Sunday, January 30, 2011

Budak sekolah AGAMA??!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Tom : Assalamualaikum Jerry. Comelnya kau berbaju melayu. Nak pergi mana?
Jerry : Solat Jumaat la der…lagi mahu tanya ke? Hari ni kan hari jumaat.
Tom : Eh..aku tanya elok-elok la..huhu
Jerry : Tak yah nak tunjuk baik la…



Setelah selesai solat jumaat, mereka pun berjalan pulang.

Tom : Eh..tadi kau datang solat jumaat naik apa?
Jerry : Motor la der..
Tom : Eh..bukan ke lebih baik kita jalan kaki ke masjid? Saidina Umar dulu disebabkan terlalu inginkan pahala ke masjid, langkahnya dipendek-pendekkan ke masjid..
Jerry : Eh..tak payah nak tunjuk pandai la..aku tahu la semua tu..aku ni sekolah kat sekolah agama..tak macam kau sekolah biasa je..sekolah yang polis aim kan?haha
Tom : Owh..takpelah..hati-hati jalan..assalamualaikum..

Di suatu petang berhampiran court sepak takraw.

Tom : Assalamualaikum jerry!
Jerry : Aduh, kau lagi ke? Waalaikumussalam~
Tom : Kau main takraw jugak ke?
Jerry : Yela..kau ingat aku ni pe?
Tom : Aku tanya je..erm..kau pakai seluar pendek je ke? Atas lutut plak tu..singkat sangat ni..huhu
Jerry : Da tu kau nak aku main pakai tracksuit panjang macam kau tu ke? Dah macam sarung guni aku tengok..haha

Tom membuka seluar panjangnya. Ternyata seluar pendek Tom tidaklah terlalu pendek & Tom juga memakai seluar tight di bahagian dalamnya.

Tom  : Aurat lelaki kan dari paras pusat hingga lutut. Seluar kau tu dah singkat sangat.
Jerry : Dah! Aku lebih tahu dari kau lah semua benda tu..ingat la sikit aku budak sekolah agama!
Tom : Erm..yela..

Jam menunjukkan 6.50 petang.

Tom : Jerry, jom balik..kejap lagi dah nak maghrib.
Jerry : Lambat lagi lah maghrib.
Tom : Jom la balik. Boleh bersiap awal nak ke masjid solat berjemaah.
Jerry : Adoy kau ni! Malas r aku. Game tengah syok ni. Kacau lah kau.
Tom : Jom la..kan lebih baik kita bersiap awal untuk maghrib. Nanti boleh jalan kaki ke masjid.
Jerry : Blah la..aku tahu la semua tu..malas r nak ulang banyak kali yang aku ni budak sekolah agama!
Tom : Hmm..yela..

Jumaat kali ini mereka bertemu lagi…

Jerry : Eh..lupa  nak bagi salam kat aku ke?
Tom : Kalau aku lupa, kau tu tak reti nak mulakan dulu bagi salam ke?
Jerry : Eh..
Tom : Assalamualaikum Ustaz Jerry..
Jerry : Eh..ustaz? waalaikumussalam…
Tom : Kau kan budak sekolah agama.
Jerry : Kau ada masalah dengan aku ke?
Tom : Aku rasa kau yang macam ada benda tak settle  dengan aku kan? Asal aku buat something, mesti kau nak cakap aku tunjuk baik, tunjuk pandai. So, aku rasa dah tak perlu nak cakap pape dah kat kau. Semua benda kau dah tahu. Kau kan budak sekolah agama.
Jerry : Eh kau ni..memang cari nahas ni!
Tom : Hari tu aku nampak kau keluar date dengan awek kau kan? Masuk wayang pegang tangan. Dalam wayang, aku tak tahulah. Kau kan budak sekolah agama.
Jerry : Err..huhu~
Tom : Takkan kau tak hafaz lagi surah An-Nur ayat 30-31? Kau kan budak sekolah agama.
Jerry : Err..
Tom : Takpelah..kau dah hafaz 1 Al-Quran kot sampai dah terkeliru dah dengan ayat mana yang aku maksudkan. Erm..ayat ni…

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur [24]: 30-31)

Tom : Kau dengar sini..kau tu budak sekolah agama. Banyak kali kau ingatkan aku yang kau tu budak sekolah agama kan? Kira kau dah berbangga sangat dengan sekolah kau tu. Kau tahu tak semakin kau berbangga & mendedahkan diri sebagai budak sekolah agama, semakin kau memalukan diri kau sendiri?
Jerry : Kenapa plak?
Tom : Kau buat macam-macam kesalahan. Dalam masa seminggu aku jumpa kau ni, pelbagai kesalahan & dosa yang kau dah buat. Bila aku tegur atas sebab nasihat-menasihati sesama muslim, kau mesti sound aku balik kan? Kau tu budak sekolah agama. Sepatutnya kau tunjukkan teladan baik sebab Allah dah bagi kelebihan kat kau untuk dapat lebih ilmu agama berbanding yang lain tapi kau lebih teruk dari orang yang takde ilmu agama yang kuat. Aku sedar diri aku tak sehebat budak sekolah agama macam kau tapi sekurang-kurangnya aku sedar siapa aku. Hanya hamba Allah yang biasa dan terlalu hina. Disebabkan aku sedar yang aku ni hina & masih terlalu lemah, sekurang-kurangnya aku berusaha cari ilmu agama..cuba amalkan..aku tahu kau lebih arif dari aku dalam segala hal..cuma aku nak pesan, jangan sampai 1 hari nanti..Allah tenggelamkan kau dalam neraka beserta ilmu-ilmu hebat yang kau ada..amat kasihan kalau pejuang agama yang menjadi bahan bakar api neraka..nauzubillah~
Aku gerak dulu..aku minta maaf atas segalanya..assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~
Jerry : Waalaikumussalam…

Jerry tertunduk malu dengan dirinya sendiri kerana kelebihannya mendapatkan ilmu agama tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Pelbagai perkara yang dia tahu tapi tiada yang diamalkan..jom muhasabah diri..salinglah kita ingat-mengingati 1 sama lain. Kita takkan terlepas dari melakukan dosa namun jangan dibiarkan diri terus hanyut dalam dosa. Muhasabah & mujahadah!
Wallahu’alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...