Tuesday, May 10, 2011

Tak dapat elak isu BAITUL MUSLIM !


Alhamdulillah..masih bernyawa sebagai muslim hingga kini..sejuta kemaafan didahulukan kepada followers sekalian kerana telah terlalu lama tidak meng’update’ blog ini!

Kesibukan yang teramat membantutkan penulisan! :D

Kali ini mari kita buka minda & ketuk kotak pemikiran dengan BAITUL MUSLIM. Ok, firstly memang sangat pelik lah bila saya nak post tentang benda ni kan..tetiba nak diskus tentang isu ini. Pada mulanya, saya rasakan isu ini tidak penting memandangkan saya bukanlah mahasiswi yang ke arah ‘itu’ tetapi ada SATU peristiwa yang membuatkan saya merasakan bahawa hal ini perlu dibincang bersama.

Mari nilai bersama…

Dalam kesibukan menyediakan makanan untuk para jemputan yang menyertai program yang dianjurkan…

Daisy : Minnie, cincin y ko pakai tu apa maksudnye?
Minnie : Aku dah bertunangla..hehe

Daisy : Serius??

Minnie : OK! Ko nampak aku gelak-gelak then ko boleh tanya aku serius or tak..hehe



Daisy : Ala..serius la Minnie..huu

Minnie : hehe..pastilah aku belum bertunang lagi..aku sengaja pakai cincin ni biar orang ingat aku dah bertunang.


Daisy : Eh..xbaiklah macam tu!

Minnie : Kenapa? Ni lah cara aku jaga diri..aku tak nak pikir lagi pasal semua benda tu. Aku tak nafikan kepentingan nikah tu, tapi bukan dalam masa ni la utk aku fikir semua tu. Aku dah ada target hidup..



Daisy : Ko kena pikir…sebab dengan cara ko ni leh tutup pintu untuk sahabat-sahabat muslimin kita kalau diorang suke pada ko..

Minnie : Hehe..memang tu y aku nak elak pun..aku memang xnak sahabat-sahabat muslimin kita la..

Daisy : Habis tu ko nak y macam mana?
Minnie : Biasa-biasa dah la..hehe

Daisy : Abis tu macam mana keberlangsungan tarbiyah?
Minnie : Perlu ke cari yang sefikrah semata-mata untuk keberlangsungan tarbiyah?

Daisy : Sangatlah perlu! Habis tu nanti kalau datang mat rempit nak kahwin dgn ko, ko terima la?
Minnie : Hehehehe..on je! Da kalau memang jodoh aku mat rempit, aku terima jelah..bagi aku manusia ni sama je..entah-entah mat rempit tu yang paling banyak mengingatkan aku pada Allah SWT. Lain orang lain kisahnya..yang pasti semua tu perancangan Allah untuk kita.

Daisy : Ish..ko ni! Terlalu berhusnuzon tu!
Minnie : Apa salahnya?? Nak buat macam mana kalau aku memang dah macam ni..ujian-ujian dalam hidup aku menjadikan aku seorang yang belajar menerima apa yang aku dapat. Alhamdulillah aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku xharapkan pun hambaNya yang baik sebagai jodoh aku…


Daisy : OK..aku nak tanya..kalau ada sahabat muslimin y datang merisik, ko nak tolak la? sebab tadi ko kata ko nak yang biasa-biasa je..hehe
Minnie : Hehe..ko saje je kan..fitrah manusia itu suka pada kebaikan. Aku pun manusia jugak. Kalau datang sahabat muslimin merisik aku, ALHAMDULILLAH...aku sangat bersyukur sebab Allah masih lagi nak beri aku nikmat..

panjang lagi kisahnya sebenarnya tetapi y pasti, ada unsur-unsur kurang sedap dalam perbualan ini.

Benar...iman kita tidaklah sehebat Asiah isteri firaun..tapi tidak perlulah mengharapkan pasangan seperti Saidina Ali r.a andai diri itu masih dalam proses membaiki diri. Selagi jasadmu masih bernyawa, kamu ialah hamba ALLAH yang sama seperti manusia y lain. Selagi kamu hidup, selagi itulah proses mentarbiyah diri menjadi lebih baik akan mengisi hari-harimu. Selagi kamu mentarbiyah diri atau ditarbiyah oleh Allah SWT sebagai manusia biasa, maksudnya kamu sama seperti mereka diluar sana yang masih mencari-cari cahaya petunjuk & kekuatan dari Allah. Namun, hanya SATU yang membezakan kamu dari mereka iaitu TAKWA. Jika kamu orang yang bertakwa, pasti kamu mengetahui setiap apa yang terjadi dalam hidup itu ialah perancangan Penciptamu untuk dirimu. Fitrah manusia memang akan mengharapkan yang baik itu menjadi miliknya namun sedarlah bahawa yang baik itu tidak semestinya akan menjadi yang terbaik utk diri kita. Siapa tahu MAT REMPIT yang dijodohkan dengan kita dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT dgn lebih erat. Kebergantungan kita kepada ALLAH SWT akan lebih mantap krn pasangan kita itu milik ALLAH SWT & hanya ALLAH SWT y dapat mengubah pasangan menjadi lebih baik. BIAR SEPI DARI KASIH MANUSIA ASALKAN KITA TIDAK TERASING DARI KASIHNYA. Setiap apa y dilakukan biarlah bersederhana. Jangan terlalu mengharap kerana mungkin kecundang di akhirnya namun jangan terlalu berserah krn Allah melihat usaha bukan hasil..semoga y TERBAIK itu menjadi milik kita..aminnn..wallahu'alam~ :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...