Saturday, July 30, 2011

Bab 1 : Hajat Umat Islam Terhadap Fiqh Keutamaan

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...


Pendahuluan :


Fiqh Awlawiyat : meletakkan segala sesuatu pada tangga & peringkatnya y sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam, nilai-nilai akhlak mulia.


PALING penting--> penting--> kurang penting--> selanjutnya.



Sebagai contoh,

Sahabat 'Amr ibn 'Absah r.a., berkata : 
"Ada seorang bertanya kepada baginda Nabi Muhammad SAW seraya berkata : 


" Wahai Rasulullah, apakah itu islam?


Baginda bersabda, mafhumnya : "Engkau berserah diri sepenuh hatimu kepada Allah & orang-orang Islam terselamat daripada (gangguan) lidah & tanganmu.


Lelaki itu bertanya lagi, "Amalan apakah yang paling utama dalam Islam?"


Baginda SAW menjawab ; "Iman". 


Lelaki itu bertanya lagi; "Apakah iman itu?


Nabi SAW menjawab; "Engkau percaya kepada Allah, malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, & kebangkitan setelah mati.


Dia bertanya lagi; "Apakah iman yang paling utama?"


 Jawab Baginda SAW; "Hijrah". 


Dia bertanya lagi; "Apakah hijrah itu?


Jawab baginda SAW : "Engkau meninggalkan perbuatan buruk.


Lelaki itu bertanya lagi : "Apakah hijrah yang paling afdal?


Baginda SAW menjawab : "Berjihad.


Dia berkata lagi : "Apakah jihad itu?"


Baginda SAW menjawab : "Engkau perangi orang-orang kafir (yang memerangi kamu) apabila kamu menjumpai mereka.


Katanya lagi : "Apakah jihad yang paling baik?" Jawab Baginda SAW : "Sesiapa yang darahnya sampai mengalir & kudanya sampai terbunuh."



(Hadis riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a)



Dalil-dalil menjelaskan perbezaan tangga & darjat satu amalan ke atas amalan lain:


"Solat berjemaah lebih utama 27 darjat daripada solat bersendirian."
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


"Wang satu dirham itu daoat mengalahkan seratus ribu dirham"
[Hadis riwayat Imam al-Nasa'i]

"Berdiri di medan jihad sehari semalam, lebih utama (ganjarannya) daripada puasa dan qiam layl (solat malam) sebulan lamanya"
[Hadis riwayat Imam Ahmad]

"Sesungguhnya tempat seseorang dari kalangan kamu di jalan Allah (jihad fi sabilillah) adalah lebih mulia (ganjarannya) daripada solatnya di rumah selama 70 tahun"
[Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi]

Sunday, July 24, 2011

Baru tahu siapa 'dia'... :D

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih




Khaulah Al-Azwar...Selama ini itulah insan yang sering meniti di bibir sahabiah. "Siapa tu kak?" Setiap persoalan aku dibalas dengan senyuman. Takpe...memang kena mencarilah jawabnya..hee




Khaulah Al-Azwar...





*Wanita yang hidup di zaman Sahabat RA.

*Memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.

*Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap.

*Sejak kecil sudah pandai bermain pedang dan tombak.

Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
                                       
*Adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam.

*Mewarisi teknik & kemahiran bertempur dari ayahnya Al-Azwar.

*Wanita yang mahir berpedang dan berkuda.

*Boleh dikatakan sebagai pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.


Kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur

Dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan.


Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya,

“Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.

Meluncur laju ke arah barisan Rom,
membunuh seorang dengan tombaknya,
lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain,
mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain.

Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang.

Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri.

Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata:

"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".

Seorang daripada mereka menjawab,

"Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)".


Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:

“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolong-Nya”.

Masing-masing menjawab,

“Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.

Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:


"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat".

Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.

Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang.

Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.

Friday, July 22, 2011

Jangan Perasan diri tu MUSLIM

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


PERTAMA KALINYA, topik ini agak berat sebenarnya tapi harap dapat diringankan hati untuk membaca walaupun kadar yang sangat sedikit kerana topik ini amat penting. 

