Sunday, April 3, 2011

Nak Jadi Cikgu BIO!

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

En. Jani bersama pelajar-pelajar 'senget' 5 Arif 'o8...


Syuhada sering tidak fokus di zaman sekolah menengah. Terutama dalam kelas Chemistry kerana dia memang tak faham & susah nak faham. Padahal punca utamanya ialah dia malas nak faham. Hanya 1 subjek science yang diminatinya iaitu Biology! Ya..Biology! tapi bagi orang yang tak minat biology, perkatan biology itu akan disebut dengan Biol Lagi..sangat kejam! Tapi kelakar..sebut tentang kelas Chemistry, En. Jani guru yang mendidik dengan amat sempoi dah kenal sangat dengan Syuhada yang kuat main dalam kelas. Berangan je!


En. Jani : Faham tak semua apa yang saya ajar ni?
Murid-murid 5 ARIF : faham….tak faham..faham..tak faham…
Seringkali En. Jani itu dipermainkan oleh pelajar 5 Arif terumata oleh pelajar-pelajar yang kuat mengusik. Nesan, Naga, Chintu, Chris, Joshua, Sok Moi, Simran, Mahvin, Monica, Fatin, Khairul, Syuhada & ada lagi beberapa pelajar. Ada juga pelajar yang sangat baik tekun & taat pada En. Jani iaitu Isaiah, Anis, & beberapa lagi orang pelajar 5 Arif.

En. Jani sedang mengajar di depan. Syuhada pula buat muka ‘blur’. Kemudian En. Jani berhenti dari terus memperjelaskan tentang topic pada hari itu. Dia bertanya.

En Jani : Syuhada, kau faham tak ni? Cikgu tengok blur je muka tu.
Semua murid menumpukan pada Syuhada. Ada suara-suara yang sedang gelak sebab tetiba je Syuhada kena attack. Semua seolah memahami Syuhada memang suka blur dalam kelas Chemistry. Al-maklumlah kelas 5 Arif memang sangat rapat ‘ukhwah’ mereka sampaikan boleh faham sangat dah dengan perangai satu sama lain.

Dengan senyuman yakin bertambah-tambah confident Syuhada menjawab…
Tak faham la cikgu…

Semua gelak…dah faham sangat dah tu…

En Jani : ish ko ni..semuo bondo ko tak paham. Ko nak jadi pe ni syuhada?
Syuhada : Hehe..(gelak je dia tahu!)

Ada suara-suara sumbang menjawab “Syuhada nak jadi cikgu Bio sir..”
Syuhada membalas “Oi! Senyap la..hehe”

1 kelas 5 Arif tahu cita-cita Syuhada ialah ingin menjadi Cikgu Biology sehingga dilabelkan sebagai ‘pelapis’ Mdm Girly (guru biology mereka yang terkenal dengan cara mengajar yang unik & comel).

Sewaktu itu impiannya hanyalah ingin menjadi guru Biology kerana dia mahu orang lain juga meminati subjek Biology sebagaimana dirinya. Dengan izin Allah, Syuhada meneruskan pengajian di selatan tanah air dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi). Alhamdulillah mungkin Allah ingin mempermudahkan urusannya.

Namun…suatu malam bertarikh 23/3/2011, Ustaz Muhajirih yang datang ke kolej kediamannya untuk memberi sedikit perkongsian bagi program Kuliah Maghrib Isya’ As-Sakinah telah memperkatakan tentang sekularisme. Sebenarnya budaya ‘plagiarisme’ itu diambil dari budaya barat yang telah pun menciplak tulisan para ulama’ Islam suatu ketika dahulu & mengaku bahawa karya ilmu itu datangnya dari mereka sedangkan pada hakikatnya ianya ialah karya ilmuwan islam yang agung. Sejak dikuasai barat, budaya sekularisme diterapkan dalam pendidikan. Sekularisme ialah budaya yang MEMISAHKAN AGAMA DARI URUSAN DUNIA. Ilmuwan Barat menafikan kekuasaan Tuhan dalam mencipta sesuatu kejadian di bumi. Segalanya berkenaan konsep tenaga. Newton’s Law sebagai contoh. Ada pula ilmuwan Barat yang menyedari tentang hakikat graviti atas muka bumi apabila epal terjatuh atas kepalanya ketika tidur di bawah pokok & segalanya itu dikaitkan dengan konsep tenaga SEMATA-MATA. Tidak ada langsung yang mengaitkan dengan kekuasaan Allah (Tuhan). Nasib baik lah epal yang jatuh atas kepala ilmuwan barat itu. Kalau duduk di Tanah Melayu, jatuh pula durian atas kepala, tak tahu pula lah konsep tenaga apa yang ingin di’cipta’nya. Memang benar lah daripada kecil sehingga kini, subjek Sains yang dipelajari tidak langsung dikaitkan dengan kekuasaan Allah (Tuhan) sedangkan telah termaktub dalam Al-Quran segala proses kejadian bumi & semesta alam ini. Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran bagaiman kejadian bumi & langit, pembentukan hujan, proses kejadian manusia & sebagainya. Telah lengkap konsep Sains dalam Kitab Suci Al-Quran itu.

Kini Syuhada sedar bahawa cita-cita ingin menjadi cikgu Biology bukanlah suatu mainan. Kini dia bertambah tekad & serius untuk mencapai cita-citanya kerana dia ingi membuat perubahan dalam cara mengajar Biology pada pelajarnya. Dalil-dalil Al-Quran tentang setiap kejadian & proses sains akan dijadikan sebagai pembuka kelasnya. Syuhada juga akan cuba mencari ayat-ayat dalam kitab suci agama lain yang menerangkan tentang proses & kejadian sains agar pelajarnya yang beragama lain tidak merasa kekok. Namun yang pasti dalil-dalil (bukti-bukti) dari kitab Al-Quran takkan diabaikan & menjadi satu kewajipan kerana Al-Quran itulah panduan lengkap bagi manusia di kahir zaman. Semoga konsep pengajaran & pembelajaran di Malaysia akan kembali kepada fitrah dan tidak lagi mengikut budaya sekularisme semata-mata selepas ini…aminnnn~

p/s : kpd rakan-rakan 5 Arif yg dah tercampak jauh meneruskan perjuangan sbg penuntut ilmu, teruskan perjuangan korang. Sangat rindulah 5 ARIF batch ’08! =)

Learn through Laughter
Wallahu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...