Saturday, December 11, 2010

Perjuangan Remaja

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Sahabat..tahukah dikau bahawa latar belakangmu bukan penentu sama ada dirimu layak atau tidak untuk berjuang.


Tidak bermakna dirimu berpendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama…Maahad..(atau sebagainya yang lebih dikenali dalam melahirkan ustaz / ustazah), kamu sememangnya pejuang agama. Masih ramai lagi pelajar lepasan pengajian agama yang tidak mengamalkan ‘ilmu’ yang mereka peroleh. Malah ada jua pelajar lepasan agama yang menyalahgunakan ilmu yang mereka peroleh dengan cara memutarbelitkan hukum.        Apabila petunjuk Allah itu datang..apabila pilihan Allah itu menjadi nyata..semua orang adalah sama. Bersyukurlah jika dirimu dipilih oleh Allah menjadi pejuang Islam. Kerana masa kini remaja itu tidak punya banyak pilihan. Mereka boleh menjadi hambaNya yang berjuang, hambaNya yang berdiam, atau hambaNya yang berpaling.
        Semoga kalian terpilih menjadi hambaNya yang berjuang. Maksud berjuang ialah berjuang menegakkan agama Allah. Apabila menegakkan agama Allah bermaksud menegakkan syariat Allah. Jika tiada usaha untuk menegakkan syariat Allah, kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bagaimana mahu jadi hambaNya yang berjuang??? Allah SWT amat suka dengan hambaNya berjemaah. Secara berjemaah, syariat Islam itu pasti akan tertegak, perjuangan Islam itu pasti lebih mudah!
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
[Surah As-Saff : 4]

Jadi, jika ingin menjadi hambaNya yang berjuang…hadirkanlah dirimu bersama Jemaah Islam yang memperjuangkan Islam.
 
   Sedarkah kalian bahawa ramai dari kalangan remaja merupakan hambaNya yang berdiam??? Ilmu yang tersemat dalam jiwa menimbun tinggi. Amalan jua sentiasa bertambah-tambah & istiqamah. Alahmdulillah banyak amal yang dilakukan. Namun apa yang Islam dapat dari kalian??? Adakah umat terbela dengan amalan-amalan yang kalian lakukan itu?? Kalian hanya berjuang mengubah diri menjadi lebih baik tetapi umat masih terbiar.
Sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa yang tidak memikirkan tentang umat, dia bukanlah dari kalangan mereka.”
Sedarlah bahawa kita tidak layak untuk bersama umat jika kita tidak memperjuangkan nasib umat.
   Namun, hamba yang berpaling lebih ramai dari hamba berdiam. Terlalu ramai yang berpaling dari hukum Allah. Derhaka kepada Allah. Melanggari fitrah sebagai hambaNya yang sepatutnya beribadat kepadaNya bukannya melanggar perintahNya.
Marilah kita sama-sama berjuang..menyertai Jemaah Islam yang memperjuangkan syariat Islam. Daulah Islamiyah pasti tertegak nanti! Yakinlah pada janji Allah SWT!

“Wajiblah kamu bersama Jemaah Muslim & pemimpin mereka”

Sedarlah bahawa tuntutan berjemaah itu wajib. Secara berjemaah dakwah Islamiyah pasti lebih sempurna. Apabila dakwah Islamiyah lebih sempurna, pasti Daulah Islamiyah (kerajaan Islam) akan tercapai. Apabila Daulah Islamiyah tertegak, syariat Islam dijulang tinggi. Apabila syariat Islam dijulang tinggi, pasti segalanya terpelihara. InsyaAllah~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...