita kembali ke pangkal jalan...Ya Allah, jangan Engkau palingkan hati hambaMu yang sudah berubah setelah Engkau memberi hidayat kepada mereka..aminnn~ Allah masih sayang kita..sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.. =)
semoga menggapai redha Allah..selamat mencari cinta Ilahi.. =)

Saturday, August 13, 2011

Abang POLIS kena SOUND! uppss :D

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...




KakLONG : Alamak..ada ‘roadblock’ pulak kat depan tu…
AdikCHIK : Ala..aku takut lah..aku dah la takde lesen ni..
KakLONG : Hehe..kelakar syeh muka ko..relaks je..ko bukannya langgar orang pun..dia nak saman, biar dia saman..hehe
AdikCHIK : Ko gelak kak?Ish..orang cuak ni..huhu

POLIS : Tunjuk IC & lesen kamu.
AdikCHIK : Takde lesen..nak ni IC..
POLIS : Eh..ni baru tingkatan 3 ni..kamu tahu tak kamu tak boleh bawa kereta tanpa lesen??!! Dah la bawah umur!!
AdikCHIK : Tahu..tapi saya kena hantar kakak saya pergi beli ubat mak saya.
POLIS : Owh..ni kakaknya..kenapa suruh adik bawa kereta ni? (Dengan suara lembut..)
KakLONG : Takde orang lain yang dapat bawa saya beli ubat. Kereta je ada kat rumah. SO, hanya adik jela yang saya harapkan. (Dengan jelingan tajam tanda protes terhadap ‘kegatalan’ polis itu..)
POLIS : Eh..takkan satu kawan lelaki pun takde??hahaha
KakLONG : Eh..tu bukan mahram aku la! Kalau nak saman, saman jelah..tak perlu kot nak banyak bunyi kat sini.
POLIS : Eh..erk~



Alhamdulillah…topik kali ini mudah..ianya berkenaan dengan kebanyakan kita yang lebih takut dengan peraturan manusia daripada peraturan Allah.

Jika diberi situasi,

A : Kawan lelaki bukan mahram menemani kita membeli barang, dia mempunyai lesen, PASTINYA tak kena saman.

B : Adik lelaki kandung teman kita beli barang tapi dia takde lesen, PASTINYA kena saman.

Mana satu pilihan anda untuk beli barang tu? PENTING kot barang tu..hehe
Pilihannya ialah tepuk dada, tanya iman…kerana jika kukuh iman kita, pastilah kita akan memilih B walaupun kita pasti akan disaman jika ada polis buat ‘roadblock’..hehe

Kerana apa perlu disandarkan kepada iman yang kukuh?
Kerana iman itu yang memelihara & mendidik diri kita. Jika kita benar beriman kepada Allah, kita pasti akan takut dengan kemurkaan Allah.


Nabi bersabda:


"Tidak berkhalwat diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram melainkan syaitan menjadi yang ketiga"(HR Bukhari)

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki  berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.


Tanamkan dalam diri bahawa keredhaan Allah itu yang lebih utama dari keredhaan manusia. Untuk apa diturutkan keinginan manusia jika Allah tidak redha? Yakinlah Allah sentiasa di sisi kita..Dia yang menjaga, memelihara, mengasihi, namum Dia juga yang menguji kita..jadi AWAS! Jangan tewas dengan bisikan syaitan & godaan hawa nafsu. Utamakan keredhaan Allah, jauhi kemurkaan Allah..kadangkala perkara yang remeh di pandangan mata kita, itulah perkara yang menguji tahap iman kita. Selamat bermujahadah mencari redha Allah! :D

Tuesday, August 9, 2011

Alamak! Tak PERASAN

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Alamak! Tak perasan!!!



Pemuda Tabligh






Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang belia & pemuda yang dahulunya pernah mengambil kursus di bidang perubatan, kejuruteraan, pertanian, sebagainya di universiti & mereka tergolong dalam kalangan mahasiswa yang baik & terbaik nilai pelajarannya (senang cakap budak pandailah..). Namun, tiba-tiba sahaja mereka meninggalkan bidang tersebut dengan alasan bahawa mereka ingin terjun dalam bidang dakwah & tabligh. Walhal, bidang-bidang yang sedang mereka terokai termasuk dalam kategori fardhu kifayah yang sekaligus bermakna bahawa seluruh umat Islam akan menanggung dosa apabila tidak ada seorangpun yang menguasai bidang tersebut. Lagipun, melalui bidang tersebut (perubatan, kejuruteraa, sebagainya), mereka dapat melakukan ibadah & jihad apabila bidang tersebut dipelajarinya bersungguh-sungguh & tekun serta diiringi dengan niat yang ikhlas & sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.


   Bila dah semua orang (individu Muslim) tinggalkan tugas & kewajipan yang mesti dilakukannya, jadi kepada siapa lagi maslahat & kepentingan kaum Muslimin hendak diserahkan? Rasulullah SAW & sahabatnya diutus kepada umat manusia dengan membawa pengajaran mengenai pelbagai bidang hidup dan tidak pernah ada satu pun dari kalangan mereka mengundurkan diri dari tugas yang dilakukannya & memohon kepada baginda untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada dakwah. Apabila ada seruan untuk berjihad, maka mereka segera menyahut seruan tersebut, samada dalam keadaan berat/ringan, siap berkorban harta, jiwa untuk menegakkan agama Allah SWT.


Pak Haji






Setiap tahun pasti ada kaum Muslimin yang tergolong kaya & mampu pergi menunaikan ibadah haji yang kedua/ketiga/keempat/.... Banyak juga kalangan mereka menambahkan ibadat haji sunnah dengan terlebih dahulu menunaikan umrah di bulan Ramadhan. Mereka tak segan keluarkan duit beribu-ribu ringgit untuk tujuan tersebut setiap tahun.

