Thursday, December 23, 2010

Tauhid

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Aqidah merupakan asas kepada seseorang muslim. Tauhid kepada Allah SWT pula ialah asas aqidah Islamiyah. Tauhid dalam Islam adalah inti bagi Islam itu sendiri. Tauhid terbahagi kepada tiga :


1. Tauhid Rubbubiyah

Mempercayai Allah SWT sebagai Rabb / pencipta / penguasa terhadap semua di alam ini.
“Dan sungguh, jika engkau (Muhammad) tanyakan kepada mereka, ‘Siapakah yang menciptakan langit & bumi?’ Tentu mereka akan menjawab ‘Allah.’ Katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah,’ tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
[Surah Lukman : 25]

2.  Tauhid Uluhiyyah

Dikenali juga sebagai tauhid ibadah. Beriman bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berhak disembah & tiada sekutu di dalam penyembahanNya.
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah & hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”
[Surah Al-Fatihah : 5]

3. Tauhid Asma’ Wa Sifat

Beriman bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan & Maha Suci dari segala sifat-sifat kekurangan & kelemahan serta Allah SWT yang layak dengan kebesaranNya.
“(Allah) pencipta langit & bumi. Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, & dari jenis haiwan ternak pasangan-pasangan (juga). Dijadikan-Nya kamu brekembang baik dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat.”
[Surah Asy-Syura : 11]

Sahabat…
Orang kafir & muslim percaya bahawa adanya kuasa / tuhan yang mencipta alam ini. Maksudnya semua orang beriman dengan tauhid Rububiyyah. Namun hanya orang Islam yang meyakini hanya Allah yang berhak disembah. Maksudnya hanya orang Islam yang beriman dengan Tauhid Uluhiyyah.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...