Thursday, December 23, 2010

Jihad Perjuangan

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~



Definisi Jihad

Bahasa : berjuang habis-habisan

Istilah : perjuangan bersungguh-sungguh dengan pelbagai cara di jalan Allah SWT dalam menyuruh amar ma’ruf nahi munkar, menegakkan kalimah Allah SWT.
Dr. Sa’id Ramadan Al-Buti : Jihad adalah bersusah payah mencurahkan Tenaha demi meninggikan kalimah Allah, dan membina masyarakat Islam. Mencurahkan tenaga dengan jalan peperangan adalah sebahagiaan daripadanya & matlamat utama ialah mendirikan masyarakat Islam, membentuk daulah Islam yang sebenar.


Tuntutan Jihad

a) Jihad menentang nafsu

Dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan & ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.
[Surah As-Syams : 7-10 ]

Jihad menentang kemaraan hawa nafsu terbahagi kepada :

Berjihad dalam mencari petunjuk & jalan Ad-Din yang sebenar.
Berjihad dalam beramal & berpegang teguh dengan apa yang dipelajari
Berjihad dalam menyebarkan ilmu & petunjuk melalui dakwah
Berjihad dalam menanggung segala kesulitan ketika berdakwah

b) Jihad menentang hasutan syaitan

“Iblis menjawab : Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”

Jalan untuk berjihad bagi menentang hasutan syaitan mesti dilakukan melalui langkah-langkah berikut :
Azam yang kuat
Meningkatkan hubungan dengan Allah SWT
Memahami betul-betul petunjuk Ad-Din
Berdiri teguh di atas kebenaran
Bersama-sama dengan Jemaah solihin
Menghidupkan neraca rabbani dalam jiwa

c) Jihad menentang golongan kafir

Jihad ini menentang golongan yang kufur kepada Allah SWT dimana jiwa raga mereka telah dikuasai oleh syaitan & hati perut mereka telah diisi dengan hawa nafsu.
“Mereka bertanya kepadau tentang beroerang pada bukan Haram. Katakanlah : Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam & mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka  (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia & di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”
[Surah Al-Baqarah : 217 ]

Jihad terhadap golongan kafir terbahagi kepada 2 :

Ketika para mukmin tidak mempunyai kuasa :

Golongan kafir berkuasa penuh ketika ini, maka jihad perlu dilakukan secara dakwah
Ketika para mukmin mempunyai kekuasaan
Para mukmin yang menguasai pemerintahan, maka jihad menentang golongan kafir berubah daripada jihad lisan kepada jihad mengangkat senjata.

d) Jihad menentang golongan munafiq

Golongan ini antara musuh-musuh dakwah yang paling merbahaya, ini kerana ia menyembunyikan kufur & berpura-pura beriman, suka menipu, benci terhadap ketetapan-ketetapan Allah dan RasulNya.

Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir & orang-orang yang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka, tempat mereka ialah Jahannam dan itu ialah tempat kembali yang seburuk-buruknya.
[Surah At-Taubah : 73 ]

Jihad menentang golongan munafik dapat dilaksanakan melalui cara berikut:

Mengenali sifat-sifat mereka berpandukan Al-Quran & As-Sunnah
Memberi nasihat kepada mereka & meminta agar mereka bertaubat
Tidak memberi sebarang pertolongan & mendampingi mereka
Memulaukan & menjauhkan para mukmin dari mereka
Sentiasa bersikap curiga tanpa memberi sebarang kepercayaan kepada mereka
Menghalang mereka dari menduduki jawatan penting & berpengaruh
Bertindak kasar & mengenakan hukuman terhadap mereka
Memerangi mereka sekiranya mereka mengancam keutuhan Islam

e) Jihad menentang golongan zalim di kalangan pemerintah Islam

Ijma’ para ulama telah menetapkan syarat bagi pemerintah Negara Islam itu hendaklah seorang yang menjauhi dosa-dosa besar & tidak melakukan dosa-dosa kecil terang-terangan. Orang Islam tidak boleh tunduk kepada pemerintah yang melakukan sesuatu kekufuran & juga melakukan sesuatu perubahan hukum-hukum syara’. Wajib di atas umat Islam menentangnya & memcecatnya serta melantik seorang pemerintah yang adil bagi menggantikannya.


Peringkat Jihad

Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak seorang nabi yang diutuskan sebelumku melainkan terdapat di kalangan umatnya pengikut & sahabat-sahabat yang menjalankan sunnahnya & menurut perintahnya. Kemudian golongan pengikut & sahabat ini diganti oleh orang yang terkemudian dari mereka. Golongan ini memperkuatkan sesuatu yang tidak diperintahkan mereka melakukan. Siapa yang memerangi mereka dengan kekuatan, beliau adalah mukmin, siapa yang memerangi mereka dengan lidah, beliau adalah mukmin dan siapa yang memerangi mereka dengan hatinya, beliau adalah seorang mukmin. Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi”
[Hadis Riwayat Muslim]

a) Jihad dengan hati
Jihad sebenar tidak dapat dilakukan oleh seorang mukmin tanpa terlebih dahulu membebaskan dirinya dari golongan hawa nafsu. Ia merupakan asas kepada jihad lain. Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata : “Jihad terhadap musuh-musuh luaran adalah merupakan cabang daripada jihad seorang hamba terhadap nafsunya”.

b) Jihad dengan lisan
Jihad ini termasuk dalam pengertian amar akruf nahi munkar. Ia digolongkan sebagai jihad kerana berdakwah hingga ke peringkat ini memerlukan kecekalan jiwa & ketabahan hati. Jihad ini meliputi segala kegiatan dakwah terbuka & dakwah secara peribadi, ceramah-ceramah, taklim untuk menghapuskan kejahilan umat terhadap Islam, penulisan, pencetakan buku & risalah Islam.

c) Jihad dengan tangan
Jihad ini membawa pengertian jihad dengan jiwa melalui kekuatan kuasa / senjata. Ia juga dinamakan sebagai jihad peperangan.

Kemuliaan Jihad

Jihad ialah suatu perniagaan yang tetap menguntungkan seseorang mukmin yang menuju keredhaan Allah SWT.
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta & jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
[Surah As-Saff : 10-11 ]

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada jalan Allah SWT, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
[surah at-Taubah : 111 ]

Pengertian Pengorbanan

Imam Hassan Al-Banna berkata :
Pengorbanan ialah berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan, dan segalanya untuk mencapai matlamat.

Tiada jihad di dunia tanpa pengorbanan & tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah Islam, bahkan ada ganjaran besar & pahalanya yang pasti menanti kita. Bagi manusia yang meredhai Allah sebagai tuhannya dan Islam menjadi agama mereka, nabi Muhammad rasul mereka,mereka dituntut untuk memberi pengorbanan & sumbangan. Mereka ini berjihad untuk Islam, maka mereka mestilah mengorbankan sesuatu yang berharga buat mereka demi untuk mencapai matlamat dakwah Islam itu.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...