Monday, January 31, 2011

Bila budak jahat berubah jadi BAIK + JAHAT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Cici datangnya dari keluarga yang porak peranda. Ibu bapanya bercerai.

Dia mempunyai adik-adik hasil dari perbuatan terkutuk iaitu zina. Walaupun begitu, Cici masih lagi terpelihara dalam kebaikan. Auratnya terjaga walau sekadar menutup & tidak longgar namun kakinya masih tidak ditutup.Pelik baginya untuk memakai stoking. Cici masih lagi diberi kelebihan oleh Allah dengan tahap kebijaksanaannya yang membolehkan dirinya berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kawan-kawan di Institut pengajian tinggi awam. 3 tahun melanjutkan pelajaran ke salah sebuah pusat pengajian awam sebagai pelajar diploma sains. Akhirnya, dengan izin Allah Cici mampu bergelar pelajar lepasan diploma dengan keputusan yang agak baik.

   Masalah kewangan yang dihadapi Cici mula melemahkan semangatnya untuk melanjutkan pelajaran. Yuran berpuluh ribu yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah menyesakkan dadanya. Mengenangkan kesusahan yang ditanggung oleh keluarganya, adik-adik yang makan tidak menentu, ibu bapa yang selalu bertelagah, & pelbagai lagi tekanan yang dihadapinya menyebabkan dia terasa berat hati untuk melanjutkan pelajaran.

   Ketika bergelar pelajar diploma, Cici sempat bersama kawan-kawan yang membimbingnya menjadi seorang yang lebih baik. Cici berubah daripada berpakaian ketat kepada longgar, terdedah kepada menyarung stokin, tudung bawal kepada tudung besar & seterusnya labuh. Cici bahagia. Namun, perubahan itu menyakitkan Cici kerana dia sedar mujahadah itu payah kerana Jannah itu indah. Tidak sampai setahun bersama kawan-kawan yang membimbing, Cici telah pun tamat belajar sebagai pelajar diploma & Cici kembali ke rumah. Kembali menerima hakikat bahawa dia datang dari suasana yang hina.

   Cici kembali bertemu rakan-rakannya. Prinsip dirinya sudah semakin luntur. Cici tidak pernah menyalahkan takdir yang menimpa keluarganya. Cici redha. Walau seteruk & sehina mana sekalipun keluarganya, mereka tetap keluarga Cici.

Mak, Cici ada kenal seorang mamat ni mak. Dia baik sangat mak.
Mak ayah dia kerja apa?
Cikgu mak..kakak dia doctor..
Cici mampu ke dengan dia? Keluarga kita tak macam orang lain Cici..orang lain nampak kita ok je ci..tapi hakikatnya Allah je tahu..mak, cici, & adik masih lagi mendirikan solat pun da cukup membahagiakan mak. Mak tahu cici mesti nak lelaki yang baik bimbing Cici tapi suatu hari nanti cici akan rasa segan dengan mereka tu nak..
Ye mak..

   Memang cici sedar dirinya tak layak untuk insan sebaik lelaki itu. Cici meneruskan hidupnya seperti biasa. Hidupnya yang biasa…walau setiap hari dia merintih, namun hidupnya tetap biasa…tetap biasa…sejak kehidupan Cici berubah menjadi seperti biasa, Cici semakin jauh dari kawan-kawan yang pernah membimbingnya. Kawan-kawan juga mulai memandang serong melihat perubahan dirinya yang kea rah semakin biasa. Pelbagai post yang menyedihkan hati Cici dibaca dari wall kawan-kawannya. Cici mengharapkan doa dari kawan-kawannya, bukannya sindiran yang semakin menjauhkan dirinya dari kebaikan. Cici hanyalah manusia biasa yang datangnya dari suasana yang tidak seindah kawan-kawannya. Namun Cici tidak pernah menyalahkan kawan-kawannya atas segala pandangan serong tersebut.

Cici menitipkan surat untuk kawan-kawannya…

Awak..terima kasih sebab awak banyak ajar saya benda baik. Tapi saya tak betul-betul kuat untuk kekalkan apa yang baik. Suasana di sekeliling saya tidak dapat kuatkan saya. Awk beruntung sangat sebab jika awak tak solat, ada orang yang marah awak & ingatkan awak. Halal haram makanan awak pun terjaga, tu sebab doa awak pun makbul. Tak macam doa saya. Tak termakbul-makbul. Sedangkan saya tak minta pun diri ini menjadi bahan bakar api neraka dek mengalirnya makanan haram dalam badan saya ni. Awak beruntung lah kerana awak tak macam saya. Saya ada ramai adik tapi tak ramai yang soleh solehah..sedangkan saya pun tak solehah. Awak beruntung kerana awak memang dah dididik dengan Islam sejak kecil. Saya dididik dengan cara hidup semasa. Adik-adik saya lagi lah jauh dari Islam. Awak beruntung kerana awak ialah lelaki. Jika awak soleh, awak berkuasa untuk mensolehkan orang di sekeliling awak kerana memang hakikatnya lelaki itu pemimpin. Tak macam saya. Jika saya mensolehahkan diri, saya balik yang dipersoalkan oleh adik-adik lelaki saya yang sepatutnya memimpin. Jadi segalanya terbantut. Sukar…namun saya tidak menyalahkan takdir & tidak mengatakan bahawa segala yang berlaku di sekeliling saya ini sebagai puncanya kerana saya sedar saya masih boleh berusaha untuk menjadi lebih baik. Walau apa yang terjadi saya bersyukur dapat mengenali awak & kawan-kawan yang lain. Sampaikan salam saya pada mereka~

