Saturday, February 19, 2011

Budak Usrah Budak Baik (Kononnya)~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Usrah??? Apa tu usrah?
keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwah Islamiyah



Usrah tu untuk apa?
-          Tingkat dan mantapkan kefahaman tentang ajaran Islam yang syumul
-          Kukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan bertindak secara berjemaah
-          Tambahkan penghayatan Islam dan lahirkan rasa tanggungjawab terhadap islam
-          Bentuk satu generasi yang benar- benar memahami Islam, beramal dengannya serta bersedia memperjuangkannya

Ee..mesti payah kan? Xlah! Sbb 3 benda je yg perlu ada dlm usrah…
1. taa’ruf : kenal
2. Tafahum : faham
3. takaful : melengkapi

Apa yg ada dlm usrah?
1. tazkirah
2. kongsi masalah
3. iktikaf, qiam
4. tabung
5. muhasabah
6. ziarah
7. riadah

Nilai teras usrah :
1. kasih sayang
2. ukhwah
3. budaya ilmu
4. pesan-pesan/nasihat-menasihati
5. kerjasama

Apa kesan usrah tu? Kompem jadi baik la ni erk..hehe
1.          Memantapkan hubungan silaturrahim dan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan para ahli Usrah.
2.         Mengukuhkan pemahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh serta merangsang perlaksanaan Islam secara amali di kalangan para ahli Usrah.
3.         Mewujudkan budaya kerja secara kolektif (teamwork) di kalangan para ahli usrah
4.         Melahirkan ahli Usrah yang berkemahiran dan kemahuan dalam melaksanakan misi dakwah melalui pelbagai pendedahan yang diperolehi sepanjang bersama dalam Usrah.
5.         Melahirkan ahli Usrah yang meyakini bahawa Islam adalah cara hidup dan meyakini bahawa masa depan dunia adalah bersama Islam (al Mustaqbal li hadza ad din).


Wallahu'alam~


Sanggupkah dikau menjadi Suamiku~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..


Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri,  aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..
Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..wallahu'alam~

Sunday, February 13, 2011

Ada Hati Nak Dakwah Orang Konon!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Di tengah petang..Bob sedang bermain bersama kawan-kawan yg lain..main futsal je..datang Pocoyo si comel menyapa.


Pocoyo: Salam bob!
Bob : eh..pocoyo..kau nak suruh aku bla dari sini ke apa?
Pocoyo: kenapa kau cakap macam tu?
Bob: kalau bagi salam macam tu maksudnya untuk selamat tinggal..haa
Pocoyo: Habis tu nak bagi salam macam mana?
Bob : sekurang-kurangnya bagi lah ‘As Salam’..tu yang paling ringkas..
Pocoyo: Owh..as salam bob..baru tau ni..hehe
Bob : waalaikumussalam w.b.t pocoyo..takpelah..bila dah tahu tu, amalkanlah..

Datang Giant menyampuk…

Giant : Oi Bob! Eh..silap Ustaz Bob..
Bob : erk..terperanjat aku..kau ni kenapa? Tetiba je woi-woi..cubalah bagi salam ke..
Giant : eh..silap plak jumpa ustaz kan..Assalamualaikum..
Bob : eh..macam tu plak..waalaikumussalam warahmatullah..
Giant : aku dengar cite kau dah jadi pendakwah sekarang..ustaz la senang cerita..
Bob : Eh..tak la..biasa-biasa je..
Giant : Kiranya kau dah jadi orang hebat la sekarang ni?hahahaha
Bob : ……… (Bob membisu..hanya mampu tersenyum..dia tahu Giant sedang ‘perli’..Alhamdulillah terucap dalam hatinya)

Giant terus berlalu pergi..

Pocoyo : Bob..kau daie(pendakwah) la ni ye?
Bob : Kita semua pendakwah la pocoyo.
Pocoyo : Eh..aku tak la..kenapa kau cakap kita semua pendakwah?
Bob : Sebab..hukum berdakwah itu wajib atas semua orang..sebab berdakwah tu untuk mengajak orang ke jalan yang benar..jalan yang mentaati Allah..dalilnya…

“Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya, maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya, maka ia adalah selemah-lemah iman.”
[Hadith Riwayat Al-Tirmizi]

Pocoyo : Tapi aku rasa tak layak la..diri aku pun terkontang-kanting..nak dakwah orang..hehe
Bob : Sebab kau masih terkontang-kanting la kau kena berdakwah..semoga kau dapat meluruskan diri kau..berdakwah pada diri pun dikira dakwah..
Pocoyo : Macam mana nak berdakwah pada diri?
Bob : Mujahadah melawan nafsu..untuk ikut suruhan Allah & tinggal larangan-Nya..benda itu bukan mudah..sebab tu kita kena kuat..
Pocoyo : Kenapa kita kena berdakwah? Tak cukup ke ustazah-ustazah..ustaz-ustaz kat sekolah tu?
Bob :  Lawak la soalan kau..hehe asal bab-bab agama je mesti nak kaitkan dengan ustaz,ustazah kan? Salah konsep tu..kita kena berdakwah sebab….

