Tuesday, March 29, 2011

Penat Berjuang

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim).” (an-Nahl: 89)

Bergelar insan yang memperjuangkan agama Allah bukanlah suatu perkara yang mudah. Menegakkan Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat, Negara & seterusnya khilafah Islam. Semua itu memerlukan pengorbanan yang sebenar-benarnya ikhlas kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah. Benarkah?

Walau setabah mana pun hamba Allah itu menghadapi ujian dari yang Maha Esa selama ini, pasti akan ada ketika hamba itu jatuh tersujud menyembah bumi merintih & merayu pada Ilahi merasakan diri tidak mampu lagi. Sedarkah kita bahawa Allah hanya menguji mengikut kemampuan diri hambaNya? Allah SWT tidak menyeksa hambaNya kerana nyata ujian itu untuk menjadikan hambaNya lebih kuat.

Senanglah cakap sebab bukan kau yang kena kan? Aku yang kena..bukan kau!

Benar. Menasihati itu lebih mudah dari memahami kerana yang memahami itulah yang merasa sakit & peritnya.

Ana faham. Samalah kita. Family ana pun macam tu...

Salah. Tidak semua benda itu sama. Setiap hambaNya Allah SWT beri ujian yang berbeza. Setiap hambaNya juga akan merasai ujian yang pelbagai & terpulang kepada diri masing-masing untuk menghadapi ujian itu.

Cuba luaskan pandangan & setajam-tajam pandangan. Wujudkah pejuang Islam yang tidak diuji?
Jangan merasa lemah jika hanya kamu yang menegakkan Islam dalam keadaan sekeliling kamu terutama jika dalam keluarga kamu. Bukan salah mereka jika dalam keadaan jahil. Bukan jua salahmu jika kamu yang dipilihNya untuk berada dalam keluarga itu kerana sememangnya kamu diciptakan untuk menjadi khalifah. Siapa yang akan mengembalikan keluargamu pada Islam jika bukan kamu?
Oleh kerana itulah dalam kebanyakan jundi(tentera) Islam, mereka akan diuji dengan suasana seperti itu. Suasana keluarga yang masih lagi dalam keadaan jahil. Dan itu tanggungjawab kamu untuk membimbing mereka! Segala ujian ini bentuk tarbiyah dari Allah SWT.

Imbau kembali sirah Rasulullah SAW yang dipilih Allah untuk menegakkan Islam di tengah-tengah kepesatan jahiliyah. Namun baginda teruskan perjuangan hingga ke nafas yang terakhir masih tidak melupakan umat. Umat baginda yang punya banyak kelebihan namun lebih banyak yang mensia-siakan.

Dalam kepenatan & kelelahan berjuang, sesekali ‘kegembiraan’ itu perlu dirasai. Jom layan video pocoyo gelak! :D



~Ujian itu Tarbiyah Kehidupan…Learn Through Laughter~
Wallahu’alam~

Friday, March 18, 2011

Nak Aku DUDUK ATAS RIBA kau ke?!

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Tak dinafikan kemudahan yang diberikan kepada pelajar UTM agak baik. Paling penting perkhidmatan bas yang disediakan memudahkan pelajar yang memang tiada kenderaan untuk pergi ke mana-mana dalam kawasan UTM tercinta.

Kempen ‘Say No to Bonceng’ yang pernah dijalankan di UTM membuahkan hasil yang amat memberangsangkan kerana pada pandangan sendiri, memang sangat susah nak nampak lelaki & perempuan naik 1 motor di UTM. Hebat kalian!

Naik motor bersama (bukan muhrim) memang dah terang-terang nampak kurang manis kan? Tapi kalau naik bas…ada ke isu ‘kurang manis’ ni??

Eh..pastilah ada! Kerana setiap sesuatu di atas bumi Allah ini pasti ada kelebihan & kekurangannya. Lelaki & perempuan sudah diciptakan Allah untuk saling tertarik antara 1 sama lain. Fitrah! Biarpun kalian berkawan baik, haruslah dijaga batasnya. Allah menetapkan batas pergaulan antara lelaki & perempuan bukannya untuk menunjukkan yang Islam itu mengongkong tetapi ialah kerana Allah lebih mengetahui perihal hambaNya. Bayangkan jika tiada batas pergaulan yang Allah tetapkan untuk hamba-hambaNya..apa yang akan terjadi???

Waktu itu nanti, tidak hairanlah kalau keluar kata-kata “bini kau bini aku. Laki kau laki aku.” Ataupun dah terlanjur melakukan pelbagai perkara terkutuk bersama tetapi alasan yang diberikan ialah “ala..kawan aku je pun..takde pape la..