   Sejak itu, Cici sedar hakikat dirinya & semakin menjauhkan diri dari kawan-kawannya. Hinggalah Cici benar-benar senyap tanpa berita~

Jika seseorang yang hadir dalam hidup anda dan menjadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang- kurannya dia pernah membahagiakan anda.  Jika seseorang itu hadir kepadamu dalam keadaan dia berubah menjadi lebih baik dan hebat pada pandangan mata kamu, tetapi atas sebab tertentu dia semakin jauh dari kebaikan dirinya..terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya cubalah memahami dirinya dan mendoakannya bukan menghukum dirinya dengan kata-kata kerana mungkin kamu tidak tahu segala apa yang dilaluinya kerana bukan kamu yang sentiasa di sisinya. Jangan sentiasa mengharapkan yang terbaik dari dirinya kerana dia insan biasa yang tidak seuntung kamu…wallahu’alam~

~Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba yang diredhai-Nya~

Sunday, January 30, 2011

Budak sekolah AGAMA??!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Tom : Assalamualaikum Jerry. Comelnya kau berbaju melayu. Nak pergi mana?
Jerry : Solat Jumaat la der…lagi mahu tanya ke? Hari ni kan hari jumaat.
Tom : Eh..aku tanya elok-elok la..huhu
Jerry : Tak yah nak tunjuk baik la…



Setelah selesai solat jumaat, mereka pun berjalan pulang.

Tom : Eh..tadi kau datang solat jumaat naik apa?
Jerry : Motor la der..
Tom : Eh..bukan ke lebih baik kita jalan kaki ke masjid? Saidina Umar dulu disebabkan terlalu inginkan pahala ke masjid, langkahnya dipendek-pendekkan ke masjid..
Jerry : Eh..tak payah nak tunjuk pandai la..aku tahu la semua tu..aku ni sekolah kat sekolah agama..tak macam kau sekolah biasa je..sekolah yang polis aim kan?haha
Tom : Owh..takpelah..hati-hati jalan..assalamualaikum..

Di suatu petang berhampiran court sepak takraw.

Tom : Assalamualaikum jerry!
Jerry : Aduh, kau lagi ke? Waalaikumussalam~
Tom : Kau main takraw jugak ke?
Jerry : Yela..kau ingat aku ni pe?
Tom : Aku tanya je..erm..kau pakai seluar pendek je ke? Atas lutut plak tu..singkat sangat ni..huhu
Jerry : Da tu kau nak aku main pakai tracksuit panjang macam kau tu ke? Dah macam sarung guni aku tengok..haha

Tom membuka seluar panjangnya. Ternyata seluar pendek Tom tidaklah terlalu pendek & Tom juga memakai seluar tight di bahagian dalamnya.

Tom  : Aurat lelaki kan dari paras pusat hingga lutut. Seluar kau tu dah singkat sangat.
Jerry : Dah! Aku lebih tahu dari kau lah semua benda tu..ingat la sikit aku budak sekolah agama!
Tom : Erm..yela..

Jam menunjukkan 6.50 petang.

Tom : Jerry, jom balik..kejap lagi dah nak maghrib.
Jerry : Lambat lagi lah maghrib.
Tom : Jom la balik. Boleh bersiap awal nak ke masjid solat berjemaah.
Jerry : Adoy kau ni! Malas r aku. Game tengah syok ni. Kacau lah kau.
Tom : Jom la..kan lebih baik kita bersiap awal untuk maghrib. Nanti boleh jalan kaki ke masjid.
Jerry : Blah la..aku tahu la semua tu..malas r nak ulang banyak kali yang aku ni budak sekolah agama!
Tom : Hmm..yela..

Jumaat kali ini mereka bertemu lagi…

Jerry : Eh..lupa  nak bagi salam kat aku ke?
Tom : Kalau aku lupa, kau tu tak reti nak mulakan dulu bagi salam ke?
Jerry : Eh..
Tom : Assalamualaikum Ustaz Jerry..
Jerry : Eh..ustaz? waalaikumussalam…
Tom : Kau kan budak sekolah agama.
Jerry : Kau ada masalah dengan aku ke?
Tom : Aku rasa kau yang macam ada benda tak settle  dengan aku kan? Asal aku buat something, mesti kau nak cakap aku tunjuk baik, tunjuk pandai. So, aku rasa dah tak perlu nak cakap pape dah kat kau. Semua benda kau dah tahu. Kau kan budak sekolah agama.
Jerry : Eh kau ni..memang cari nahas ni!
Tom : Hari tu aku nampak kau keluar date dengan awek kau kan? Masuk wayang pegang tangan. Dalam wayang, aku tak tahulah. Kau kan budak sekolah agama.
Jerry : Err..huhu~
Tom : Takkan kau tak hafaz lagi surah An-Nur ayat 30-31? Kau kan budak sekolah agama.
Jerry : Err..
Tom : Takpelah..kau dah hafaz 1 Al-Quran kot sampai dah terkeliru dah dengan ayat mana yang aku maksudkan. Erm..ayat ni…

