Tuesday, December 14, 2010

Pra-Nikah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Saya mempunyai pandangan yang agak 'keras' dalam memilih teman untuk bersama di jalan juang. Persoalan ini timbul, bukanlah kerana ingin meletakkan syarat terhadap kriteria pemilihan teman yang bergelar seorang mujahidah.


Tetapi memperhalusi tarbiyyah Baitul Muslim melalui cara yang telah ditetapkan melalui sistem Harakah Islamiyyah.

Ada berberapa isu yang saya sengaja untuk ketengahkan, mungkin untuk dikongsi bersama-sama sahabat melalui pengamatan ibrah dari zaman jahiliyyah, untuk di praktik dan diaplikasi dalam proses ber'rumah tangga' dalam konteks dakwah secara khusus :

1. Meletakkan perkahwinan itu sebagai salah satu landasan taqwa, bukan kerana memenuhi keperluan nafsu semata-mata.

2. Meredhai pemilihan bakal pasangan itu ditentukan oleh Allah, bukanlah berusaha untuk memperolehinya dengan cara ber'sms', menelefon dan mengucapkan ayat-ayat cinta. Cukuplah doa sebagai per'antara'.

3. Merelakan pasangan yang diharapkan untuk dikahwini di ijabkabulkan dengan sahabat yang lebih mampu dan bersedia sekiranya, kita masih benar-benar belum bersedia.

4.Menanamkan di dalam diri bahawa cintakan kecantikan paras rupa hanya sekadar cinta sementara, tetapi cintakan akhlak dan agama pasangan adalah yang paling terbaik.

5.Memilih pasangan yang mudah untuk disegerakan perkahwinan, tidak terlalu sempurna dan tidak pula sebaliknya.

6. Berunding dengan ibu bapa sendiri dengan lebih awal dengan memberi beberapa 'hint' bahawa kita sedang 'menuju' ke arah keluarga sakinah.

7. Mempelajari teknik-teknik pengurusan dalam rumah tangga, terutamanya di dalam proses memahami manusia bergelar pasangan..

8.Mengelakkan diri daripada tidak henti-henti memikirkan bagaimanakah pasangan kita di masa hadapan dengan terlalu kerap.

9. Sentiasa menyibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah yang tidak mudah berlakunya percampuran antara kaum muslimin dan muslimat.

10. Menimbang tara belas ihsan kita kepada pasangan yang dipilih, sama ada apa yang kita lakukan adalah suatu yang terdesak, atau 'mengambil kesempatan'.

11. Membentuk ruang lingkup islah (penambahbaikan) pada diri sendiri bagi meningkatkan kualiti dan keselarian fikrah.

12. Menutup spekulasi sahabat-sahabat terhadap bakal pasangan yang dipilih agar tidak ada unsur-unsur 'bias' yang memungkinkan masalah hati wujud secara senyap.

13. Mempertontonkan prinsip asas dan prinsip sampingan kepada setiap pandangan bagi mewujudkan sedikit khilaf yang membina.

Pandangan yang saya utarakan ini tidak semestinya mampu dilakukan oleh seorang individu yang telah berintima' sekiranya kita tidak pernah tergolong di dalam golongan orang-orang yang agak 'tegas' dalam memperbahaskan isu ikhtilat dan 'couple'. Kadang-kadang, isunya kecil sahaja... Ustaz-ustaz yang pakai ringtone dari lagu-lagu In-Team pun boleh kata 'jiwang', huhu... (tak apalah, jiwang beriman,hehe...)

Secara konklusinya, semua perkara yang pernah dilakukan oleh orang yang ber'couple' dalam memastikan hubungan 'mereka' terpelihara kononnya tidak harus berlaku dalam mewujudkan Baitul Muslim Dakwah. Bak kata Ustaz Hasrizal, "biar tak kenal muka pun, kita boleh yakin bahawa calon yang ingin dinikahi adalah calon yang terbaik".

Jadi, hati-hatilah memilih pasangan, biarlah tidak sesempurna Rasulullullah SAW, yang penting... bernikah dan bercinta itu semata-mata kerana Allah, berkasih sayang pun hanya dengan hambaNya yang sangat takutkan Allah, Insya Allah...

Diambil dari : www.fulltimemuslim.com
Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu’alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...