Allah menetapkan syariat untuk hambaNya ialah sebagai tanda betapa kasihNya Allah pada kita. Jadi, kita sebagai hambaNya mestilah mengikut syariat yang ditetapkan & usaha sebaik mungkin untuk masih lagi menjunjung syariat Allah. Mentaati perintah Allah, menjauhi larangan Allah.

Namun…ada perkara yang perlu didedahkan di sini. Betapa sakitnya mata melihat ‘kebebasan’ mahasiswa dalam memanfaatkan kemudahan yang diberikan. Tidaklah menyalahkan sepenuhnya mahasiswa yang tidak menjaga batas pergaulan antara sesama bukan muhrim kerana mungkin mereka tidak tahu…(Meh sini nak bagitau…try search tentang ikhtilat..penting!!! :D ) atau mereka buat-buat tak tahu dengan alasan “ala..bukannya luak apa pun kan…”. Namun tidaklah juga menyalahkan sepenuhnya pihak atasan yang terlibat kerana mungkin telah ada usaha yang dijalankan. Walau apa pun, perkara ini perlu diambil serius! Biar kecil tapi kesannya besar! Jadi...pihak yang BERKUASA, diharap boleh mula menjalankan kewajipan anda...insyaAllah~ ;)

"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka ubahlah kemungkaran itu dengan tangannya(kuasa). Jika tidak sanggup (mengubah dengan tangan) maka ubahlah dengan lisannya. Jika (dengan lisan) masih belum mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya. Dan ini adalah selemah-lemah iman." (HR.Muslim


Di bawah ini diletakkan gambar sebenar mahasiswa di dalam bas. Buatlah tafsiran dengan apa yang anda lihat. Dari mata turun ke hati. Tapi sebelum turun ke hati, singgah dulu di otak supaya akal yang Allah kurniakan pada kita dapat berfungsi dengan baik. InsyaAllah~



Wallahu'alam~

Monday, March 14, 2011

Road Tour Iftar Mahabbah Lujnah Kebajikan PMIUTM BEST!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Melangkah kaki ke Kolej Tun Dr Ismail, UTM suasana sangat sunyi. Ada 3 orang muslimin yang sedang ‘teliti’ membasuh beras. Beberapa muslimat yang sedang potong-memotong..hiris-menghiris.

Perubahan Drastik itu Plastik!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…



Perubahan Drastik itu seperti plastik…benarkah? Mungkin ya mungkin tidak….
Setiap apa yang berlaku atas bumi ini diciptakan Allah secara berperingkat…termasuklah perubahan diri daripada yang kurang baik kepada menjadi baik..daripada baik kepada lebih baik.



Namun setelah kita mampu berubah, cabaran yang paling sukar ialah untuk kita ISTIQOMAH (berterusan) dalam perubahan yang baik itu. Kerana itulah kadangkala kita akan kembali kepada diri kita yang sebelum berubah. Itu lumrah manusia. Namun malangnya disebabkan kadangkala kita seperti kita yang ‘dulu’ (sebelum berubah), kita mudah dilabelkan plastik. Haa…dari situlah muncul tajuk Perubahan Drastik itu Plastik……wallahu’alam~

Biar ku taaruf sedikit tentang diri hamba Allah yang seorang ini. Nama diberi…Hamba Allah. Umur…meningkat dewasa. Berasal dari…percantuman sperma & ovum. Menetap di…Bumi Allah. Kini menyambungkan pelajaran dalam kursus…pentarbiyahan dari Allah di Universiti Tarbiyah Manusia.

Ditentukan Allah untuk lahir dari keluarga yang biasa-biasa. Suasana yang biasa-biasa. Segalanya biasa-biasa. Namun dia sedar segala ‘biasa-biasa’ yang diperolehnya itu ialah kurniaan luar biasa dari Allah untuk mentarbiyah dirinya.

Ingin dipendekkan cerita. Perubahannya ke arah menjadi daripada sangat nakal kepada baik sedikit bukanlah satu proses tarbiyah yang mudah. Sekelip mata dibuang rakan. Fitnah menimpa tak berkesudahan. Caci & maki makanan harian. Namun dia masih setia dengan janji Allah padanya..bahawa Allah mengurniakan ganjaran bagi mereka yang bersabar. Tidak diharap syurga sebagai ganjaran kerana dia sedar bahawa dia tidak layak untuk itu namun yang diharap hanyalah redha Allah kepada dirinya.

Perubahannya itu masih tetap diberi nikmat oleh Allah selain ujian yang menguji kesungguhannya. Nikmat itu ialah sahabat. Sahabat yang mengajaknya ke jalan kebaikan. Menyedarkan tentang siapa kita sebagai hamba Allah. Menyedarkan dia daripada terus leka dengan dunia remaja. Banyak lagi yang tak dapat dikongsi kerana nikmat sahabat  itu teramat indah. Kerana itulah kita memerlukan sahabat.