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur [24]: 30-31)

Tom : Kau dengar sini..kau tu budak sekolah agama. Banyak kali kau ingatkan aku yang kau tu budak sekolah agama kan? Kira kau dah berbangga sangat dengan sekolah kau tu. Kau tahu tak semakin kau berbangga & mendedahkan diri sebagai budak sekolah agama, semakin kau memalukan diri kau sendiri?
Jerry : Kenapa plak?
Tom : Kau buat macam-macam kesalahan. Dalam masa seminggu aku jumpa kau ni, pelbagai kesalahan & dosa yang kau dah buat. Bila aku tegur atas sebab nasihat-menasihati sesama muslim, kau mesti sound aku balik kan? Kau tu budak sekolah agama. Sepatutnya kau tunjukkan teladan baik sebab Allah dah bagi kelebihan kat kau untuk dapat lebih ilmu agama berbanding yang lain tapi kau lebih teruk dari orang yang takde ilmu agama yang kuat. Aku sedar diri aku tak sehebat budak sekolah agama macam kau tapi sekurang-kurangnya aku sedar siapa aku. Hanya hamba Allah yang biasa dan terlalu hina. Disebabkan aku sedar yang aku ni hina & masih terlalu lemah, sekurang-kurangnya aku berusaha cari ilmu agama..cuba amalkan..aku tahu kau lebih arif dari aku dalam segala hal..cuma aku nak pesan, jangan sampai 1 hari nanti..Allah tenggelamkan kau dalam neraka beserta ilmu-ilmu hebat yang kau ada..amat kasihan kalau pejuang agama yang menjadi bahan bakar api neraka..nauzubillah~
Aku gerak dulu..aku minta maaf atas segalanya..assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~
Jerry : Waalaikumussalam…

Jerry tertunduk malu dengan dirinya sendiri kerana kelebihannya mendapatkan ilmu agama tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Pelbagai perkara yang dia tahu tapi tiada yang diamalkan..jom muhasabah diri..salinglah kita ingat-mengingati 1 sama lain. Kita takkan terlepas dari melakukan dosa namun jangan dibiarkan diri terus hanyut dalam dosa. Muhasabah & mujahadah!
Wallahu’alam~

Friday, January 28, 2011

Malam Terakhir BERSAMAMU~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~




Mataku buka dari tidur yang lena..jam menunjukkan 4:00 pagi. Ku tutup kembali wajahku dengan selimut. Ku pejamkan mata. Tidurku rasa tidak cukup.

Sedarkah kamu bahawa kamu yang terjaga pada malam dini hari itu sebenarnya dikejut oleh Allah untuk kamu bangun bermunajat padaNya? Sedangkan hambaNya yang lain tidur, kamu yang dipilih untuk bangun bermunajat padaNya? Alangkah untungnya dirimu…

Bingkas ku bangun! Astaghfirullahulazim

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku selepas mematikanku dan kepadaNya lah tempat kembali.
Ku capai tuala. Rapi ku letakkan tuala di atas kepala menutup auratku dari yang bukan muslimnya walau tika itu hanya aku yang berjaga. Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..ku pusingkan tombol pintu sesenyap mungkin takut mengganggu tidur rakan-rakan yang lena. Melangkah kaki ke bilik air. Hanya bunyi tapak kakiku yang kedengaran.

Setibaku di bilik air..melangkah masuk kaki kiriku terlebih dahulu…
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada segala kekotoran & kekejian”…

Aku mandi keranaMu ya Allah…
Ku berwudhuk..
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa & tiada sekutu bagiNya & aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hambaNya & utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang bertaubat & jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang suci.

Kaki kananku melangkah dahulu keluar..
Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku & menyihatkanku”..

Melangkahku semula ke bilik..
Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku & memberiku rezeki dengannya tanpa daya & kekuatan dariku.

Ya Allah, Engkau telah mencantikkan kejadian diriku, maka cantikkanlah juga akhlakku.

Ku bentangkan sejadah menghadap kiblat. Serba putih tubuhku berdiri tegak atas sejadah. Suasana dini hari yang benar-benar sunyi menimbulkan rasa hanya aku & diriNya. Mula sebak dadaku mengenangkan hinanya diri. Ku gagahkan jiwa…sekarang waktu untuk kau bersamaNya wahai sayang…aku memujuk diriku sendiri…selesai solat sunat tahajud…Alhamdulillah…

Ku bangun lagi. Solat sunat taubat inginku persembahkan padaNya. Sungguh kali ini tak tertahan lagi. Basah sejadahku tika sujud mengenangkan betapa hinanya diri…ku titipkan doa….

