Tuesday, May 31, 2011

Tarbiyah berSUARA dalam keBISUan

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Alhamdulillah.. aku & sahabat-sahabat tersayang berpeluang menziarahi sahabat kami ditimpa kemalangan.

Sebelum menuju ke Felda Palong 2 untuk menziarahi Akhi Suhaimi Sapar, kami singgah di rumah kak Aini Amira. Perjalanan agak jauh terasa dek jalan yang tersangatlah lurus & terus.

Setibanya di rumah akhi Suhaimi, ada seorang hamba Allah yang menanti kehadiran kami di muka pintu. Aku menyangka itu adalah adik kepada akhi Suhaimi. Namun, ternyata itulah akhi Suhaimi yang pernah aku kenali sebagai sahabat pangkat seniorku. Sungguh ternyata amat berbeza wajahnya, susuk tubuhnya, perlakuannya. Sangat terhimpit hati ini dengan perasaan sedih & hiba. Insan yang dahulunya sentiasa murah dengan senyuman kini hanya mampu terdiam seolah tiada perasaan. Tapi aku & sahabat dapat merasakan bahawa dia amat gembira sebenarnya dengan kehadiran kami. Kehadiran kami dialu-alukan olehnya walaupun kami kurang dapat mendengar dengan jelas setiap bait kata dari bibirnya.

Apabila melihat keadaannya, hanya satu yang bermain di fikiran ku…iaitu TARBIYAH.
Sungguh, dia sedang ditarbiyah oleh Allah SWT dengan ujian yang hebat. Sekelip mata Suhaimi Sapar berubah menjadi insan yang sungguh berbeza. Namun, kebisuannya itu cukup untuk mengingatkan padaku bahawa aku masih belum diuji sehebat itu. Subhanallah…akhi Suhaimi Sapar banyak memberi inspirasi padaku. Sungguh tarbiyah itu kadangkala lebih berbisa dalam keadaan bisu tanpa suara.

Ya Allah..aku bermohon keampunan padaMu atas kelalaianku mengingatiMu..namun ku amat bermohon padaMu..jika aku terleka dari mengingatiMu, janganlah diberi peringatan kepadaku melalui penderitaan sahabat-sahabatku..aminnn~

Benar..akhi Suhaimi Sapar merupakan insan yang bersemangat tinggi. Proses pemulihannya tidaklah memakan masa yang terlalu lama. Subhanallah itulah perancangan Allah yang teramat cantik untuk setiap hambaNya. Itulah dia pejuang Islam yang semangatnya sentiasa di puncak tertinggi. Tarbiyah dari Allah itu makanannya. Syukur pada Ilahi itu hiasan bibirnya.

P/s : Pengajaran yang ku peroleh pada hari itu ialah…jika menziarahi orang yang sedang sakit, pastinya kita membawa sedikit buah tangan seperti kebiasaan orang yang datang menziarah. Namun, sebagai sahabat…seharusnya tidak dilupakan buku atau bahan bacaan berunsur makanan rohani kerana pada waktu inilah rohani mereka mudah terusik dengan perkara yang tidak sepatutnya. Hati mereka perlukan makanan. Sekurang-kurangnya cukuplah dengan kata-kata di atas kertas tertulis kemas… “Bersyukurlah sahabat dirimu dipilih Allah SWT untuk menerima tarbiyah sehebat ini. Hanya kamu yang mampu menerimanya kerana Allah tahu kamulah yang selayaknya…semoga cepat sihat..teruskan berjuang! Sirrualabarakatillah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...