Malangnya…sahabat itu tetap manusia. Datang & pergi dalam hidupnya kerana masing-masing ditentukan Allah ke medan yang berbeza untuk meneruskan perjuangan. Lalu tercampaklah dia jauh dari sahabat-sahabat yang dahulunya hanya sehela nafas jaraknya antara mereka dek eratnya pelukan antara dirinya & mereka.

Hamba Allah yang baru ingin mengenali dunia dari kaca mata Islam yang sebenar itu mula mengalami pergoyahan prinsip diri. Kadangkala dia turut hanyut dengan ujian yang diperoleh Allah. Dia tidak terpengaruh dengan ujian yang datang dari rakan-rakan sekampus yang mengajaknya ke tempat berfoya-foya. Tapi dia amat mudah lemah & mudah terpengaruh dengan ujian yang menimpa keluarganya. Dia mengakui keluarganya ialah kelemahan terbesar dirinya. Jika boleh, dia ingin sahaja menanggung segala dosa yang dilakukan kedua ibu ayahnya. Dia cukup lemah apabila keluarganya ditimpa ujian. Kerana itulah kadangkala semangat berjuangnya juga mudah luntur kerana merasakan dirinya tidak layak berjuang untuk agama.

Namun yang paling menyedihkan hatinya ialah pandangan sahabat-sahabat terhadapnya. Walau apa pun, dia tidak pernah menyalahkan sahabatnya. Setiap kali diri Hamba Allah itu lemah, pasti ada sahabat yang mengatakan “kau hebat orangnya. Cuma aku tengok perubahan kau drastik. Sebab itu kau mudah berubah ladi macam dulu.” Bukan seorang malah lebih sahabat yang mengatakan sebegitu. Ya Allah…meruntun hati Hamba Allah itu dengan respon yang diberikan oleh sahabat-sahabat. BUkan penilaian yang diminta daripada sahabatnya tapi ialah kata-kata semangat. Mereka belum cukup mengenali Hamba Allah itu. Kerana itulah mereka mudah mengatakan perubahan hamba Allah itu drastik. Hakikatnya ialah perubahannya tidak drastik cuma ujian yang ditimpakan padaNya sangat drastik & ujian-ujian itulah yang mentarbiyah dirinya menjadi seseorang yang berubah. Kini dia sedar biarlah dia menjadi dirinya. Kembali kepada fitrah sebagai hamba mencari dirinya yang sebenar mengikut acuan & kehendak Allah atas dirinya.

[p/s: menasihati lebih mudah dari memahami…dalam hatiku cukuplah ada Allah~ wallahu’alam…]

Saturday, March 12, 2011

Berubah Aku Kerana-Mu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...



Ya Allah..
Engkau lebih mengenali diriku…
Engkau lebih tahu siapa aku…
Engkau lebih faham diriku…


Aku tidak ingin mempersoalkn ujian yang Engkau timpakan padaku…
Kerana ku tahu itu semua bukti kasihMu…
Aku tidak ingin terus hanyut bersama ujian & dugaan yang Engkau berikan…
Kerana ku tahu itu semua bukti kesungguhanku padaMu…

Ku akui teramat mudah ku berubah…
Ku akui teramat mudah ku alpa…
Ku akui teramat mudah ku menjadi manusia hilang akal…
Ku akui ku hambaMu yang terhina…

Ya Allah…
Tolong aku..
Aku merayu…
Jangan ujiku dengan ujian yang melemahkan imanku…
Jangan ujiku dengan ujian yang membuatkn menjauhimu…
Jangan ujiku dengan ujian yang menghanyutkan aku…

Ya Allah…
Tolong aku…
Aku merayu..sebenar-benar rayuan…
Walau apa yang terjadi, jangan biar aku menjauhiMu walau kadar sekelip mata…
Walau apa yang terjadi, jangan biar aku alpa dengan hiasan duniaMu…

Ya Allah…
Tolong aku…
Aku sudah tidak sanggup lagi…
Teramat sakit ya Allah..
Aku teramat sakit ya Allah..
Tak tertanggung lagi…

Ya Allah…
Jika hayatku di atas bumiMu ini semata-mata hanya untuk mengundang kemurkaanMu…
Aku redha jika nyawaku Engkau ambil lebih awal dari mereka yang lain…
Kerana aku tidak layak lagi berpijak di bumiMu ini ya Allah…
Aku malu padaMu ya Allah…

Ya Allah…
Aku sedar diri ini tidak layak untuk ke syurgaMu…
Aku jua tak tertanggung dengan azab nerakaMu…
Aku malu untuk memohon tempat di syurgaMu…
Aku tahu akan hancur badanku ditelan panas nerakaMu…

Ya Allah…
Aku hanya harapkan keredhaanMu…
Aku bermohon…
Izinkanlah diriku melihat diriMu di akhirat kelak…
Itulah cita-cita ku ya Rabbi…
Hanya itu yang ku pohon…
Biarpun sekejap..
Asalkan aku dapat menatap diriMu yang ku damba..

