Monday, March 14, 2011

Perubahan Drastik itu Plastik!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…



Perubahan Drastik itu seperti plastik…benarkah? Mungkin ya mungkin tidak….
Setiap apa yang berlaku atas bumi ini diciptakan Allah secara berperingkat…termasuklah perubahan diri daripada yang kurang baik kepada menjadi baik..daripada baik kepada lebih baik.



Namun setelah kita mampu berubah, cabaran yang paling sukar ialah untuk kita ISTIQOMAH (berterusan) dalam perubahan yang baik itu. Kerana itulah kadangkala kita akan kembali kepada diri kita yang sebelum berubah. Itu lumrah manusia. Namun malangnya disebabkan kadangkala kita seperti kita yang ‘dulu’ (sebelum berubah), kita mudah dilabelkan plastik. Haa…dari situlah muncul tajuk Perubahan Drastik itu Plastik……wallahu’alam~

Biar ku taaruf sedikit tentang diri hamba Allah yang seorang ini. Nama diberi…Hamba Allah. Umur…meningkat dewasa. Berasal dari…percantuman sperma & ovum. Menetap di…Bumi Allah. Kini menyambungkan pelajaran dalam kursus…pentarbiyahan dari Allah di Universiti Tarbiyah Manusia.

Ditentukan Allah untuk lahir dari keluarga yang biasa-biasa. Suasana yang biasa-biasa. Segalanya biasa-biasa. Namun dia sedar segala ‘biasa-biasa’ yang diperolehnya itu ialah kurniaan luar biasa dari Allah untuk mentarbiyah dirinya.

Ingin dipendekkan cerita. Perubahannya ke arah menjadi daripada sangat nakal kepada baik sedikit bukanlah satu proses tarbiyah yang mudah. Sekelip mata dibuang rakan. Fitnah menimpa tak berkesudahan. Caci & maki makanan harian. Namun dia masih setia dengan janji Allah padanya..bahawa Allah mengurniakan ganjaran bagi mereka yang bersabar. Tidak diharap syurga sebagai ganjaran kerana dia sedar bahawa dia tidak layak untuk itu namun yang diharap hanyalah redha Allah kepada dirinya.

Perubahannya itu masih tetap diberi nikmat oleh Allah selain ujian yang menguji kesungguhannya. Nikmat itu ialah sahabat. Sahabat yang mengajaknya ke jalan kebaikan. Menyedarkan tentang siapa kita sebagai hamba Allah. Menyedarkan dia daripada terus leka dengan dunia remaja. Banyak lagi yang tak dapat dikongsi kerana nikmat sahabat  itu teramat indah. Kerana itulah kita memerlukan sahabat.

Malangnya…sahabat itu tetap manusia. Datang & pergi dalam hidupnya kerana masing-masing ditentukan Allah ke medan yang berbeza untuk meneruskan perjuangan. Lalu tercampaklah dia jauh dari sahabat-sahabat yang dahulunya hanya sehela nafas jaraknya antara mereka dek eratnya pelukan antara dirinya & mereka.

Hamba Allah yang baru ingin mengenali dunia dari kaca mata Islam yang sebenar itu mula mengalami pergoyahan prinsip diri. Kadangkala dia turut hanyut dengan ujian yang diperoleh Allah. Dia tidak terpengaruh dengan ujian yang datang dari rakan-rakan sekampus yang mengajaknya ke tempat berfoya-foya. Tapi dia amat mudah lemah & mudah terpengaruh dengan ujian yang menimpa keluarganya. Dia mengakui keluarganya ialah kelemahan terbesar dirinya. Jika boleh, dia ingin sahaja menanggung segala dosa yang dilakukan kedua ibu ayahnya. Dia cukup lemah apabila keluarganya ditimpa ujian. Kerana itulah kadangkala semangat berjuangnya juga mudah luntur kerana merasakan dirinya tidak layak berjuang untuk agama.

Namun yang paling menyedihkan hatinya ialah pandangan sahabat-sahabat terhadapnya. Walau apa pun, dia tidak pernah menyalahkan sahabatnya. Setiap kali diri Hamba Allah itu lemah, pasti ada sahabat yang mengatakan “kau hebat orangnya. Cuma aku tengok perubahan kau drastik. Sebab itu kau mudah berubah ladi macam dulu.” Bukan seorang malah lebih sahabat yang mengatakan sebegitu. Ya Allah…meruntun hati Hamba Allah itu dengan respon yang diberikan oleh sahabat-sahabat. BUkan penilaian yang diminta daripada sahabatnya tapi ialah kata-kata semangat. Mereka belum cukup mengenali Hamba Allah itu. Kerana itulah mereka mudah mengatakan perubahan hamba Allah itu drastik. Hakikatnya ialah perubahannya tidak drastik cuma ujian yang ditimpakan padaNya sangat drastik & ujian-ujian itulah yang mentarbiyah dirinya menjadi seseorang yang berubah. Kini dia sedar biarlah dia menjadi dirinya. Kembali kepada fitrah sebagai hamba mencari dirinya yang sebenar mengikut acuan & kehendak Allah atas dirinya.

[p/s: menasihati lebih mudah dari memahami…dalam hatiku cukuplah ada Allah~ wallahu’alam…]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...