Tetapi, apabila kita cuba untuk meminta kepada mereka menyalurkan semua dana & peruntukan wang yang mereka belanjakan pada setiap tahun itu untuk didermakan kepada tabung mujahidin yang sedang memerangi penceroboh & penjenayah Israel di Palestin,


 atau untuk tabung mujahidin di tempat lain atau untuk tabung dakwah Islamiyyah untuk menghadapi usaha kristianisasi di beberapa wilayah di dunia ini, 


atau meminta mereka untuk menyalurkan peruntukan tersebut untuk membangun pusat-pusat tarbiyyah & pendidikan dakwah Islamiyah melahirkan para pendakwah mantap & berpengetahuan luas,


ataupun untuk usaha penyusunan buku-buku Islam/menterjemahkannya, pasti kebanyakan mereka akan menolehkan kepalanya ke arah lain kerana enggan & tidak setuju dengan cadangan tersebut.




Remeh-temeh






Imam Ghazali r.a pernah mengkritik sikap masyarakatnya ketika itu yang banyak memberikan perhatian & tumpuan semata-mata untuk mempelajari ilmu fiqh & seumpamanya, sementara itu hanya ada seorang sahaja yang pandai ilmu perubatan di negeri itu, iaitu seorang tabib Yahudi/Nasrani,  di mana semua orang Islam baik yang lelaki mahupun perempuan akan pergi berubat kepadanya apabila sakit dan tabib tersebut menjadi satu-satunya rujukan diharapkan untuk menyelamatkan nyawa seseorang & boleh menentukan hukum Syara' bagi mereka yang sedang berpuasa atau luka di bahagian wuduknya.


Jam tangan






Orang-orang Islam minoriti di Kanada, Eropah / Amerika yang pernah saya temui masih lagi berdebat megenai masalah yang sangat remeh. antaranya;
jam tangan ini, baik diletakkan di tangan kanan atau kiri?
memakai baju putih sebagai ganti kepada coat dan seluar, hukumnya wajib atau sunnah?
Wanita muslimah masuk ke dalam masjid, dilarang / dibolehkan?
Makan di atas meja & duduk di atas kerusi & meja hidangan dengan makan menggunakan sudu & garpu, apakah ini bermakna bahawa kita menyerupai orang kafir?
Persoalan tersebut banyak menghabiskan waktu & membuang tenaga serta menimbulkan pertikaman lidah & terkadang menyebabkan permusuhan & perpecahan di kalangan kaum Muslimin itu sendiri.


Anak kurang ajar






Terdapat juga anak-anak muda yang kuat pegangan agamanya (multazim) memperlakukan ibu bapa dengan cara kasar, demikian juga terhadap saudara-saudaranya. Alasannya bahawa mereka semuanya adalah orang-orang yang tidak taat dengan ajaran Islam & sudah menyeleweng. Anak muda itu telah lupa wasiat Allah SWT untuk melayan kedua orang tua dengan lemah lembut & sopan santun biarpun keduanya masih dalam keadaan musyrik.



Monday, August 8, 2011

JOM Nikah Muda

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih






InsyaAllah post kali ini bukan berunsurkan perkongsian ilmu @ fakta tapi ialah perkongsian pendapat sendiri yang daif ni. Erm, Alhamdulillah..dalam keberkatan ramadhan ini sudah sering terdengar ramai pula yang mendirikan pernikahan di usia muda. Sepupu, kawan-kawan, kenalan kebanyakannya sedang sibuk menyiapkan diri ke arah pernikahan yang benar-benar mengikut cara Islam. Bagi saya, pernikahan yang mengikut saranan Islam yang sebenarnya ialah pernikahan yang berniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah, mencegah diri dari kemungkaran & tidak membebankan pasangan dengan nilai wang hantaran yang seolah-seolah ingin menjual anak.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya. 
Masih ada ibu bapa yang mementingkan keredhaan Allah daripada 'mentality' kebanyakan ibu bapa zaman sekarang dengan menikahkan anak mereka di awal yang sangat muda kerana ingin mengelakkan maksiat & mengikut cara yang disarankan oleh Islam dalam penjagaan diri dari fitnah dunia akhir zaman kini. Yang diutamakan oleh ibu bapa itu ialah ikatan pernikahan yang menghalalkan hubungan kasih antara anak mereka biarpun mereka masih lagi akan menanggung segala perbelanjaan kehidupan anak mereka yang masih mentah dalam memahami onak dunia kini.


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


Tahniah kepada semua kenalan yang dipermudahkan urusan kalian untuk mendirikan rumah tangga berniatkan keredhaan Allah SWT. Semoga dapat terdidik diri itu menjadi hambaNya yang soleh & solehah..




Namun kepada mereka yang masih sendiri, jangan berduka kerana perancangan Allah itu terbaik untuk setiap hambaNya. Allah lebih tahu apa yang lebih utama untuk diri kita hambaNya. Mungkin sekarang belum masanya untuk kita mula meneroka kasih yang belum halal untuk kita kerana ada perkara lain yang lebih memerlukan kita seperti keluarga, pelajarn & sebagainya. Jika kalian ingin benar menikah dalam masa terdekat, namum Allah telah menetapkan bahawa kalian akan menikah lebih lambat, pasti tidak akan tertunai hasrat murni kalian. Jadi, bersabarlah menerima ketentuan Ilahi. Jangan dilupa, kita masih ada cinta lain untuk dikejar & dipenuhkan dalam hati kita yang sepi dari kasih ajnabi.










semoga beroleh cinta Ilahi yang abadi~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...