Yang pertama…kita nak tegakkan agama Allah..agama Islam..kalau bukan kita yang tegakkan, nak tunggu siapa lagi? Takkan yahudi pulak kan?
Yang kedua…kita nak selamatkan ummah kita..sebab berdakwah itu juga maksudnya mengajak ke arah kebaikan..mencegah kemungkaran..sebab bila Allah dah murka, Allah boleh timpakan balasan kepada semua orang..tak kisahlah beriman atau tak..macam Tsunami di Acheh tu..semua orang rasa..
Yang ketiga..kita nak perangi golongan munafik..golongan ini bahaya kerana ia berpura-pura..tapi mereka tetap hamba Allah..
Yang keempat..kita nak mewarisi jalan Rasulullah SAW..hidup baginda hanya dihabiskan untuk berdakwah..hebatnya baginda dalam berdakwah..kalau baginda tak berdakwah, mungkin sekarang kau ialah Buddha & aku ialah hindu..yang pasti kita bukan orang islam..huhu sebab tu kia kena berdakwah supaya islam itu jua dapat diwarisi oleh generasi yang kemudian..kesian pada mereka jika tak kenal apa itu islam..

Pocoyo : tapi aku perasan kadang-kadang pendakwah pun suka nak hina-hina orang..mulut macam longkang la senang crite..
Bob : Amboi kau..macam longkang ye..hehe sebenarnya kita tak boleh hina orang..hina sahabat pun tak boleh..memang sahabat kita ada buat dosa..sebagai contoh, dia rajin beribadat tapi couple..kita jangan hina dia macam-macam sebab yang cipta dia ialah Allah..jika kita hina dia, bermakna kita menghina ciptaan Allah..& sama lah ertinya kita menghina Allah..nauzubillah~

Kita jangan menilai keburukan seseorang tu..jika dia ada buat kebaikan, kita doakan semoga dia istiqomah..jika dia ada wat maksiat, kita tengok diri kita balik..muhasabah diri dulu..ada tak kita buat maksiat sama macam maksiat yang dia buat? Kalau ada, kita ubah diri kita dulu..then baru ubah orang lain..sebagai pendakwah kita kena banyak berlapang dada & berprasangka baik..kerana kita semua lemah..sebab tu kadang-kadang dakwah tu tak menjadi sebab pantang tengok orang wat salah terus nak caci, nak perli..kalau macam tu, macam mana la orang yang nak didakwahkan boleh terima cara kita..dia bukan malaikat suci dari dosa kan..sebab tu ada turun naiknya..iman kita ni sebagai pendakwah pun bila-bila masa je Allah boleh tarik..haa

{P/s : walaupun pada hakikatnya kita ialah manusia..namun, janganlah jadi manusia biasa..kerana manusia biasa itu ialah manusia yang biasa-biasa..kita cuba jadi manusia luar biasa..pupuk diri dengan rasa kehambaan pada Allah..hamba Allah ialah mereka yang sedar hakikat diri mereka hina..mereka bukan malaikat yang suci dari dosa..jua bukan syaitan yang bahagia dalam dosa..tapi mereka ialah insan yang berusaha untuk mengelakkan diri dari melakukan dosa..jika sudak melakukan dosa, mereka akan bertaubat kepadaNya kerana walau sebesar mana pun dosa hamba itu, Allah yg Maha Pengampun & Maha Penerima Taubat tentu akan mengampunkannya..itu janji Allah..sama-samalah kita mengubah diri & keadaan sekeliling..insyaAllah..perlahan-perlahan..mujahadah utk berdakwah perlu seiring dengan muhasabah diri..wallahu’alam~}

Wednesday, February 9, 2011

Surat Untuk Adik

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Dulu kau tak di inginkan dalam keluarga
Dulu kelahiranmu ke dunia penuh bahaya
Pilihan hanya sama ada ibu atau dirimu yang selamat
Seringku berdoa pada-Nya agar segalanya selamat walau hati ini lebih menginginkan ibu yang selamat…


Kemudian lahirlah dirimu melihat dunia
Masih merah lembut dirimu
Alhamdulillah semua selamat
Ternyata Allah sayang kita semua rupanya