Ya Allah…
Di hadapan sekalian hambaMu,
Aku bermohon keampunan padaMu…
Atas segala dosaku..
Sungguh aku tidak layak untuk bergelar hambaMu sekalipun………
Jangan biar aku meninggalkan diriMu………
Hidup matiku keranaMu ya Allah~ :’(

Mudahnya Kau Meluah Kata~

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....



Lelaki…
Dengan mudah lidahmu menyusun kata…..


Siapa nak perempuan entah apa-apa jadi bini. Mesti la nak baik-baik. Walau jahat macam mana pun lelaki tu, mesti la nak perempuan yang baik jadi isteri ..baru boleh didik anak-anak aku..

Ana sangat suka pada muslimah yang ada prinsip dalam hidupnya. Itu dapat menguatkan ana melihat penderitaan yang ditanggung muslimah itu. Ana nak bantu dia sebagai muslim sebab itulah ana selalu mesej dia bertanya adakah segalanya ok-ok saja?

Entah pape lah budak-budak perempuan sekarang ni..kalau gelak memang xingat dunia la..bertepuk tampar dengan laki sesuka hati..xtau malu langsung!

Perempuan…
Dengan simple lidahmu mempersembahkan kata balas……

Perh..mantap mulut ko…ko dah buat aku jadi macam ni senang-senang je ko cakap yang ko nak baik-baik..pe ko ingat perempuan xnak ke suami yang baik-baik untuk bimbing anak-anak diorang? Ko ingat ko tu dah baik sangat la nak dapat yang baik-baik?? Kalau ko baik sangat, datang lah jumpa mak ayah aku gentle bagitau diorang yang ko nak wat aku jadi bini ko…lelaki, ko tau x ko yang rosakkan kami kaum perempuan pastu senang je ko cakap ko nak yang baik-baik..aku nak tanya la ada lagi ke perempuan yang baik-baik kalau semua jenis perempuan ko nak bedal?fikir la der~

Ustaz..ko nak ana enti dgn aku. Konon baik lah mesej aku tiap-tiap hari tanya khabar bagai..Eh, penting ke semua tu? Aku bukan bini ko la..kalau ko tu betul-betul menjaga ikhtilat, xpayah de nak mesej-mesej aku benda yang tak penting langsung tu..senang je ko guna ko risaukan aku sebagai muslim..kalau ko risau sangat orang lain sebagai muslim,pergilah tolong Palestin tu…rimas aku..ko ingat aku xtahu ke adab-adab dalam perhubungan sesama Islam? Jangan cemarkan nama baik ustaz la der..fikir la der~

Eh, mamat! Baguslah ko prihatin…tau plak ko xsuka tengok kan?? Yang ko pun join sekaki pergi tengok sapa suruh?haha kalau ko hebat sangat, bila ko nampak aku gelak macam tu ko terus la tegur…xde guna la der lu nak banyak bunyi plak kat belakang…ko tu lelaki..tunjuk la sikit yang ko tu mampu memimpin..jangan tunjuk yang ko tu macam Mak Joyah plak..tau bising, tau kutuk, tau hina tapi xpernah tahu nak tegur baik-baik..fikir la der~

[p/s : diakui yang tulisan ni amat kontroversi..hehe tak kisah la perempuan lelaki semua sama..kalau dah buat salah memang 2 2 terlibat..kalau sorang usha & sorang tak melayan memang tak menjadi der kan? Papehal pun kalau dah tau buat salah tu BERTAUBAT LAH..dosa dengan Allah memang Allah Maha Pengampun nak ampunkan dosa hambaNya yang bertaubat tapi kalau sesama manusia tak semudah itu sebab manusia itu sendiri berhati keras..kalau hati lembut, mesti semua akan ikut je perintah Allah..takkan ada yang mengundang kemurkaan Allah..muhasabah diri..muhasabah diri..muhasabah diri..kasih dari Allah tak pernah putus untuk kita..tapi kita yang sering menjauhi Allah atas dasar kesombongan diri..huhu diri ini MEMOHON SEJUTA KEMAAFAN KPD SEMUA PIHAK..MAAF DUNIA AKHIRAT~ ]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...