Buku ini tampak ringkas luarnya namun padat isinya. Isinya menghuraikan peringkat hidup seorang muslim. SIAPA kata mereka yang mengucapkan TIADA TUHAN Y BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH itu pastinya muslim???


Tidak semua orang yang mengucapkan kalimah agung itu ialah muslim yang sebenar kerana muslim yang sebenar bukanlah hanya mengucapkan kalimah itu n mengatakan pada seluruh alam bahawa dia meyakini kalimah itu bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. 

Kalimah agung itu merupakan kalimah yang menunjukkan penyaksian kita kepada keesaan ALLAH SWT. Hanya Allah tempat bergantung. Tangan, kaki, hati segalanya yang ada pada kita ini ialah milik Allah SWT. Ramai orang berbangga mengatakan dirinya seorang ISLAM. Kononnya nikmat Islam itu masih lagi pada dirinya. Hakikatnya Islam bukanlah pada nama. Bukan jua pada kad pengenalanmu itu semata-mata.

Jika benar kita yakin bahawa hanya Allah pemilik & pencipta alam ini, mengapa masih kedengaran dialog murahan seperti ini?

"Maaflah..awak pergilah solat dulu. Saya tak boleh ikut awak solat. Nanti bos saya marah."

Di mana letaknya keyakinan kita bahawa hanya Allah pemberi rezeki semata-mata?

Dalam rukun negara telah tertulis di tempat teratas...

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Untuk menjadi warga Malaysia tercinta, kita mestilah percaya kepada tuhan. Eh..kalau mengikut rukun iman, dah lebih kurang sama dah tu dengan BERIMAN KEPADA ALLAH SWT. Jika kita benar-benar percaya kepada tuhan, pastinya kita yakin dengan segala apa yang diturunkan oleh tuhan (ALLAH SWT). Allah SWT telah menetapkan hukum hudud. Kenapa masih ada pihak yang meragui hukum dari Allah itu? Di mana letaknya keyakinan kita kepada Allah SWT? Di mana juga tahap kemantapan aqidah kita jika begitu keadaannya? Layakkah kita digelar muslim (hambaNya yang berserah diri)? Layakkah jua kita digelar rakyat Malaysia yang menetapkan rukun yang utama ialah kepercayaan kepada Tuhan?

Tambahan lagi...ada info yang penting dalam buku ini...

tentang JEMAAH ISLAM...

pernah dengar pasal jemaah Islam? Jemaah Islam BUKANLAH jemaah yang dikatakan sebagai pengganas atau penghancur kedamaian negara. Jemaah Islam ialah suatu kumpulan umat Islam yang menjadikan Al-Quran & As-sunnah itu sebagai perlembagaan. Segala kesulitan akan berbalik pada Al-Quran & AS-sunnah. Itulah yang asasnya. Hadam je dulu yang tu ye..hehe Kalau bagi huraian lebih takut ada yang 'lari' dari topik ni.. :D

Seorang muslim haruslah benar-benar menjadi seorang muslim. Allah itu yang utama. Allah pemilik segalanya. Kemudian, dia akan duduk dalam biah solehah (dalam bahasa mudah geng-geng budak baik la..). Jika dia seorang muslim yang sebenar, dia akan sedar kewajipan menegakkan Islam di dunia ini & mentadbir dunia dengan Islam. Jadi, dia akan bersama sahabat-sahabat lain mewujudkan kumpulan yang dinamakan jemaah Islam. Akan lahirlah pelbagai individu muslim yang dapat membentuk keluarga muslim. Gabungan keluarga muslim itu akan dapat mewujudkan masyarakat yang muslim. Jadi, insyaAllah negara Malaysia tercinta dapat ditadbir dengan cara Islam yang sebenar. Barulah dapat 1 MALAYSIA ditadbir dengan aman, damai, telus,adil, saksama mengikut cara Islam yang indah itu. Umat Islam terpelihara, masyarakat bukan Islam terjaga. Itulah Islam sebenarnya sejahtera. Kemudian, bergabunglah & bekerjasamalah rakyat SATU DUNIA yang berpegang teguh dengan Islam & tertegaklah kalimah agung itu di seluruh dunia. Amanlah dunia..sejahteralah jiwa..

Astaghfirullah..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar
Wallahu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...