Tuesday, March 29, 2011

Penat Berjuang

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim).” (an-Nahl: 89)

Bergelar insan yang memperjuangkan agama Allah bukanlah suatu perkara yang mudah. Menegakkan Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat, Negara & seterusnya khilafah Islam. Semua itu memerlukan pengorbanan yang sebenar-benarnya ikhlas kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah. Benarkah?

Walau setabah mana pun hamba Allah itu menghadapi ujian dari yang Maha Esa selama ini, pasti akan ada ketika hamba itu jatuh tersujud menyembah bumi merintih & merayu pada Ilahi merasakan diri tidak mampu lagi. Sedarkah kita bahawa Allah hanya menguji mengikut kemampuan diri hambaNya? Allah SWT tidak menyeksa hambaNya kerana nyata ujian itu untuk menjadikan hambaNya lebih kuat.

Senanglah cakap sebab bukan kau yang kena kan? Aku yang kena..bukan kau!

Benar. Menasihati itu lebih mudah dari memahami kerana yang memahami itulah yang merasa sakit & peritnya.

Ana faham. Samalah kita. Family ana pun macam tu...

Salah. Tidak semua benda itu sama. Setiap hambaNya Allah SWT beri ujian yang berbeza. Setiap hambaNya juga akan merasai ujian yang pelbagai & terpulang kepada diri masing-masing untuk menghadapi ujian itu.

Cuba luaskan pandangan & setajam-tajam pandangan. Wujudkah pejuang Islam yang tidak diuji?
Jangan merasa lemah jika hanya kamu yang menegakkan Islam dalam keadaan sekeliling kamu terutama jika dalam keluarga kamu. Bukan salah mereka jika dalam keadaan jahil. Bukan jua salahmu jika kamu yang dipilihNya untuk berada dalam keluarga itu kerana sememangnya kamu diciptakan untuk menjadi khalifah. Siapa yang akan mengembalikan keluargamu pada Islam jika bukan kamu?
Oleh kerana itulah dalam kebanyakan jundi(tentera) Islam, mereka akan diuji dengan suasana seperti itu. Suasana keluarga yang masih lagi dalam keadaan jahil. Dan itu tanggungjawab kamu untuk membimbing mereka! Segala ujian ini bentuk tarbiyah dari Allah SWT.

Imbau kembali sirah Rasulullah SAW yang dipilih Allah untuk menegakkan Islam di tengah-tengah kepesatan jahiliyah. Namun baginda teruskan perjuangan hingga ke nafas yang terakhir masih tidak melupakan umat. Umat baginda yang punya banyak kelebihan namun lebih banyak yang mensia-siakan.

Dalam kepenatan & kelelahan berjuang, sesekali ‘kegembiraan’ itu perlu dirasai. Jom layan video pocoyo gelak! :D



~Ujian itu Tarbiyah Kehidupan…Learn Through Laughter~
Wallahu’alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...