Monday, March 14, 2011

Road Tour Iftar Mahabbah Lujnah Kebajikan PMIUTM BEST!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Melangkah kaki ke Kolej Tun Dr Ismail, UTM suasana sangat sunyi. Ada 3 orang muslimin yang sedang ‘teliti’ membasuh beras. Beberapa muslimat yang sedang potong-memotong..hiris-menghiris.



Pelbagai perkara jadi. Imbas balik JOM! :

Pada hakikatnya, boleh je duduk dalam bilik study apa yang patut. Tapi Allah pilih kita yang turut datang membantu kan? Alhamdulillah~

Jika kita membantu agama Allah, Allah akan bantu kita…

1. Asyik tengok buku je. Kadang kala bosan juga kan? Jadi…keluarlah dari bilik & bertemu dengan orang luar. Jumpa sahabat-sahabat dapat membuat kita lupa dengan masalah yang berkurung dalam hati kan? Geli hati juga melihat gelagat muslimin yang memasak ayam masak merah & nasi. Air tangan muslimin tu…

2. Muzik latar belakang semasa proses memasak ialah ghasidah. Cuba bandingkan kalau sewaktu kenduri kahwin (nikah itu jua ibadat kan?), mesti muzik latar belakangnya ialah pelbagai jenis lagu yang melalaikan. Jadi, selepas ini tukar trend! Kalau sesuatu yang berunsur ibadah, jaga kesuciannya & jangan campurkan dengan unsur-unsur yang tidak sesuai. InsyaAllah~

3. Konsep ukhwah. Kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan makanan yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita yang akan makan makanan kita kan?
Kalau nasi lembik macam bubur, kubis goreng tawar macam air, ayam keras macam batu…semua itu akan dirasa sama rata oleh semua orang. Sedap sama sedap. Tak sedap sama-sama rasa tak sedap. Tapi tadi Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka. Berkat kuasa Allah yang menyedapkan makanan tu kan?

4. Basuh kuali. Kerak setebal 1 inci menunjukkan yang kuali tu mungkin tak dibasuh sehingga seminggu..hehe (gurau!) kesusahan menghilangkan kerak itu menandakan betapa sukarnya kita nak membuang ‘karat-karat’ yang ada dalam diri kan? Bila dah dapat buang kerak pula, ada lagi kerak yang lebih hitam. Itu menandakan kadangkala hati kita sangat hitam & memerlukan kita meminta hati yang baru dari Allah. Hati yang terjaga dari titik-titik hitam. Namun, masih lagi kita ingin cuba menghilangkan kerak hitam tadi. Cara kasar tak dapat menghilangkan kerak tersebut. Cara lembut iaitu secara perlahan-lahan mengikis dapat menghilangkan kerak hitam tersebut menandakan pendekatan yang lembut mampu mengubah diri kita/seseorang. Kerak hitam sudah hilang & menampakkan kebersihan kuali tersebut yang sebenar menandakan orang yang hebat di zaman jahiliyahnya akan menjadi seseorang yang benar-benar hebat ketika hidayah Allah itu datang kepadanya. Setelah hilang semua kerak-kerak tersebut, kita basuh pula kuali dengan sabun. Sabun itu menandakan amalan-amalan sunat yang memperlengkapkan lagi hidup seseorang yang betul-betul ingin dekat dengan Allah.

[p/s: cuba lihat setiap apa yang terjadi itu sebagai proses tarbiyah…pastinya kita akan lebih mudah muhasabah diri & dapat merasakan betapa dekatnya kita dengan Allah kerana kita sedar setiap saat Allah sedang mentarbiyah diri kita…YA ALLAH. Ku bersyukur atas segalanya…Terimalah kembali diriku yang hina ini…Alhamdulillah~]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...