Friday, May 20, 2011

Hidup DAIE tak pernah SEPI dari MAD'U

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Alhamdulillah cuti sem dah lama bermula..
tapi Daisy masih lagi di sini..
masih tak tahu hala tuju..
sahabat-sahabat tersayang pulang ke kampung halaman..
selangor, pahang, terengganu, johor..
bersepah-sepah..
yang pasti Daisy masih di sini..


Terniat di hati tak ingin pulang ke rumah utk mengisi masa 4 bulan cutinya..
mungkin selesa utk tinggal bersama-sama sahabat..
mengisi masa terluang sebaiknya..
jika di rumah mungkin Daisy takkan dapat suasana biah solehah seperti di sini...
niat di hatinya untuk terus tinggal di sini dengan sibuk bergerak kerja..
kerana agak sukar untuknya mengisi masa cuti dengan belajar pondok..
walaupun dirinya sedar belajar pondok itu sesuatu yang indah..
berpurdah..aurat y terjaga kemas..tumpuan menuntut ilmu ukhrawi..
semua itu ternyata indah bagi dirinya yang baru bertatih untuk mengubah diri..

Mereka insan yang menceriakan hidup Daisy...

Namun...Daisy ialah Daisy..
Dia ialah seorang hamba Allah yang masih beribu bapa..
masih punya adik-adik..
Dia terlepas pandang itu semua..
bahawa mereka jua punya hak ke atas dirinya..
di kampus pun dirinya bertumpu pada gerak kerja..
mula terabai hak keluarga terhadap dirinya itu..
ingatlah masa lapang sebelum tibanya masa sempit..
masa lapang ini sepatutnya didahulukan keluarganya jika termampu..
hakikat penciptaan wanita itu apabila sudah mempunyai pemimpin (suami),
dia akan sibuk menumpukan perhatian pada suaminya..
keluarga barunya..
ditambahkan lagi dengan pengiktirafan yang diberikan Allah SWT kpd keluarga mertua agar dilayan seperti ibu bapa kandung..

inilah saatnya untuk Daisy menumpukan perhatian pada ibu ayah adik-adik...
datangnya Daisy dari latar belakang yang kurang baik & diubah menjadi lebih baik..
bukanlah sebagai tiket untuk dirinya terus menjadi orang yang lebih baik dgn mengabaikan tanggungjawabnya utk mengubah keluarganya menjadi lebih baik..
keluarganya berhak ke atas dirinya..

Adik-adik..
mereka juga merupakan anak usrahnya..
mereka juga merupakan mad'u (sasaran dakwah) untuknya..

3 Putera + 3 Puteri : anak ZAIMAR ;D

InsyaAllah...22 Mei ini akan kembali ke rumah..
tempat sebenar tarbiyah itu terpatri di dalam hati..
berhadapan dengan realiti hidup..
yang pastinya mendambakan pergantungan yang teramat tinggi pada Allah
agar dirinya tak tersasar dari landasan jalan yang diredhai..insyaAllah~


p/s : Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..bermulalah catatan seorang anak sulung untuk mentarbiyah diri & keluarga ke arah keredhaan Ilahi.. =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...