Ya Allah tuhanku…aku..hambaMu yang paling hina…benar-benar jijik…penuh dengan dosa…ampunilah segala dosaku ya Allah…tiada lagi ku dengar suara yang lain. Hanya aku disini yang benar-benar memohon ampun padaMu…aku penuh dosa…sehinggakan bergelar hambaMu sekalipun ku rasakan tidak layak…Ya Allah..Engkau datangkan aku dari keluarga yang terbaik untukku..& Engkau memilih aku menjadi pejuang agamaMu..layakkah aku ya Allah??? Darah dagingku ini belum tentu halal haramnya & Engkau memilih aku menjadi pejuang agamaMu..layakkah aku ya Allah??? Engkau datangkan aku dari suasana yang penuh maksiat & Engkau memilih aku menjadi pejuang agamaMu..layakkah aku ya Allah??? Engkau datangkan aku dari suasana yang berpecah-belah & Engkau memilih aku menjadi pejuang agamaMu..layakkah aku ya Allah??? Engkau datangkan aku dari suasana yang penuh kebencian & Engkau memilih aku menjadi pejuang agamaMu..layakkah aku ya Allah??? Engkau datangkan aku dari suasana penuh penderhakaan & Engkau memilih aku menjadi pejuang agamaMu..layakkah aku ya Allah??? Engkau datangkan aku dari dunia yang kurang kasih sayang malah penuh dendam & Engkau memilih aku menjadi pejuang agamaMu..layakkah aku ya Allah??? Tidak pernah ku pinta kebahagiaan..melainkan kesejahteraan keluarga dunia akhirat..tidak pernah ku pinta harta menggunung tinggi..melainkan kecukupan dalam segala hal biarpun sedikit..tidak pernah ku pinta timpakan balasan untuk mereka melainkan petunjuk & hidayatMu untuk mereka..tidak ku persoalkan kenapa sebegini yang kau berikan kerana aku tahu Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku..lemahnya iman hingga kekadang tenggelam aku dalam lembah maksiat di sekelilingku..hinanya aku ya Allah..aku bermohon..walau apa yang terjadi pada diriku, jangan biarkan aku jauh dariMu walau kadar sekelip mata atau yang lebih singkat dari itu..kerana hanya diriMu yang ku ada…hanya keredhaanMu yang ku damba..kerana ku sedar akan tiba saatnya..saat untuk aku berperang dengan mereka…mereka yang ku sayang sepenuh hati…mereka yang mengajarku mengenal diriMu..kerana ku sedar kan tiba saatnya..saat tiada lagi apa yang tinggal di sisiku melainkanMu..

Basah kain telekungku…terkulai ku layu atas sejadah..
Andai nyawaku Engkau inginkan kembali, ambillah..dalam keadaan aku syahid padaMu..Tiada Tuhan yang berhak ku sembah melainkan Allah..Muhammad itu pesuruh Allah..

Azan subuh bergema..
Sesak dada…
semput nafasku…
sakitnya ya Allah…
amat sakit ya Allah…
perlahan mataku terpejam..

……………………………………………….


Ku lihat jasadku terkujur layu atas sejadah..ku terpaksa pergi kerana diri ini milikNya..Dia telah memanggilku..maaf untuk segala yang belum tertunai..datangnya diriku dari Dia..pulangnya aku jua padaNya…

Thursday, January 20, 2011

Aku sayang kau..tak tipu!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Sakura : Aku nak tanya sikit boleh?
Sizuka : Tanya lah..

Sakura : Kau ni pakai tudung labuh…tapi kenapa kau xseperti orang tudung labuh?
Sizuka : Woi..pe maksud ko ha?

Sakura : Tengok..belum apa-apa lagi kau dah woi-woi kan aku..
Sizuka : Yela..mulut ko xmakan saman kot..

Sakura : Hmmm…biar aku bagitau kenapa aku cakap macam tu..Aku perasan kau selalu lambatkan waktu solat.
Sizuka : Alaa..aku banyak kerja la..

Sakura : Aku perasan kau mengaji Al-Quran waktu maghrib je..
Sizuka : Alaa..ok la tu dari takde langsung..

Sakura : Aku perasan kau selalu online FB sampai 2 3 pagi then bangun subuh lambat..pukul 6.30 baru bangun..waktu tu juga lah kau nak pergi mandi bagai..
Sizuka : Alaa..FB tu aku guna untuk berdakwah jugak..

Sakura : Aku perasan kau jarang baca mathurat..
Sizuka : Alaa..xsempat la..aku sibuk..

Sakura : Aku perasan kau sibuk baca novel..jarang baca sirah Rasulullah SAW..
Sizuka : Alaa..nanti aku baca la buku sirah tu lepas habis baca novel..

Sakura : Aku perasan kau xsiap macam-macam kerja yang pensyarah bagi disebabkan hanya sibuk dengan dakwah FB ko..
Sizuka : Alaa..bukan penting sangat pun assignment tu..dakwah lagi penting..

