Thursday, December 23, 2010

Jemaah Islam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Definisi Jemaah Islam

1) Jemaah

Bahasa : ramai, banyak, berkelompok, berkumpulan

Istilah : Jemaah terdiri daripada individu-individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah / wahdah (kesatuan).


2) Jemaah Islam

Istilah : Kumpulan individu yang berjuang & menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Ia menegakkan ma’ruf & mencegah kemungkaran.

Syara’ : berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah – suatu Jemaah yang dibentuk oleh ulama’ yang terdiri daripada ahli al-Halli wa al-aqdi yang berhimpun di atas mandat seorang khalifah (amir/imam/ketua dari kalangan umat Islam) bagi seluruh umat Islam. Ia hendaklah dibina di atas kesepakatan dalam urusan Islam yang dipimpin oleh ahli-ahli Islam & Jemaah ulama’ mujtahidin dengan seorang ketua / amir. Pendapat ini mengambil kira tentang kewibawaan ulama’ dalam mengawasi & menasihatinya supaya tidak terkeluar dari landasan syariat Islam.

Amal Jama’I : Amal yang diputuskan oleh Jemaah yang munazzamah (tersusun) mempunyai manhaj (sistem) yang jelas untuk mencapai matlamat tertentu.

a) Amal yang diputuskan oleh Jemaah

- segala amal/ perbuatan/ aktiviti/ kegiatan yang diputuskan oleh Jemaah sama ada berbentuk luaran / dalaman.

b) Jemaah yang munazzamah (tersusun)

- Jemaah ini mestilah mempunyai tanzim yang kemas, teratur, berencana serta berstrategi

c) Mempunyai manhaj (sistem) yang jelas

- Sistem yang digunakan untuk mencapai matlamatnya. Ia dibentuk berlandaskan sumber :
* Al-Quran
* As-Sunnah
* Sirah Para Sahabat
* Pendapat ulama’
* Pengalaman para du’at

d) Untuk mencapai matlamat tertentu

- menyampaikan misi dakwah & Islam (Pembentukan Individu Muslim > Baitul Muslim > Mujtama’ Muslim > Daulah Islam > Khilafah Islamiyyah)

- Tujuan dakwah untuk mengembalikan ubudiyyah (pengabdian) makhluk kepada Allah SWT semata-mata & menolah taghut.


Hukum berjemaah

Hukum berjemaah ialah WAJIB berdasarkan dalil :

Dan hendaklah di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung
[Surah Ali-Imran : 104 ]

“Hendaklah kamu berada dalam Jemaah, sesungguhnya Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab”
[Hadith riwayat Muslim]

“Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib”
[Dalil Qawaidul Fiqh]

Ciri-ciri Jemaah Islam

1. Dasar perjuangan ialah Islam

“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkanmu nikmat-Ku, telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Surah Al-Maidah : 3 ]

2. Perlembagaan, rujukan, & panduan hidup yang utama adalah Al-Quran & As-Sunnah (Rabbaniyah)

“Aku tinggalkan kamu 2 perkara. Selagi mana kamu berpegang kepada 2 perkara ini kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu Al-Quran & sunnahku”
[Riwayat Bukhari]

3. Jemaah yang mempunyai sifat-sifat hizbullah.

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka & mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya keoada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)”

“Dan barangsiapa mengambil Allah, rasulNya & orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah, itulah yang pasti menang.”
[Surah Al-Maidah : 54-56 ]

Ringkasannya Jemaah itu mempunyai sifat-sifat berikut:

Allah mengasihi mereka & mereka mengasihi Allah.
Berlemah-lembut terhadap orang beriman & berlaku tegas terhadap orang kafir.
Berjihad pada jalan Allah
Tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Wala’ mereka hanya kepada Allah SWT & RasulNya.
Sifat kepimpinan golongan Islam itu ialah mentaati perintah Allah SWT
Yakin kepada janji Allah SWT

4. Jemaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh (Syumuliyyah) dan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen

5. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya & bersifat universal (Alamiyyah)

Matlamat Jemaah Islam

1. Menegakkan Islam di atas muka bumi & mentadbir dunia dengan Islam.

2. Menjadikan Islam sebagai cara hidup tulen yang membawa maksud penyerahan mutlak hukuman & undang-undang kepada Allah selain menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Akhlah & Adab Berjemaah.

Ikhlas
Sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT
Istiqamah
Ta’at
Ukhwah
Tidak leka dengan pencapaian yang ada
Tidak melampau

Jemaah Islam perlu terus wujud & berusaha mencapai matlamat Jemaah dalam mengembalikan ubudiyyah umat manusia kepada Allah SWT. Jemaah Islam juga amat penting dalam membawa agenda dakwah. Dakwah tidak mampu untuk dijalankan bersendirian, maka dengan bergerakkerja dalam Jemaah, matlamat dakwah itu lebih mudah untuk disampaikan. Umat Islam perlu bersatu & menjalankan gerak kerja secara amal jamaie agar sentiasa dengan matlamat perjuangan Islam.

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...