Kau membesar dalam jagaan ibu
Hampir kau mati dilemaskan kakakmu
Kakak yang cemburu padamu
Selamat ibu sempat menghalang

Kau membesar dalam jagaan
Semakin membesar, semakin seperti ‘anak jantan’
Dengan kakakmu kau tidak ‘ngam’
Walaupun nyata kau jua perempuan

Kau kuat main
Kau kuat marah
Kau kuat gelak
Kau agak senget

Semakin lama kau makin kenal dunia
Ku ajak kau solat, liat
Ku ajak kau jadi baik, sekejap mampu kau tahan
Bukan salahmu kerana kau masih budak

Seliat dirimu, masih jua kau ingin solat berjemaah denganku
Ku ajar caranya, kau mengikut
Kelakar teletahmu
Penuh kesabaran menahan gelak melihatmu yang ‘slumber’

Tapi hidayah Allah datang
Nyata sungguh hidayah itu memang milik-Nya
Hanya untuk orang terpilih
Mak, adik nak pakai tudung la mak

Alhamdulillah berkat doa mereka yang menyayangimu
Sungguh kau ayu dalam tudungmu adik
Mak, tudung ni kecik..tak tutup dada adik pun..
Kau lebih pilih yang menutup dari yang cantik

Kakyang..pinjam sarung tangan..
Aku senyum tanda teramat gembira
Kau bijak meminta tanpa ku menyuruh
Kerana ku sedar kau masih budak

Akak, stoking kau lagi satu mana? Adik nak pinjam..
Kakak-kakakmu amat suka
Kerana adik dah pandai sekarang
Pandai mengikut syariat-Nya

Kakak tak pernah minta adik pakai tudung,
Tak pernah minta adik pakai sarung tangan,
Tak pernah minta adik pakai stoking,
Tak pernah minta adik menutup aurat sehebat itu di usia kecilmu.

Tapi dirimu bijak menjaga diri sejak kecil
Kakak malu denganmu adik
Kerana kau terlalu menjaga
Kau juga berani bersuara mengingatkan kakakmu yang kekadang terleka

Tapi susah untukku sentiasa bersama tika di luar rumah
Kerana mulutmu yang susah nak diam
Bukan salah mulutmu
Kerana apa yang keluar darinya ialah dari mata yang melihat

Kakyang..makcik tu tak pakai stokin
Kakyang..kakak tu tak tutup aurat..baju lengan pendek
Kakyang..baju orang tu ketat..tak tutup aurat
Bermacam lagi kata sehingga ku harus mencipta pelbagai alasan membalasnya

Namun adik..
Ada perkara yang lebih sedih kakakmu tangiskan
Tangisan yang tak pernah kau nampak
Tangisan dibalik ketegasan seorang kakak

Mak..adik nak barang tu..boleh la mak..
Ah..tak boleh! Membazir je..
Cepat ku halang..
Pelbagai lagi permintaanmu kakak halang hingga kakak dapat gelaran ‘garang’.

Adik…kakak kasihan melihat dirimu tak seuntung kakak
Dulu kakak dilimpahi dengan penuh kasih sayang
Semua yang kakak inginkan, kakak dapat
Barang kakak mesti sentiasa baru

Tapi dirimu…
Segalanya tidak boleh ku berikan
Bukan sengaja tapi terpaksa
Kerana keluarga kita dulu & sekarang nyata berbeza

Ada ketika kau lebih memahami
Setiap tangisan ibu
Kakak perasan hatimu makin keras
Mungkin kerana masalah yang melanda

Adik…jangan kau keraskan hatimu sayang
Kerana dia tetap yang perlu kau hormati
Kau masih kecil adikku
Kakak takut kelak keras hati itu akan menjadi benci

Adik…kau cepat matang
Itu takkan dapat kakak nafikan
Mungkin kerana dari sebelum kau lahir hingga kini
Kau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian-Nya

Adik…kakak takut dirimu dewasa
Kerana takut kau tidak mampu
Berhadapan dengan hakikat sebenar
Tentang apa yang berlaku tak seindah tawa kecilmu

Adik..jaga dirimu sebaiknya
Kakak sayang adik
Segala janji kakak padamu akan kakak tunaikan
Cuma mungkin tidak secepat yang disangka


Belajarlah mengenali dunia dengan mata hati sebagai hamba Allah wahai sayangku…
Sentiasalah engkau di sisi ibu kerana kau amat disayanginya..
Doa-doa kami sentiasa mengiringi usiamu…
Semoga kau sejahtera dunia akhirat~

8/2/11
Nukilan kakak-kakakmu yang menyayangimu
Khas untuk hari kelahiranmu yang ke-8
~Nur Aqilah Fatihah bt Zainudin~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...