Friday, April 15, 2011

Kau TAK LAYAK jadi PEMIMPIN aku!

 Dengan Nama Allah y Maha Pemurah Lg Maha Pengasih



Aku dah tak tahan dah! Kita mesti tukar ketua kita. Terlalu banyak program y tak menjadi. Sangat tak best la camni…

Ok..aku boleh berundur, aku tahu aku tak layak nak jadi ketua..hehe

Ok..sekarang kita bincang siapa boleh ganti si FULAN ni?

Aku cakap awal-awal, aku tak nak. Susah tu nak jadi ketua! Huhu Aku ikut je keputusan majority..hee”



Ini lah antara dialog-dialog yang kita akan dengar apabila sesuatu program y dijalankan itu tidak menjadi. Segala kesalahan diletakkan pada ketua semata-mata.

Jika dilihat pada dialog di atas, kita dapat lihat budaya ‘MENILAI HAMBANYA y LAIN’ sangat jelas di situ!
Kita merasakan si FULAN tak layak menjadi KETUA jadi, kita ingin menukar ketua.
Budaya ini sangat bercanggah dengan nilai ‘hamba ALLAH’. Hamba ALLAH ialah mereka y sedar bahawa mereka hanya hambaNya. Hanya Allah y berhak menilai hamba-hambaNya. Kita takkan mampu menilai seseorang itu. Cuba muhasabah diri kita semula, adakah kita betul-betul mengenali diri kita hingga sanggup utk menilai hambaNya y lain???

Setiap orang adalah PEMIMPIN. Jika kita ialah mereka y DIPIMPIN, kita SEPATUTNYA tsiqah pada pemimpin kita.

Tsiqah boleh DIMAKSUDKAN dgn :

1. Firman Allah SWT :
“Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (An Nisa:65)

2. Imam Syahid berkata:
 “Yang saya maksud dengan tsiqah adalah rasa puasnya seorang prajurit atas komandannya dalam hal kemampuan dan keikhlasan; dengan kepuasan mendalam yang dapat menumbuhkan rasa cinta, penghargaan, penghormatan dan ketaatan”.


Jangan BONGKAK dengan menganggap ketua kita itu seorang y LEMAH sebagai pemimpin.


Tatkala seseorang bertanya kepada Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna,

‘Bagaimana bila kamu tak dapat bersama kami, siapakah orang yang akan kami angkat sebagai pemimpin kami?’


Imam Asy-Syahid menjawab,

 ‘Wahai ikhwan, angkatlah orang yang paling lemah di antara kamu menjadi pemimpin. Kemudian dengarlah dan taatilah dia. Dengan (bantuan) kamu semua, ia akan menjadi orang yang paling kuat di antara kalian.’


Jadi, renung-renungkan. Sehingga kini, adakah kita betul-betul tsiqah pada ketua kita walau dalam apa bentuk gerak kerja sekalipun..Wallahu’alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...