Sakura : Aku perasan kau amat tak suka dengan ‘couple’ – ‘couple’ ni sebab kau kata ‘couple’ tu haram tapi aku tengok kau pun ‘couple’ je walaupun kau kata kau tunang je…cara dah macam ‘couple’…
Sizuka : Alaa..aku tunang la..

Sakura : Sizuka..sizuka..aku nak tanya ni..setiap benda yang aku cakap, ada je benda yang kau nak jawab balik kan? Sekarang aku nak tanya..kalau di akhirat nanti Allah hisab & tanya semua benda yang aku tanya ni, kau nak jawab apa pulak?
Sizuka : Eh..err…huuuhuu [Sizuka diam membisu..menundukkan pandangannya..]

Sakura : Sizuka..aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur kau..amanah memakai tudung labuh ni amat besar kerana kita membawa imej Islam. Sebab tu tak ramai yang sanggup pakai tudung labuh ni kerana bagi diorang tak layak lagi la..tak cukup kuat la..macam-macam la..dan kau…Allah dah pilih kau untuk pakai tudung labuh ni..kita manusia biasa memang akan ada buat salah & silap..dan aku tak nak la kau berhenti pakai tudung labuh disebabkan kesilapan-kesilapan kau. Aku cuma harap kau kuatkan diri untuk bermujahadah melawan nafsu & sebagainya agar kau memang betul-betul layak untuk bertudung labuh. Jadikan tudung labuh itu sebagai pengingat diri kau bahawa kau dalam pantuan Allah SWT yang amat mengasihi hambaNya..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau sebab tu aku nak tegur..Kau terlalu cepat melenting..woi-woi itu benda biasa bagi kau. Sizuka, kita ini muslimah..bukan betina..bukan sebarangan perempuan..kita hawa yang disayangi Allah untuk menjadi seorang muslimah. Sopan-santun & kelembutan itu senjata kita. Islam itu amat indah..jadi segala yang datang dari Islam juga indah..akhlak kita biarlah dapat dididik agar dapat terpamer keindahan ajaran Islam tu..banyakkan bersabar..banyakkan beristighfar…
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur lagi ni..tentang solat..kau sering lewatkan waktu solat dengan alasan banyak kerja..Sizuka..seruan mendirikan solat itu bukan dari manusia sayang..bukan jua dari Nabi atau malaikat..tapi dari Allah..Allah..siapalah kita ni?? Hanya hambaNya kan? Kenapa kita sombong sangat? Allah yang ciptakan kita…Dia beri kita segala-segalanya tapi bila Dia menyeru untuk bersama dengan kita dalam solat, kenapa kita lewatkan? Siapa kita untuk memperlekehkan seruan Allah tu..tinggalkan dahulu kerja itu kerana takut hilang keberkatan kita menyiapkan kerja tu..tu pun belum tentu kerja tu siap walaupun kita solat lambat kan??
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sebab tu aku nak tegur lagi-lagi ni..sizuka, bagi kau lebih baik mengaji Al-Quran waktu maghrib daripada takde langsung kan? Betul lah tu..tapi itu sesuai untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan rutin mengaji Al-Quran..untuk orang macam kau yang sebelum ini selalu mengaji selepas solat tak sepatutnya macam itu..Al-Quran itu ayat cinta dari Allah..kau nak tunjukkan pada Allah yang kau tak suka dengan ayat cinta Dia ke?
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..ni aku nak cakap pasal FB pulak..memang bagus kau guna untuk berdakwah FB tu tapi pada masa yang sama, kau abaikan urusan kau dengan Allah sampai bangun subuh lambat..kau kena tahu bezakan mana yang lebih penting sizuka..jangan asyik sibuk nak dakwah orang sampai terabai diri sendiri ibarat lilin yang bakar diri untuk orang lain bila dia tak amalkan apa yang didakwahkan itu..senang cakap kita kena dakwah diri kita dulu sebelum dakwah orang lain..supaya orang lain pun mudah terima dakwah kita..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..sekarang pasal mathurat pulak. Apa yang kau sibukkan sampai nak berzikir pada Allah pun tak sempat? Siapa yang beri nyawa kau tu? Siapa yang beri nafas kau tu? Siapa yang beri hati kau tu? Siapa yang beri jasad..mulut..akal..kau tu? Bukan Allah ke?? Allah kan? Kenapa tak nak berzikir pada Allah dengan guna alasan sibuk? Jangan sampai kau terkena penyakit yang Rasulullah SAW pernah sebut dalam hadis baginda iaitu umat manusia akhir zaman akan ada penyakit iaitu terlalu cintakan dunia..kalau zikir pada Allah pun rasa berat, mesti selawat pada Rasulullah SAW lagi berat kan? Tapi nak syafaat dari Rasulullah SAW..rasa-rasa layak tak dapat syafaat baginda kalau macam tu? Zikir dan selawat bukan benda berat sayang..amat ringan di mulut kita..tapi berat di timbangan al-mizan bila kita dihisab nanti..
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau sizuka..tentang novel ni..bila sebut pasal solat, mathurat, kau kata sibuk sampai takde masa sedangkan masa tu Allah dah bagi cukup kat kau 24 jam sama macam orang lain..tapi bila baca novel, sempat je aku tengok kau habiskan macam-macam novel..buku sirah langsung tak usik..dah berhabuk aku tengok..sizuka, tak salah baca novel..ada juga ilmu dalam novel tu tapi sirah tu harus diutamakan sebab itu sirah Rasulullah SAW dan kisah Islam dahulu..perjuangan umat Islam dahulu..perjuangan Rasulullah SAW dahulu..kalau Rasulullah SAW tak benar-benar memperjuangkan Islam dahulu, aku rasa tak mustahil sekarang ni kau yahudi atau aku nasrani..perjuangan & pengorbanan Rasulullah SAW dulu amat hebat..seorang Rasul Allah dibaling najis, luka berdarah, dikhabarkan telah wafat kerana semata-mata ingin menegakkan Islam..tapi kita..apa yang kita buat? Sibuk baca novel..amat minat dengan cerita korea..sampai semua cerita korea ada dalam koleksi..tapi cuba tanya ceritakan tentang satu perang yang melibatkan Rasulullah SAW..tak banyak..minta satu je..belum tentu dapat jawab kan? Tapi cerita korea boleh tengok ulang-ulang kali..sampai dah boleh ingat skrip..dah hafal nama-nama pelakon..bila ditanya tentang keluarga Rasulullah SAW terkial-kial nak jawab..kalau tanya tentang sahabat Rasulullah SAW lagi lah..terus membisu je..tapi bila sampai Maulidur Rasul sibuk cakap aku sayang Rasulullah SAW..cintakan Rasulullah SAW..kan?? betul ke cinta macam tu? Sebab tu kita kena baca sirah Rasulullah SAW..kita kena tau semua tu sizuka..semua ni untuk peringatan aku juga..kerana aku lebih hina dari kau..
Sizuka : Aku…err…huu [Mula bergenang air mata Sizuka…]

