Saturday, January 1, 2011

2010 Pengajaran 2011 Pembaharuan

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Tahun 2010 sememangnya tahun yang bermakna dalam hidupku.
19 tahun diizinkan Allah SWT untuk mendiami bumiNya dalam nikmat Iman & Islam.
Mari imbas peristiwa penting 2010 :


1. Matrikulasi Sem 2 – Nikmat sahabat & perjuangan
2. Result PSPM yang tak teruk bagiku.
3. Ujian Allah yang amat hebat [kejujuran + perihal manusia bertalam-talam]
4. Hampir putus asa untuk belajar kerana tiada wang untuk sambung.
5. Melakar sejarah baru di Universiti Tarbiyah Manusia (UTM)

Banyak lagi yang berlaku. Yang pasti sejak dilahirkan hingga akhir hayat kita sentiasa dalam proses tarbiyah (didikan berterusan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT).

Memang kita tak sedar segala tu. Betul ke segalanya tarbiyah??

Aku tergelak-gelak dengan member-member sampai boleh pecah perut. Tarbiyah ke tu?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT menguji dirimu apakah engkau akan mengingatiNya tika terbahak-bahak dirimu tergelak di dunia ini?

Aku bergaduh dengan mak sebab mak macam tak faham pula jiwa remaja aku nak tengok wayang dengan kawan-kawan. Tarbiyah ke tu?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT menguji dirimu apakah engkau ingin melanggar perintahNya iaitu mentaati kedua ibu bapamu selagi mereka tidak menyuruh kepada kemungkaran?

Aku rasa aku dah selesa dengan hidup sekarang. Bebas buat apa yang aku suka. Bebas posing dalam FB dari bertudung tak bertudung, dari menutup hingga mendedah. Yang pasti aku bahagia jadi diri aku sendiri sekarang. Tarbiyah ke tu?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT menguji dirimu dengan rasa ‘kebahagiaan’ itu kerana yang pasti dirimu akan dibalas dengan ‘azab’ jika tidak bertaubat. Adakah engkau jua ingin menguji kekuasaan Allah SWT (seolah-olah mencabar Allah SWT) ? Adakah engkau lupa bagaimana kaum terdahulu dimusnahkan Allah SWT sekelip mata?

Aku rasa bahagia sangat dengan my cyg. Setiap hari kitorang akan mesej + calling + lepas rindu. Aku sayang sangat kat dia. Tapi kadang-kadang geram dengan perangai dia..huhu sayang b sampai mati.. =) Tarbiyah ke tu?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT menguji iman kamu dimanakah kamu meletakkan cintamu pada Allah SWT yang mencipta & sentiasa mengasihi kamu? Apakah cintaMu pada Allah itu wujud jika engkau terlalu mengagungkan kasih dari manusia semata?

Aku masih rindu dengan ex-aku. Amat rindu, saya minta maaf atas segalanya awk. saya amat sayangkan awk. Itu tarbiyah ke?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT mengujimu mengapakah engkau lebih khuatirkan jika ‘my cyg tiada, hidup aku tak bermakna.’ Daripada ‘jika kasih Allah SWT tiada untukku, pasti aku dibiarkan’?
Mengapa perlu dikenang ‘ex’-mu? Mengapa terlalu seperti mendambakan kasih ‘ex’-mu? Lupakah pada nikmat yang Allah SWT walaupun dirimu sering melupakan Allah SWT?? Mengapa tidak mendambakan kasih Allah SWT sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untukmu?

Family saya dah mula start solat penuh 5 waktu. Nanti-nantilah aku solat. Itu tarbiyah ke?haa..”
Itu tarbiyah sayang...Allah SWT mengujimu sehingga bila engkau ingin menafikan hak Allah SWT untuk disembah kerana sesungguhnya solat itu adalah waktu eksklusif antara dirimu dengan Penciptamu?

Ingat! Setiap hela nafas kita ini milik Allah SWT. Setiap apa yang kita lakukan akan disoal di akhirat kelak. Setiap apa yang berlaku sentiasa dalam pengetahun & pemerhatian dari Allah SWT. Setiap apa yang berlaku itu jua tarbiyah dari Allah SWT untuk hambaNya sebagai tanda kasihNya pada kita, jua sebagai bukti yang Allah SWT tidak pernah lupa pada kita.. Semoga tahun baru 1432 HIJRAH & 2011 masihi ini, kita kembali kepada fitrah kita sebagai hamba Allah SWT..sekurang-kurangnya usaha ke arah itu kerana Allah SWT melihat usaha bukan hasilnya. Chaiyok2! :D 

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu’alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...