Sakura : Aku sayang kau..sizuka, kalau kita nak berdakwah sekalipun, assignment jangan tinggal kerana assignment itu penting..Islam tidak mengajar kita terlalu melebihkan dunia sehingga mengabaikan akhirat kerana sekarang kita duduk di dunia..Islam bukan semata-mata di masjid, surau, tapi Islam itu syumul (menyeluruh) sebab tu pada zaman dahulu, ramai pakar ilmuwan Islam..dan ilmu itu berkembang sehingga Eropah namun eropah dah salah guna hingga mengatakan mereka yang menjumpai ilmu itu terlebih dahulu. Orang eropah pun sibuk mengajar kita macam-macam hukum..contohnya Newton’s Law..ada pula yang dapat idea lepas jatuh epal atas kepala kan..padahal semua itu datang dari Allah..diorang menafikan kekuasaan Allah dengan memperkenalkan pelbagai hukum. Sebab itu lah kita kena betulkan keadaan sekarang kembali pada fitrahnya..kita belajar ilmu Allah tapi jangan nafikan kekuasaan Allah..bila kita tak buat tugasan yang diberi, kita akan mendatangkan fitnah pada Islam. Siapa nak dengar dakwah kita sedangkan kita sendiri tak betul..kan?
Sizuka : Aku..err..huu

Sakura : Aku sayang kau..haa..ni yang paling parah..couple..Alhamdulillah kau sedar couple itu haram kerana mendekati zina..& Islam ada menyediakan ruang untuk bertunang walaupun nyata pernikahan itu yang terbaik. Kau kata kau tunang tapi setiap malam bertelefon, setiap minggu jumpa, setiap bulan jalan-jalan. Itu dah macam couple sayang..nama takkan menghalalkan perbuatan. Tunang yang sebenar ialah yang dapat mendekatkan diri kita pada Allah bukan yang menjauhkan kita dari Allah..tunang yang sebenar akan menyebabkan kita merasa sakit yang amat manis..kerana kita menjaga diri kita kerana Allah sebelum tiba masanya kita menyerahkan seluruhnya kepada suami kita. Kita kaum hawa kena jaga diri supaya tunang kita dapat menahan diri. Kita jangan jadi perosak diri dia..jangan jadi penggoncang iman dia..nauzubillah~
Sizuka : Aku..err…huu

Sakura : Aku sayang kau..amat sayang.. (Sakura memegang erat tangan sizuka..ditatap dalam ke mata sizuka yang bergenang air matanya) Aku amat sayangkan kau..sebab itu aku ingatkan kau..aku tahu kau dah sedar yang kau dah buat salah..& pintu taubat Allah masih terbuka untuk kita sayang.. aku pun banyak salah..kita mestilah saling ingat-mengingatkan kerana kita berukhwah..aku sayang kau kerana Allah..ubah lah segala yang mampu kau ubah walaupun sedikit..sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak kan..jadi seorang yang lebih baik & jangan pernah rasa diri kita yang terbaik dalam semua hal walaupun kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Sizuka : Aku hina…(dirangkulnya bahu Sakura erat-erat..tangisan sizuka teresak-esak mengenang dirinya yang hina…)

[Sekadar cerita..p/s: selagi kita mampu mengubah sesuatu menjadi lebih baik, ubahlah kerana Allah itu tetap yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun…]

Boleh gedik-gedik dengan saya je tau!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Cuti sem baru bermula…Bulma dibenarkan keluar rumah oleh ibunya.

Setibanya di taman…

Goku : Hai sayang..maaf B lambat..
Bulma : Huhu..da janji pukul berapa..sekarang pukul berapa??
Goku : Alaaa..relaks la..lambat sikit je pun..
Bulma : Sikit apa 15 minit ni b?
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia..kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…
Bulma : Err..huhu~

Goku : Sayang kenapa pakai baju macam ni?
Bulma : Untuk B la..kita kan dah lama tak jumpa..
Goku : Eh..kalau B yang pakai baju fit mungkin r ada rasional sebab badan B 6 pack..hehe tapi tak nak la pakai ketat-ketat..sesak nafas..
Bulma : Orang pakai macam ni pun untuk dia laa..sayang masih pakai tudung tau..
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang, tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuknya. Stokin pakai. Aurat tu mahkota wanita khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat B. Belum masanya lagi sayang..
Bulma : Err..huhu~

Goku : B ingat nak bawa adik B tadi..dapat dia teman kita & jumpa bakal kak  ipar dia ni..
Bulma : Alaaa..dah lama kita tak jumpa pun B masih nak bawa orang lain join kita kan?huhu
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..tak manis kita berdua je..sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita..sayang tak segan ke?
Bulma : Err..huhu~

Goku : Family sayang tak marah ke sayang keluar jumpa B ni?
Bulma : Dorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..
Goku : Takkan tegur sikit pun takde? Yela..kita asyik jumpa je..
Bulma : Kalau B dah bosan dengan sayang, cakap je..tak perlu guna alasan family sayang k?!
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : B tak beri alasan. Kita dah lama bersama tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa B dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala..agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berdua kat taman ni diberi apa ye?huhu
Bulma : Err..huhu~

Bulma : B..cukup! B dah banyak berubah..kenapa ni? Dah tak sayang sayang ke? Dah ada perempuan lain ke? Jawablah!

[Goku membetulkan duduknya…menundukkan padangan ego lelakinya ke tanah…]

Goku : B memang dah banyak berubah…B sering lalai ingat pada Allah…Allah beri macam-macam nikmat pada B tapi B buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau sayang tak balas mesej B sebab merajuk dengan B, B dah gelabah da..tapi bila B dapat rasa yang B jauh dari Allah, B buat biasa je…Allah masih lagi sayangkan B…Allah beri nikmat kasih & sayang dari sayang. B bersyukur dapat kenal sayang tapi malangnya B tak menjaga sayang sebaiknya. B tak sepatutnya mulakan semua ni dulu..huu B nak kembali kepada fitrah B sebab  dah banyak berubah.

B memang ada perempuan lain. Dah lama B ada perempuan lain tapi B baru perasan kehadiran perempuan yang amat B sayangi tu. B amat sayang mereka.

Bulma : Mereka??? Sampai hati B! [Mula bergenang air mata Bulma…]

Goku : B memang ada perempuan lain. Ibu B yang lahirkan B. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada B. DIa jaga B dengan sebaiknya. Tapi bila B dah besar, B tak jaga dia pun. B sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan B & nak jumpa sayang. Ibu selalu pesan macam-macam tapi B xdengar pun. B dengar cakap sayang je. Bila sayang merajuk dengan B, B pujuk beriya-iya tapi bila ibu terasa hati dengan B, B cakap “entah pape la ibu ni”..huuhu kalau dengan adik & kakak B, lagi teruk B layan..huhu

B sayang sayang…B…

Bulma : Tak payah nak tipu! [Bulma terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Goku pada dirinya…]

Goku : B sayang sayang…disebabkan B sayang sayang, B nak lepaskan sayang. B tak nak sayang terus hanyut dengan B. Kita buat lah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. B nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut…

Bulma : B!! Kenapa sekarang??? [Air mata Bulma mula menitis di pipinya..]

Goku : Kerana Hidayat dari Allah tak datang selalu & hanya datang pada orang yang dipilihNya. B tak nak nanti Allah tarik balik hidayatNya ni…

Bulma : Sayang sayang sangat kat B.. [Bulma mula mengesat air matanya…]

Goku : Allah lebih sayangkan sayang…amat sayang pada kita…

Bulma : B..xkesian kat sayang ke? [Tidak dapat ditahan lagi air mata Bulma…]

Goku : B lebih kesian pada sayang jika sayang diseksa di akhirat nanti kerana B & B xmampu nak tolong sayang waktu itu..B minta maaf teramat sangat..B terpaksa lepaskan sayang kerana Allah…Biarpun sekarang sayang tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, sayang akan faham juga nanti…terima kasih untuk segalanya..jaga diri sayang sebaiknya untuk Allah…Assalamualaikum awak~

[Goku melangkah pergi…sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Bulma yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata lelaki Goku akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT…]

Wallahu’alam~

Thursday, January 6, 2011

Awk rapat-rapat dgn sy..syg awk!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..



Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Saturday, January 1, 2011

2010 Pengajaran 2011 Pembaharuan

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Tahun 2010 sememangnya tahun yang bermakna dalam hidupku.
19 tahun diizinkan Allah SWT untuk mendiami bumiNya dalam nikmat Iman & Islam.
Mari imbas peristiwa penting 2010 :


1. Matrikulasi Sem 2 – Nikmat sahabat & perjuangan
2. Result PSPM yang tak teruk bagiku.
3. Ujian Allah yang amat hebat [kejujuran + perihal manusia bertalam-talam]
4. Hampir putus asa untuk belajar kerana tiada wang untuk sambung.
5. Melakar sejarah baru di Universiti Tarbiyah Manusia (UTM)

Banyak lagi yang berlaku. Yang pasti sejak dilahirkan hingga akhir hayat kita sentiasa dalam proses tarbiyah (didikan berterusan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT).

Memang kita tak sedar segala tu. Betul ke segalanya tarbiyah??

Aku tergelak-gelak dengan member-member sampai boleh pecah perut. Tarbiyah ke tu?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT menguji dirimu apakah engkau akan mengingatiNya tika terbahak-bahak dirimu tergelak di dunia ini?

Aku bergaduh dengan mak sebab mak macam tak faham pula jiwa remaja aku nak tengok wayang dengan kawan-kawan. Tarbiyah ke tu?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT menguji dirimu apakah engkau ingin melanggar perintahNya iaitu mentaati kedua ibu bapamu selagi mereka tidak menyuruh kepada kemungkaran?

Aku rasa aku dah selesa dengan hidup sekarang. Bebas buat apa yang aku suka. Bebas posing dalam FB dari bertudung tak bertudung, dari menutup hingga mendedah. Yang pasti aku bahagia jadi diri aku sendiri sekarang. Tarbiyah ke tu?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT menguji dirimu dengan rasa ‘kebahagiaan’ itu kerana yang pasti dirimu akan dibalas dengan ‘azab’ jika tidak bertaubat. Adakah engkau jua ingin menguji kekuasaan Allah SWT (seolah-olah mencabar Allah SWT) ? Adakah engkau lupa bagaimana kaum terdahulu dimusnahkan Allah SWT sekelip mata?

Aku rasa bahagia sangat dengan my cyg. Setiap hari kitorang akan mesej + calling + lepas rindu. Aku sayang sangat kat dia. Tapi kadang-kadang geram dengan perangai dia..huhu sayang b sampai mati.. =) Tarbiyah ke tu?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT menguji iman kamu dimanakah kamu meletakkan cintamu pada Allah SWT yang mencipta & sentiasa mengasihi kamu? Apakah cintaMu pada Allah itu wujud jika engkau terlalu mengagungkan kasih dari manusia semata?

Aku masih rindu dengan ex-aku. Amat rindu, saya minta maaf atas segalanya awk. saya amat sayangkan awk. Itu tarbiyah ke?haa..”
Itu tarbiyah sayang..Allah SWT mengujimu mengapakah engkau lebih khuatirkan jika ‘my cyg tiada, hidup aku tak bermakna.’ Daripada ‘jika kasih Allah SWT tiada untukku, pasti aku dibiarkan’?
Mengapa perlu dikenang ‘ex’-mu? Mengapa terlalu seperti mendambakan kasih ‘ex’-mu? Lupakah pada nikmat yang Allah SWT walaupun dirimu sering melupakan Allah SWT?? Mengapa tidak mendambakan kasih Allah SWT sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untukmu?

Family saya dah mula start solat penuh 5 waktu. Nanti-nantilah aku solat. Itu tarbiyah ke?haa..”
Itu tarbiyah sayang...Allah SWT mengujimu sehingga bila engkau ingin menafikan hak Allah SWT untuk disembah kerana sesungguhnya solat itu adalah waktu eksklusif antara dirimu dengan Penciptamu?

Ingat! Setiap hela nafas kita ini milik Allah SWT. Setiap apa yang kita lakukan akan disoal di akhirat kelak. Setiap apa yang berlaku sentiasa dalam pengetahun & pemerhatian dari Allah SWT. Setiap apa yang berlaku itu jua tarbiyah dari Allah SWT untuk hambaNya sebagai tanda kasihNya pada kita, jua sebagai bukti yang Allah SWT tidak pernah lupa pada kita.. Semoga tahun baru 1432 HIJRAH & 2011 masihi ini, kita kembali kepada fitrah kita sebagai hamba Allah SWT..sekurang-kurangnya usaha ke arah itu kerana Allah SWT melihat usaha bukan hasilnya. Chaiyok2! :D 

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu’alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...